Ronaldo 'sedih' jaringannya sekat Man Utd


MANCHESTER: Cristiano Ronaldo mengakui berasa 'sedih' selepas jaringannya membawa kepada berakhirnya kempen bekas kelabnya, Manchester United memburu kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah, pagi tadi. 

Jaringan Ronaldo itu menyaksikan Real mara ke suku akhir selepas menewaskan United 2-1 di Old Trafford, pada aksi kedua, awal pagi tadi.

 
Penyerang Portugal itu menguis masuk gol pada minit ke-69 sekali gus menyaksikan Real menang agregat 3-2 ke atas United. 


Berusia 28 tahun, Ronaldo yang beraksi untuk United selama enam musim dengan penuh kecemerlangan, mendapat tepukan penyokong United sebaik masuk ke padang bagi memulakan perlawanan. 

Bagaimanapun, sebaik menyumbat masuk, Ronaldo berlari perlahan tanpa meraikan kejayaannya menjaringkan gol itu. 

“Penerimaan mereka tidak disangka. Ia saat yang menyentuh perasaan bagi bagi, terutama untuk perlawanan malam ini," katanya kepada stesen Sky Sports. 

“Saya tidak mempunyai perkataan untuk menerangkan apa yang saya ras. Penyokong di sini menjadikan saya malu dan saya tidak bermain seperti saya bermain sebelum ini. 
“Bagaimanapun saya membantu pasukan saya, saya hanya gembira di dalam hati. Tapi saya juga sedih kerana Manchester United tersingkir." 


Perlawanan itu menyaksikan rakan senegara Ronaldo, Nani dilayangkan kad merah kerana mengkasari Alvaro Arbeloa pada minit ke-56 dan keadaan terus berbeza selepas itu. 

“Secara ikhlas, saya tidak lihat apa yang Nani lakukan, tapi keadaan ini berlaku dalam bola sepak," kata Ronaldo. - AFP


Manchester United Kecewa Di Old Trafford


REAL MADRID KE SUKU AKHIR

Manchester United kecewa di laman sendiri apabila tewas kepada Real Madrid 2-1, Ini menjadikan agregat 3-2 menyebelahi Real Madrid.

Gol pertama Man U dijaringkan oleh Sergio Ramos (Gol Sendiri) manakala gol - gol Real Madrid masing - masing dijaringkan oleh Luka Modric dan Cristiano Ronaldo,

Permainan seakan seimbang, dan nasib menyebelahi United hinggalah pada minit ke 56 apabila Nani dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan. Bermula itulah Real berjaya mengasak United dan jaringan Real terhasil pada minit 66 melalui rembatan luar kotak Luka Modric, selang 3 minit kemudian Ronaldo menambah derita United apabila berjaya menampan kemas lintangan Higuain.

Keputusan Muktamad.

Manchester United 1 Sergio Ramos (own goal) min 48
Real Madrid 2 Luka Modric min 66 Ronaldo min 69
Agg 3-2



Majulah sukan untuk semua

Bangsaku Bangunlah Dari Tidur


Assalmaulaikum Wbth Admin ucapkan untuk semua pengunjung beragama Islam dan Salam Sejahtera untuk yang bukan Islam,
Apa yang admin ingin kongsi tentang video diatas bukanlah untuk bangsa melayu sahaja, tetapi untuk bangsa2 lain juga yang berada di Malaysia sebagai pembakar semangat untuk terus meningkatkan taraf hidup. Jadi Admin disini lebih menekankan kepada bangsa melayu, sampai bila kita harus berada di tahap sekarang ini sahaja, fikir2kanlah, bila kita susah, kita akan salahkan pihak lain tidak kiralah pihak kerajaan, ngo malahan adik beradik kita sendiri, tetapi pernah tak kita terfikir bahawa nasib hidup kita, kita yang tentukannya

Melayu mudah lupa, benar kata Dr M. Dimana lupanya kita tentang pengorbanan moyang - moyang kita berusaha dan hasilnya kita yang nikmatinya, tapi apabila tiba giliran kita, ini jawapan kita....

1 - Aku dah ada bisnes sikit2. cukup la nak tampung keluarga.
2 - Aku dah kerja kerajaan, x da masalah nak hidup
3 - Aku dah dapat kerja tetap, jadi x payah la nak pening kepala
4 - Buat apa aku nak susah2 fikir masa depan. Janji aku leh hidup cara aku
5 - Aku dah berpuas hati dengan apa yang aku ada sekarang.

Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, Jika kaum itu tidak mengubahnya,

Tapi terfikirkah kita kenapa moyang kita berusaha sedangka wang ringgit pada masa itu tidak begitu penting untuk hidup, tak sama macam sekarang, tak ada duit, tak boleh hidup. Sebabnya moyang2 kita berfikiran jauh. Apa yang dorang lakukan adalah untuk anak cucu mereka. Kita berpuas hati dengan kedudukan kita sekarang, tapi pernahkah kita terfikir tentang anak cucu kita, mungkin ada di kalangan anak cucu kita terpaksa mengemis untuk hidup pada suatu hari nanti.

Admin harap dengan video di atas dapat menyuntik semangat diri semua untuk lebih berjaya, apabila kita jatuh, jangan mudah berputus asa, setiap kali anda jatuh, anda sebenarnya selangkah kehadapan.

Sekian sahaja dari Admin, Yang baik dari Allah, Yang Buruk adalah kelemahan diri Admin sendiri.
Wassalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...