Kuasa Alam + Kesalahan Manusia

Assalamualaikum wbth, Apa kena mengena gambar ni ngan tajuk di atas, hehe. x de secara langsung sebenarnya tapi secara tidak langsungnya ada,


Kita selalu tengok dalam TV kat eropah kebanyakan negara maju, bangunan dorang kat lereng bukit pon x runtuh kan, lain plak kat negara kita, salah siapa? Kuasa Alam. of cos la kan, tapi kita juga penyumbang ke arah itu,

Contoh gambar kat atas, jika tebing jalan mengikut piawaian dan spesifikasi keselamatan yang telah ditetapkan, mungkin benda kat atas tu x terjadi, 

Sebenarnya nak kongsi video nih,. terpanjang la plak cerita.
Bye. Enjoy.


Aksi Terlampau Kt CCTV

Ingatlah. Kalau kita x ingat Allah maha melihat, ada lagi yang melihat siap rakam lagi.. So berwaspadalah




Wanita mati ditetak adik


Seorang wanita ditemui mati dalam keadaan mengerikan dengan tangannya hampir putus manakala kepala, leher dan matanya ditetak beberapa kali oleh penyerang dipercayai adik lelakinya yang dikatakan mengamuk di Taman Kaswari, Kampung Bukit Rotan, di sini, petang kelmarin. 
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Mohd Taib Ahmad, berkata mayat mangsa yang berusia 52 itu ditemui berlumuran darah oleh penjaga tokong, Chew Bon Hwa, 52, yang datang ke rumah ibadat itu untuk menutup pintu kira-kira jam 7 petang. 
Kita menjalankan ujian air kencing dan mendapati beliau positif dadah ganja dan kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh” Mohd Taib Ahmad, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor

Masalah mental

Sebelum kejadian kira-kira jam 6.15 petang itu, mangsa dikatakan pergi ke tokong berkenaan untuk membawa pulang adiknya yang berusia 44 tahun, yang dipercayai mengalami masalah mental ke rumah selepas dimaklumkan penjaga tokong bahawa tokong berkenaan akan ditutup.

“Adik mangsa dipercayai enggan pulang dan selepas beberapa kali dipujuk, suspek dikatakan naik angin secara tiba-tiba sebelum mencapai sebilah parang yang terdapat di tokong lalu menetak mangsa,” katanya kepada pemberita, semalam.

Mohd Taib berkata, polis selepas kejadian dan sepasukan anggota polis dikejarkan ke lokasi sebelum mendapati mangsa sudah meninggal dunia. 
Katanya, turut cedera ialah abang suspek yang berusia 55 tahun yang ke ke rumah ibadat berkenaan sejurus dimaklumkan mengenai perbuatan adiknya itu oleh penduduk kampung.

Tahan suspek

“Suspek melarikan diri ke ladang kelapa sawit berhampiran,” katanya.

Mohd Taib berkata, polis berjaya menahan suspek kira-kira jam 10.30 malam kelmarin ketika suspek sedang bersembunyi di ladang itu, sebelum lelaki itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor untuk membantu siasatan.

“Kita menjalankan ujian air kencing dan mendapati beliau positif dadah ganja dan kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Mayat mangsa juga sudah dihantar ke Hospital Tanjung Karang untuk dibedah siasat manakala adik mangsa yang cedera ringan menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital sama,” katanya.


Piala Axiata: Malaysia, Indonesia seri

 Skuad badminton negara sekali lagi beraksi hambar apabila sekadar seri 2-2 dengan Indonesia pada aksi ketiga kempen Piala Axiata 2013 di Surabaya, Indonesia, semalam.

Pasangan emas negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong menjadi penyelamat dalam memastikan skuad negara tidak dimalukan apabila berjaya menyamakan selepas ketinggalan 2-1 dengan membenam gandingan Hendra Setiawan-Ryan Agung Saputra 21-12, 26-24 dalam tempoh 45 minit. 
“Indonesia pasukan yang kuat dan kami sedikit bertuah kerana berjaya mencatat keputusan seri dalam perlawanan ini. Kami tetap berpuas hati kerana kami berjaya bangkit selepas ketinggalan,” kata ketua jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek. 

Wei Feng gagal sekat Sugiarto 

Terdahulu, perseorangan wanita, Tee Jing Yi tewas kepada Bellaetrix Manuputty 10-21, 18-21 dan prseorangan lelaki, Chong Wei Feng menyambung derita itu kecundang kepada Tommy Sugiarto 16-21, 11-21.

Begitupun, beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying menyemarakkan semangat untuk bangkit dengan kemenangan ke atas Muhammad Rijal-Debby Susanto 18-21, 21-16, 21-18 sebelum Kien Keat-Boon Heong menyelamatkan maruah skuad.

Ketika ini, Indonesia berada di tangga teratas carta kedudukan dengan 10 mata diikuti Malaysia kedua dengan lapan mata manakala pilihan Bintang Asia dan Thailand berkongsi lima mata di tangga ketiga.


Gempar!!! Dalang Simunul Tumpas. Suluk!!!



Suspek rancang serang hendap menyebabkan enam anggota keselamatan terkorban di Semporna

Dua pengganas termasuk seorang digelar Pemerintah Tentera Sulu dipercayai perancang serang hendap di Kampung Simunul, Semporna yang menyebabkan enam anggota keselamatan terkorban, pada 2 Mac lalu, ditangkap semalam.
Berikutan itu, pasukan keselamatan yakin dapat melumpuhkan pergerakan saki baki pengganas yang masih bersembunyi di beberapa lokasi di sini dan Semporna.

Taraf sama dengan Menteri Pertahanan

Pemerintah Tentera Sulu warga Filipina berusia lewat 40-an yang tarafnya sama dengan Menteri Pertahanan itu ditahan bersama isteri dalam operasi pasukan keselamatan di Semporna, jam 1.30 pagi semalam.

LAHAD DATU Musuh tetap musuh!!



“Musuh tetap musuh dan kita (polis) perlu mengambil tindakan mengikut undang-undang Malaysia,” kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengulas kenyataan Azzimudie atau Agbimuddin Kiram yang mendakwa lapan pengganas yang dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Tawau, Sabah, Khamis lalu, adalah rakyat Malaysia.

Ismail berkata, tidak timbul masalah sama ada lapan yang didakwa itu adalah rakyat Malaysia atau Filipina kerana sesiapa sahaja yang melakukan keganasan dan mengancam keselamatan negara dianggap sebagai musuh.

Menurutnya, Peguam Negara ada bukti kukuh bagi mendakwa lapan individu terbabit mengikut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup, Seksyen 121 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan Seksyen 130 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup.

“Tugas penting Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sekarang ialah menjaga keselamatan seluruh rakyat Sabah.

“Pendakwaan dibuat di mahkamah dan kita bertindak berdasarkan perundangan negara ini,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Yayasan Pencegahan Jenayah (MCPF) di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman, di sini, semalam.

Ditanya sama ada lapan individu terbabit tali barut, Ismail enggan mengulas lanjut sebaliknya memberitahu siasatan masih dijalankan dan operasi masih diteruskan.

Ismail yang juga Timbalan Pengerusi MCPF memberitahu mesyuarat itu bagi mengatur strategi lebih mampan bagi memastikan kadar jenayah dapat dikurangkan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan mesyuarat agung tahunan itu. Turut hadir, Naib Pengerusi MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye.

Difahamkan, MCPF menerima sumbangan berjumlah RM60,000 daripada individu, badan korporat dan syarikat swasta bagi mengisi Tabung Wira Lahad Datu.

Sebelum ini, jurucakap Agbimuddin, Abraham Idjirani dalam kenyataannya yang disiarkan The Star/Asia News Network mendakwa Holland Kalbi dan Lin Mad Salleh yang didakwa di mahkamah sebenarnya antara yang terbunuh dalam pertempuran di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Idjirani mengeluarkan kenyataan itu selepas Holland Kalbi mengaku diarah dan dibayar seseorang dalam bahasa Bajau selepas Hakim P Ravinthran bertanya sama ada dia ingin menyatakan sesuatu kepada mahkamah ketika didakwa bersama tujuh lagi lelaki warga Filipina, Khamis lalu.

Gempar!! Berita Komando Ceroboh Filipina. Benarkah?



Bagan Datoh: “Tentera (komando) kita tidak akan menceroboh masuk ke Filipina dan melakukan pembunuhan di negara orang,” itu jelas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi menyangkal dakwaan liar dibuat Jacel Kiram, anak perempuan ketua pengganas Sulu, Jamalul Kiram III.

Media Filipina sebelum ini mendakwa Jacel menuduh tentera Malaysia akan menceroboh masuk ke Filipina untuk membunuh bapanya bagi menarik simpati masyarakat di negara itu.

Ahmad Zahid yang ditemui pada majlis perasmian Dewan Hajah Tuminah Abdul Jalil di Kampung Sungai Nipah Darat, di sini semalam berkata, negara tidak berniat jahat untuk melakukan pembunuhan di luar negara (Filipina) terhadap Jamalul Kiram III.

“Jamalul Kiram jangan khuatir kerana tentera kita tidak sejahat pengganasnya yang melakukan pembunuhan di negara orang (Malaysia).

“Justeru, saya ingin menasihatkan Jamalul Kiram supaya tidak melakukan ‘psikologi berbalik’ untuk menarik simpati penyokongnya,” katanya.

Ajal seorang penyamun

Gambar Hiasan


Kuala Lumpur: Seorang lelaki yang dipercayai memecah masuk rumah seorang lelaki warga Pakistan maut akibat terjatuh dari tingkat dua selepas menyedari kehadiran polis, pagi semalam.

Difahamkan, lelaki terbabit parah di kepala dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan tetapi disahkan meninggal dunia.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 pagi sebaik mangsa pulang ke rumahnya di Jalan Raja Laut di sini.

“Sebaik tiba di rumah, mangsa mendapati pintu terbuka dan melihat seorang lelaki tidak dikenali sedang menggeledah rumahnya.

“Berlaku pergelutan dan pertengkaran ketika mangsa cuba menghalang tindakan suspek yang dipercayai mahu melarikan barang berharga,” katanya semalam.

Menurutnya, suspek kemudian menyerang tuan rumah dengan pisau menyebabkannya mengalami kecederaan tetapi sempat mengunci penjenayah itu di dalam rumahnya.

“Mangsa menghubungi polis sebelum sepasukan unit peronda tiba. Suspek yang terkejut mendengar bunyi siren bertindak terjun dari tingkat dua rumah itu menyebabkan dia cedera parah di kepala,” katanya.

Sumber. Mymetro

Dr.Harlina Halizah Siraj Tegur Ikhlas Kenyataan Rozita Che Wan Tentang Seksi Itu Hak Dirinya


Semuanya bermula apabila Rozita dikritik oleh orang ramai kerana berpakaian singkat sehingga menampakkan paha dalam gambar yang dimuat naik ke akaun Instagram bakal suaminya iaitu pelakon Zain Saidin. Cara berpakaian Rozita dianggap tidak sesuai dengan usianya yang sudah mencecah 40-an itu walaupun untuk wanita seusia dirinya, Rozita bolehlah dikatakan cantik.

Susulan dari kontroversi itu, Zain Saidin telahpun menyahaktifkan akaun Instagramnya. Dakwanya, dia ingin menjaga maruah Rozita sebagai bakal isterinya, namun di sini kami tampilkan satu teguran ikhlas dari Dr.Harlina Halizah Siraj tentang kenyataan Rozita. Adalah diharap perkongsian artikel ini akan memberi manfaat bukan saja kepada Rozita, malah kepada masyarakat secara keseluruhannya.

Salam ukhuwah.
Atas dasar tanggungjawab dan amanah, Dr Har memberanikan diri mengajukan pandangan terhadap fenomena semasa yang amat membimbangkan – di mana semakin ramai ahli masyarakat yang tidak lagi peduli dan kisah dengan teguran orang lain di sekeliling. Apa yang lebih menyedihkan – apabila alasan yg diberikan berlandaskan hujah hak asasi peribadi, yang dianggap mutlak milik individu. Orang lain dianggap tidak berhak campurtangan dan mempersoalkan keputusan, tindakan dan tingkah laku seseorang itu.
Terbaru, hari ini (21 Mac 2013) terdapat laporan akhbar harian mengenai komen seorang yang dikenali ramai mengenai `hak peribadi’nya utk berpakaian seksi. Beliau juga memberi amaran agar orang ramai jangan terlalu menjaga `tepi kainnya’. Sedih dan sayu rasa hati membaca komen tersebut. Masakan boleh Dr Har buat tak kisah dan membiarkan golongan ini begitu sahaja. Kalau ada yang mahu mengatakan : `Who cares?’, Dr Har jawab
`I do care! A lot!‘
Dalam konteks ini, perlu sangat diperjelaskan bila nak bercakap pasal hak, ada beberapa noktah yang mesti diperhatikan :
Jangan lupa, jauh mendahului hak individu adalah hak Allah SWT yang Maha Agung, Perkasa dan Sempurna. Hak Allah SWT adalah untuk disembah, dipatuhi dan diagungkan. Segala suruhan-Nya adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri, maka pujuklah diri dan relakanlah jiwa untuk patuh, taat dan setia. Larangan yang membawa kemurkaan-Nya adalah untuk keselamatan dan kesejahteraan manusia itu sendiri, maka jauhilah sejauh-jauhnya. Membelakangkan hak Allah, tidak memperdulikan suruhan-Nya – adalah satu manifestasi kesombongan yang luarbiasa!
Janganlah pula terlupa, tubuh badan kita sebenarnya bukan hak milik kita, yang boleh diperlakukan sewenang-wenangnya. Ianya hanya pinjaman sementara, dari Empunya yang tidak pernah terleka. Keindahan tubuh badan ini boleh hilang sekelip mata, semua terpulang kepada yang Empunya. Bukankah kita mengimani adanya Hari Pembalasan di Padang Mahsyar? Khabarnya, itulah saat segala anggota tubuh badan kita akan mengadu perihal penyalahgunaan dan pengkhianatan kita. Mulut yg begitu lantang bersuara semasa di dunia, terkunci rapat semasa ditimbangtara. Tentu sekali kita takkan boleh berkata kepada Tuhan yang Empunya segalanya, `Jangan jaga tepi kainku!’
Jangan lupa, selain hak adanya pula tanggungjawab dan rasa hormat. Tiga aspek ini :Responsibilities, Rights & Respect – 3R, tak boleh dipisahkan. Hak hanya boleh diberikan kpd mereka yg sudah menjalankan tgjwb & peranan mereka dengan baik dan sempurna. Peruntukan hak mestilah pula dihormati. Jangan asyik berhujah dengan hak kita yang itu dan yang ini. Tanyakan pada diri, sudahkah tanggungjawab dan peranan asasi kita sebagai hamba Allah dan khalifah terlaksana? Kalau belum, hak apa sebenarnya yang ada pada dirimu?
Jangan lupa, kita manusia makhluk Allah yg perlu hidup secara berkelompok dan bersosial. Kita manusia lemah, amat saling bergantungan dan perlu-memerlukan. Selain hak individu, ada di sana hak kolektif (jamaí) yang menjadi milik komuniti di sekelilingmu. Bila bertembung antara hak individu kita dengan hak kolektif massa – ketahuilah, hak kolektiflah yang harus didahulu dan diutamakan. Demi sebuah ketenangan hidup yang penuh rasa hormat-menghormati, ayuh kita belajar dari kelompok manusia dulu – mendahulukan hak kolektif dibandingkan hak individu.
Mungkin yang paling mendapat manfaat dari nukilan ini, bukanlah kelompok sasaran yang diajukan teguran.
Tak mengapalah, Dr Har yakin, ada kelompok yang pasti mendapat sedikit peringatan dan tazkirah.
Fazakkir, innafa’atiz zikra : Dr Har akan terus memberi peringatan, sesungguhnya peringatan yang berulang-ulang itu banyak manfaatnya!
Salam ukhuwah :
Dr.Harlina Halizah Siraj ( Dr.Har)

Untuk makluman anda, Dr. Har ialah seorang Pakar Perunding Obstetriks & Ginekologi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Naib Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM). Jika anda ingin membaca blog Dr. Har, sila ke sini.Untuk makluman anda, Dr. Har ialah seorang Pakar Perunding Obstetriks & Ginekologi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Naib Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM). Jika anda ingin membaca blog Dr. Har, sila ke sini.




Celebriti : Ayu Raudhah Bakal Lahirkan Anak Sulong 29 Mac ni. Insyaallah.



Selain daripada Fasha Sandha dan Irma Hasmie, Ayu Raudhah merupakan salah seorang selebriti yang bakal bergelar ibu buat pertama kali dalam masa terdekat ini. Berkata kepada portal Murai, Ayu Raudhah memaklumkan yang dia bakal bersalin pada 29 Mac ini. Tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi.

Pastinya Ayu dan Zaquan sedang berdebar-debar menunggu detik bahagia ini. Daripada hasil “scan“, jantina bayi pasangan ini ialah lelaki.

Kata Ayu Raudhah:- Insya Allah saya akan melahirkan bayi lelaki saya ini secara normal di Hospital Columbia Asia di Johor kerana Zaquan akan menjalani latihan bola semua disini. Cuma, perasaaan saya ketika ini bercampur baur. Yelah, bila dah nak dekat saat melahirkan ini, rasa takut ada dan teruja pun ada, bila nak lihat bayi pertama saya keluar. Tapi saya berdoa agar semuanya akan berjalan dengan lancar dan selamat.

Yang menariknya, Zaquan turut sama teruja dengan kelahiran ini sehingga sudah pun membeli beberapa baju jersi bola sepak. Teringat Abang Nara dulu pun buat perangai serupa. Kata Ayu lagi:-
Semua barang-barang keperluan termasuk bajunya kami sudah siapkan. Malah kami bersama-sama menghias bilik tidurnya. Bahkan, saya lihat Zaquan pula yang paling bersemangat dalam memilih baju dan kasut anak kami nanti. Dia banyak memilih baju-baju bola. Malah kasut pun sudah banyak dibelinya walaupun terpaksa tunggu anak kami berusia setahun. Saya gembira melihat keterujaannya.
Semoga segalanya akan berjalan lancar buat Ayu apabila tiba masanya nanti. Semoga anak yang lahir sihat tubuh badan dan akan membesar dengan sempurna. Sama-samalah kita doakan.

Gambar - gambar Shila Amzah Dan Keluarga Tunaikan Umrah

Untuk tatapan peminat Shila Amzah. Harap you all puas hati.










Video Pembuatan Ipad Bocor.

Assalamualaikum Wbth. bukan senang nak boleh tengok video macam mana kilang foxconn beroperasi dalam proses membuat ipad. Jadi beruntunglah..



Celebriti : Mulan, Dhani terus intim




Rahsia pernikahan yang terus disembunyikan Mulan Jameela dan Ahmad Dhani Prasetyo semakin terkuak, namun pasangan ini bagaikan tidak pernah peduli pandangan masyarakat terhadap hubungan mereka.
Kukuh mempertahankan pendirian untuk tidak berkongsi hal peribadi, namun ketika ibu Mulan, Titi Aisyah menutup mata buat selama-lamanya di Pondok Indah, Jakarta Selatan pada 8 Mac lalu, rahsia yang selama ini tersimpan kemas perlahan-lahan menguak.

Saat jenazah ibunya dibawa kediamannya, Safeea anak perempuan yang disebut-sebut sebagai buah cinta antara Dhani dan Mulan yang kini berusia dua tahun kelihatan begitu mesra dalam pelukan ibu pengasas band Indonesia berpengaruh, Dewa 19 itu.

Memakai baju putih dan celana merah jambu, Safeea didukung erat oleh ibu Dhani ketika jasad ibu Mulan dikafankan untuk disemadikan.


Dhani ketika ditemui media Indonesia di Kebon Jeruk, Jakarta Barat pada 15 Mac lalu, masih bungkam apabila diminta kepastian mengenai kehadiran Safeea.
Kunci mulut

Pemilik Republic Cinta Management itu selesa mengunci mulut dan terus berlalu ketika ditanya mengenai pernikahannya dengan penyanyi Makhluk Tuhan Paling Seksi itu.

Berita pernikahan mereka kembali marak diperkatakan apabila Dhani menjayakan satu sesi fotografi bersama Safeea dan Al, anak pertamanya dengan bekas isterinya, Maia Estianty sebagai penghias muka depan sebuah tabloid.

Januari lalu, Dhani pernah mengumpan sensasi media ketika melontarkan kenyataan mengenai berat badan isterinya.

“Berat badan kamu 40 kilogram? Berat isteri saya 50. Kalau ditanya sudah kahwin berapa kali, iya berkali-kali. Kalau ditanya nikah iya sudah berkali-kali, saya sudah nikah berkali-kali,” katanya meninggalkan tanda tanya kepada umum.

Ketika ibu Mulan dimasukkan ke Rumah Sakit Pondok Indah kerana jangkitan paru-paru, Dhani menunjukkan keprihatinannya dengan berziarah.

Malah, Mulan tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu yang bergegas ke kediamannya sebaik mendapat tahu ibunya menghembuskan nafas terakhir.

“Sempat dia menziarahi ibu saya di hospital. Namun saya ingin berterima kasih kepada Dhani dan juga semua atas perhatian dan kasih sayang yang ditunjukkan,” kata Mulan.

Tidak sembunyi keintiman

Meskipun belum pernah mengeluarkan kenyataan rasmi, Dhani dan Mulan tidak menyembunyikan keintiman mereka di mata umum.

Pasangan itu tampil berdua dalam satu kereta ketika menghadiri resepsi pernikahan Anang Hermansyah dan Ashanty pada Mei, tahun lalu.

Berpakaian serba hitam, Dhani kelihatan santai memegang tangan Mulan meskipun penyanyi Wonderwoman itu dilihat canggung mempamerkan kemesraan mereka.

Bagaimanapun, mereka berusaha menghindari wartawan yang sedang menanti di luar dewan dan Mulan hanya menjawab pertanyaan apabila diminta memberikan ucapan kepada pasangan mempelai itu.

LAHAD DATU. Seminggu Masa Yang Diperlukan Untuk Menilai Kerosakan.



Lahad Datu: Proses penilaian tahap kerosakan dan keselamatan penduduk Kampung Tanduo dekat sini, oleh pasukan keselamatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dijangka mengambil masa seminggu.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Tan Kok Liang, berkata proses penilaian sudah bermula kelmarin membabitkan pasukan keselamatan, MKN dan majlis daerah yang dibenarkan memasuki kampung berkenaan.

“Kita menjangkakan pasukan penilaian itu mengambil masa seminggu sebelum keputusan dibuat, sebelum membenarkan penduduk pulang ke kediaman masing-masing.

Penilaian perlu dilakukan secara terperinci kerana ini membabitkan nyawa penduduk bagi memastikan tiada sebarang ancaman pengganas,” Datuk Tan Kok Liang, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah

“Penilaian perlu dilakukan secara terperinci kerana ini membabitkan nyawa penduduk bagi memastikan tiada sebarang ancaman pengganas,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Akhbar semalam melaporkan, pasukan penilaian itu ditubuhkan untuk menilai tahap kerosakan dan kerugian dialami penduduk kampung terbabit sejak Ops Daulat dilancarkan pada 5 Mac lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata, penilaian turut dibuat dari segi aspek keselamatan penduduk sebelum mereka dibenarkan pulang dan menjalani kehidupan seperti biasa.

LAHAD DATU. Saki baki pengganas kini makin tertekan



Saki baki pengganas di Lahad Datu kini berada dalam keadaan tertekan selepas sebahagian rakan mereka ditangkap dan didakwa di mahkamah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata penahanan dan pendakwaan itu memberi kelebihan kepada pasukan keselamatan negara kerana musuh sudah terdesak untuk mencari cara bagi melepaskan diri.
“Pasukan keselamatan kita lebih yakin dan bersemangat untuk terus berjuang bagi memastikan kumpulan pengganas dapat dihapuskan dalam masa terdekat seterusnya memastikan keselamatan dan keamanan dapat dikekalkan.

Pasukan keselamatan kita kini lebih yakin dan bersemangat untuk terus berjuang bagi memastikan kumpulan pengganas dapat dihapuskan dalam masa terdekat” Ismail Omar, Ketua Polis Negara

Kukuh pasukan keselamatan

“Kita mempunyai pelan jangka pendek iaitu mengukuhkan kehadiran dan kawalan pasukan keselamatan di semua kawasan sensitif, termasuk perkampungan atas air, pinggir pantai dan sekitar kawasan Felda Sahabat di Lahad Datu,” katanya.

Pelan jangka panjang ialah kewujudan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) sepanjang 1,400 kilometer di pantai timur Sabah.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penutup Persidangan Ketua Polis Negeri, Pesuruhjaya Polis Sabah dan Sarawak, Komandan/Komander Maktab Polis, Pusat Latihan Polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) di sini, semalam.
Ismail juga memaklumkan, keadaan keselamatan di Sabah kini semakin pulih dan terkawal, berikutan kehadiran besar pasukan keselamatan selain logistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Bergerak ikut pelan strategik

“Kita sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan bergerak mengikut pelan strategik yang dirangka untuk menghadapi sebarang bentuk ancaman pada masa depan selepas kita belajar daripada kesilapan dan kekurangan semasa Ops Daulat,” katanya.

Dalam pada itu, sebanyak RM2 juta berjaya dikumpul untuk Tabung Wira Lahad Datu dan Tabung Kebajikan PDRM melalui sumbangan pelbagai pihak termasuk swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai.

Semalam, 10 individu menyampaikan sumbangan kepada Ketua Polis Negara sebagai menghargai jasa wira negara yang terkorban di Lahad Datu.

Penduduk selatan Filipina anggap Azzumudie sebagai wira



Ketua kumpulan pengganas Kiram, Azzumudie, dipandang sebagai wira oleh penduduk selatan Filipina kerana berjaya mengelak daripada ditangkap oleh pasukan keselamatan Malaysia, menurut seorang penulis di akhbar Filipina, Daily Inquirer.

Dalam kolumnya berjudul 'As I see It, wartawan veteran, Neal H. Cruz menyamakan Azzumudie dan rakyat Filipina yang didakwa ditindas di Sabah dengan kaum orang asli Amerika Syarikat (AS) dan keturunan Afrika yang menderita selama berdekad-dekad kerana dianiaya oleh peneroka imigran dari Eropah.

Cruz berkata, walaupun jika Azzumudie ditemui mati, dia tetap akan disanjung sebagai wira.

Beliau turut menyifatkan Presiden Filipina, Benigno Aquino sebagai orang yang perlu dipersalahkan kerana tindakannya dalam menangani krisis di Sabah yang 'mendatangkan kemarahan'.

"Beberapa tahun dari sekarang, kisah tentang Kesultanan Sulu dan pahlawannya serta bagaimana mereka ditindas dan dianiaya oleh kerajaan Malaysia dan Filipina akan diceritakan secara berulang kali di rumah-rumah penduduk selatan Filipina.

"Buku akan ditulis tentang mereka dan filem akan diterbitkan, cara sama seperti kisah orang asli AS dan penduduk AS keturunan Afrika disampaikan," tulis wartawan itu.

Beliau turut membidas pentadbiran Aquino kerana mengisytiharkan kesanggupan mereka untuk 'berunding', sedangkan kerabat Kiram didakwa dari mula lagi mahu rundingan diadakan.

Yuna penyeri The Croods. Tahniah!



Lembaran 2013 nyata membawa sinar besar buat penyanyi lagu Terukir Di Bintang, Yunalis Zarai, 27. Apa tidaknya, selepas memenangi Anugerah Juara Lagu Ke-27 pada awal Januari lalu, pencapaiannya semakin menyerlah.

Mesra dengan panggilan Yuna, usaha anak jati dari Subang Jaya, Selangor itu untuk menapak serta membina namanya di persada muzik antarabangsa terutama di Amerika Syarikat nampaknya membuahkan hasil cukup positif dan memberangsangkan.

Segala kepayahan Yuna sebelum ini mula terbalas apabila satu demi satu peluang diraihnya dan paling bermakna sudah tentu jalinan kerjasama yang diperoleh daripada karyawan muzik ternama di Hollywood seperti David Foster.

Menjadi artis naungan label Verve Music Group dimiliki Foster yang pernah memenangi trofi Grammy sebanyak 16 kali pastinya ibarat ‘bulan jatuh ke riba’ buat Yuna. Berkat kesabaran dalam perjuangan seninya kian terbalas.


Bersama Verve, kini Yuna juga sudah merakamkan beberapa lagu sentuhan Foster. Pun begitu, peluang besar yang membuka mata masyarakat Malaysia terhadap pencapaian Yuna di Amerika ketika ini apabila dia dipilih menyanyikan lagu tema, Shine You Way untuk filem animasi, The Croods.

Diarahkan Kirk De Mincco dan Chris Sanders, The Croods juga adalah produk seni terbitan produksi ternama Hollywood, DreamWorks Studios milik sutradara tersohor, Steven Spielberg bersama rakan kongsinya, Jeffrey Katzenberg dan David Geffen.

Yuna yang berbicara mengenai peluang kerjasamanya dalam filem The Croods itu melalui jawapan yang dihantar menerusi e-mel memaklumkan, dia memperoleh tawaran itu daripada pihak DreamWorks yang menghubungi ejennya.

“Mereka (DreamWorks) menghubungi ejen saya dan bertanya sama ada saya mahu bekerjasama dalam projek filem itu. Apapun, saya bangga dapat bekerjasama dengan komposer dan penerbit hebat seperti Alan Silvestri.

“Pengalaman bekerja de-ngan Silvestri cukup menyeronokkan dan tidaklah sukar. Bagi saya, dia seorang yang begitu profesional dan mudah bekerja dengannya. Bahkan, syukur semuanya berjalan lancar,” kata Yuna.

Yuna yang juga pertama kali berduet dengan vokalis Owl City, Adam Young untuk menyanyikan lagu Shine You Way itu memaklumkan mereka berdua sebenarnya tidak bertemu ketika sesi rakaman lagu itu dilakukan.

Serasi dengan Adam Young

Ujar Yuna, rakaman dilakukan secara berasingan kerana ketika itu Young berada di Minessota dan dia pula di Los Angeles (LA). Bagaimanapun, Yuna berkata, mereka berpeluang bersua muka ketika menjalani penggambaran muzik video lagu itu.

Dia seorang penyanyi yang berbakat, baik, sangat bagus dan manis orangnya. Selain itu, kami juga boleh serasi kerana mempunyai banyak persamaan.

“Kami berdua bukan saja masih mentah, tetapi kami juga pemalu dan perjalanan muzik kami pun bermula di laman sosial, myspace,” katanya memberitahu rakaman lagu Shine You Way dilakukan sekitar Januari lalu dan Yuna mengambil masa selama dua hari untuk merekodkannya.

Mengulas mengenai peluang kerjasamanya dengan produksi gergasi Hollywood seperti DreamWorks, Yuna berkata, dia tidak pernah terfikir sama sekali akan memperoleh peluang yang hebat itu.

“Apatah lagi, selama ini pun sejak remaja saya sudah menonton filem animasi terbitan DreamWorks. Jadi, apabila mendapat peluang bekerjasama dengan mereka, ia adalah satu perasaan yang hebat dan saya teruja.

“Bagaimanapun, buat masa ini saya belum dapat menonton sepenuhnya filem The Croods. Saya hanya menonton sedikit saja sebelum memulakan rakaman lagu Shine You Way.

“Apapun, bagi saya filem ini mempunyai plot cerita yang sangat baik kerana ia mengajar penonton untuk menjadi yakin, tidak pernah takut serta memupuk hubungan kekeluargaan yang erat. Ia juga bagaikan satu pengembaraan dan banyak perkara baru boleh dipelajari,” katanya.

Menyentuh pula pembabitannya dalam mana-mana promosi untuk The Croods, Yuna berkata, dia tidak turut serta.

Bahkan, berbicara mengenai projek terbarunya, Yuna berkata, dia kini bersiap sedia untuk terbabit dalam rakaman EP dan kemudian fokus pula pada proses rakaman album keduanya.

Menurut Yuna, rakaman EP dibuat sebagai pengenalan kepada projek terkininya dengan label baru, The Verve. The Croods yang kini sudah ditayangkan di seluruh dunia turut meminjam suara bintang terkenal Hollywood seperti Nicolas Cage, Ryan Reynolds dan Emma Stone.

Harimau Malaya kembali bernafas



Skuad Harimau Malaya mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas Yaman malam tadi, kemenangan bukan saja menghidupkan kembali kempen kelayakan Piala Asia 2015 tapi turut meredakan tekanan ditanggung pengendali Datuk K Rajagobal.

Kemampuan Rajagobal yang diulit kontroversi angkara kenyataan terhadap polisi pemain import Liga Malaysia baru-baru ini mula dipertikaikan dan kemenangan pertama dalam empat perlawanan selepas kalah di separuh akhir Piala AFF di tangan Thailand tahun lalu itu pasti melegakan pengendali berusia 56 tahun itu.

Kekalahan aksi pembukaan kempen kelayakan Kumpulan D membuatkan pertembungan di Stadium Shah Alam itu penting buat Malaysia dan Yaman.

Harimau Malaya tewas 0-2 di tangan Qatar di Doha bulan lalu manakala Yaman yang dilabel pasukan paling lemah dalam kumpulan turut mengalami nasib sama, kecundang kepada Bahrain.

Menurut Rajagobal, tiga mata yang diraih memberi kelegaan kepadanya selepas tekanan yang dialami sebelum perlawanan malam tadi.

“Saya lega dengan kemenangan ini dan saya sentiasa percaya dengan barisan pemain saya. Saya bangga dengan kemenangan ini dan kita akan lihat apa yang akan terjadi selepas ini.

“Kita dapat lihat yang kita ada banyak peluang tapi gagal diambil dengan baik di depan gol. Tapi apa yang bagus apabila pemain terus berusaha mendapatkan gol. Saya gembira secara keseluruhan kerana kami mencipta banyak peluang dan menentang Yaman sebuah pasukan yang bagus," katanya.

Bagi jurulatih Yaman, Tom Saintfiet beliau kecewa dengan kekalahan itu dan menyalahkan anak buahnya yang gagal menghukum pasukan tuan rumah pada babak pertama.

"Saya kecewa dengan kekalahan perlawanan malam ini (tadi), kami beraksi baik pada awal babak pertama dan menjaringkan satu gol. Kami memperoleh dua, tiga peluang terbaik selepas itu, tapi kami gagal menyempurnakannya. Pada saya, keputusan seri 1-1 atau 2-2 yang adil bagi perlawanan ini,” katanya.

Pada aksi kali ini Rajagobal kembali mempertaruhkan ‘muka lama’ dalam skuad termasuk kapten Safiq Rahim dan K Gurusamy bergandingan di bahagian tengah serta penyerang Norshahrul Idlan Talaha yang diketepikan sebelum ini.

Hujan pada minit ke-10 seakan-akan memberi rahmat buat Yaman yang menduduki ranking ke-170 dunia apabila mendahului permainan dua minit kemudian menerusi sepakan menarik penyerang berusia 20 tahun, Aiman Al-Hagri dari luar kotak penalti.

Aiman yang beraksi dengan kelab Bahrain, Al Najma sekali lagi mencemaskan gawang negara dengan gerakan solo pada minit ke-14, mujurlah Khairul Fahmi Che Mat tangkas menyelamatkan keadaan.

Bagaimanapun keadaan berubah pada minit ke-26 apabila bola hantaran lintang Mahali Jasuli dari sebelah kanan terkena pemain pertahanan lawan sebelum singgah ke kaki Azamuddin Mohd Akil yang mudah menolak masuk bola di depan pintu gol untuk gol penyamaan Malaysia.

Skuad negara menguasai permainan selepas itu dan mengatur asakan, namun beberapa peluang termasuk tandukan Norshahrul pada minit ke-42 berjaya ditepis keluar penjaga gol Yaman Salem Abdullah Saed.

Dua percubaan di depan gol oleh Norshahrul pada minit ke-74 dan 77 nyata mengecewakan 15,000 penyokong Harimau Malaya sekali gus menambah debaran Rajagobal yang bingkas membuat pertukaran memasukkan Khyril Muhymeen Zambri serta Mohd Badhri Radzi.

Ternyata percaturan itu berhasil apabila Khyril menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-79 selepas menerima hantaran Norshahrul.

Sumber : Metro Arena

Haleeda Serik Digosip



Namanya cukup popular awal 1990-an menerusi lagu Setia Kasih malah hingga kini lagunya masih sering berkumandang di radio.

Sempat menghasilkan dua album, Setia Kasih (1991) dan Terkilan (1993), Haleeda, 40, kini dikenali sebagai pelakon apabila memulakan langkah dalam dunia lakonan selepas bercerai dengan suami, Azman Adnan. Agak lama menyepi, Haleeda kembali dengan drama bersiri Bangkitnya Seorang Perempuan di TV3, sejak 13 Mac. Kali terakhir berlakon, drama Kecuali Cinta Mu di Astro Ria pada 2009.

Kehilangannya dalam dunia seni juga jadi tanda tanya kerana pernah menjadi perhatian apabila dikaitkan dengan beberapa kontroversi. Antaranya, gosip dengan pelakon handalan, Eman Manan dan insiden diserang isteri penerbit di lokasi drama dibintanginya disebabkan cemburu. Haleeda juga dikatakan menjalin hubungan dengan seorang datuk.

Tidak cukup dengan itu, Haleeda didakwa melangsungkan perkahwinan secara rahsia di Thailand dengan pelakon yang pernah membintangi filem Sembilu, akhir 2010. Haleeda yang kini manis bertudung, mengakui cerita hangat dan kontroversi berkaitan dirinya tiga tahun lalu benar-benar memalukan, apatah lagi pada waktu sama berhadapan situasi getir ibunya sakit. Katanya, walaupun sudah memberi kenyataan sebelum ini dengan tujuan mahu memberi penjelasan agar pihak terbabit mahupun masyarakat faham, hakikatnya kata Haleeda, maruah dirinya mahupun keluarga tercalar. Malah perasaan malu tidak dapat dibendung sehingga dia mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia seni.

“Selepas peristiwa itu, ibu pula jatuh sakit akibat kanser dan meninggal pada 2010. Tahun berikutnya, kakak ipar pula meninggal kerana penyakit sama. Apa yang berlaku dalam tempoh tiga tahun itu ibarat sudah jatuh di timpa tangga. “Saya benar-benar rasa sedih atas apa yang terjadi membuatkan saya seperti hilang semangat. Perasaan bercampur baur membuatkan saya berasakan tidak mahu lagi membabitkan diri dalam industri hiburan,” katanya. Kata Haleeda, sepanjang berhadapan dugaan itu, dia berasa begitu penat hingga terpaksa mengambil keputusan untuk berehat di samping berusaha memulihkan semangat mencari kekuatan.

“Bukan tidak ada yang menghubungi dan tawarkan berlakon tetapi saya berasakan apa yang terjadi sebelum ini membuatkan saya takut dan serik. Kalau boleh saya tidak mahu lagi berhadapan dengan perkara seperti itu. “Tambah pula sepanjang pembabitan saya dalam industri seni sama ada nyanyian dan lakonan, kontroversi adalah perkara pertama yang saya cuba elak. Dalam berjaga-jaga, akhirnya perkara itu berlaku juga kepada saya. “Bagaimanapun, saya tidak menyalahkan mana-mana pihak. Semua sudah berlaku. Malah saya sendiri berasakan kenyataan yang diberikan sebelum ini membuatkan keadaan menjadi bertambah buruk. Disebabkan itu, saya tidak mahu lagi memberi sebarang kenyataan mengenainya,” katanya.

Belajar daripada pengalaman lalu, Haleeda enggan berkongsi cerita mengenai status dirinya kini. Katanya, dia enggan bercerita mengenai perkahwinannya kerana ia kurang sesuai dan masih belum bersedia untuk memperkatakan perkara itu.

Kata Haleeda, dia mahu memberi tumpuan kepada anak perempuan tunggalnya, Amirah Amini Azman, 18, hasil perkahwinannya dengan bekas pemain bola sepak negara, Azman Adnan, yang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Tawaran membintangi Bangkitnya Seorang Perempuan juga pada awalnya saya tolak kerana berasakan diri belum cukup kuat untuk kembali aktif di lokasi penggambaran. Saya masih perlukan masa untuk bersendirian di samping bermuhasabah diri.

“Bagaimanapun, adik angkat saya yang juga jurusolek produksi, memujuk agar saya terima tawaran itu dan akhirnya saya terima kerana pujukan adik angkat. Kalau hendak diikutkan, saya belum bersedia untuk kembali. Sehingga sekarang pun, hati saya belum rasa mahu bekerja semula. “Rakan-rakan banyak memberi nasihat dengan mengatakan, sekurang-kurangnya saya keluar daripada ‘kepompong’ dan waktu sama diharap ia mampu memulihkan keyakinan saya,” katanya.

Bagi meneruskan kelangsungan hidup, Haleeda juga menjelaskan, sepanjang tiga tahun tidak bekerja, dia banyak dibantu keluarga memandangkan mereka tinggal bersama di samping wang simpanan yang ada. Katanya, dia tidak akan menerima semua tawaran yang datang sebaliknya harus memilih yang sesuai dengan imej bertudung. Pastinya dia harus melihat terlebih dulu kerana mahu menjaga batas.

Golongan kaya Russia guna ambulans elak Trafik Jam?



Moscow: Polis menjalankan siasatan khas selepas ada laporan mendakwa, beberapa ambulans diubah suai dengan hiasan mewah untuk disewa tokoh tertentu yang ingin mengelak kesesakan lalu lintas.

Jurucakap polis berkata, pemeriksaan rawak akan dilakukan ke atas ambulans di Moscow ekoran beberapa syarikat mengiklankan “perkhidmatan teksi ambulans” dengan sewaan RM605 sejam di Internet.

Sumber berkata, pemandu kenderaan itu akan memasang siren kecemasan untuk melepasi kesesakan lalu lintas di bandar raya Moscow.

Ketika pengguna jalan raya memberi laluan kerana menyangka ambulans berkenaan membawa orang sakit, kenderaan itu sebenarnya mengangkut ahli perniagaan yang ingin pergi ke mana-mana lokasi dengan segera. Seorang sumber pihak berkuasa berkata, sebuah ambulans sudah dikenal pasti. “Pemandu itu nampak mencurigakan dan tidak kelihatan seperti pemandu ambulans.

“Ketika kenderaan itu diperiksa, polis mendapati bahagian dalamnya dihias seperti limosin untuk digunakan penumpang berkemampuan,” katanya.

Wanita ketagih minum darah



Seorang wanita mengaku, dia memerlukan 36 liter darah babi setiap minggu untuk memuaskan dirinya yang sentiasa dahagakan darah.

Dikenali hanya sebagai Michelle, wanita itu berkata, sejak 10 tahun lalu, dia meminum darah - termasuk darah manusia - setiap minggu dan jumlah itu jika dikumpulkan boleh memenuhi 23 tab mandi.

“Saya ketagih darah sama seperti seseorang perokok ketagih rokok.

“Darah itu diminum ketika saya membaca, berehat atau melukis,” katanya.

Bekerja sebagai pelukis tatu, Michelle, 29, berkata kadang-kadang darah itu dicampur dengan sup atau ditumis.

“Jika saya meminum Bloody Mary (sejenis minuman bercampur darah), hakikatnya saya minum darah sebenar,” katanya.

Michelle berkata, dia lebih gemar meminum darah babi berbanding lembu kerana rasanya yang keras serta lebih masin.

Pada masa sama, kata Michelle, dia mencuba darah manusia - sama ada lelaki atau wanita.

“Darah lelaki berbeza daripada darah wanita,” katanya. Walaupun ketagih, Michelle tidak menganggap dirinya sebagai ‘pontianak’ sebaliknya manusia biasa yang sangat menikmati kesedapan darah.

Katanya, dia menghisap darah terus dari tangan kawan lelakinya, Johnny, seminggu sekali.

Setiap hisapan, katanya, boleh berlangsung antara 30 saat hingga lima minit.

Kata Michelle, dia juga pernah menghisap darah daripada orang lain sebelum ini.

“Ia tidak membahayakan sesiapa kerana hanya orang yang rapat dengan saya diambil darahnya.

“Setiap daripada mereka juga disahkan bebas daripada sebarang penyakit, termasuk HIV,” katanya. Ketagihan kepada darah itu bermula sejak Michelle di usia remaja lagi.

Katanya, jika tertekan, dia menoreh tangannya dan tertarik melihat darah itu mengalir. Sejak itu, kata Michelle, dia sudah meminum kira-kira 4,500 liter darah.

Ibunya juga diberi tahu mengenai tabiat aneh itu.

“Ibu saya menangis sebaik saja saya memberitahunya dan menganggap saya pelik,” katanya

Epik Tahun Ini.

Admin x berani nak ckp byk2. just nak tunjuk korang semua pic ni ja la.. 


 Korang search ja google nak tau citer2 lanjut..
Keyword ada kat gambar atas.

Video Highlight Gol England 8 San Marino 0 .Kelayakan Pialan Dunia

England 8 San Marino 0, England kenduri Gol. Jom tgk Gol2 yang dihasilkan di bawah



Artis - Artis Korea Bersuara Emas..

Ini adalah 8 orang artis Korea yang bersuara emas, Admin hanya post untuk kongsi bersama, Admin bukan K POP ok. hehe .. Thnks pada yang sudi jengah..

Jea (Brown Eyed Girl)

Jessica (SNSD)

Kim Tae-yeon (SNSD) 

Park Bom (2ne1)

Hyomin (T-Ara)

Hyorin (SISTAR)

Suzy (Miss A)

Sun Ye (Wonder Girls)





Amaran Kepada Blogger Pro-Kerajaan!



Pasti terlompat kuang kebelakang la berita ini kepada blogger pro-pembangkang bilamana undang-undang yang dibuat oleh pihak kerajaan bakal timbalbalik kepada blogger Pro-Kerajaan. Mana tidaknya pendedahan bermaklumat dan fakta yang cukup juga mengundang blogger ke kandang pendakwaan apabila mereka ini diugut saman dan diambil tindakkan  undang-undang dengan sewenang-wenangnya demi menutup bangkai gajah mereka(pembangkang).

Walhal setiap hari didada akhbar pembangkang setiap hari melemparkan kritikan dan tomahan yang tidak berasas kepada kerajaan langsung tidak diambil tindakan? Baru petik gambar 2-3 keping dah kena saman. Padahal pembangkang boleh buat arkid lagi fitnah dan tuduhan mereka termasuk isu-isu membabitkan hal dalaman kerajaan yang tidak patut dibocorkan kepada umum kerana ia melibatkan keselamatan negara.

tak payah tanya la blog atau portal mana yang duk leaking rahsia kerajaan, hari ini sahaja aku terbaca dalam blog milosuam (saudara Yusof PKR) membocorkan satu surat yang diutuskan kepada pejabat perdana menteri walhal itu adalah rahsia kerajaan yang tidak patut dilepaskan kepada umum.

Ternyata yang banyak species biawak bertukar warna ada didalam kerajaan hari ini, dan ini membimbangkan keselamatan negara bakal tergugat jika kekerapan kebocoran maklumat ini belaku tidak mustahil suatu hari nanti (atau sedang belaku) rahsia-rahsia kerajaan sedang dijual ke pihak luar.

Tindakan menyaman media atau penulis blog tertentu terutamanya oleh parti-parti pembangkang boleh memberikan petanda buruk terhadap kebebasan media di negara ini.

Malahan ia juga dianggap sebagai satu usaha mengheret institusi kehakiman dalam menimbulkan keraguan terhadap pihak berkuasa sama ada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Seorang peguam, Hasnal Rezua Merican menyatakan, tindakan menyaman akhbar atau penulis blog kini menjadi trend untuk menyempitkan kebebasan bersuara dan media.

"Kalau tidak boleh beri peluang untuk akhbar atau blogger untuk mengkritik, maka jangan bercakap mengenai kebebasan media," katanya ketika dihubungi Utusan Online hari ini.

Beliau mengulas demikian berhubung trend pihak-pihak tertentu terutama parti pembangkan yang mengambil tindakan undang-undang terhadap media dan penulis blog tertentu konon melemparkan fitnah terhadap mereka.

Hasnal Rezua berkata, selain itu adalah benar dari segi undang-undang, sesiapa yang menyebar fitnah tidak kira penulis asal atau pencetak dan sebagainya boleh disaman dan dikenakan tindakan.

Namun, ujar Hasnal Rezua, tindakan menyaman hanya mereka yang mencetak semula dakwaan dikatakan fitnah itu tanpa memanggil penulis asal sebenarnya boleh dikira sebagai usaha untuk menyempitkan pembelaan pihak yang disaman.

"Akhbar-akhbar propembangkang juga ada menyiarkan fitnah atau perkara-perkara yang meragukan tetapi tidak disaman oleh kerajaan kerana kerajaan sedia ada lebih percaya kepada kebebasan media di samping mengambil pendekatan menjelaskan perkara yang sebenarnya.

"Tapi yang ada sekarang, baru ditanya soalan, sudah nak saman. Baru ditanya soalan, sudah ugut hendak panggil pengawal keselamatan. Kalau tidak bersedia untuk menghadapi media, memberikan jawapan atau penjelasan terhadap soalan yang akan diberikan, jangan dipanggil sidang media,’’ katanya.

Tindakan saman media dan penulis blog ini juga, kata Hasnal Rezua, merupakan usaha untuk menutup mulut tidak kira dari media atau pun penyokongnya sesebuah parti itu sendiri.

Seorang lagi peguam, Datuk Mohd. Hafarizam Harun ketika dihubungi melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) menyatakan, tindakan saman-menyaman itu juga berkemungkinan adalah untuk menakut-nakutkan media mahupun penulis blog agar kebenaran sesuatu isu tidak didedahkan.

Beliau turut memberitahu bahawa saman-saman tersebut bersifat 'memilih’ kerana tidak semua disaman.
Memberi contoh dalam kes saman fitnah oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Utusan Melayu (M) Bhd. berhubung penyiaran artikel bertajuk 'Tolak Anwar - Hasan', syarikat penerbitan itu disaman ekoran penyiaran transkrip penuh sidang akhbar bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali yang juga Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) di akhbar Utusan Malaysia pada 17 Januari tahun lalu.

"Bagaimanapun sehingga hari ini, Anwar tidak pernah memfailkan saman terhadap Hasan di atas kenyataan yang dikeluarkan itu,"

Adab Pengantin Baru



BAGI menjayakan hubungan kelamin pasangan baru berkahwin yang tiada pengalaman mengenai hubungan seks, mereka perlu tahu memainkan peranan masing-masing.

Suami perlu tahu jika ereksi tidak cukup keras dan zakar sukar dimasukkan ke faraj isteri, lebih-lebih lagi untuk melakukan tusukan.

Si isteri pula perlu tahu, jika pembukaan faraj mengecut atau tertutup dengan padat, zakar tidak dapat dimasukkan ke faraj dan jika ia dipaksa, si isteri akan terasa sakit.

Isteri mengawal pembukaan faraj dan menentukan sama ada mahu membuka atau menutupnya. Sememangnya pembukaan faraj tertutup atau rapat dalam keadaan biasa.

Dalam keadaan takut atau ngilu, otot lantai pelvis si isteri atau ‘otot kemut’ mencengkam dan membuatkan pembukaan faraj tertutup lebih padat.

Jika dipaksa melakukan penembusan, faraj boleh tercedera atau terluka. Sudah tentu ia menyakitkan mereka berdua, lebih-lebih lagi si isteri.

Si isteri perlu melegakan otot kemut dan pembukaan faraj, seolah-olah mahu membuang air besar atau air kecil. Dengan cara demikian, mudah bagi suami melakukan tusukan dengan bantuan isteri.

Jika permukaan dan pembukaan faraj kering atau kurang lembap, jeli pelembap seperti ‘Top’Gel’ (Durex) atau mana-mana pelembap yang boleh melicinkan perjalanan boleh digunakan tanpa was-was.

Untuk menguji cara melegakan pembukaan faraj, si isteri boleh menyalurkan satu jari ke dalam faraj dan kemudian mencuba memasukkan dua jari sambil meneliti cara mengizinkan ereksi suami memasuki ruang faraj dengan melegakan pembukaan faraj.

Jika masih gagal menyempurnakan hubungan kelamin, kedua-dua pihak disyorkan berjumpa doktor untuk mendapat bimbingan dan tunjuk ajar. Berjumpa bomoh atau dukun bukan tindakan bijak

Sumber : Pakar Sakit Tuan Dr Tambi

Umur kian singkat, ajal makin dekat

Gambar Hiasan

MASA bergerak begitu pantas. Dalam diam kita sudah memasuki tahun baru Masihi 2013. Ia menandakan usia kita kian berganjak dan semakin tua.

Apabila tahun baru menjelma, pasti ramai bersemangat dengan azam baru masing-masing. Apabila ‘wish’ selamat tahun baru, soalan wajib selepas itu pastinya “Apa azam untuk tahun baru?”
Nak berazam perlu tunggu tahun baru saja ke? Setahun ada 365 hari manakala tahun itu juga adaah himpunan antara hari. Dari hari-hari itulah menjadi setahun.

Jadi azam tahun baru sebenarnya mesti diukir setiap hari. Jika azam sekadar sebutan dan hanya rutin serta pakej sambutan tahun baru saja, sudah tentu tidak ke mana.

Paling tidak hangatnya sekadar hangat-hangat tahi ayam saja. Berazam macam nak rak tapi apabila sampai tahun baru yang seterusnya, satu azam pun tidak tercapai lagi.

Selepas itu, pandai-pandai saja buat azam baru. Setiap hari, setiap waktu umur kita akan bertambah sama ada memasuki tahun baru atau tidak.

Hayat kita tetap bertambah singkat dan ajal semakin dekat. Setiap kita disuruh berazam ke arah yang lebih baik, sama ada menjelang atau belum tahun yang baru.

Itulah kehidupan dan jiwa seorang Muslim. Masa tidak selalu menunggu kita.
Kebaikan jangan ditangguh, keburukan jangan ditanggung. Jangan menunggu tahun baru untuk berubah kepada yang lebih baik.

Jangan menunggu tahun baru untuk meninggalkan keburukan. Itulah fenomena hidup kita seharian. Hijrah sudah tak jadi gah sehebat sejarahnya.

Baca sejarah tapi hilang ceritanya atau rohnya. Jadi sempit dan apabila sudah jadi sempit, kefahaman pun mula mengecil dan apabila kefahaman mengecil, penghayatan pun makin menguncup, hasilnya hijrah tinggal sejarah.

Ramai yang gagal mencapai azam kerana mereka tidak mempunyai kesungguhan dan beranggapan azam itu tidak penting.

Ada juga yang menetapkan azam yang terlampau banyak sehingga tidak sempat untuk dicapai pada tahun itu.

Azam perlu dibuat secara berperingkat. Selesai satu azam, buat azam baru pula. Sepatutnya tahun baru dijadikan sebagai kayu pengukur kepada apa yang dilalui sepanjang setahun.

Berdasarkan apa yang berlaku sepanjang tahun, mudahlah untuk merancang perkara lebih baik untuk tahun seterusnya. Berusaha berubah kepada yang lebih baik perlu menjadi matlamat Muslim setiap masa.

Sesiapa yang hidupnya hari ini tidak berubah menjadi lebih baik daripada semalam, bermakna mempersia-siakan peluang hidup pada hari sebelumnya.

Begitu juga pada azam, tidak perlu menunggu saat tibanya tahun baru. Lakukanlah segera kerana usia tidak akan menanti kita. Perkara yang paling hampir pada diri kita adalah kematian.

Untuk berubah, demi azam baru, di sini mari sama-sama kita berkongsi tip bagaimana hendak laksanakan azam yang kita pasang selama ini.

Mulalah dengan mengubah diri sendiri supaya anda menjadi lebih yakin dengan diri anda sendiri. Orang lain juga akan lebih yakin dengan diri anda.

Mana mungkin jika anda mahu mengajak orang lain berubah sedangkan diri anda sendiri masih berada pada takuk lama. Nanti orang akan cakap yang anda seorang yang cakap tidak serupa bikin. Cakap pandai tapi buat sendiri tak pandai.

Mula melakukan perubahan secara perlahan-lahan. Tidak dinafikan sememangnya sukar untuk terus berubah dalam masa singkat atau dalam tempoh sekelip saja.

Jika ia dilakukan secara perlahan-lahan, dengan izin Allah anda akan dapat berubah seperti apa yang anda inginkan. Walaupun perlahan, anda akan dapat mengalami perubahan yang besar dalam diri.

Lakukan perubahan pada masa sekarang juga. Jangan bertangguh untuk tempoh yang lebih lama lagi. Ini kerana semakin lama anda bertangguh untuk berubah maka ia akan menjadi semakin melarat dan semakin susah untuk melakukannya.

Perkara yang kecil akan jadi lebih besar jika ia terus dibiarkan. Jadi, ambillah masa yang ada sekarang untuk berubah dan mendapat hasil yang baik pada masa akan datang.

Berusaha untuk berubah dengan niat yang ikhlas dan lakukannya dengan bersungguh-sungguh. Anda perlu memaksa diri anda untuk berubah dengan sepenuh hati. Jika diri anda tidak dipaksa, anda seolah-olah memanjakan diri anda untuk berubah.

Nafsu anda juga akan menjadi semakin degil jika tidak dipaksa. Kawal nafsu anda dan jangan biarkan nafsu yang mengawal diri.

Apabila anda berjaya melakukan perubahan dalam diri maka anda perlu mengulangi perubahan itu sehingga ia menjadi sebati dengan diri. Jika perubahan hanya dibiarkan begitu sahaja, anda hanya akan berjaya untuk berubah seketika dan selepas itu akan kembali kepada takuk lama.

Oleh itu, jangan sia-siakan perubahan yang anda lakukan. Anda perlu sentiasa melakukannya.

Kesimpulannya, kita perlu berubah untuk menjadi orang yang lebih baik kerana ia sangat dituntut dalam Islam. Tapi jangan pula berubah kerana disebabkan orang lain.

Kita perlu ikhlas untuk berubah demi kebaikan diri anda sendiri. Selepas itu bolehlah mengajak orang lain untuk berubah sama. Jika dilakukan dengan niat dan cara yang betul, insya-Allah orang lain akan dapat berubah seperti yang diharapkan.

Kita juga mendapat ganjaran pahala jika berjaya mengajak orang lain berubah. Cuma awas berubah jangan jadikan ia upacara bermusim berubah dan beristiqamah sehingga menemui Allah.

Sesungguhnya Allah menciptakan hidup dan mati itu untuk menguji siapakah yang paling baik amalannya.

Nikah Di Luar Sempadan



Perkhawinan di luar sempadan, walaupun sah pada sudut agama kerana cukup syarat, ia tetap menjadi kesalahan pada sudut perundangan keluarga di negara kita.

Perkara terbaik yang puan perlu lakukan sekarang ialah mendaftarkan perkahwinan di Malaysia terlebih dahulu.

Walaupun nanti denda dikenakan, dengan mendaftar perkahwinan ini, hak puan sebagai isteri akan terjamin.

Jika tidak, anak yang bakal dilahirkan akan berdepan masalah. Bagaimana hendak mendaftarkan kelahiran sedangkan tiada perkahwinan didaftarkan? Selepas selesai pendaftaran, carilah jalan terbaik untuk memaklumkan keluarga apa yang berlaku.

Sanggup Habiskan RM1000 untuk menjadi PENGEMIS di Malaysia

Gambar Hiasan


Seorang nenek dari India sanggup mengumpul RM1,000 selama lebih setahun untuk membeli tiket penerbangan ke negara ini sebelum menjadi pengemis di sekitar bandar raya ini kerana yakin mampu mengaut keuntungan lumayan berikutan kedudukan Johor bersebelahan Singapura dan sikap penduduknya yang pemurah.

Ini kerana, tukaran mata wang lebih tinggi berbanding rupee dan pembangunan pesat kawasan Nusajaya menarik minat wanita berusia 72 tahun itu untuk mengemis dan meminta simpati orang ramai di daerah ini. Malangnya, dia hanya mampu mengumpul RM11 selepas mengemis selama empat jam pada hari pertama sebelum ditahan sepasukan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini, pada 17 Mac lalu.

Pegawai JKM Johor Bahru Manayi Ibrahim berkata, wanita berkenaan didapati mengemis di jejantas antara pondok bas dan sebuah pusat beli-belah di Jalan Wong Ah Fook di sini.

“Wanita itu berasal dari Karnataka, Bangalore, India dan menaiki penerbangan ke Singapura pada 24 Februari.

“Dia dipercayai mengemis di republik berkenaan sebelum memasuki negara ini pada 26 Februari lalu.

“Mengikut keterangannya, dia mengemis pada hari pertama di Johor Bahru ketika JKM mencekupnya namun kami masih menjalankan siasatan bagi mendapatkan maklumat lengkap,” katanya.

Manayi berkata, ketika itu, wanita berkenaan tidak menyedari beberapa individu menghampirinya adalah pegawai JKM sebaliknya menyangka mereka ingin memberi derma.

“Bagaimanapun dia terkejut apabila pegawai JKM memintanya bangun sebelum mendapatkan maklumat daripadanya,” katanya.

Operasi menyelamatkan sekumpulan pengemis di sekitar pusat bandar raya dianggotai 13 kakitangan JKM. Operasi dilakukan hasil aduan orang awam berhubung kegiatan pengemis dan kutu rayau yang mengganggu orang ramai.

Drebar teksi disebat 10 kali

Gambar Hiasan


Seorang pemandu teksi menerima padah apabila dipenjara enam tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini atas empat pertuduhan menyamun empat wanita dengan bersenjatakan sebilah parang dan pisau.

Hakim Abu Bakar Manat menjatuhkan hukuman itu terhadap Rosli Yusoff, 43, apabila tertuduh mengaku bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Abu Bakar menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan dua sebatan bagi pertuduhan pertama dan keempat serta lima tahun dan tiga sebatan bagi pertuduhan kedua dan ketiga terhadap Rosli. Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak.

Mengikut pertuduhan pertama, Rosli didakwa menyamun Nurashikin Mat Taib, 25, bersenjatakan sebilah parang dengan merampas wang tunai RM500 dan barangan lain di tepi jalan berhampiran Sunway Opal Damansara, Jalan PJU 3/27, Kota Damansara, di sini, jam 8.30 malam, 31 Januari lalu.

Mengikut pertuduhan seterusnya, dia juga didakwa menyamun Rafiah A Majid, 48, bersenjatakan parang dengan merampas barangan milik mangsa antaranya seutas gelang tangan di tepi jalan berhampiran Pangsapuri Carmila, Jalan Sepah Puteri 5/12, Kota Damansara, jam 8.55 malam, 30 Januari lalu. Bagi kedua-dua pertuduhan itu, Rosli didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebatan.

Mengikut pertuduhan ketiga, Rosli bersama seorang tertuduh Azizi Jaafar, 36, didakwa melakukan rompakan berkumpulan bersenjatakan pisau terhadap R Intan Halimah R Mohd Jaafar, 34, dengan merampas barangan mangsa antaranya sebuah telefon bimbit, di dalam teksi di jalan berhampiran Pangsapuri Carlina, Jalan Sepah Puteri 5/1, Kota Damansara, jam 8.48 pagi, 26 Januari lalu.

Mengikut pertuduhan terakhir, Rosli dan Azizi didakwa melakukan kesalahan sama terhadap Wan Sharina Ahmad Tewfik Khalidi, 36, dengan merampas barang milik mangsa antaranya wang tunai RM2,000, dalam teksi sama di hadapan Center Point Bandar Utama, Persiaran Bandar Utama, Selangor, pada 9 malam, 21 Januari lalu.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh disebat jika disabit kesalahan.

Azizi mengaku bersalah terhadap pertuduhan keempat itu dan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan tiga sebatan dan memerintahkan hukuman dari tarikh tangkap 3 Mac lepas.

Khalwat pelacur

gambar hiasan


Seorang remaja dicekup selepas disyaki berkhalwat dengan seorang remaja perempuan dipercayai pelacur di dalam sebuah rumah kedai di Pekan Jitra, di sini, awal pagi kelmarin.

Difahamkan, remaja lelaki itu datang ke rumah terbabit dengan menunggang motosikal dari bandar raya ini dipercayai mahu mendapatkan khidmat seks dengan remaja perempuan berkenaan.

Sumber berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi, remaja lelaki berusia 17 tahun berkenaan dikatakan pergi ke rumah kedai terbabit untuk bertemu remaja perempuan berusia 15 tahun bagi mendapatkan khidmat seks.

Menurutnya, pihaknya yang menerima maklumat kemudian pergi ke premis terbabit sebelum mengetuk pintu beberapa kali lalu dibuka remaja lelaki terbabit.

“Remaja lelaki itu cuba melarikan diri dengan menuruni tangga, tetapi anggota penguat kuasa agama berjaya menahannya semula dan berlaku pergelutan antara mereka.

“Hasil soal siasat mendapati remaja lelaki itu mengaku datang ke premis berkenaan untuk melanggan remaja perempuan itu yang menjalankan aktiviti pelacuran sejak berhenti sekolah.

“Ketika dicekup, kedua-dua mereka berpakaian lengkap dan berkurung sehingga mendatangkan syak dalam rumah yang tertutup rapat dan berkunci dari dalam,” katanya.

Sumber berkata, remaja perempuan itu turut mengakui menerima bayaran RM80 untuk dilanggan remaja lelaki berkenaan.

Menurutnya, remaja perempuan itu mengakui ada individu menghantarnya ke rumah berkenaan untuk melakukan ‘kerja’ terbabit bagi mendapatkan wang dengan mudah.

“Remaja perempuan itu berasal dari bandar raya ini manakala pasangannya itu pula sedang bercuti sebelum menyambung semula pengajiannya.

“Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama daerah untuk diambil keterangan,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 9 (1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988

Air Ketum Dan Hukumnya.


Assalamualaikum Wbth, Anda kenal pokok dan daun diatas, Jika anda kenal maka anda tergolong dalam budak2 kampung. hehehe.. sebab pokok ni byk kat kampung2 sekitar utara Malaysia.

Berbalik pada tajuk hari ni shah nak kongsi la sikit pasal daun ketum, First daun ketum ni ada 2 jenis iaitu urat putih dan urat merah, Byk org ckp urat merah lagi STIM, wallahualam sebab shah x join pakatan minum ketum nih. hehehe

Daun ketum ni zaman nenek moyang kita gunakan untuk perubatan dan buat kerja2 berat macam masuk hutan menebang, membajak sawah dan mcm2 lagi lah kerja yang memerlukan pengerahan semua jenis urat, Berkesan dalam mengubat darah tinggi, sakit perut, sakit urat dan otot yang kena alignment balik. fahamkan.

So apa hukumnya minum air ketum ni pulak. jeng2.. ramai terpesong pasal nih, alasan sakit urat minum sampai 2 3 gelas, kadang2 tu leh lepak sampai subuh kat kedai2 kampung yang jual air ketum nih.

So ini hukum yang Ustaz Azhar Idrus nyatakan, tiada beza dengan pendapat2 ustaz lain..



"Cerita Pasal Tanah" Video



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...