SUSULAN KES POTONG ANU : ‘Dia hantuk kepala, pijak badan’



“Saya tidak mampu menghalang dan hanya minta dia mengucap dan ingatkan Allah,” kata ibu kepada lelaki yang bertindak memotong kemaluan bapanya hingga putus dalam kejadian di rumah mereka di FELDA Kerteh 6, Ketengah Jaya, di sini, semalam.

Dia yang mahu dikenali sebagai Semah, 66, berkata, ketika kejadian, dia dan suami nyenyak tidur dalam bilik manakala anaknya yang dipercayai terpengaruh ajaran sesat itu belum tidur dan berada di ruang tamu.

“Sebelum itu saya tersedar apabila suami bangun untuk ke bilik air dan selepas itu saya terlelap semula sebelum dikejutkan bunyi bising dalam bilik,” katanya ketika ditemui di Hospital Dungun, semalam.

Menurutnya, dia terkejut apabila melihat anaknya menghantukkan kepala suaminya bertalu-talu ke lantai termasuk memijak bahagian badan sebelum keluar dari bilik.

“Saya bangun untuk mendapatkan suami dan anak masuk semula ke dalam bilik dan kali ini dia membawa pisau lalu menyelak kain dipakai suami sebelum memotong kemaluan suami,” katanya.

Katanya, dia yang terkejut dengan kejadian itu gagal menghalang perbuatan anaknya kerana perlakuannya seperti dirasuk dan sebaik memotong kemaluan bapanya, dia kemudian memotong kemaluannya sendiri.

Semah berkata, seorang lagi anaknya yang berada di bilik bersebelahan cuba membantu, namun melarikan diri apabila anak lelakinya itu terus menerpa ke arahnya kerana bimbang sesuatu tidak diingini menimpa dirinya.

Difahamkan, kedua-dua alat sulit mangsa dilaporkan dibawa ke hospital dipercayai untuk proses pembedahan menyambungkan semula dan sehingga jam 6 petang semalam, sumber memberitahu Harian Metro, alat sulit si anak berjaya disambung manakala alat sulit warga emas masih dalam proses pembedahan.

JEJAK : Ketua perisik Kiram jadi buruan



Seorang pemimpin kanan dipercayai berjawatan ketua perisik dikenali sebagai Datu Piah Datu Kiram kini menjadi orang buruan utama pasukan keselamatan dalam usaha melumpuhkan terus pergerakan saki-baki kumpulan pengganas yang menceroboh Sabah sejak 12 Februari lalu.

Menurut sumber, dia yang dipercayai ada hubungan keluarga dengan Jamalul Kiram yang mendakwa dirinya Sultan Sulu, dikatakan antara individu yang menyertai kumpulan pengganas terbabit membuat rundingan dengan pasukan keselamatan, Februari lalu.

“Sejurus selepas berlaku pertempuran pada 1 Mac lalu, Datu Piah menghilangkan diri, tetapi dipercayai masih berada di negeri ini,” katanya.

Sumber itu berkata, pasukan keselamatan turut percaya Semporna ialah markas utama pengganas kerana di situlah mereka melakukan perancangan serta mengatur strategi.

Cinta Tiga Segi: Pulangkan Isteriku!



Angkara cinta tiga segi, seorang pemuda didakwa tergamak mengurung seorang suri rumah yang baru habis berpantang selepas melahirkan anak sulung di sebuah rumah di sekitar daerah ini sejak seminggu lalu.

Lebih malang apabila wanita yang juga isteri kepada abang angkat remaja itu dipercayai turut dikawal setiap masa dan dihalang menemui suami serta bayi lelakinya yang baru mencecah usia dua bulan.

Difahamkan, lelaki berusia 20 tahun itu melakukan hubungan intim dengan wanita berusia 28 tahun berkenaan tanpa dikesan suaminya yang mahu dikenali sebagai Firdaus, 30, sejak pertengahan tahun lalu.

Menurut Firdaus, dia yang terjaga dari tidur terkejut mendapati isterinya tiada, kira-kira jam 8.30 pagi, 16 Mac lalu.

“Saya melihat dia (isteri) tiada di sebelah, namun bayi kami masih ada dan membawanya keluar mencari selama tiga hari berturut-turut, namun gagal.

Polis sahkan ketua pemerintah ditahan semalam Datu Amir Baha

LAHAD DATU: Pengganas yang ditahan semalam disahkan sebagai ketua pemerintah, Datu Amir Baha, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. 




PDRM perkukuh bahagian IT



Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengukuhkan bahagian Teknologi Maklumat (IT) bagi membanteras penyalahgunaan penyebaran maklumat palsu dan fitnah menerusi laman sosial dan internet.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata ini disebabkab penyebaran berkenaan adalah cabaran besar PDRM dalam menangani pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan laman sosial seperti menerusi Facebook, Twitter dan sebagainya untuk aktiviti yang tidak sepatutnya.
"Saya sudah mengarahkan pasukan komunikasi serta bahagian IT di Bukit Aman bagi meningkatkan lagi keupayaan kita untuk memerhati elemen tidak sihat ini," katanya dalam temu bual di sini.

Justeru itu, PDRM membelanjakan RM500 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun lalu untuk meningkatkan keupayaan anggota polis dalam menangani penyebaran maklumat salah, maklumat tidak tepat atau fitnah yang mampu menjatuhkan imej polis.

"Kita tahu sebelum ini kalau ada kematian di dalam lokap terus orang ramai mengeluarkan fitnah polis bunuh orang kena tahan (OKT) di dalam lokap.

"Ini tidak benar langsung, kalau ada polis yang melebihi kuasa mereka, mereka tetap akan dituduh di mahkamah dan dari dulu lagi kita tidak pernah menyembunyikan perkara ini," katanya.

Lahad Datu Updated : Empat mayat rakyat asing ditemui


Lahad Datu: Empat mayat dipercayai rakyat asing ditemui di dalam sebuah rumah di Kampung Tanjung Batu selepas pasukan keselamatan bertempur dengan pengganas militan semasa operasi penggeledahan di kampung itu, hari ini. 

Pertempuran pada jam 9.15 pagi itu turut menyebabkan seorang anggota tentera cedera di paha kanan akibat terkena tembakan musuh, kata Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin. 
Beliau berkata, insiden itu berlaku selepas pasukan keselamatan menjejaki dua musuh yang memasuki sebuah rumah berhampiran dan berlaku tembak menembak sehingga mencederakan anggota itu. 


"Berlaku beberapa minit pertempuran di situ, dan semasa pertempuran pasukan keselamatan mendapati seorang musuh lari dari rumah itu menghala ke sebuah rumah di sebelah sebelum bertindak membakar rumah berkenaan. 

"Pasukan keselamatan kemudian melepaskan tembakan bagi membersihkan rumah yang mula-mula dimasuki dua pengganas itu sebelum memasukinya dan menemui empat orang mati ditembak," katanya pada sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16 di sini, hari ini. 

Zulkifeli berkata, mayat itu terdiri daripada seorang lelaki dan wanita dewasa serta seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan. Tiada pengenalan diri ditemui. 

Beliau berkata hasil penggeledahan, pasukan keselamatan menemui seorang lagi kanak-kanak lelaki yang cedera, juga tiada pengenalan diri dan dia diterbangkan ke Hospital Sandakan untuk rawatan. 
Pasukan keselamatan turut menemui sejumlah bekalan makanan yang dipercayai dikumpul di rumah berkenaan, katanya. 

Zulkifeli berkata, kesemua mayat itu dibawa keluar dari lokasi pertempuran, menjadikan jumlah keseluruhan mayat yang dikeluarkan sehingga kini 42. - BERNAMA 

Wanita culik bayi milik bekas suami


Gambar Hiasan

Seorang wanita bertindak nekad menculik bayi bekas suaminya dengan isteri pertama yang berusia 10 bulan untuk membalas dendam kerana marah diceraikan lelaki itu, tiga bulan lalu.

Bayi tersebut diculik dalam dukungan ibunya di tepi jalan berhampiran kediaman mereka di Blok K7, Pangsapuri Meranti, Bandar Sri Damansara di sini pada pukul 4 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya , Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, ibu bayi tersebut berusia 25 tahun memaklumkan, dia telah ditumbuk di bahagian mata sebelum suspek merampas dan melarikan anaknya.

Beliau berkata, sebelum kejadian, bapa bayi berkenaan mendakwa pernah menerima panggilan telefon daripada bekas isteri keduanya itu yang sering mengugut mahu mengambil anak lelakinya.

"Bayi tersebut dipercayai diculik oleh seorang wanita berusia 26 tahun yang merupakan bekas isteri kedua kepada bapanya.

Terima kasih Rosberg



SEPANG - Pelumba Mercedes AMG Petronas, Lewis Hamilton memuji rakan sepasukannya Nico Rosberg yang patuh terhadap arahan pasukan supaya tidak memintasnya untuk Hamilton meraih tempat ketiga pada Grand Prix Formula Satu Malaysia 2013, semalam.

Kepatuhan Rosberg dalam perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang membolehkan Hamilton menaiki podium pertama musim ini manakala Rosberg tempat keempat.

Hamilton berkata, pasukan memberikan arahan kepada Rosberg agar tidak memintasnya ketika kedua-duanya berada di posisi ketiga dan keempat ketika lima pusingan terakhir.

"Dia (Rosberg) mematuhi arah pasukan, saya kagum dengan sikapnya.



"Kami melaksanakan tugas dengan baik, saya gembira dengan podium ini," kata Hamilton.

Sikap yang dipamerkan oleh dua pelumba Mercedes AMG Petronas itu jauh lebih baik berbanding dua pelumba Red Bull Racing, yang mengingkari arahan agar tidak bersaing sesama sendiri yang melibatkan Mark Webber dan Sebastian Vettel.

Hamilton secara terbuka memberitahu sedia memberikan peluang buat Rosberg untuk meraih podium seandainya mereka berhadapan keadaan yang sama seperti semalam pada perlumbaan akan datang.

"Dia berkorban untuk saya, sudah tentu saya sedia memberikannya podium pada masa akan datang.

"Perlumbaan ini amat sengit bagi kami semua dan apa pun saya tetap puas dengan perlumbaan hari ini (semalam)," jelas Hamilton.

Vettel-Webber 'berperang'



SEPANG - Red Bull mendominasi Grand Prix Malaysia 2013 semalam apabila menawan kedudukan 1-2 podium menerusi Sebastian Vettel dan Mark Webber, namun kemenangan itu mencetuskan kontroversi sesama pelumba tersebut.

Vettel dan Webber berbalah ketika sidang akhbar kerana Vettel enggan mematuhi arahan pasukan supaya tidak menyaingi rakan sepasukannya itu.

Menerusi arahan pasukan, Vettel sepatutnya memberi laluan kepada Webber untuk memenangi saingan di Litar Antarabangsa Sepang, semalam.

Vettel berkata: "Sekarang semua orang menganggap saya budak jahat yang melakukan kesilapan. Saya minta maaf kepada Mark kerana tidak mengikut arahan pasukan. Hal ini antara saya dan Webber, biar saya sahaja yang menyelesaikan perkara ini.

"Saya tahu Mark kecewa tetapi saya perlu jujur walaupun tahu dia sukar untuk menerima penjelasan saya. Ini adalah kesilapan paling besar yang saya lakukan kerana gagal ikut arahan pasukan."

Vettel bertegas bahawa sekiranya berdepan dengan situasi serupa dalam perlumbaan lain, dia akan mematuhi arahan pasukan.

Ketika diajukan soalan serupa kepada Webber, pemandu Australia itu jelas gagal menahan kemarahannya terhadap Vettel.

Kata Webber, dia mengikut arahan pasukan, tetapi juara dunia itu pula bersikap sebaliknya.

"Pada asalnya saya mengikut kedudukan seperti yang diarahkan pasukan ketika kami mengawal perlumbaan dan saya juga sedia untuk memecut hingga ke garisan penamat.

"Pasukan memberikan arahan agar berhati-hati dengan keadaan enjin serta tayar dan jangan bersaing sesama sendiri," tegasnya.

Sejak awal perlumbaan, Vettel dan Webber saling bersaing untuk mendahului perlumbaan yang berkesudahan pemandu Jerman itu memenangi perlumbaan 56 pusingan dengan masa 1 jam 38 minit 56.681 saat.

Rancang bunuh: CN Afghani mahu bertemu, mohon maaf kepada Tun Dr. Mahathir.



PASIR PUTEH 25 Mac - Bekas ahli Pas seumur hidup, Zainon Ismail atau lebih dikenali dengan nama pena CN Afghani berhasrat untuk bertemu dan memohon maaf dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana pernah merancang untuk membunuh bekas Perdana Menteri itu pada tahun 1988.

Penulis buku Kafirkah Aku? itu berkata, pada masa sekarang beliau sedang menunggu masa yang sesuai untuk bertemu dengan Dr. Mahathir bagi menunaikan hajatnya itu.

Menurutnya, rancangan melakukan pembunuhan tersebut timbul kerana terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi yang menyatakan bahawa UMNO kafir.

"Ketika itu, saya menyandang jawatan sebagai Ketua Pemuda Pas Padang Terap, rancangan ini terbit kerana kami mahu melaksanakan Islam dengan cara yang mudah disebabkan cara pilihan raya lambat dan kami tidak boleh menunggu lagi.

"Selain Dr. Mahathir, kami juga mempunyai senarai nama menteri kabinet untuk dibunuh... dan untuk menggantikan kerajaan Barisan Nasional (BN) kami sudah ada kabinet bayangan, kami mahu Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri, bagaimanapun rancangan ini gagal selepas ia dihidu oleh pihak berkuasa dan 30 rakan-rakan saya ditangkap.

"Hari ini rancangan tersebut sudah tidak ada lagi dan saya sememangnya berhajat untuk bertemu dengan Dr. Mahathir untuk memohon maaf, cuma sedang menunggu masa yang sesuai," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada Program Himpunan Selamat Tinggal Pas di Pejabat Gerakan UMNO, Kampung Kandis di sini malam tadi.

Zainon berkata, hari ini, Pas tidak lagi memperjuangkan Islam malah telah menggadai agama suci itu selepas bertahaluf siyasi dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Susu 1 Malaysia Halal.



BALING: Orang ramai tidak perlu meragui status halal susu UHT 1Malaysia kerana ia mematuhi piawaian pensijilan halal yang ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, bekalan susu yang diimport dari Korea Selatan itu mempunyai sijil halal Jakim selain sijil negara pengeksport.

Muhyiddin berkata bekalan susu untuk diedarkan ke sekolah-sekolah tidak mencukupi menyebabkan sebahagian darinya terpaksa diimport luar negara.

"Bagaimanapun orang ramai tidak perlu risau kerana Jakim terlebih dahulu mengeluarkan arahan agar syarikat pembekal susu ini memperoleh sijil halal sebelum membekalkannya. Jadi jangan risau," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Baling/Sik di Pulai di sini hari ini.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, diminta mengulas dakwaan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Kubur Panjang, Pendang, Shaharol Niza Omar baru-baru ini mengenai susu berkenaan, yang didakwa tidak mempunyai logo halal Jakim. - Bernama

Video Jangan Terlalu Cepat Menilai

Hahahaha.. Gelak sorang2 lak admin..



Iklan Paling Sedih Untuk Ditonton

Serius, Menitis Air Mata



[Kantoi] Isteri Orang dgn Suami Orang. Mana Peganganmu.

Video ni pengajaran kepada isteri2 dan suami2di luar sana, yang bercouple kat luar sana didiklah pasangan masing2, jika ada masalah dalam hubungan bukan mencari pasangan sementara yang lain sebagai jalan penyelesaian.


Kejadian ini berlaku di utara tanah air, dah lama dah. Just untuk kesedaran umum,

Gelar pasukan keselamatan sebagai anjing, Badrulamin didesak minta maaf



Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron didesak memohon maaf secara terbuka kerana didakwa menggelar pasukan keselamatan negara sebagai anjing menerusi akaun Twitternya semalam.

Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), Shafie Bakri berkata, kenyataan itu bukan sahaja berniat jahat malah menunjukkan pembangkang cuba menjadikan pasukan keselamatan negara sebagai 'kambing hitam' demi kepentingan politik mereka.

Menurut beliau, Badrulamin juga tidak menunjukkan sikap seorang pemimpin dengan ilmu agama tinggi seperti yang sering ditonjolkan beliau kepada masyarakat.

"Bagaimana seorang pemimpin yang kononnya mempunyai ilmu agama tinggi tergamak menyamakan manusia khususnya pasukan keselamatan dengan binatang?

"Atas sebab itu, saya mendesak Badrulamin memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataannya yang sangat menghina itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan biadab Badrulamin menerusi akuan Twitternya, @drbadrulamin semalam yang berbunyi: "Hei anjing! Pegi tangkap samseng UMNO tu."

Sementara itu, Penaung Kelab Penyokong Barisan Nasional (BN) 1Malaysia Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Ruslee Hashim menyifatkan kenyataan tersebut tidak wajar dikeluarkan mana-mana rakyat Malaysia.

Katanya, pasukan keselamatan yang sentiasa mempertaruhkan nyawa demi keamanan negara tidak sepatutnya menjadi mangsa kejian dan penghinaan sedemikian rupa.

"Pasukan keselamatan yang dihina inilah yang sentiasa bersengkang mata mempertahan dan menjaga keselamatan negara daripada sebarang ancaman ketika orang seperti Badrulamin sedang lena dibuai mimpi.

"Sehubungan itu, mana-mana individu termasuk Badrulamin perlu dikenakan tindakan tegas sekiranya berterusan menghina pasukan keselamatan negara," katanya.

LAHAD DATU STORY : Bayi dilahirkan dua jam sebelum pencerobohan



LAHAD DATU - Baru dua jam melahirkan bayi, seorang ibu terpaksa melupakan kesakitannya demi menyelamatkan bayi dan dua lagi anaknya daripada serangan pengganas militan yang menceroboh Kampung Tanjung Labian 3 Mac lepas.

Adawiyah Jannah Maulaha, 25, berkata beliau dan tiga anaknya itu menaiki lori bersama penduduk kampung lain selepas kampung mereka diserang pengganas militan dari Sulu itu.

"Masa tu suami berada di luar kawasan dan kami bertemu di pusat pemindahan ini,” katanya ketika ditemui di Pusat Pemindahan Embara Budi di Felda Sahabat 17, dekat sini.

Adawiyah Jannah berkata beliau melahirkan bayinya pada pukul 6.30 petang dan ketika berehat kira-kira dua jam selepas itu, beliau mendengar penduduk kampung menjerit 'lari, lari'.

"Saya bergegas ambil bayi dan dua anak lagi terus keluar dari rumah dan menaiki lori. Semasa mula-mula tiba di sini, saya sedih dan menangis melihat keadaan kami ini, tapi bersyukur kerana selamat,” katanya sambil memberitahu bayi perempuan yang dilahirkan itu kini berusia 21 hari dan diberi nama Wan Mauleyanana Amanie Azzyati.

Beliau yang bersyukur kerana selamat daripada ancaman pengganas militan itu, bagaimanapun berkata mereka rindu untuk pulang ke rumah dan berharap ancaman pengganas Sulu dapat dihapuskan segera. - Bernama

Bangga bunuh rakan.


Tahun lalu, TJ Lane, 18, didakwa melepaskan tembakan secara rambang di Sekolah Tinggi Chardon di Ohio, Amerika Syarikat hingga membunuh Demetrius Hewlin, 16, Russell King Jr, 17, dan Daniel Parmertor, 16, serta mencederakan dua yang lain iaitu Nick Walczak, 17 dan Joy Rickers, 18.

Rabu lalu, remaja ini didapati bersalah atas tuduhan membunuh tiga rakan sekolahnya dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tanpa parol oleh Hakim David L Fuhry.
Bagaimanapun, sidang penghakiman terbabit mengejutkan ramai pihak, lebih-lebih lagi ibu bapa kepada mangsa amukan Lane.

Tanpa rasa bersalah, Lane hadir ke mahkamah dengan baju tertera ‘KILLER’ (pembunuh) yang menyatakan dirinya adalah pembunuh.

Lebih mengejutkan, Lane sentiasa tersenyum walaupun hukuman berat dijatuhkan ke atasnya. Tidak cukup dengan itu, remaja ini turut menunjukkan isyarat lucah kepada hadirin, termasuk ibu bapa mangsa yang ditembaknya.





Apabila diminta bercakap, Lane sekali lagi mengejutkan semua yang hadir, termasuk hakim dan ibu bapanya, apabila dia secara spontan memaki hamun ibu bapa mangsanya.

“Saya yang menembak mereka. Tangan ini yang menarik picu pistol menembak anak kamu. Jahanam kamu semua!” Kata-kata itu jelas membuatkan hadirin, terutama ibu bapa mangsa, kecewa dan berang dengan sikap remaja itu.

Keadaan di mahkamah menjadi tegang apabila ibu bapa mangsa mula menyuarakan rasa marah dan benci mereka kepada Lane. Rata-ratanya tidak dapat menerima keputusan bahawa ‘raksasa’ tidak berperasaan itu dibiarkan hidup.

Menurut Dina, ibu kepada Danny Parmertor, dia menangis setiap hari mengingati peristiwa terbabit.

“Setiap hari saya dalam kesakitan apabila mengenangkan peristiwa ini. Saya hanya mampu menangis,” katanya.

Menurut pendakwa raya James Flaiz, walaupun motif serangan dan pembunuhan tidak jelas, suspek yang melakukan serangan secara rawak sedar akan perlakuannya.

“Lihat saja kelakuannya hari ini. Dia langsung tidak menginsafi kesalahan dilakukannya. Malah, dia enggan memberitahu sebab utama dia mengamuk dan menembak beberapa rakan sekolahnya.

“Jelas, dia remaja bermasalah. Jadi, hukuman berat perlu dijatuhkan ke atasnya.

“Dia masih enggan memberi penjelasan mengapa dia membunuh dan mencederakan beberapa individu yang tidak bersalah. Yang boleh saya katakan, dia orang jahat dan tidak sepatutnya dilepaskan,” katanya.

Kelakuan Lane turut membuatkan hakim berang. Menurut Fuhry, Lane sengaja berbuat sebegitu untuk dikenali ramai lantas menjadikannya popular.

“Tragedi yang berlaku tahun lalu boleh diklasifikasikan sebagai amukan tanpa belas kasihan. Malah hari ini di mahkamah ini, tertuduh berperangai liar kerana mahu namanya dikenali dan ingin menjadi tajuk utama akhbar.

“Kerana perangainya yang tidak berperikemanusiaan serta tidak langsung menunjukkan tanda penyesalan atas kesalahan dilakukannya, saya menjatuhkan hukuman berat kepadanya kerana ia paling setimpal,” katanya.

Selepas perbicaraan, kakak Lane, Sadie, pula mengeluarkan kenyataan kepada media berikutan hukuman terbabit.

Menurutnya, bukan keluarga mangsa saja sedih atas tragedi itu, malah keluarganya turut bersedih dan bergelut dengan masalah itu.

“Ia mungkin sukar bagi sesetengah untuk memahami. Namun, saya menyukai adik saya. Saya berharap kehidupannya pada masa akan datang akan memberi makna kepada orang terdekat dengannya.

“Kami sekeluarga tidak tahu mengapa dia menjadi seperti itu. Namun, perkara sudah berlaku,” katanya.


INFO:

Umur: 18 tahun
Tuduhan: Serangan bersenjata dan membunuh
Lokasi kejadian: Sekolah Tinggi Chardon, Ohio, Amerika Syarikat

Mangsa: Demetrius Hewlin, 16, Russell King Jr, 17, Daniel Parmertor, 16, Nick Walczak, 17 dan Joy Rickers, 18

Fakta jenayah: Lane menembak secara rambang di kafeteria Sekolah Tinggi Chardon, menggunakan pistol jenis kaliber .22. Tiga pelajar terbunuh dan dua lain cedera parah. Rickers selamat daripada serangan tetapi Walczak kini disahkan lumpuh

Fakta kes: Tahun lalu, polis bersama Biro Siasatan Persekutuan (FBI) menyiasat punca Lane melakukan serangan, namun motif utama masih belum dikenal pasti hingga sekarang. Suspek dihadapkan ke mahkamah juvana di Ohio atas tuduhan serangan bersenjata dan membunuh. Kini, selepas berusia 18 tahun, Lane dihadapkan di mahkamah awam dan dijatuhkan hukuman berat iaitu penjara seumur hidup tanpa parol

Wajah Panglima Sulu Yang Diberkas [Gambar]



Pasukan keselamatan hari ini mengesahkan panglima tentera Sulu yang ditangkap di Semporna semalam ialah Datu Amir Bahar Hushin Kiram.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lelaki berusia lewat 40-an yang juga menteri pertahanan Sulu itu bertindak sebagai panglima yang memberi arahan sejak pencerobohan di Lahad Datu 12 Feb lepas.

"Dia kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Semalam, pasukan keselamatan menahan seorang pemerintah kumpulan penceroboh itu bersama isterinya di sebuah kawasan paya pada pukul 1.30 pagi.

Mengenai penduduk Kampung Tanduo yang dipindahkan, Khalid berkata pihaknya telah mencapai persetujuan bersama ketua-ketua keluarga dan ketua kampung itu untuk membawa mereka masuk ke kampung berkenaan Selasa ini.

Langkah itu adalah sebahagian daripada proses penilaian yang sedang dijalankan Majlis Keselamatan Negara dan mereka akan diiringi pegawai daripada Pejabat Daerah Lahad Datu dan pasukan keselamatan.

Mengenai statistik terkini Operasi Daulat, Khalid berkata sehingga kini 416 individu ditangkap dan daripada jumlah itu 110 orang ditahan mengikut Sosma.

Dua tangkapan terbaharu Sosma itu ialah panglima tentera Sulu terbabit dan isterinya.

 

Sementara itu, Zulkifeli berkata kawasan Kampung Tanduo kini bersih sepenuhnya daripada ancaman pengganas dengan bilangan pasukan keselamatan yang ditugaskan di kampung itu turut dikecilkan.

Mengenai Operasi Daulat, beliau berkata operasi itu masih diteruskan.



"Kini, fokus utama Operasi Daulat ialah meneruskan pembersihan di kawasan Kampung Tanjung Batu dan yakin ia mampu diselesaikan dalam masa terdekat," katanya. - BERNAMA

Meteor Bagai Bulan Mengambang



Kilauan cahaya yang dilaporkan menerangi langit di pantai timur Amerika Syarikat (AS) ada kaitan dengan ‘insiden meteor’,” kata Agensi Angkasa Lepas AS (Nasa), semalam.

Pegawai Alam Sekitar Nasa Bill Cooke berkata, cahaya meteor itu dilaporkan begitu terang seolah-olah bulan mengambang.

Katanya, orang ramai dari New York hingga Washington menulis mengenai fenomena itu di media sosial. Cooke berkata, pada asasnya Nasa mendapati ada batu besar yang memasuki atmosfera di bahagian timur laut AS.

“Meteor itu dilihat secara meluas dengan lebih 350 laporan dikesan di laman sesawang Persatuan Meteor Amerika,” katanya.

Ahli persatuan itu, Robert Lunsford berkata, mereka melihat kilauan seperti tahi bintang yang sangat terang.

Cahaya terang-benderang di langit itu dapat dilihat sehingga jauh ke selatan di Florida dan hingga ke utara di New England, lapor akhbar USA Today.

Pengarang berita AP, Matt Moore berkata, dia sedang beratur untuk menonton konsert di Philadelphia ketika senja apabila ternampak “kilatan cahaya yang terang bergerak di langit sepantas kilat...dan secara senyap.” “Ia jelas kelihatan sangat tinggi di atmosfera.

“Tetapi dari cara ia muncul, kelihatan seperti sebuah pesawat yang bersedia untuk mendarat di lapangan terbang,” katanya. Moore berkata, imbasan cahaya itu kelihatan kira-kira dua hingga tiga saat dan kemudian menghilang. “Ia berbentuk bulat kekuningan dan anda boleh tahu ia terbakar,” katanya.

Ketua astronomi di Institut Franklin di Philadelphia, Derrick Pitts bersetuju dengan pendapat bahawa cahaya itu mempunyai tanda seakan-akan ‘bola api’.

Sumber : AFP

Markas Samseng / Kampung Samseng



Pengikut Jamalul Kiram III dipercayai bersembunyi di Kampung Simunul, Semporna, sebelum menyerang pegawai dan anggota polis hingga menyebabkan enam daripadanya terkorban pada 2 Mac lalu, kerana yakin lokasi itu paling selamat daripada pemantauan pihak berkuasa.

Ini berikutan reputasi perkampungan atas air itu sebagai sarang jenayah hingga digelar ‘kampung samseng’ oleh penduduk tempatan.

Imej negatif itu menyebabkan kumpulan pengganas memilih kampung terbabit sebagai lokasi persembunyian dan serangan, biarpun kedudukannya jauh dari perairan Filipina berbanding satu lagi lokasi serangan iaitu Kampung Tanduo di Lahad Datu yang dekat dengan perairan negara jiran itu.

Daripada maklumat penduduk tempatan, Kampung Simunul dikenali penduduk daerah itu sebagai sarang jenayah membabitkan aktiviti penyeludupan rokok dan dadah, termasuk transit kemasukan pendatang haram.

Malah, kebanyakan penduduk sekitar tidak berani memasuki kampung itu kerana dibanjiri pendatang tanpa izin dari negara jiran hingga digelar Filipina mini.

Autoblogwalking. Kerja Senang Untuk Blogger


Assalamualaikum wbth dan salam sejahtera,
Original idea nih.. setelah menelaah cikit2. So kalau ada kurang2 tu tolong betulkan yer.

Autoblogwalking.. apa benda nih. semua dah tahu kan. Sampai ada yang buat bisnes sebab benda nih. Jual untuk beberapa tempoh untuk beberapa ringgit, Sebenarnya yang free pun banyak tapi kena berhati2.

Ni cara senang nak blogwalking dan dapat trafik kan untuk blog kita. Bagi shah benda tu bukan isu besar, sebab trafik yang diberikan adalah nyata ataupun UV kita akan meningkat walaupun yang melawat itu menggunakan autoblogwalking, tapi yang iklan2 atau buat duit dengan blog tak berapa suka la kan.

Untuk pengetahuan semua disebabkan wujudnya autoblogwalking inilah yang menyebabkan para nuffnanger sukar untuk mendapat BE dari pihak nuffnangs, hehe. sebab saingan makin sengit kot.

Dan  untuk yang menggemari autoblogwalking, pastikan software yang digunakan itu benar - benar selamat, Jangan sebab nak kerja mudah, ada ja nanti kita hilang. Kenapa shah cakap macam tu? Ting...

Sebabnya ialah, lepas baca entri rakan blogger SERI yang ada menyebut pasal autoblogwalking ni. Ye lah budak baru dlm dunia blog.. mulalah mencari. dan jumpa banyak.. tapi apa yang terkezut ialah kebanyakan perisian autoblogwalking mempunyai backdoor. huhu.. buat software untuk jerat blogger. haha.

Yang tak tahu macam mana nak HEX atau detect backdoor nih. sebelum guna apa2 perisian boleh online scan kat sini http://vscan.novirusthanks.org/

Itu sahaja entri shah yang tak seberapa.
Kalau ada komen yang memberangsangkan nanti shah kongsi cara nak dapatkan trafik 200+ hanya dengan posting entri.

Komen jangan x komen na. Budak noob mintak tunjuk ajar.

Keputusan Rasmi Grand Prix F1 Sepang, Malaysia 2013


Keputusan Formula 1 (F1) Grand Prix Malaysia 2013, Litar Sepang.

Sebastian Vettel mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu keseluruhan pelumba setelah menamatkan perlumbaan di tempat pertama dikuti rakan sepasukan Mark Webber. Keduanya dari pasukan Red Bull.

Sementara itu dua pelumba Mercedes petronas Lewi's Hamilton ke 3 dan Nico Rosberg ke 4

Perlumbaan ini dicemari dengan rasa tidak puas hati dari kedua - dua pelumba dari tiap2 pasukan dimana Mark Webber kecewa kerana Sebastian Vettel tidak menurut arahan pasukan dan memotongnya menjadikan perlumbaan ini perlumbaan individu, begitu juga dengan Lewi's Hamilton yang tidak berpuas hati dengan Nico Rosberg yang memohon kepada pasukan Mercedes untuk memintasnya.

Inilah Keputusan Rasmi Grand Prix F1 Sepang Malaysia 2013




Harimau baham haiwan peneroka masuk perangkap



GUA MUSANG: Seekor harimau kumbang jantan yang dipercayai membaham 10 ekor kambing milik seorang peneroka di Tanah Rancangan Felda Perasu, di sini akhirnya ditangkap hari ini.

Harimau itu memasuki perangkap yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan bersebelahan kandang kambing milik peneroka itu yang terletak dalam kawasan ladang sawit tanah rancangan itu.

Peneroka berkenaan Mat Zain Deraman, 53, berkata beliau menyedari haiwan itu memasuki perangkap ketika mahu memeriksa perangkap di ladang tersebut pada kira-kira 8 pagi.

"Saya percaya harimau memasuki perangkap yang dipasang itu antara 3 hingga 6 pagi ini kerana petang kelmarin apabila saya pergi melihatnya belum ada apa-apa lagi," katanya ketika ditemui di ladangnya itu.

Katanya beliau akan membuat pemantauan terhadap perangkap itu setiap hari dengan mengumpan dua bangkai kambing yang mati dibaham harimau itu sejak kejadian Selasa lepas.

Formula 1 . Rosberg berkorban demi Lewi's Hamilton


Formula 1. Sepang.
Nico Rosberg terpaksa melupakan hasratnya untuk menaiki podium apabila permintaannya untuk memintas Hamilton tidak dibenarkan oleh pasukan. Perlumbaan baru sahaja tamat dimana Red Bull team mendapat tempat 1 dan 2.  Sebastian Vettel.dan Mark Webber.

Rosberg mempunya peluang cerah untuk mengejar 2 kereta Red Bull di hadapannya pada 10 pusingan terakhir tetapi Lewi's yang juga rakan sepasukan Rosberg tidak membenarkannya memotong. Rosberg menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila mencatat masa terpantas pada setiap pusingan. Hamilton terpaksa menjimatkan gas untuk mengakhiri perlumbaan, dikhuatiri akan kehabisan gas jika terus mengejar S. Vettel.

Persoalannya kenapa tidak dibenarkan sahaja Rosberg yang mencatat masa semakin pantas untuk mengejar S. Vettel. Itulah semangat sepasukan. Hak individu diketepikan demi pasukan. Pasukan Petronas inginkan mata untuk kedudukan ke 3 dan ke 4. Bimbang berlaku perlanggaran seperti kisah Dani Pedrosa dan The Kentucky boy dalam Moto GP.

So itu sahaja yang i nak tulis. baru lepas layan F1 nih. hehehe.. Kalu entry x bagus jgn marah. just 4 info.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...