HOT!!! Isteri minta Cerai kerana Kemaluan Suami Kecil



TAIWAN - Mahkamah Tinggi Taiwan meluluskan perceraian seorang wanita berusia 52 tahun gara-gara penis sang suami panjangnya hanya sebesar lima sentimeter (cm).

Wanita yang diketahui bernama Zhang ini merasa zakar sang suami yang berusia 55 tahun tidak dapat memuaskan gairahnya. Demikian seperti dilansir International Business Times, Selasa (19/3/2013).

Tidak hanya itu, pegawai negeri sipil (PNS) di Taiwan ini menuduh sang suami juga impoten. Keadaan tersebut, membuat sang suami yang juga PNS itu, serta bermarga Zhou, telah gagal memenuhi tanggungjawabnya sebagai seorang suami.

"Penisnya sangat kecil, seperti punya anak kecil, panjangnya hanya lima cm. Kami tidak pernah berhubungan seks sepanjang perkahwinan," demikian didedahkan sang wanita.

Selain itu, wanita itu menyebut, jika suaminya gagal mematuhi perjanjian bersama yang telah mereka buat untuk melakukan hubungan intim tiga kali seminggu.

Pasangan yang berasal dari Taipei ini bertemu satu sama lain melalui seorang kawan pada Julai 2008. Mereka sempat memutuskan tinggal bersama selama lima bulan sebelum akhirnya berkahwin.

Akibat X De Side Mirror Ngan Cermin Pandang Belakang.

Hehehe.. Untuk tatapan bersama.. Animasi2 lawak untuk pengunjung setia Blog ni,






Nah Ambik Kaw

Buah kuntau tepi, bukan kuntau tekpi... sakit duhsh,,,

Ini terjadi kalau x silap admin la masa Britain Got Talent 2012 kot, 2 org ni kawan rapat tapi salah sorang tu pegi hina juri admin x ingat nama apa. So lepas dia kasi sebijik kat muka kawan dia, terus dorang 2 turun stage, nyanyi separuh jalan. Sumbing lak tu..



PANAS! Pengganas Guna Manderam.




Pengamalan dan penggunaan ilmu hitam oleh pengganas Sulu bukan cerita rekaan atau dakwaan semata-mata. Tetapi itulah antara cabaran yang terpaksa dilalui oleh anggota keselamatan yang bertugas di barisan hadapan 'Op Daulat'.

Meskipun tidak dapat diterima dalam kehidupan realiti, tetapi penggunaan ilmu hitam oleh pengganas berkenaan termasuk menggunakan pelbagai tangkal tidak boleh terus ditolak.

Ini dibuktikan apabila sebahagian besar mayat pengganas yang ditemui memakai tangkal sama ada di diikat di pinggang ataupun di celah kelangkang.

Walau bagaimanapun, dengan menaruh keyakinan kepada Allah dan berjuang dengan ikhlas pasukan keselamatan tetap berjaya menewaskan musuh-musuh berkenaan meskipun mereka (pengganas Sulu) menggunakan ilmu syaitan.

Menuruh sumber, usaha gempur pengganas Sulu dalam 'Op Daulat' sebenarnya amat mencabar memandangkan terdapat dalam kalangan mereka mengamalkan kepercayaan karut itu.


"Pengganas seakan-akan kebal apabila pasukan keselamatan terpaksa menembak bertalu-talu bagi menumbangkan mereka. Setakat sekali tembak tidak akan membuatkan pengganas itu tewas," katanya.

Menurut sumber itu, usaha menjejaki pengganas berkenaan juga pada mulanya agak buntu kerana pasukan keselamtan tidak dapat mengesan tempat persembunyian musuh.

Dalam pada itu, katanya, pasukan keselamatan juga pernah dikejutkan dengan kelibat dua pengganas Sulu berpakaian hitam dan putih mara ke arah pasukan keselamatan yang melepaskan tembakan tetapi tidak mengenai mereka.

"Apabila dilaungkan azan barulah kelibat itu hilang dan pasukan keselamatan dapat mara," katanya.

Sementara itu, seorang penduduk tempatan berbangsa Suluk yang hanya ingin dikenali sebagi Pak Amril berkata, antara tangkal yang dipakai pengganas Sulu tersebut dikenali 'al-Quran Istanbul' yang kononnya akan membuatkan seseorang menjadi kebal.

Namun demikian, anggota Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) sentiasa menasihati anggota keselamatan untuk berhadapan dengan situasi itu.

Anggota keselamatan sentiasa dinasihatkan untuk memohon pertolongan Allah sebelum memasuki kawasan operasi untuk memburu pengganas Sulu.

Syukur Alhamdulillah.

Kisah Pengajaran Dari Hospital


:: KISAH PENGAJARAN DARI HOSPITAL ::

Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital..

Dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan.. Dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya..

Apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak..
......................................................................................................
“Kenapa kamu ambil masa yg lama utk datang..?? Kamu tahu x anak saya dalam bahaya sekarang nie..?? Kamu x ada rasa bertanggungjawab ke..??”

Doktor tersebut tersenyum dan berkata :

“Sy minta maaf, saya berada di luar hospital & sy datang sepantas yg mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu.. dan sekarang, saya harap anda bertenang.. jadi, saya dapat buat kerja saya..”

“Bertenang kamu kata..?! Kalau anak kamu berada dalam bilik 2 skrang nie, bolehkah kamu bertenang..?? Kalau anak kamu mati sekarang nie apa yg kamu buat..??" kata si ayah dgn marah..

Si doktor tersenyum lagi & berkata :
”Saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dlm kitab-Nya yg suci.. Drp Allah kita dtg dan kepada-Nya kita kembali, doktor x mampu utk memanjangkan hayat seseorang.. Insya-Allah kami akan cuba yg terbaik utk anak kamu..”

“Memberi nasihat bila kita x mengalaminya memang senang..!” kata si ayah..

Pembedahan tu mengambil masa beberapa jam..
Tak lama kemudian, si doktor keluar dgn wajah tenang dan senyum..”

Alhamdulillah..anak anda selamat..!”

Dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah.

“Kalau kamu ada sebarang soalan.. Kamu boleh tanya jururawat..”

“Kenapa doktor tu sombong sangat..?!
Tak boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dpt tnya beberapa soalan tentang anak saya..?! Komen si ayah selepas melihat jururawat..

Jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya :
“Anaknya meninggal dunia semalam dlm kemalangan jln raya.
Dia berada dlm upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya utk pembedahan anak encik. Dan sekarang dia telahpun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa utk ada sehingga selesai upacara pengebumiaan anaknya.."

MORAL : "Never judge anyone because you never know how their life is & what they’re going through…”


10 Ayat Inspirasi Untuk Wanita.



Salam, dah nama wanita kan, tentu lah nak sahaja dipuji cantik kan, ni bukan jualan langsung ataupun promosi alat solek ok..

Ini adalah antara 10 ayat inspirasi untuk wanita2 diluar sana, lelaki shah rasa tak perlu sebab dibelakang kejayaan seorang lelaki itu mesti ada seorang wanita yang menyokongnya, tak kira lah ibu, kakak, kawan, isteri dan isteri isteri < jgn ada yg terasa na.

Ni lah yang shah nak tulis. translate sendiri, sebab kalau dalam bahasa melayu, x bape sedap dgr kan.

1. "There is no such things as an ugly woman." - Vincent Van Gogh

2. "Every girl should use what Mother Nature gave her before Father Time takes it away." - Laurence J Peter

3. "The rarest thing in the world is a woman who is pleased with photographs of herself." - Elizabeth Metcalf

4. "A smile is a light in the window of the soul indicating that the heart is at home." - Anonymous


5. "Beauty, in projection and perceiving is 99.9% attitude." - Grey Livingston

6. "My lips is big, but my talent is bigger" - Fantasia Barrino

7. "A woman is like a tea bag. You never know how strong she is until she gets into hot water." - Eleanor Roosevelt

8. "Marriage is not about age; it's about finding the right person." - Sophia Bush

9. "You have to forgive to forget, and forget, to feel again." - Anonymous

10. "If someone you love hurts you cry a river, build a bridge, and get over it." - Anonymous

10 Khazanah Dunia Yang Terancam

Hello allz. hari nih kita usha gambar khazanah2 dunia yang kian terancam dek kerakusan manusia, Khazanah kali nih ialah tempat2 dan bangunan yang begitu unik dan ianya hampir pupus ditelan peredaran masa.

Dampier Rock Art Complex, Murujuga, Australia

Leh Old Town, Ladakh, India

Babylon, Iraq


Old Damascus, Syria

Dhangkar Gompa, Himachal Pradesh, India

Panama Canal, Panama City, Chagres River

Chinguetti Mosque, Mauritania, West Africa

Sonargaon-Panam City, Bangladesh

Greenland

The Coral Triangle, Sulu and Sulawesi Seas

Pelik. Artis Cantik Korea Bunuh Diri!!!

Hello, Ini adalah antara artis2 cantik dari Korea yang membunuh diri kerana desakan hidup, kegagalan rumah tangga, gagal mencapai populariti dan masalah gangguan seksual.

Choi Jin Sil

Jang Ja Yeon

Jung Ah Yool

Jung Da Bin

Lee Eun Joo

Woo Seung Yeon


Semuanya membunuh diri dengan cara mengantung diri, So nasihat shah kepada peminat2 K PoP kat luar sana tu, minat lagu x pa, minat pakaian ingat halal haram, yang penting jangan ikut perangai bunuh diri camni. ok.

Bye





Kerajaan PKR Selangor tetap teruskan projek Datum Jelatek




Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tetap dengan pendiriannya untuk meneruskan projek mewah, Datum Jelatek di Keramat dekat sini meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak.

Bagaimanapun Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan mengambil kira permintaan dan beberapa kemusykilan ditimbulkan oleh masyarakat setempat terhadap projek berkenaan.

"Pagi ini kita ada bincang dengan Pengurus Besar PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor) dan beliau memberikan kita maklumat. Kita akan beri peluang kepada PKNS agar meneruskan projek tersebut," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan 300 orang ahli Badan Bertindak Projek Datum Jelatek 1.0 dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyampaikan memorandum bantahan terhadap projek perumahan mewah dan komersial itu.

Kumpulan NGO terbabit menghantar memorandum kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Kayangan di sini dan juga Menteri Besar.

Sebelum ini, badan bertindak tersebut mempertikaikan projek tersebut yang meletakkan harga seunit hartanah di kawasan itu antara RM700,000 dan RM11.5 juta yang di luar kemampuan pemilik asal hartanah di kawasan tersebut.

Mereka juga mendakwa projek tersebut telah diserahkan kepada ejen hartanah Singapura bagi memasarkannya.

Dalam memorandum tersebut, turut dinyatakan tentang tuntutan penduduk Taman Datuk Keramat agar projek tersebut dibatalkan kerana diragui tidak mengikut peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, di samping harganya tidak mampu dibeli oleh orang Melayu.

Mereka turut menuntut projek mewah Datum Jelatek digantikan dengan pembangunan mampu milik masyarakat Taman Datuk Keramat, khususnya orang Melayu.

Kepada soalan tentang tuntutan kumpulan NGO terbabit agar kawasan pembangunan di Datum Jelatek dikekalkan 100 peratus milik orang Melayu, Abdul Khalid berkata, tanah tersebut bukan kawasan rezab Melayu.

Mengenai tuntutan penduduk agar projek mewah Datuk Jelatek ditukar kepada pembangunan mampu milik, Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri tidak akan berbuat demikian kerana telah banyak projek mampu milik yang mementingkan keupayaan masyarakat telah dilaksanakan.

SPR bermesyuarat dengan 21 wakil kementerian




Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengadakan mesyuarat dengan 21 wakil kementerian, jabatan dan agennsi kerajaan dalam membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, SPR memerlukan bantuan mereka termasuk dalam penyediaan premis untuk urusan pilihan raya, menjaga keselamatan dan ketenteraman awam serta bantuan lain sekiranya berlaku bencana alam.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mempengerusikan mesyuarat itu, kata Kamaruddin dalam kenyataan media.

Wakil yang hadir termasuk dari Jabatan Peguam Negara, Polis, Kementerian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Pelajaran, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Kesihatan, Jabatan Penerangan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Beliau berkata, mesyuarat berkenaan akan disusuli mesyuarat di peringkat negeri oleh Pengarah Pilihan Raya Negeri bersama wakil kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.

Sumber : BERNAMA

'Saya sanggup gadai nyawa demi negara' - Mohamad Qaiyum Aiqal




Walaupun dihujani dengan beribu-ribu butir peluru dan nyawa kami terancam ketika itu, namun demi tugas dan kedaulatan negara kami teruskan bertempur."

Demikian diungkapkan Konstabel Mohammad Qaiyum Aiqal Zolkifli, 22, anggota komando VAT 69 yang cedera ketika pertempuran menentang pengganas Sulu di Ladang Tandou, Lahad Datu, Sabah pada 1 Mac lepas.

"Pada saya nyawa tidak penting, yang penting bagi kami pengganas Sulu yang menceroboh negara kita dihapuskan," katanya lagi.

Mohammad Qaiyum Aiqal yang ditemui di majlis menyambut kepulangannya di rumah keluarganya di Kampung Bukit Kelicap, Senggarang ternyata masih trauma dan sebak apabila diminta menceritakan kembali detik peristiwa berdarah itu yang turut mengorbankan dua rakan sepasukannya.

Beliau tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir apabila mengenang dua rakan sepasukannya yang terkorban dalam pertempuran itu.

Mengimbas kembali kejadian, anak kelima daripada tujuh beradik itu berkata beliau terjatuh sebaik terkena tembakan di bahu kanan.

"Walaupun telah cedera dan terjatuh, pihak musuh masih tetap menembak ke arah saya termasuk menggunakan senjata berat. Nasib baik ketika itu, seorang rakan iaitu Koperal Hairi menarik saya ke belakang sebatang pokok kelapa sawit untuk berlindung," katanya.

Ketika itu beliau hanya berserah kepada Allah SWT dan reda jika umurnya tidak panjang, namun beliau bersyukur kerana Tuhan masih mengizinkannya untuk terus hidup.

Ekoran tembakan peluru musuh yang menembusi dadanya, tiga tulang bahunya patah dan beliau dikejarkan ke Hospital Lahad Datu dan kemudiannya Hospital Sandakan sebelum dibawa ke Hospital Tentera di Lumut, Perak, untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Ditanya sama beliau serik dengan kejadian itu, dengan penuh bersemangat Mohammad Qaiyyum Aiqal berkata perkataan serik dan putus asa tidak ada dalam dirinya.

"Selagi saya bernyawa dan selagi saya boleh melangkah, saya akan terus mempertahankan kedaulatan negara.

"Apabila saya sembuh dan jika diizinkan saya akan kembali ke Lahad Datu demi memastikan keamanan negara pulih seperti sediakala," katanya.

Dalam kejadian pada 1 Mac lepas, dua anggota komando Polis Diraja Malaysia (PDRM) terkorban, manakala 12 penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina maut dalam kejadian tembakan membabitkan kedua-dua pihak di Kampung Tanduo.

Dua anggota komando VAT 69 yang terbunuh dalam pertempuran itu ialah ASP Zulkifli Mamat dari Besut, Terengganu dan Sarjan Sabaruddin Daud dari Sabak Bernam, Selangor.

Selain Mohammad Qaiyum Aiqal, dua lagi anggota yang cedera ialah Koperal Azman Ampong dan Koperal Mohd Tarmizi Hashim.

Sementara itu lebih 500 penduduk Kampung Kelicap dan kawasan sekitar berkumpul di rumah Mohammad Qaiyum Aiqal sejak pukul 2 petang sebaik mengetahui beliau akan pulang ke rumah.

Mereka sabar menanti sehingga pukul 6.30 petang dan ramai di kalangan penduduk kelihatan mengalirkan air mata apabila melihat kecederaan yang dialaminya.

Turut menyambut wira negara itu ialah Anggota Parlimen Batu Pahat Dr Mohd Puad Zarkashi dan Anggota Parlimen Parit Sulong Datuk Noraini Ahmad yang menyampaikan sumbangan kepada beliau.

Sumber : BERNAMA

MILF tolak tuntutan Nur Misuari ke atas Sabah




Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) menolak dakwaan bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari kononnya Kerajaan Malaysia telah menggunakan MILF bagi memperkukuh tuntutannya ke atas Sabah dan bertanggungjawab mendorong perpecahan di kalangan rakyat Moro.

Ketua Sekretariat MILF, Mohammad Ameen berkata, dakwaan itu adalah satu pembohongan dan palsu semata-mata.

"Misuari melakukan dosa berat kerana membuat kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan cuai terhadap MILF dan kerajaan Malaysia," beliau disebut sebagai berkata oleh Pusat Berita Luwaran.

Serangan lisan terbaru Misuari itu disiarkan oleh Al-Jazeera, YouTube dan beberapa media arus perdana Malaysia di Kuala Lumpur semalam.

Ameen mengingatkan Misuari bahawa Malaysialah yang telah menggesa pembentukan Persidangan Perpaduan Bangsamoro (BSC) pada 2002 demi menyatukan pelbagai puak dalam MNLF dan MILF dan menggalakkan pendirian bersama di kalangan mereka terutama untuk berurusan dengan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

"Bagaimana pula boleh menggunakan MILF bagi mengukuhkan tuntutannya ke atas Sabah, bila Sabah tidakpun menjadi sebahagian daripada agenda rundingan damai sejak 2001?" kata Ameen.

Ameen turut memberitahu Misuari bahawa Malaysia tidak pernah menawarkan diri untuk mengatur rundingan damai Kerajaan Filipina-MILF (GPH-MILF), tetapi Presiden Gloria Macapagal-Arroyo pada 2001 yang meminta Malaysia bertindak sebagai orang tengah antara dua pihak berkenaan setelah rundingan diadakan semula, selepas Presiden Joseph Estrada melancarkan perang terhadap MILF pada tahun 2000.

Presiden Arroyo, dalam lawatan luar negaranya yang pertama sejak menjadi presiden selepas penggulingan Presiden Estrada, telah berkunjung ke Kuala Lumpur untuk secara rasmi meminta Malaysia mengatur rundingan damai GPH-MILF.

"Malaysia setakat memberi respon ikhlas terhadap permintaan jiran yang baik," jelas beliau.

Ameen juga mempersoal niat Misuari yang begitu beria-ia menyokong tuntutan Sabah sekarang sedangkan beliau tidak pernah menimbulkan isu itu sepanjang 21 tahun rundingan damainya dengan kerajaan Filipina.

Sementara Perjanjian Damai Muktamad Kerajaan Republik Filipina-MNLF (GRP-MNLF) pada 1996 tidak pernah merujuk kepada tuntutan Sabah.

Sumber : BERNAMA

Etika Blogger Skang Ni Teruk???


Assalamualaikum Wbth Dan Selamat Sejahtera

Tajuk cam hot je shah bawak hari nih kan, nanti ada la otai2 blogger cakap baru nak start blogging dah pandai dah nak ckp macam2. maaf ya otai2 semua..

Berbalik pada tajuk kat atas tu.. hehe.. Etika.. apa erti etika?

Etika berasal dari perkataan ‘ethos’ (Greek) yang membawa maksud perangai atau keperibadian.Etika adalah satu sistem dasar akhlak, adat, tingkah laku atau kesusilaan Ia juga bermaksud prinsip moral atau set prinsip moral. Ini bermaksud tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Dari sudut perspektif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah.

So macam mana dengan Etika kita sebagai blogger, percaya atau tidak sekarang ini ramai blogger mengenepikan soal etika demi meninggikan rating blog atau trafik.

Apa yang sebenarnya mendorong ke arah rating blog yang tinggi.

1 - Politik
2 - Gosip
3 - Penipuan

Tidak kita nafikan di atas adalah salah satu penyumbang trafik yang akan menaikkan rating blog kita,
Tapi dalam kita mengejar rating yang tinggi, kita lupa kadang2 tu fakta yang kita bawa atau post adalah fitnah, nauzubillah.

Tak salah pada pandangan shah untuk kita semua berpolitik tapi ingat batas sempadan, benda yang benar2 sahih, tak ada masalah kita postkan. Jangan lah pula kita menjadi hub untuk orang menyampaikan fitnah, mengaibkan orang dan sebagainya. Jika kita sertakan dengan bukti yang nyata dan boleh dipercayai tiada keraguan, just go for it.

Lagi tinggi rating kita, lagi ramai akan baca dan x kurang juga akan share. So fikir2kanlah kalau sesuatu yang tak betul kita post, berapa byk dosa kita terpaksa tanggung untuk bilangan share2 di dunia dan akibatnya di akhirat kelak.

Dah kot, nanti marah pulak blogger2 kat shah.
Yang baik tu datang dari Allah. yang buruk tu kelemahan diri shah sendiri.

Majulah Blogger Untuk Negara..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...