VIDEO RONALDO : Enggan Tukar Jersi


Ini bukan disebabkan agama tetapi kezaliman yang dilakukan oleh israel terhadap palestin.

Fakta Cristiano Ronaldo

1 - Menderma 1.5 juta EURO kepada kanak2 di Palestin
2 - Golden Boot yang dianugerahkan kepadanya di lelong untuk derma sekolah di Palestin
3 - Lelong semua jenis boot semasa lelongan Real Madrid untuk pembangunan sekolah di Palestin.



SUSULAN GERIK : Maut Dalam Dakapan Ibu.



Tiga sekeluarga termasuk seorang bayi berusia lapan bulan maut dalam keadaan mengerikan apabila kereta dinaiki bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 18.2, Jalan Gerik - Kupang, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, kereta Proton Wira dinaiki mangsa dikatakan bertembung dengan sebuah lori tanpa muatan dari arah bertentangan di selekoh berkenaan. Lebih menyedihkan apabila bayi terbabit ditemui mati dalam keadaan dipeluk ibunya di tempat duduk hadapan kereta dinaiki mangsa.

Ketua Polis Daerah Gerik Superintendan Abdul Manab Baharom berkata, pemandu kereta terbabit yang maut dikenali sebagai Zulbasseri Sharif, 30, manakala isterinya, Wan Rozila Wan Omar, 30.

Menurutnya, bayi perempuan pasangan itu yang berusia lapan bulan, Siti Wafi Syuhana Zulbasseri turut maut. “Bagaimanapun, seorang lagi anak perempuan mangsa, Siti Wafa Syuhana, dua tahun, yang duduk di tempat duduk belakang cedera parah dan kini dalam keadaan kritikal di Hospital Gerik. “Berdasarkan alamat pada kad pengenalan pemandu kereta itu, mereka dipercayai berasal dari Kampung Kuala Sedaka, Yan, Kedah,” katanya, di sini, semalam.

Menurutnya, empat sekeluarga itu dalam perjalanan dari arah Kupang, Kedah ke Gerik.

“Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Gerik berusaha mengeluarkan mayat mangsa berikutan mereka tersepit di tempat duduk di dalam kenderaan.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat manakala pemandu lori berkenaan belum membuat laporan polis setakat jam 5.30 petang semalam,” katanya.

Beliau berkata, ketiga-tiga mayat masih berada di Hos pital Gerik dan setakat petang semalam, polis masih menunggu ahli keluarga mangsa.

“Saya meminta pemandu kenderaan khususnya yang melalui jalan raya sekitar Gerik supaya lebih berhati-hati sepanjang cuti persekolahan ini kerana jumlah kenderaan lebih tinggi berbanding biasa,” katanya.

Sementara itu Penolong Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gerik Mior Muhammad Tahir berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.40 tengah hari sebelum tiba di lokasi kejadian 20 minit kemudian.

Beliau berkata, pihaknya mendapati kereta mangsa terperosok di bawah lori. “Pemandu kereta itu dalam keadaan cedera parah di kepala dan anggota bomba terpaksa menggunakan peralatan menyelamat bagi memotong bumbung kereta sebelum berjaya mengeluarkan semua mangsa.

“Isteri mangsa yang maut turut ditemui dalam keadaan memangku mayat bayinya yang turut maut,” katanya.

Pssst : Abg lori, jgn main speed ja bila x da muatan. Kesan pada org lain. Ko tu besar...

UGUTAN : Kes ugut bunuh Yassin selesai



Komposer merangkap penyanyi, Yassin Sulaiman menyatakan kes berhubung ugutan bunuh diterimanya menerusi laman YouTube terhadap lagu ciptaannya, Reformasi, sudah selesai.

Menurutnya, individu yang memberikan ugutan itu menerusi komen lagu berkenaan tampil memohon maaf secara terbuka dalam komen yang sama.

“Dia tampil memohon maaf dua hari selepas berita ugutan itu dilaporkan di akhbar. Walaupun pada peringkat awal saya bersama peguam berhasrat membuat laporan polis, tetapi kami tidak melakukannya,” katanya.

Yassin atau nama sebenar, Muhammad Yasin Sulaiman, 37, berkata, dia tidak mengenali identiti individu terbabit, tetapi bersimpati jika undang-undang diambil terhadapnya.

“Mungkin dia bawah umur dan jika diambil tindakan boleh menyusahkan kedua-dua ibu bapanya. Saya fikir dia berperasaan marah dan geram ketika itu mungkin kerana dipengaruhi maklumat tertentu yang diterimanya,” kata penyanyi yang popular menerusi lagu Mimpi Laila itu. Pada 5 Mac lalu, Yassin memberikan tempoh 48 jam kepada individu terbabit selepas memuat naik lagunya di laman YouTube pada 25 Februari lalu. Lagu itu menjadi kontroversi apabila memaparkan pemimpin dan penyokong parti pembangkang.

ADEGAN PANAS RUSDI RAMLI : ‘Saya serba salah’



“Memang betul saya yang melakonkan adegan itu tetapi saya cuma buat atas arahan pengarah,” kata pelakon popular, Rusdi Ramli mengenai satu adegan panas membabitkan dirinya dengan Nora Danish menerusi filem terbaru, Mencari Cinta.

Menurutnya, apa yang dilakonkan sekadar mengikut arahan pengarah ketika di lokasi penggambaran. Malah, dia mengakui tidak berdepan masalah melakonkan adegan sebagai suami kepada Nora.

Salah satu adegan membabitkan Rusdi dan Nora berpelukan di atas katil kini menjadi bualan di laman sosial terutama selepas ‘trailer’ filem terbabit disiarkan di Youtube baru-baru ini. Filem ini dijangka berada di pawagam pada 25 April 2013.

“Saya tidak tahu jika penonton memberi tanggapan adegan itu panas atau sebaliknya. Saya hanya melakonkan watak suami dalam filem ini yang berkahwin atas pilihan keluarga,” katanya ketika dihubungi, semalam.

LAHAD DATU : Wira terharu jasa dihargai



“Saya bersyukur dengan keprihatinan kerajaan yang menghargai jasa pejuang negara di Lahad Datu, Sabah,” kata Lans Koperal Mohd Zariman Ibrahim Abdullah, 31, yang cedera selepas terkena tembakan pengikut Jamalul Kiram ketika menyertai Op Daulat di Lahad Datu, Sabah, 10 Mac lalu.

Mohd Zariman ditemui selepas menerima sumbangan khas RM5,000 daripada Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) disampaikan menterinya, Datuk Seri Dr Rais Yatim, semalam.

Menurutnya, sumbangan itu dapat meringankan beban ditanggung keluarganya.

“Saya ucapkan terima kasih kepada kementerian atas sumbangan dihulurkan kerana sedikit sebanyak membantu ringankan beban kami sekeluarga.


“Saya bercadang menggunakan sumbangan itu untuk menampung kos rawatan susulan,” katanya selepas menerima sumbangan dalam program Sembang Warung YB bersama penduduk dan Penyelaras Parlimen Pasir Mas Datuk Hanafi Mamat di Kampung Gertak Serong di sini, semalam.

Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) itu mengalami kecederaan di kaki kanan terkena serpihan peluru pengganas ketika bersama rakannya mengawasi kawasan sekitar.

Rais turut menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada keluarga Allahyarham Koperal Ahmad Hurairah Ismail 24, yang terkorban ketika menyertai Op Daulat.


Bapanya, Ismail Hussin, 55, bersyukur atas keprihatinan kerajaan menghargai jasa anaknya yang berjuang mempertahankan negara.

“Dengan sumbangan berkenaan ia dapat membantu meringankan beban kami sekeluarga,” katanya yang hadir bersama isteri, Rahmah Mamat, 50.

LAHAD DATU : ‘Ini bukan masa untuk mati’



“Lalat, semut penuh menghurung tangan saya yang hampir putus ditetak, tetapi saya katakan pada diri akan terus bertahan,” kata Inspektor Mohamad Hasnal Jamil, anggota polis yang cedera parah dalam serangan hendap pengganas Sulu di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah, 2 Mac lalu.

Hasnal, 31, berkata, sepanjang 21 jam berlindung di sebuah rumah papan, anggotanya menyuap air hujan bagi menghilangkan dahaga kerana tangannya tidak boleh bergerak akibat ditetak pengganas.

“Darah di muka dan tangan kanan hampir kering, manakala seluar serta baju mengeras akibat terlalu banyak darah mengalir. Bila cuba berdiri mahu pitam jadi terpaksa hanya berbaring.

“Anggota yang terselamat berada di sisi saya, mereka tunggu dan bertahan kerana tidak tergamak meninggalkan saya dan jenazah rakan yang terbunuh,” katanya ketika ditemui selepas pada majlis penyerahan sumbangan Tabung Perwira Lahad Datu kepada balu dan waris anggota keselamatan yang terkorban dan tercedera di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), di sini, semalam.

Antara yang hadir ialah semua tujuh balu dan waris anggota keselamatan yang terkorban dalam operasi itu termasuk balu Sarjan Salam Togiran, Marlinah Utan dan dua anaknya Umie Amira Umairah Salam dan Umie Alia Aulia Salam.

Buat Duit Online Dengan program PTC The Bux



Assalamualaikum Wbth Dan Salam 1 Malaysia.
Hari ni saya nak kongsi tentang The Bux salah satu PTC yang baru mula bertapak dalam bisnes PTC.

Sebelum ni saya tak berani nak ajak kawan2 join sebab saya takut ianya adalah scam.
Pada hari ni, pertama kali cashout dan tak sampai 30 minit, duit telahpun dimasukkan dalam akaun paypal saya. Even x byk sekurangnya ada kan. hehehe.

Saya tidak pandai menulis dan saya tidak pandai untuk mengajak kawan - kawan untuk menyertainya, sekurang - kurangnya keyakinan saya terbalas apabila apa yang saya tulis sebelum ini tentang the bux adalah benar, ( mcm ayat indonesia plak ) bagi teman2 dari indonesia means ianya benar2 berhasil.

Klik dan Register, Tiada Paksaan, Hanya Perkongsian.

Terima Kasih

Buat Duit Online Dengan Program SFI




Assalamualaikum wbth.

Apa itu SFI dari hati Admin.


SFI membawa maksud SFI (Strong Future International) Marketing Group yang dilancarkan pada tahun 1998.
Yang bermula hanya dengan 1 produk dan sekarang mencecah 66000 produk yang berkembang setiap hari.

Apa yang menariknya pada admin, kita tidak perlu untuk melabur untuk menjana pendapatan disini, jika dibandingkan dengan sistem marketing affiliate yang lain di mana kita terpaksa melaburkan hampir rm200 atau pun lebih. Terlalu banyak program affiliate yang tumbuh pada masa kini seperti viral shoot,  tetapi semua itu mewajibkan kita membeli produk dari syarikat penerbit atau kita akan kehilangan status kita. Hilangnya status bermakna tiada komisen untuk anda.

Di SFI anda akan diajar cara untuk mendapatkan wang secara percuma, terbaik dari sebuah syarikat yang sah berdaftar bukan. Bayangkan masa kini, jika anda inginkan pendapatan secara online, anda terpaksa membeli ebooks training yang berharga RM 30. keberkesanannya? Tak juga berhasil kan. Rugi duit beli sahaja, Tapi di SFI semua ini diberikan percuma dengan bimbingan terus dari Gery Carson pakar internet marketing dunia, 

Di sini anda akan diajar bagaimana menjadi seorang leader atau team leader yang terbaik. Dan team leader juga perlu bekerja keras bersama pasukannya untuk mencapai komisen tertinggi.

OK tu sejarahnya. Ini pula cara bagaimana sistem ini beroperasi, OK. disini kita semua berpeluang menjana pendapatan dengan menjual produk2 dari tripleclicks ataupun ECA2 yang berdaftar. Diingatkan juga semua produk berdaftar mestilah mempunyai syarikat berdaftar, so x akan yimbul masalah scam dan sebagainya.

Kita boleh sahaja mempromosikan mana mana produk yang kita jangka mendapat sambutan yang hangat dan memenuhi kehendak pasaran. Dan yang paling menguntungkan jika kita mempunyai produk sendiri itu adalah lebih baik kerana kita akan mencapai tahap pemasaran seluruh dunia. Yang Terbaiknya SFI ialah sambil anda mendapat komisen dari produk - produk yang dijual, anda akan menjana VP (Versa Point) secara tidak langsung bagi produk yang berkaitan. Komisen dari SFI adalah berdasarkan VP anda. (ini tidak termasuk dengan pendapatan jualan produk anda)

Untuk meningkatkan komisen anda, kerja sepasukan adalah amat penting, Downline yang aktif akan menjana lebih pendapatan. Downline melalui csa dan direct sponsor sama pentingnya untuk menjana pendapatan berpanjangan.
Anda tidak akan gagal dalam SFI melainkan anda berputus asa.

Untuk maklumat lanjut anda boleh klik pada banner diatas dan dibawah.

1 - Tiada paksaan untuk menyertai dan keluar (berhenti / give up)
2 - Tiada modal yang akan dikenakan untuk meyertai program ini
3 - Ikut peraturan dan anda akan berjaya 
4 - Sentiasa Ikuti Forum untuk tips2 berguna.

Sekian sahaja dari Admin.
Semoga semua berjaya.

KLIK BANNER DI BAWAH UNTUK PENDAFTARAN

Video Klip Yang Menghiris Hati Semua.

Wahai ibu dan ayah mertuaku, Maafkan aku...
Demi Allah aku telah berusaha sedaya upaya...
Maaf shah x tertahan air mata.. huhu


Puan Jijah sedaya upaya mahu singkirkan saya - Fareez



Setiausaha Politik Ahli Parlimen Ampang, Mohd. Fareez Kamal Intidzam meminta campur tangan pemimpin pakatan pembangkang lain disebabkan tindakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang sedaya upaya berniat menyingkir dan memburukkan hubungan rapatnya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, keadaan itu berpunca daripada sikap cemburu Wan Azizah terhadap hubungan rapat serta kepercayaan yang diberi Anwar kepadanya terutama melibatkan tugasan dan urusan Ketua Pembangkang tersebut di luar negara.

Dalam masa sama, Mohd. Fareez juga mahu penyokong Wan Azizah berhenti mengait serta menyalahkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berhubung isu yang dibangkitkannya sebelum ini kerana segala tindakannya itu dibuat atas inisiatifnya sendiri demi kepentingan PKR.

Teliti dokumen Sabah - Aquino



Presiden Filipina, Benigno Aquino III berkata, meskipun laporan undang-undang berkaitan tuntutan ke atas Sabah telah diperolehi, tetapi beliau tetap mahu dokumen itu diteliti dan dirundingkan terlebih dahulu sebelum mengambil langkah seterusnya.

"Laporan itu perlu melalui beberapa proses. Agensi-agensi berkaitan perlu mengemukakan pendapat masing-masing terlebih dahulu," kata Aquino kepada wartawan ketika menghadiri ulang tahun kelima penubuhan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina di Pasay City, hari ini.

Satu panel diketuai Setiausaha Kehakiman, Leila de Lima telah menghantar laporan kepada beliau mengemukakan cadangan dari sudut undang-undang berhubung tuntutan tersebut.

Namun Aquino berkata, beliau masih belum melihat laporan itu.

De Lima berkata, dia telah menghantar laporan itu ke Istana Malacanang pada Jumaat, lalu.

Menurut Aquino, buat masa ini beliau menumpukan perhatian kepada perkara penting lain seperti pelantikan pegawai di agensi kerajaan yang tamat pada 29 Mac ini, selain kajian semula atau harapan menandatangani 290 rang undang-undang yang diluluskan oleh Kongres.

Sementara itu, Aquino mengarahkan rundingan damai dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) ditangguhkan ke bulan depan, tetapi menegaskan bahawa rundingan itu masih berterusan meskipun berlaku pencerobohan ke atas Sabah.

Rundingan itu dijadual diadakan di Malaysia semalam, namun beliau mengarahkan supaya rundingan rasmi kali ke-37 itu ditangguhkan ke bulan depan bagi membolehkan kerajaan meneliti baki isu-isu pemilikan dalam perjanjian damai itu.

Kerajaan Filipina dan MILF bersetuju mengadakan rundingan itu pada minggu kedua bulan depan.

Kedua-dua pihak setakat ini hanya mengadakan 'mesyuarat khas', menurut satu kenyataan bersama yang ditandatangani Pengerusi Panel Damai Filipina, Miriam Coronel-Ferrer dan rakan sejawat daripada MILF, Mohagher Iqbal.

"Mesyuarat khas itu berakhir dengan komitmen kedua-dua pihak untuk terus berunding secara cekap dan pantas," kata kenyataan itu yang dipetik agensi berita Xinhua, hari ini.

Dalam rundingan pada bulan depan, kedua-dua pihak dijangka membincangkan penubuhan Pasukan Pemantau Pihak Ketiga (TPMT), Suruhanjaya Bebas bagi Pengawalan (ICP), persidangan Suruhanjaya Peralihan dan Bidang Tugas Pasukan Petugas Sajahatra Bangsamoro. - AGENSI

Malaysia kalah 0-2 kepada Palestin




Skuad Harimau Malaya tewas 0-2 pada perlawanan amal antarabangsa menentang Palestin di Stadium Darul Makmur di sini, semalam.

Dua jaringan masing-masing satu daripada Khaled J.A. Salem pada minit ke-39 dan Ashraf N.O. Alfawaghra minit ke-90 cukup untuk meranapkan harapan tuan rumah untuk mencari penyamaan.

Malah, skuad negara yang baharu mencatat kemenangan 2-1 menentang Yemen dalam saingan kelayakan Piala Asia 2015, baharu-baharu ini seolah-olah hilang rentak dengan persembahan kurang memberangsangkan sepanjang perlawanan.

Bermula separuh masa pertama, kedua-dua pasukan dilihat menguji benteng pertahanan masing-masing dengan melancarkan beberapa serangan ke kubu lawan.

Pada minit ke-27, pemain pasukan pelawat, Iyad A.S. Gharqoud nyaris mencipta jaringan menerusi rembatan kencang bagi menguji kekebalan penjaga gol kebangsaan, Mohd. Farizal Marlias.

Biarpun hanya berdepan dengan penjaga gol Palestin, Tawfiq A.Y. Abuhammad pada minit ke-30, pemain negara, Amri Yahyah gagal menggunakan peluang tersebut untuk menjaringkan gol.

Pada minit ke-39, gawang Malaysia akhirnya bocor apabila pemain Palestin, Khaled J.A. Salem melakukan sepakan libas cantik menewaskan Mohd. Farizal, meletakkan pelawat mendahului 1-0.

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Datuk K. Rajagobal membuat pertukaran ketiga penjaga gol pada minit ke-90 dengan memasukkan Ahmad Syihan Hazmi Mohamad menggantikan Norazlan Razali.

Belum pun sempat satu minit Ahmad Syihan Hazmi memasuki padang, Palestin dihadiahkan sepakan percuma dan berjaya menjaringkan gol kedua pasukan itu hasil jaringan Ashraf N.O. Alfawaghra.

Tiga minit dalam masa tambahan, pengadil, Sivakorn Puudom menghadiahkan sepakan penalti kepada Palestin namun, Husam I. A. Abusalah gagal menyempurnakannya apabila diselamatkan Ahmad Syihan Hazmi.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah dan Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah berkenan menyaksikan perlawanan tersebut.

Yang turut hadir, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Setiausaha Agung FAM, Datuk Aizuddin Ahmad dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong.

Turut hadir, Duta Palestin ke Malaysia, Abdul Elaziz Abu Ghoush.

Sebelum perlawanan yang dihadiri oleh kira-kira 30,000 penonton itu bermula, Sultan Ahmad Shah menerima beberapa sumbangan daripada pelbagai pihak untuk mengisi Tabung Bantuan Rakyat Palestin dan Tabung Wira Negara Lahad Datu dengan jumlah keseluruhan RM910,000 tidak termasuk jumlah jualan tiket.

Antara yang memberikan sumbangan adalah IOI Group RM100,000, Yayasan Sime Darby (RM100,000) dan Akademi Bola Sepak Frenz United (FUFA) dengan sumbangan RM100,000.

Budak tiru aksi 'superman' lemas



Perbuatan tiga kanak-kanak bermain di dalam longkang besar berarus deras dengan cuba meniru aksi 'superman' yang sedang 'terbang' sambil berpaut di sebatang paip di situ membawa padah selepas seorang daripada mereka mati lemas semalam.

Mangsa, Muhammad Aliff Ahmad, 11, bermain dengan dua sahabatnya di kawasan perumahan mereka di Taman Puteri Resort di sini pukul 3 petang sebelum tiba-tiba tangannya terlepas pegangan paip itu lalu dihanyutkan arus deras.

Mayat mangsa ditemukan orang awam pada pukul 10 pagi ini dalam keadaan terapung di Sungai Kimkin, kira-kira tujuh kilometer dari lokasi tersebut.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, siasatan awal mendapati mangsa telah dihanyutkan arus selepas terlepas pautan tangannya pada batang paip tersebut.

Penemuan Pelik Abad Ke 20

Tengok betapa kreatif dan inovasinya dorang.

Papan Luncur Bermotor

Cermin Mata TV

Rokok Anti Hujan

Kandang Bayi Luar Tingkap

Robot Penembak

Elektrometer Hubbart

GAMBAR : Atlet Tercantik


Hello.. 10 Atlet Wanita tercantik.

Anna Kournikova

Jennie Finch

Peggy Fleming

Chris Evert

Katarina Witt

Maria Sharapova

Biba Golic

Gabrielle Reece

Danica Patrik

Natalie Gulbis

GAMBAR : Penjenayah Menangis Ketika Di Ambil Gambar Oleh Polis

Salam semua. Rupanya penjenayah pun ada rasa sedih jugak.. hehehe







CELEBRITI : Ammar Alfian Nafi Sindir Usaha Bekas Kekasih, Puteri Sarah Bertudung


Rasanya semua orang tahu yang Ammar Alfian dan Puteri Sarah satu ketika dahulu pernah hangat bercinta. Kisah percintaan mereka memang menjadi bualan ramai. Sayangnya hubungan mereka putus di tengah jalan. Kini Puteri Sarah pun sedang dalam proses perubahan untuk menjadi insan yang lebih baik dengan mencuba untuk bertudung.


Namun beberapa hari yang lepas, Ammar Alfian menerusi laman Facebooknya telah men”update” satu status yang seolah-olah menyindir Puteri Sarah.


Namun apabila ditanya oleh wartawan Mstar Online, Ammar memberitahu yang status tersebut ditulis secara rambang dan tidak ditujukan khusus buat bekas kekasihnya itu. Kata Ammar:-
Saya tulis secara ‘random’ (rambang) sahaja, tidak maksud atau tujukan kepada orang tertentu, ia hanya kenyataan umum sahaja. Kalau dia (Puteri Sarah) dah pakai tudung itu bagus untuk diri dia, sebab sebelum ini dia pernah bercerita kepada saya hasratnya untuk pakai tudung.


Kalau memang tak ditujukan kepada Puteri Sarah, baguslah. Bukan apa, walaupun sudah tiada apa-apa hubungan, janganlah lemahkan semangat orang lain yang nak berubah. Kalau boleh bagilah kata-kata semangat. Bukannya berubah ke arah kejahatan. Sedih kot kalau kena sindir tak pasal-pasal. Tak gitu?

VIDEO : Jurukamera Hampir Dibaham Buaya


Antonio Ruiz, dari Costa Rica yang sedang mengambil gambar buaya dengan dekat, hampir saja menjadi santapan buaya yang sedang lapar tersebut.

David Clow berhasil merakam aksi Ruiz dengan buaya di Rio Tarcolestepat di daerah yang disebut “Jambatan Buaya”.



MAUT : Suami isteri maut akibat pemandu cuai


                         Gambar Hiasan

KUANTAN: Sepasang suami isteri maut selepas kereta Proton Iswara yang dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta di Km 46 Jalan Bandar Jengka-Jerantut dekat Maran malam semalam.

Pemandu kereta itu Hussain Man@Othman, 62, dan isterinya, Fatimah Taib, 57, dari Felda Jengka 22, Maran mati di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata dalam kejadian 9 malam itu, mangsa dalam perjalanan dari arah Maran ke Jerantut.

Kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah kereta Perodua Myvi yang dinaiki dua orang berusia antara 20 dan 30-an gagal berhenti ketika keluar simpang jalan dan merempuh kereta mangsa, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

KEMALANGAN NGERI : Tiga sekeluarga maut



Gerik: Tiga sekeluarga termasuk seorang bayi berusia lapan bulan maut dalam keadaan mengerikan apabila kereta dinaiki bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 18.2, Jalan Gerik - Kupang, di sini.

Dalam kejadian jam 1.30 petang semalam, kereta model Proton Wira dinaiki mangsa dikatakan bertembung dengan sebuah lori tanpa muatan dari arah bertentangan di selekoh berkenaan.

Lebih menyedihkan apabila bayi terbabit ditemui mati dalam keadaan masih dipeluk oleh ibunya di tempat duduk hadapan kereta dinaiki.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Manab Baharom, berkata, pemandu kereta terbabit yang maut dikenali sebagai Zulbasseri Sharif, 30, manakala isterinya, Wan Rozila Wan Omar, 30.

Menurutnya, pasangan suami isteri terbabit turut meninggal dunia bersama bayi perempuan mereka Siti Wafi Syuhana Zulbasseri yang berusia lapan bulan.

VIDEO : Ops Daulat Sempena Hari Polis 206 Menitiskan Air Mata Semua Yang Hadir.

Wahai ibu dan ayah mertuaku, Maafkan aku...
Demi Allah aku telah berusaha sedaya upaya...
Maaf shah x tertahan air mata.. huhu


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...