MAUT : Melambung rempuh kereta



Seremban: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi lelaki cedera parah apabila masing-masing yang menunggang motosikal berasingan jenis Yamaha 125Z merempuh sebuah kereta Perodua Myvi yang membuat pusingan U di simpang lampu isyarat Bandar Sri Sendayan, Jalan Sungai Ujong berhampiran tapak pasar malam Sri Sendayan, di sini, tengah malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.20 tengah malam itu, mangsa Fazrul Zainal, 20, maut serta-merta di tempat kejadian akibat parah di kepala dan patah kaki kiri manakala seorang lagi, Ahmad Aminudin, 20, cedera parah dipercayai patah peha kanan dan kaki kiri selain luka di kepala serta tangan kanan.

Pemandu Perodua Myvi yang terbabit dalam kemalangan itu, seorang wanita berusia 43 tahun dan anaknya berusia 18 tahun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut saksi kejadian, Amran Mamat, 31, kemalangan berlaku apabila kereta berkenaan cuba membuat pusingan U di simpang lampu isyarat.

“Pada masa sama, mangsa yang menunggang motosikal Yamaha 125Z tidak sempat mengelak lalu melanggar kanan kereta sebelah pintu pemandu sebelum mangsa melambung hingga menyebabkannya cedera parah dan mati.

‘Maafkan anakanda’ menghiris sukma


Kuala Lumpur: Bacaan teks ‘warkah terakhir’ karya anggota pasukan keselamatan yang berjuang menentang pengganas dalam Op Daulat membuatkan ribuan hadirin terdiri daripada pegawai dan anggota polis serta keluarga yang menghadiri sambutan Hari Polis ke-206 di PULAPOL, di sini, gagal menahan sebak sebelum menitiskan air mata, semalam.

Bacaan teks berkenaan adalah sebahagian daripada slaid yang ditayangkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama lebih sembilan minit yang menunjukkan rangkuman sepanjang Op Daulat dilancarkan. 

Tayangan slaid berkenaan turut diiringi lagu patriotik dan alunan muzik yang bersesuaian.

Ketika warkah berkenaan dibacakan pengacara majlis dengan diiringi muzik sayu, hadirin bagaikan terpaku memberikan tumpuan penuh kepada kandungan teks yang ditayangkan di skrin besar di tengah padang kawad.

Apabila pengacara membaca ‘Wahai ibu dan ayah mertuaku, maafkan anakanda kerana memilih kerjaya yang memungkinkan anak ibu dan ayah menjadi balu sebelum usia’ ramai hadirin gagal mengawal kesedihan dan rata-rata mereka menangis.



PELIK : 8 bulan tidur bersama mayat ibu



Munich: Seorang wanita yang kesedihan tidur bersebelahan mayat ibunya selama lapan bulan di flet satu bilik kediaman mereka kerana tidak mampu mengebumikannya.

Kisah mengejutkan itu terbongkar selepas seorang pegawai dihantar ke rumah berkenaan di Munich untuk menuntut hutang pesara berusia 70 tahun itu.

Dia menemui mayat reput wanita itu di atas katil.

Menyedihkan lagi apabila anak perempuannya yang hidup dengan bergantung kepada bantuan kerana menganggur tidak menyedari dia mungkin ditangkap kerana tidak mengebumikan ibunya, kata polis.

Di Jerman, mereka yang tidak mampu membayar upacara pengebumian boleh memohon bantuan sebanyak 3,200 euro (RM12,834) daripada kerajaan untuk menampung kos itu.

Wanita berusia 39 tahun itu dimasukkan ke pusat psikiatrik atas permintaannya.

Polis mula menyiasat sama ada dia menuntut wang pencen ibunya kerana menyimpan mayat ibunya di rumah.

Warga emas terbabit meninggal Julai tahun lalu dan meninggalkan anak perempuannya dengan jumlah hutang yang banyak. Kerana tidak mampu menerima hakikat kematian ibunya dan beban hutang ditanggung, dia merahsiakan kematian wanita tua itu. - Agensi

SESAT : Puja wali Bangladesh



Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) membongkar kegiatan satu kumpulan ajaran sesat yang taasub menggunakan kitab untuk belajar agama serta memuja gambar seorang lelaki didakwa wali di Bangladesh.

Kegiatan kumpulan itu dibongkar menerusi Ops Akidah apabila sepasukan 20 pegawai penguat kuasa JHEAIPP dibantu enam pegawai Jabatan Imigresen dan anggota polis melakukan serbuan di sebuah rumah di Batu Maung, di sini, malam kelmarin.

Seramai 15 lelaki warga Bangladesh termasuk tiga lelaki tempatan dicekup kerana disyaki terbabit ajaran mencurigakan.

Kumpulan terbabit menjadikan sebuah rumah sewa sebagai pusat menyebarkan ajaran mereka.

Mereka juga didakwa mengamalkan kegiatan keagamaan yang pelik kerana hanya menjalankan aktiviti setiap Ahad jam 6.30 petang hingga 12 tengah malam.

Ketua Unit Operasi JHEAIPP Khairul Azman Azizan, berkata operasi itu dijalankan hasil maklumat awam selain risikan lebih tiga bulan untuk mengenal pasti ajaran yang dilakukan apabila disyaki menimbulkan keraguan kerana membabitkan warga asing.

Menurutnya, pihaknya mendapatkan waran tangkap dari mahkamah untuk melakukan pemeriksaan lanjut kerana mereka disyaki cuba menyebarkan Islam, tetapi amalan digunakan dipercayai bercanggah daripada ajaran sebenar.

Katanya, berdasarkan risikan, ajaran terbabit turut menggunakan warga tempatan sebagai orang perantaraan dan ajaran itu sudah menular bukan saja di Pulau Pinang tetapi di Cameron Highlands, Pahang dan Johor.

“Kegiatan mereka ini pelik kerana aktiviti mereka hanya dijalankan pada setiap Ahad dan pada waktu tertentu dan rata-rata pengikutnya warga Bangladesh dan warga tempatan yang ingin belajar agama,” katanya.

Khairul Azman berkata, hasil pemeriksaan itu juga beberapa buku agama, kitab, cakera padat, pemacu cakera keras, banting, poster serta gambar dirampas untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, pihaknya masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti pembabitan tiga lelaki tempatan berusia 30-an itu. Katanya, semua mereka diberitahu kesalahan serta ditahan dan dibawa ke Balai Polis Batu Maung untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke Pejabat Agama Daerah Butterworth bagi diambil keterangan.

GULA : Janji dulu pun tak buat lagi



Projek pembinaan terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion oleh kerajaan negeri dianggap satu pembaziran besar kepada rakyat di negeri itu.

Malah, ia didakwa lebih kepada gula-gula menarik undi rakyat pada PRU-13 yang akan datang.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, Pulau Pinang sudah mempunyai dua jambatan, termasuk jambatan kedua yang dijangka siap September nanti.

Oleh itu, katanya, adalah tidak wajar membina terowong lagi kerana ia tidak dilihat sebagai penyelesaian mengatasi kesesakan di Pulau Pinang.

"Dulu (PRU ke-12), dalam manifesto beliau (Lim Guan Eng) kata nak hapuskan tol Sungai Nyior tapi sampai sekarang tak buat dengan alasan ia bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Tapi, dulu masa janji tak ingat pun.

"Sekarang, nak bina terowong dan kenakan tol pula. Saya tak faham kenapa ia (terowong) perlu dibina sedangkan kita sudah ada dua jambatan dan kedua-duanya ada ada tol," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Sambutan Hari Polis ke-206 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan (SPS), semalam.

UGUT : Ahli Majlis Terima Peluru



Kuala Lumpur: Ahli Majlis Ketua Zon 21 Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Supiramany Sinnapayal menerima sebutir peluru dalam sampul surat di pejabatnya di Kampung Cheras Baru, di sini, jam 9.30 pagi semalam.

Difahamkan, setiausaha ahli majlis itu, Roslin Bala yang membuka pejabat pada pagi hari kejadian menemui sampul surat berkenaan yang dimasukkan di bawah pintu dipercayai pada awal pagi.

Supiramany berkata, selepas menemui sampul surat yang mencurigakan setiausahanya menghubungi dia dan ahli jawatankuasa penduduk lain dan sebaik membuka sampul itu, mereka menemui sebutir peluru hidup.

UITM : PERMOHONAN Kemasukan Sesi Akedemik 1 2013 / 2014

Permohonan untuk melanjutakan pelajaran bagi sesi akedemik 1 2013 / 2014
SILA KLIK PADA GAMBR DI BAWAH

SUSULAN KES POTONG ANU : ‘Tak sedar potong alat sulit ayah’



Kuala Terengganu: “Saya tidak tahu apa yang saya sudah buat pada ayah kerana ia berlaku di luar kawalan saya,” kata penyelia kilang berusia 40 tahun yang memotong alat sulit bapanya dalam kejadian di rumah keluarganya di FELDA Kerteh 6, Ketengah Jaya, Dungun, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.15 pagi itu, bapa empat anak itu memotong kemaluan bapanya berusia 67 tahun sebelum memotong kemaluan sendiri bertujuan mengeluarkan ‘semangat Imam Nawawi’ selepas dipercayai terpengaruh dengan ajaran sesat.

Lelaki itu yang ditemui di wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam berkata, dia hanya tersedar selepas parah pada kemaluan dan celah kangkang ketika berada di hospital.

“Ketika itu, saya tergamam apabila diberitahu yang saya memukul ayah dan memotong alat sulit kami kerana kejadian itu bukan dalam kawalan dan tidak tahu bagaimana ia terjadi.

“Saya tidak dapat menahan sedih dan perasaan bersalah apabila ayah kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya yang masih diikat kedua-dua tangan dengan tali di katil wad.

Adik lelaki itu yang enggan dikenali berkata, alat sulit bapa dan abangnya sudah disambung semula menerusi pembedahan kelmarin, namun bapanya masih ditempatkan di ICU berikutan parah.

Harian Metro semalam melaporkan seorang penyelia kilang di Balakong, Selangor, bertindak luar kawalan apabila memotong kemaluan bapanya selepas taksub dengan ajaran sesat yang dipelajari melalui laman web.

Abby Abadi Persoal Kenyataan Hudud Dr Asri Di Twitter


Ok sambungan kenapa Ustaz Dr.Asri tegur Abby Abadi.

Wow. Abby Abadi ini memang agak lantang semenjak dua ini lebih-lebih lagi menerusi Twitter. Terbaru, Dr Asri, bekas mufti Perlis telah pun menulis tentang hudud menerusi Twitternya seperti di bawah.



Tertarik dengan tulisan Dr. Asri, Abby Abadi membalas tweet tersebut seperti di bawah.



Dr Asri menjawap tweet yang ditujukan kepada itunya dengan kata-kata yang agak pedas jugak.



Dan Abby Abadi memaklumkan kepada Dr Asri yang dia tidak pernah berceramah dan hanya sekadar berkongsi sahaja.


Adoi. susah gak macam ni.. ada sapa2 boleh komen???

Abby Abadi Tak Faham - Dr. Asri



Berikut ialah kata-kata Dr. Asri yang disiarkan menerusi Metro 
Apabila seseorang itu tidak belajar banyak mengenai agama, dia tidak dapat membezakan orang yang mempertikai hukum Tuhan dengan pendapat manusia. Abby menganggap pendapat manusia itu adalah mempertikai hukum Tuhan. Apakah seseorang yang ingin menjadi ilmuwan dan ulama hanya mengambil masa sehari untuk belajar agama? Justeru, mereka yang berhijrah seperti artis dialu-alukan tetapi jangan lupa, ilmu agama bukan hanya pada semangat tetapi mendalaminya.
Sementara itu Abby Abadi turut dihubungi oleh pihak Metro Ahad untuk menjelaskan apa yang ditulisnya menerusi laman sosial Twitter itu. Kata Abby
Tidak payah cakap soal hudud tetapi dalam Islam, apa saja yang tertulis dalam al-Quran dan sunnah tidak boleh dibincang atau dipersoalkan. Saya akui tidak pandai agama, tetapi saya faham maksud dalam twitter dia. Sepatutnya, kena dengar suara jemaah apa yang perlu dibuat tanpa mempersoalkan hukum Tuhan. Saya faham komennya secara asas dan terdetik mengapa dia berpelajaran tinggi tetapi mempersoalkannya. Saya hormat dia kerana belajar tinggi dalam bidang agama tetapi saya tetap dengan pendirian saya, apa saja yang tertulis dalam al-Quran dan sunnah tidak boleh dipersoal.

Isu Lahad Datu, Abby Abadi Luah Perasaan Kecewa


Isu pencerobohan Lahad Datu sememangnya menjadi topik yang sedang hangat dibincangkan di alam siber sekarang ini. Salah seorang selebriti yang turut meluahkan pendapatnya ialah Abby Abadi. Umum mengetahui yang Abby Abadi kini sudah pun berjuang di bawah paksi Pakatan Rakyat.


Sudah pasti, kerajaan Malaysia diserang oleh Abby kerana dikatakan lambat mengambil tindakan untuk mempertahankan keamanan di Lahad Datu. Antara kata-kata yang dikeluarkan oleh Abby menerusi Twitternya ialah:-




Setiap orang sememangnya mempunyai pendapat masing-masing mengenai isu ini. Apa pun marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada tentera Malaysia yang telah terkorban mempertahankan Lahad Datu daripada serangan tentera Sulu hari ini. Semoga mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

10 Sebab Running Man Sangat Popular



1. Konsep rancangan yang unik dengan misi yang berbeza untuk setiap episod.
2. Karekter setiap watak di dalam Running Man yang berbeza dan mempunyai keistimewaan yang tersendiri.
3. Tiada skrip di dalam Running Man menyebabkan pelbagai kemungkinan dan banyak perkara di luar jangkaan yang boleh berlaku.
4. Setiap watak di dalam Running Man tidak control macho, cover cun atau cuba berlagak menjadi orang lain. Kesemuanya menjadi diri sendiri dan natural ketika proses rakaman.
5. Tetamu-tetamu jemputan yang berbeza hampir setiap minggu menjadikan rancangan ini lebih menarik (terutamanya jika tetamu wanita hadir).
6. Suntingan yang mantap daripada pihak produksi Running Man. Krew-krew yang hebat dan banyak. Dikatakan ada lebih daripada 10 kamera untuk setiap kali rakaman episod Running Man. Gila kan?
7. Setiap watak mempunyai sense of humour yang sangat tinggi.
8. Tempat-tempat yang dilawati untuk rakaman episod Running Man sangat-sangat menarik.
9. Drama, percintaan, pergaduhan dan persahabatan yang ada di dalam Running Man.
10. Lee Kwang Soo si pengkhianat.

LAHAD DATU : 2 pengganas cuba lari ditembak



Dua budak maut, seorang komando cedera dalam pertempuran di Kampung Tanjung Batu

Lahad Datu: Dua pengganas dan dua kanak-kanak terbunuh dalam pertempuran terbaru dengan pasukan keselamatan di sebuah rumah di Kampung Tanjung Batu dekat sini, pagi semalam. Dalam pertempuran jam 9.15 pagi itu, seorang lagi kanak-kanak dan seorang anggota pasukan keselamatan turut cedera.

Anggota tentera dari Grup Gerak Khas (GGK) dipercayai terkena tembakan di paha kanan ketika menjalankan operasi menggeledah, namun keadaannya dilaporkan stabil.
Dipercayai warga asing

Pengganas dan kanak-kanak yang terbunuh serta yang cedera itu dipercayai warga asing, namun tiada pengenalan diri ditemui bersama mereka.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, berkata pertempuran itu berlaku ketika pasukan keselamatan menggeledah Kampung Tanjung Batu sebelum terserempak dengan dua pengganas.

“Ketika pertempuran berlaku, pengganas berundur dan berlari masuk ke dalam sebuah rumah menyebabkan pasukan keselamatan mengejar mereka.

“Sebaik menghampiri rumah itu, berlaku kejadian berbalas tembakan antara kedua-dua pihak. Ketika itu, seorang musuh cuba melarikan diri ke sebuah rumah lain selepas membakar rumah pertama, dipercayai taktik untuk meloloskan diri.
“Pasukan keselamatan kemudian melepaskan tembakan ke arah rumah pertama untuk tujuan keselamatan sebelum membuat penggeledahan.

Temui empat mayat

“Hasil penggeledahan, kita menemui empat mayat di dalam rumah berkenaan, iaitu dua dewasa masing-masing seorang lelaki dan wanita serta dua kanak-kanak, termasuk seorang perempuan. Seorang lagi kanak-kanak ditemui cedera.

Bagaimanapun, tiada pengenalan diri ditemui bersama mereka,” katanya pada sidang media bersama Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di sini, semalam.

Kematian empat pengganas itu menjadikan jumlah militan ditembak mati pasukan keselamatan sepanjang Ops Daulat menjadi 67 orang. Ops Daulat memasuki hari ke-20 semalam, manakala jumlah mayat pengganas yang berjaya dikeluarkan sehingga kini 42.

Zulkifeli berkata, semakan di lokasi kejadian turut menemui bekalan makanan milik pengganas dan kediaman berkenaan dipercayai dijadikan lokasi persembunyian mereka.

“Hasil siasatan awal, kami tidak menolak kemungkinan semua lima individu, termasuk empat yang ditemui mati itu anggota kumpulan pengganas. Sekiranya mereka bukan pengganas, mereka mungkin tali barut.

“Semua empat mayat sudah dikeluarkan untuk dibedah siasat, manakala kanak-kanak yang cedera diterbangkan menggunakan helikopter pasukan keselamatan ke Hospital Sandakan. Kita tidak dapat pastikan umur kanak-kanak yang mati dan cedera sehingga bedah siasat selesai,” katanya.

Kemelut Rita Rudaini.



Bila agaknya kisah rumah tangga pelakon Rita Rudaini dan suaminya Aidil Zafuan akan berakhir, sedang kita meneka penyelesaian masalah ini, Rita baru-baru ini memberitahu, suaminya itu pernah melarang dia berlakon dengan seorang aktor dari Singapura.

Menurut kehendak suami, kata Rita sebagai isteri dia tidak perlu tahu mengapa suaminya melarang, dan hanya menolak tawaran untuk berlakon dengan aktor terbabit.

Cuba bertanya keadaan ini kepada dua aktor terkenal kelahiran Kota Singa iaitu Adi Putra dan Aaron Aziz jawapan yang diberikan hampir sama, iaitu sebagai isteri, suami perlu diutamakan.

Psst - Banyakkan bersabar Kak Rita

HOT : Emma Watson X pakai apa pown?




Nampaknya pelakon Emma Watson semakin berani menampilkan pesonanya untuk para peminat. Tanpa segan silu pelakon filem Harry Potter ini sanggup beraksi seksi sehingga mendedahkan payudaranya baru-baru ini.

Dia bertindak berani kerana mahu menayangkan bentuk tubuhnya secara eksklusif dalam sebuah buku bertajuk Natural Beauty.

Tidak hanya tampil tanpa pakaian, rambut dan tubuhnya juga sengaja dibuat dengan keadaan basah selain bunga-bunga cantik juga menghiasi penampilan bintang berusia 22 tahun tersebut.

Menurut sumber, Emma bukanlah aktres pertama yang berbuat demikian dalam Natural Beauty kerana sebelum ini artis seperti Christy Turlington, Adrian Grenier, Brooke Shields, Arizona Muse dan Elle Macpherson pernah melakukannya.

"Natural Beauty dicipta untuk mengagungkan kecantikan alam selain menegaskan bahawa kita harus memperjuangkan apa yang hilang daripada kita. Dengan adanya projek seperti ini, saya harap ia akan mencetuskan kesedaran di kalangan generasi muda," kata sumber itu.

SELANGOR : Perjudi nyawa bakal penghuni pangsapuri



Shah Alam: Seramai 118 keluarga dari Kampung Bunga Raya, Subang di sini meminta polis menyiasat dakwaan berlakunya penipuan dalam projek pembinaan pangsapuri kos rendah di Jalan Pluto, Bandar Pinggiran Subang.

Timbalan Presiden Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia (Nadi Rakyat) N Alagan yang mewakili penduduk terbabit mendakwa projek pembinaan itu dibina menggunakan gabungan polisterin yang tidak kukuh dan boleh menjejaskan keselamatan bakal penghuni rumah pangsapuri itu yang dibina untuk penduduk yang menetap di Kampung Bunga Raya.

“Ini tidak sepatutnya berlaku kerana mengikut perjanjian jual beli asal pada 2004, rumah pangsa kos rendah itu sepatutnya dibina menggunakan batu bata.

SIAPA PETUALANG : Siasat Dedah Pihak Ketiga.



Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein yakin kerajaan akan menubuhkan suruhanjaya khas atau membuka kertas putih untuk menyiasat insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.

Beliau berkata ini penting bagi mendedahkan dan menyiasat siapa pihak ketiga dan individu tertentu yang menyebarkan maklumat tidak benar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan Internet.

“Banyak perkara yang digembar-gemburkan melalui SMS dan Internet dan perkara itu 98 peratus tidak benar. Contohnya empat buah sampan yang dinaiki 10 individu di Tawau dikatakan menyerang, padahal mereka itu nelayan...semua yang dikatakan itu tidak ada asas langsung,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Jentera Pilihan Raya Pemuda Barisan Nasional Gombak di sini, semalam.

Hishammuddin berkata dalam usaha melihat kebenaran, orang ramai perlu rasional mentafsir dan melihat tindakan pihak tertentu yang mengambil kesempatan mengeksploitasi insiden pencerobohan itu.

“Semua kaum termasuk Sulu di Sabah bersatu-padu, jadi janganlah cuba melaga-lagakan mereka dengan sebarang maklumat yang tidak benar demi kepentingan sendiri,” katanya. - BERNAMA

Guns N’ Roses hibur 10,000 penonton



Lebih 10,000 penonton membanjiri Helipad, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bagi menonton konsert kumpulan rock lagenda, Guns N’ Roses, di sini, malam tadi.

Kehadiran kumpulan rock dari Los Angeles, Amerika Syarikat itu sememangnya menjadi tumpuan berikutan pertama kali mengadakan persembahan di negara ini sejak ditubuhkan pada 1987.

Kumpulan terbabit yang diketuai penyanyi yang juga satu-satunya anggota asal Guns N’ Roses iaitu Axl Rose muncul tepat jam 8 malam membawakan lagu popular mereka antaranya Welcome to the Jungle, You Could Be Mine, Estranged, Rocket Queen, Mr Brownstone, Sweet Child O’Mine dan November Rain.

Walaupun tanpa anggota asal sebagaimana di puncak kegemilangan mereka dulu seperti Slash (gitar), Izzy Stradlin (gitar), Duff McKagan (bass) dan Steven Adler (dram), Axl Rose bersama barisan anggota barunya tetap mantap dalam persembahan mereka.

Terdahulu, konsert yang diadakan sempena perlumbaan Grand Prix Formula 1 (F1) Malaysia turut menampilkan artis tempatan iaitu kumpulan Estranged dan Twilight Action Girl.

Guns N’ Roses dilabel sebagai antara kumpulan rock paling berjaya di dunia apabila album sulung mereka, Appetite For Destruction mencetus fenomena dengan terjual lebih 30 juta unit di seluruh dunia.

PENDANG : Terus Birukan Rumah



PENDANG: Barisan Nasional (BN) Pendang yakin mendapatkan sokongan rakyat berdasarkan pola perubahan di kalangan pengundi bukan ahli parti bagi Parlimen Pendang pada PRU-13.

Ketua Pergerakan Wanitanya Datuk Suraya Yaacob berkata, melalui kajian sikap dijalankan dalam tempoh empat tahun kebelakangan pengundi bukan ahli parti melahirkan kesediaan menyokong BN.
Katanya, ini secara tidak langsung membuktikan BN Pendang semakin mendapat kepercayaan rakyat malah mereka mula mempunyai keyakinan bahawa kawasan berkenaan sekali gus negeri Kedah mampu dirampas kembali daripada PAS Kedah.

"Berikutan itu, bagi memastikan momentum ini berkekalan, kita sentiasa mengadakan pelbagai usaha dan program seperti mengedarkan pelekat dan bendera BN menerusi 44 Ketua Jalinan Rakyat Daerah Mengundi.

"Lanjutan pelancaran gelombang biru BN di peringkat nasional yang lalu, kita akan terus bekerja untuk `membirukan' rumah pengundi sekali gus memberi petanda ramai rakyat menyokong BN," katanya selepas pelancaran Gelombang Biru Wanita BN Parlimen Pendang, di sini, semalam.

VIDEO : Budak Berumur 2 Tahun Terperangkap Dalam Kejadian Kepala Air

Apa akan terjadi pada budak ni.. kesiannya.. Inilah kejadian kepala air yang agak dahsyat.




VIDEO : Saat -saat terakhir sebelum maut

Mohon berhati kawan2 yang mandi di air terjun, maut x terduga
Sekelip mata, tanpa sempat diberi bantuan.



DUN Negeri Sembilan terbubar 28 Mac



SEREMBAN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan terbubar secara automatik ialah pada 28 Mac dan bukan 27 Mac seperti disangkakan pelbagai pihak sebelum ini.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata mengikut Perkara 56 (3) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, DUN akan terbubar dengan sendiri genap lima tahun daripada tarikh persidangan pertama, iaitu pada 27 Mac 2008, jika tidak dibubarkan sebelum tarikh itu.

"Bagaimanapun, mengikut Akta Interpretasi 1948/67, lima tahun itu dikira bermula sehari selepas tarikh persidangan pertama, iaitu 28 Mac 2008 dan bukan pada hari persidangan," katanya pada sidang media khas di kediaman rasminya, di sini, lewat petang semalam.

Beliau berkata, ini bermakna DUN Negeri Sembilan hanya akan terbubar automatik mulai jam 12 tengah malam, pada 28 Mac.

Guru Wanita Fardhu Ain Dipercayai Dibunuh



KOTA BAHARU: Seorang guru wanita fardhu ain maut dipercayai akibat diserang semasa dalam perjalanan pagi semalam dari rumah ke pejabat Amanah Ikhtiar Malaysia di Kampung Sat Hilir di Tanah Merah bagi urusan pinjaman.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata mangsa Rafiah Salim, 54, disahkan meninggal dunia pada pukul 8.49 malam tadi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

"Mangsa sebelum itu ditemui seorang pengadu, selepas mangsa dicampak keluar dari sebuah kenderaan di persimpangan kampung dan mangsa terus dibawa ke Hospital Tanah Merah pada pukul 10.30 pagi.

"Keadaan mangsa ketika ditemui dalam berlumuran darah dan tidak sedarkan diri dan selepas dirujuk ke HUSM, mangsa didapati mengalami bengkak di bahagian belakang badan, benjol di bahagian belakang kepala dan luka serta terdapat pendarahan," kata Mazlan kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati, sebelum kejadian, mangsa dalam perjalanan dari rumah ke pejabat Amanah Ikhtiar itu bagi urusan pinjaman.

Sumber : Mymetro

LAHAD DATU : Bina tugu untuk wira terkorban



Anggota Parlimen Silam Salleh Kalbi mencadangkan supaya kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan membina tugu peringatan kepada wira negara yang terkorban dalam krisis pencerobohan di Sabah.

"Tugu ini akan menjadi peringatan kepada rakyat, terutama di negeri ini mengenai betapa pentingnya keamanan dan kedaulatan negara harus dijaga oleh kita semua.

"Ia juga untuk menghargai jasa pasukan keselamatan yang bertarung nyawa untuk mempertahankan negara daripada penceroboh selatan Filipina yang cuba merampas negeri ini," katanya kepada Bernama.

Beliau turut mencadangkan agar tugu peringatan itu dibina sama ada di kawasan Tanjung Batu atau di Felda Sahabat.

Salleh berkata pihaknya akan berbincang dengan kerajaan negeri Sabah untuk mewartakan satu kawasan khas bagi pembinaan tugu itu.

Krisis pencerobohan pengganas Sulu sejak 2 Feb lepas mengorbankan 10 anggota pasukan keselamatan terdiri daripada lapan anggota polis dan dua tentera.

SUSULAN KES POTONG ANU : Mangsa dipotong kemaluan kritikal


Mangsa yang kemaluannya dipotong oleh anaknya masih kritikal dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K. Manoharan berkata kemaluan mangsa berjaya disambung semalam namun lelaki berusia 67 tahun itu masih belum sedarkan diri.

Pihak hospital juga berjaya menyambung semula kemaluan suspek dan dia kini dilapor stabil serta ditempatkan di wad biasa di hospital sama, katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut Manoharan, polis masih menunggu laporan daripada hospital untuk mengetahui sama ada suspek mengalami gangguan mental atau sebaliknya.

"Pihak kami juga akan menahan suspek sebaik suspek pulih dari kecederaan dalam masa terdekat," katanya.


SAYS : Buat Polisi Baru. Blogger Rugi


Assalamualaikum wbth.
Hye.. hari ni kita cakap pasal SAYS. macam mana nak generate income melalui says nih, iklankan kat BLOG? sure ker dapat income.

X DAPAT. sebab ada golongan cerdik pandai nak cari duit ikut jalan singkat, so skang ni SAYS hanya akan kira UV dari Social Networking sahaja, x percaya. try la tgk UV korang yang publish iklan SAYS dalam Blog, Ini adalah disebabkan ada blogger2 dan otai2 it yang guna cara senang.

1 - Dari blog dorang buat frame. Detected
2 - Beli pengiklanan dari pihak PTC pay to click, beli rm2 ada yang percuma, generate rm50 Detected

So akibat dari perbuatan2 diatas maka pihak SAYS telah menetapkan tidak akan mengira UV dari mana2 sumber kecuali Social Networking seperti FB , TWITER, G+ dan IN.

Untuk bloggers yang masih mempamerkan iklan SAYS, cuba check balik adakah UV anda dikira.

Jika fakta ini tidak tepat tolong betulkan saya, dengan ini saya boleh update entri ni ..
Sila komen untuk info semua blogger.

GAMBAR : 15 Peralatan Canggih Ejen CIA

Peralatan Canggih Ejen CIA

M-209 Cipher Box

Pigeon Camera

"Belly Buster" Hand-Crank Audio Drill

Code in a Compact

Surveillance Fashion

Escape Map

A-12 Spurs

Letter Remover

Stereoscope and Case

Dragonfly Insectothopter

Microdot Camera

CIA Semi-Submersible

Single-Use Encoder Pads

"Matchbox" Camera

“Dead” Drop Spike

Blogwalking Dan Cerita Disebaliknya


Assalamualaikum wbth dan Salam 1 malaysia.
Hari ni shah nak cerita la sikit pasal blogwalking dan cerita2 yang x bape best sgt pown pasal blogwalking.

Alhamdulillah shah tgk rakan2 blogger yang selalu shah jalan semuanya ok. Terima Kasih semua sebab support blogger baru yang serba kekurangan ini.

So nak cerita kisah pilih bulu, kadang2 tu kita jenguk blog dia 2 3 kali sehari siap isi tabung, tapi dia x penah singgah kat blog kita. penah terjadi kat korang x? hehe. tapi bila kita blogwalking kat blog kroni2 dia ada ja kat situ kan. Sure ada yang terasa nih, biarla yang terasa, sekurang2nya blogger bebas menyuarakan pendapat, Blogwalking ialah win win situation, so kalau kita ja nak win, x boleh la, kesian blogger2 lain.

Apa pendapat korang yang selalu blogwalking tapi yang korang kunjung x kunjung balik, Frust, kecewa, ada rasa nak bunuh diri, jgn la...
Kita kadang2 kena faham bloggers juga ada kerja di dunia nyata, maybe busy uruskan hal rumah tangga, ada yang kena pegi meeting, ada yang kena outing, So kita mestilah tetap pada pendirian, as long saya seorang blogwalking, x kira dapat balasan atau tidak saya akan tetap blogwalking, ceeee waaaahhh. pandai ko ckp. kuikuikui..

So untuk elak tu terjadi. sbb tu la dalam chat box shah ada letakkan garis putus2 check / revisit, itu maknanya kita akan senang tau mana yang belum kita ronda lagi.. so x da la yang akan miss or terasa hati..
Lagi pasal klik2 iklan nuffnangs tu, kalau betul kita klik SEPENUHNYA so x salah kalau kita tulis, dengan tulis tuan blogger akan membalas jasa kita , INSYAALLAH.

Itu sahaja yang shah nak bebel petang nih.
Akhir kalam, Shah blogger baru, kalau salah tlg betulkan .Komen la.
Assalamualaikum wbth....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...