NO HUDUD!!! MANIFESTO PR JELASKAN KEDUDUKAN PAS DALAM PR


Manifesto PR bertemakan 'Pakatan Harapan Rakyat' telah pun dilancarkan secara rasmi pada 25 Februari 2013 yang lepas sempena Konvensyen Pakatan Rakyat Kali Ke-4 yang dilangsungkan di Shah Alam Convention Centre (SACC).

Manifesto itu dirangka bersandarkan empat tonggak utama iaitu Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat mendapat pengesahan dan perakuan rasmi ketiga-ketiga pemimpin utama PR dari DAP, PKR dan PAS.

Satu perkara menarik, kandungan manifesto itu langsung tidak menyentuh sebarang komitmen PR untuk merintis perlaksanaan hukum Hudud sekiranya berjaya mengambil alih Kerajaan Pusat. Dari muka surat satu hingga akhir walau sepatah ayat pun mengenai perlaksanaan hukum hudud tidak kelihatan.

Keadaan ini menunjukkan PR langsung tidak berhajat untuk melaksanakannya sekalipun umum mengetahui janji perlaksanaan hukum hudud amat sinonim dengan PAS sejak hampir tiga dekad lalu.

Ia mengejutkan ramai pemerhati politik kerana dengan gugurnya isu perlaksanaan hudud dari Manifesto PR membawa maksud akar kekuatan PAS telah dicabut keluar, meletakkan parti yang sekian lama memperalatkan Islam sebagai jenama parti itu semakin tergadai prinsip juangnya.

PAS kelihatan seperti ketiadaan pengaruh dan tidak berkemampuan mendesak agendanya dijadikan prioriti dalam Manifesto PR, dengan ini meletakkan perjuangan PAS dalam isu perlaksanaan hudud sudah tidak bernilai kerana dianggap tidak membawa sebarang manfaat kepada PR.

Akibatnya sebahagian besar ahli dan penyokong PAS hanya mampu terkebil-kebil dan mati kutu dibuatnya kerana ia jelas mengulangi kegagalan PAS sebelum ini dalam isu pengguguran Negara Islam dari kamus perjuangan PAS untuk digantikan dengan Negara Berkebajikan.

Dari satu sudut pengguguran isu hudud ini boleh dianggap satu kejayaan besar bagi Anwar Ibrahim kerana Ketua Umum PKR itu pernah berjanji dan memberi jaminan kepada sekumpulan pemimpin masyarakat Cina pro DAP dan PKR di Subang Jaya, Selangor bahawa hudud tidak akan mendapat tempat dalam PR.

Dan Anwar terbukti berjaya merealisasikan janji dan jaminan itu sekaligus senario ini juga mengesahkan kedudukan PAS dalam PR hanya setaraf kasta rendah yang hanya sekadar menjadi pak turut kepada DAP dan PKR

Manifesto Pakatan Sisihkan Agenda PAS

KLANG – Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, Pas tidak perlu merasa bangga dengan pelancaran manifesto pakatan pembangkang Isnin lepas kerana ia tidak memaparkan aspirasi parti itu terutama dalam memartabatkan agama Islam.
Manifesto pakatan pembangkang adalah lebih kepada aspirasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dan tidak begitu menyentuh perkara-perkara yang memartabatkan Islam di negara ini, katanya dalam satu ceramah Jom Tolak Pakatan di Jalan Nenas, Meru di sini, malam tadi.
Di dalam manifesto itu tidak dinyatakan mengenai penubuhan negara Islam, atau mengangkat martabat mahkamah syariah sama dengan mahkamah sivil, katanya.
Oleh itu beliau hairan mengapa Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengangkat-angkat tangan semasa pelancaran itu.
“(Lainlah) kalau ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengangkat tangan mereka tidak mengapa..kerana agenda mereka termaktub dalam manifesto itu,” katanya.
Agenda mereka untuk menjadikan Islam di Malaysia lebih liberal atau sekularisme disisipkan di dalam manifesto itu tetapi agenda Islam tidak dijelaskan dalam manifesto itu.
Dr Hasan yang juga Presiden badan bukan kerajaan Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) berkata sehingga sekarang pakatan pembangkang masih lagi tidak menetapkan siapa calon Perdana Menteri sekiranya mereka menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 ini.
DAP dan PKR mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri dan begitu juga sesetengah pihak dalam Pas yang mahukan Anwar menjawat jawatan itu sedangkan pimpinan Pas sendiri nampaknya tidak berani menonjolkan Anwar layak menjawat jawatan Perdana Menteri, katanya.
“Pemimpin Pas tahu “the in and out” (luar dan dalam) Anwar Ibrahim. Tak malu ke kalau PM kita Anwar Ibrahim,” katanya.
Hasan berkata, isu siapa yang jadi Perdana Menteri ini penting kerana kalau pakatan rakyat memenangi pilihan raya kali ini, Perdana Menterilah yang pertama kali mengangkat sumpah di hadapan Yang Di Pertuan Agong sebelum kabinet dapat ditubuhkan.
Oleh itu, beliau meminta para pengundi di Meru supaya tidak memperjudikan politik dan masa depan Malaysia dan menolak pakatan pembangkang.
Hasan juga berkata, kenyataan Nik Aziz bahawa mereka yang menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia umpama ayam dan lembu tidak mencerminkan keperibadian atau bahasa seorang ulama. – Bernama


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...