GRO China pelaris restoran



Butterworth: Restoran di Bagan Ajam, dekat sini menyediakan pelayan pelanggan (GRO) warga asing dengan menjadikan gadis warga negara China berpakaian seksi sebagai penghibur atau 'pemandu' lagu, sejak beberapa bulan lalu.

Kegiatan tidak bermoral itu terbongkar apabila penguat kuasa Jabatan Imigresen negeri diketuai Timbalan Penolong Pengarah, Johari Kadir Mydin menyerbu restoran berkenaan, jam 12.05 malam kelmarin.
Difahamkan, GRO berkenaan akan mendekati pelanggan yang membelikan kalung bunga berharga RM50 yang dipakaikan kepada mereka.

Penolong Pengarah Imigresen Bahagian Penguatkuasaan Pulau Pinang, Basri Othman, berkata seramai 21 wanita warga negara China berusia antara 20 hingga 35 tahun ditahan kerana menjalankan kegiatan tidak bermoral di premis itu.

Katanya, pemeriksaan mendapati tiga daripada mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan sah, dua lagi adalah penuntut kolej swasta di negeri ini manakala selebihnya didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial.

“Ketika serbuan, semua GRO dan pelanggan sedang melakukan perbuatan berahi dan cuba melarikan diri.

“Ada antara mereka yang bertindak agresif untuk meloloskan diri, tetapi berjaya ditahan.
“Pemilik premis berusia dalam lingkungan 40-an turut diambil keterangan,” katanya.

Basri berkata, semua yang ditahan mengikut Akta Imigresen 1959/1963 dibawa ke Depoh Tahanan Juru untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, restoran yang sama pernah diserbu sebanyak empat kali tahun lalu.

Anugerah AFF: Hanya dua peluang



Kuala Lumpur: Senarai pendek pencalonan dan pemenang bagi Anugerah Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2013 yang dikeluarkan, semalam menyaksikan Malaysia berkemungkinan hanya memenangi dua daripada 18 anugerah sekali gus mencerminkan kedudukan sebenar kita di pentas bola sepak Asia Tenggara.

Lima kategori anugerah sudah pun dipilih pemenangnya manakala senarai pendek calon bagi 13 anugerah lain hanya diumumkan pemenangnya pada majlis anugerah yang julung kali diadakan itu di Kuantan, 3 April ini.
Malaysia sah meraih dua anugerah iaitu menerusi bekas Presiden AFF dari 1996 hingga 2011, Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail yang dipilih pemenang Anugerah Perkhidmatan Seumur Hidup AFF manakala Presiden AFF ketika ini, Sultan Ahmad Shah dipilih pemenang Anugerah Muhibah ASEAN.

Bagi Anugerah Kesebelasan Terbaik AFF berdasarkan prestasi pada Piala Suzuki AFF 2012, hanya kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim tersenarai di celah-celah lima pemain Thailand dan tiga pemain Singapura serta masing-masing seorang pemain Vietnam dan Myanmar.

Harapan Raja tipis

Dua lagi anugerah yang turut sudah diumumkan pemenangnya ialah Gol Terbaik Piala Suzuki AFF 2012 dimenangi penyerang Thailand, Teerasil Dangda dan Pasukan Futsal Terbaik dimenangi Thailand.

Baki 13 anugerah lain yang bakal diumumkan pemenangnya, 3 April ini menyaksikan Malaysia hanya dicalonkan dalam lima kategori iaitu Persatuan Terbaik, Pasukan Kebangsaan Lelaki Terbaik, Jurulatih Terbaik Lelaki (Datuk K Rajagobal), Penolong Pengadil Lelaki Terbaik (Sabri Mat Daud) dan Penolong Pengadil Wanita Terbaik (Widiya Habibah Shamsuri).
Tiada wakil Malaysia tercalon dalam senarai pendek untuk kategori Pengadil Terbaik Lelaki dan Wanita, Pemain Terbaik Lelaki dan Wanita, Pemain Muda Terbaik, Pemain Futsal Terbaik, Jurulatih Wanita Terbaik serta Pasukan Kebangsaan Wanita Terbaik.

Bagaimanapun, harapan Rajagobal untuk memenangi kategori Jurulatih Terbaik Lelaki mungkin ‘hanya mimpi’ kerana Radojko Avramovic dan Winfried Schafer dilihat lebih berjaya kerana membawa Singapura dan Thailand mara ke final Piala Suzuki AFF 2012.

Pak Non meninggal dunia



Kota Bharu: Bekas Penolong Pengarang Kumpulan New Straits Times (NST), Zainon Ahmad, meninggal dunia akibat komplikasi hati.

Zainon, 70, atau lebih dikenali sebagai Pak Non menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.25 petang semalam di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II, di sini.
BH semalam melaporkan beliau dimasukkan ke hospital itu jam 4 pagi kelmarin selepas mengadu sakit di bahagian dada dan muntah berdarah.

Allahyarham meninggalkan balu, Hasnah Abdullah, 65 dan empat anak berusia antara 45 tahun dan 37 tahun serta 14 cucu.

Anak bongsu Allahyarham, Mohd Zahazan, 37, berkata jenazah bapanya akan dibawa ke rumah mereka di Jalan Bayam, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Banggol, di sini, hari ini.

Mahu dikebumi sebelah kubur nenek

Katanya, bapanya pernah menyatakan hasrat untuk dikebumikan di sebelah kubur arwah neneknya di tanah perkuburan berkenaan sekiranya beliau meninggal dunia. “Selepas berbincang, kami sekeluarga setuju melewatkan urusan pengebumian bagi menunggu kepulangan kakak sulung saya, Zalinda, 45, yang dijangka tiba jam 10 malam ini.

“Jenazah bapa saya dijangka dikebumikan selepas Subuh esok (hari ini). Arwah tidak menunjukkan perlakuan pelik sebelum ini, hanya menyatakan hasrat untuk tinggal secara tetap di Kelantan.

“Kali terakhir saya berjumpa dengan arwah pada Khamis lalu di kediamannya di Subang Jaya, sebelum arwah pulang ke sini,” katanya ditemui di HRPZ II, di sini, semalam.

Allahyarham pernah menjadi guru selama tiga tahun sebelum menyertai dunia kewartawanan selama 35 tahun. Selepas bersara pada 2000 daripada NST, beliau menjadi Editor Politik akhbar The Sun sejak 2002.

Bongkar Wayang Pakat Pakat Hentam



Lebih lewat Parlimen dibubarkan, semakin banyak pembohongan pakatan pembangkang dapat dinilai rakyat, sekali gus menolak pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Perlanjutan tempoh pembubaran Parlimen berbanding semalam yang dijangka banyak pihak, mempunyai hikmah bagi memberi peluang rakyat menyaksikan lebih banyak penipuan dan ‘wayang’ pembangkang, terutama di negeri dikuasai mereka.
Rakyat dapat menilai taktik kotor pemimpin pembangkang seperti Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang asyik berdolak-dalik dalam menentukan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada Februari lalu kepada 22 April depan.

Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk VK Liew, berkata beliau dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) lain sudah beberapa kali bertemu Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak dan dalam setiap pertemuan itu Najib sentiasa berpesan supaya tidak menjadikan tarikh pembubaran Parlimen sebagai bebanan besar dalam memastikan rakyat tetap memberikan kepercayaan kepada BN.

“Memang kami selalu berjumpa Pengerusi BN. Ramai orang kata hari ini (semalam) Parlimen akan dibubarkan tetapi saya tidak terima apa-apa arahan Perdana Menteri untuk hadir di Putrajaya hari ini (semalam).

“Saya masih boleh menghadiri program di kawasan saya di sini (Parlimen Sandakan),” katanya ketika dihubungi di Sandakan semalam.

Beliau mengulas pertemuan presiden parti komponen BN dengan Najib sebelum ini yang dikatakan bertujuan membincangkan tarikh pembubaran Parlimen yang dijangkakan semalam.
30 April Parlimen automatik terbubar

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, berkata Najib berkemungkinan ingin mencipta sejarah Perdana Menteri pertama membiarkan Parlimen terbubar secara automatik pada 30 April depan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, dilaporkan berkata, Parlimen bubar secara automatik pada 30 April dan bukan 28 April.

PRU -13 DUN pertama bubar



Seremban: Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan bubar secara automatik sejurus selepas tengah malam tadi dan kini ditadbir kerajaan negeri sementara yang diterajui Datuk Seri Mohamad Hasan.

Semalam, Menteri Besar mengadakan mesyuarat EXCO terakhir di Wisma Negeri di sini.
“Pentadbiran negeri akan diteruskan seperti biasa untuk kesejahteraan rakyat,” kata Mohamad pada sidang media selepas mesyuarat itu.

Mengenai tempoh lima tahun pentadbiran kerajaan negeri, beliau berpuas hati dengan prestasi EXCO yang bertanggungjawab memastikan dasar dilaksanakan dengan baik.

KHIANAT : Bekas jeneral diminta henti kritik Ops Daulat



Lima bekas pegawai tertinggi tentera yang kini menyertai parti pembangkang diminta menghentikan perbuatan 'merosakkan minda' rakyat dengan mengeluarkan komen-komen negatif terhadap operasi keselamatan negara di Lahad Datu, Sabah.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, komen-komen tersebut cuba menggambarkan seolah-olah mereka lebih pintar daripada kepimpinan angkatan tentera sekarang bagi tujuan meraih sokongan politik.

Ahmad Zahid turut menempelak komen negatif yang dikeluarkan golongan ini sambil menyifatkan 'zaman' mereka sudah berlalu.

"Mereka sahaja yang merosakkan minda orang-orang politik dan saya harap kalau mereka mahu terjun ke gelanggang politik mereka tidak mempolitikkan apa yang dilakukan oleh tentera dan polis dalam mana-mana operasi yang sedang dijalankan sekarang," katanya dalam sidang akhbar pada Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013 di sini hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, bekas pegawai-pegawai tinggi itu ketika ini sibuk berkempen dengan menyebarkan dakwaan kononnya seluruh anggota angkatan tentera bersama parti pembangkang.

Ahmad Zahid memberitahu, dakwaan tersebut sama sekali tidak benar dan mereka harus mengetahui lebih 200 pegawai kanan angkatan tentera telah menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak demi keselamatan negara dalam satu perjumpaan baru-baru ini.

"Terdapat beberapa cadangan agar tindakan diambil terhadap mereka tetapi kita harus melihat tujuan mereka menyentuh soal politik dan cara menyelesaikan ialah dengan cara politik juga iaitu rakyat menolak pemimpin seperti ini untuk jadi wakil rakyat," jelas Ahmad Zahid lagi.

Pada masa sama, beliau berkata, penyelesaian melalui tindakan undang-undang boleh diambil tetapi ia perlu dilakukan dengan berhati-hati bagi mengelakkan dakwaan kononnya mereka dianiaya oleh kerajaan.

Namun beliau berkata, secara keseluruhannya, ahli-ahli politik lain termasuk pembangkang sudah tidak lagi mempolitikkan isu pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu kerana menyedari ia merupakan isu keselamatan negara.

GEMPAR : Jangan rujuk Sabah hak Malaysia 'Raul Hernandez'



Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina mengingatkan agensi-agensi kerajaan di negara ini berhubung arahan supaya tidak merujuk Sabah sebagai sebahagian dari Malaysia.

Jurucakap jabatan itu, Raul Hernandez berkata, arahan itu dikeluarkan oleh Istana Malacanang melalui Memorandum 162 bertarikh 20 Ogos 2008 bertajuk Garis Panduan berhubung Utara Borneo (Sabah).

''Memorandum itu dikeluarkan kepada semua jabatan kerajaan berhubung tindakan atau kenyataan sama ada secara langsung atau tidak tentang pengiktirafan kedaulatan negara asing ke atas Sabah yang merupakan jajahan Filipina,'' katanya.

Beliau memberi penjelasan berhubung memorandum itu yang dikeluarkan oleh Setiausaha Eksekutif ketika itu, Eduardo Ermita atas arahan Presiden ketika itu, Gloria Macapagal-Arroyo selepas isu tersebut dibangkitkan semasa perbincangan pada Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Alam Nasional, semalam.

Filipina sentiasa mengekalkan hak undang-undang dan sejarah ke atas Sabah.

Hernandez berkata, memorandum itu dikeluarkan ekoran keperluan garis panduan berhubung aktiviti, tindakan dan kenyataan berkaitan Sabah untuk melindungi hak Filipina.

''Memorandum sedia ada itu tidak pernah dipinda atau diubah setakat ini,'' katanya.
Memorandum itu memperuntukkan bahawa 'Tiada jabatan, agensi kerajaan Filipina boleh membuat sebarang tindakan atau kenyataan bagi melahirkan atau membayangkan secara langsung atau tidak, sebarang pengiktirafan kedaulatan negara asing ke atas Borneo Utara (Sabah) atau menolak hak sejarah dan perundangan Filipina ke atas negeri itu'. - Agensi

Jamalul Kiram III dan Abgimuddin Kiram 'Tiada Darah Raja'



Lahad Datu: “Jamalul Kiram III dan Abgimuddin Kiram tidak layak menuntut Sabah kerana mereka bukan berdarah sultan.

“Sebaliknya mereka ini hanyalah pewaris yang berstatus cucu saudara kepada Sultan Jamalul Kiram II,” tegas pengkaji sejarah dan penulis buku Kesultanan Sulu, Julasri Hajad, 36, atau Asree Sug.

Menurut Asree, sejarah menunjukkan Sultan Jamalul Kiram II hanya memiliki seorang anak perempuan dan seorang adik berlainan ibu, Raja Muda Mawalil Wahid sehinggalah kemangkatannya pada 1936.

“Raja Muda memiliki dua anak iaitu Ismail I dan Punjungan. Punjungan pula memiliki tiga anak iaitu Jamalul Kiram III, Abgimuddin Kiram dan Ismail II.

“Maka, Jamalul, Abgimuddin dan Ismail adalah cucu saudara kepada Sultan Jamalul Kiram II. Mereka ini bukan berdarah sultan sebaliknya hanyalah pewaris,” katanya.

Katanya, bagaimanapun ketiga-tiga beradik itu menetap di Kepulauan Tawi Tawi kerana ibu mereka penduduk tempatan di situ berketurunan Bajau Simunul dan berbahasa Tausuq (Sulu).

“Jamalul Kiram dan Abgimuddin tidak layak menuntut Sabah kerana mereka tidak memiliki rakyat tambahan pula sultan sebenar mesti tinggal di Jolo di Kepulauan Sulu,” katanya.

Menurutnya, Kesultanan Sulu juga tidak lagi wujud kerana rakyatnya pada 1906 memulaukan Sultan Jamalul Kiram II yang bekerjasama dengan Amerika Syarikat mengenakan cukai kepala kepada penduduk.

“Sekitar 1906 sehingga 1915, Sultan Sulu membenarkan Amerika membunuh kira-kira 5,000 penduduk di Bud (gunung) Bagsak dan Bud Dahu yang menyerang tentera mereka.

“Selepas kemangkatan Sultan Sulu, masyarakat Sulu tidak menerima mana-mana lagi sultan sehingga sekarang,” katanya menegaskan dakwaan pengganas bahawa mereka Kesultanan Sulu sebagai tidak memahami sejarah. Kata Asree, dalang pencerobohan itu dilakukan anasir luar dan difahamkan Jamalul Kiram III hanya menumpang isu pencerobohan itu untuk meraih publisiti selepas difahamkan bakal bertanding pilihan raya di Filipina.

“Pengamatan mendapati ini (pencerobohan) taktik Jamalul Kiram,” katanya.

Rajagopal Bakal Kena Dakwa



Kritikan pengendali skuad kebangsaan Datuk K Rajagobal mengenai kehadiran pemain import dalam Liga Malaysia (Liga-M) akhirnya menjerat dirinya sendiri apabila beliau bakal didakwa atas kesalahan melanggar Artikel 88 Statut Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Dengan kedudukannya mula goyah berikutan aksi kurang memberangsangkan Harimau Malaya sejak akhir-akhir ini, jurulatih berusia 56 tahun itu berdepan satu lagi tekanan apabila surat pertuduhan ke atasnya akan dihantar minggu depan sebelum beliau menghadap Jawatankuasa Tatatertib.

Keputusan untuk membuat pendakwaan itu diumum Datuk Taufek Abd Razak selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib yang berlangsung lebih empat jam semalam.

“Kita sudah berbincang dengan panjang lebar untuk menentukan sama ada ia ada merit atau tiada merit. Merit bukan bermakna Rajagobal bersalah tapi kita buat keputusan kertas pertuduhan akan dihantar kepada Rajagobal.

“Ini bermakna kami mempunyai kes untuk mendakwa Rajagobal di bawah Artikel 88,” katanya ketika ditemui pemberita di Wisma FAM semalam.

Siasatan Jawatankuasa Tatatertib ke atas Rajagobal bermula selepas jurulatih kebangsaan itu menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap prestasi pemain penyerang negara apabila tumpas kepada Arab Saudi 1-4 pada aksi persahabatan pada 17 Mac lalu.

Dalam sidang media selepas perlawanan di Stadium Shah Alam itu, beliau didakwa menyentuh dasar FAM dengan menyatakan penyerang import lebih mendapat tempat dalam pasukan teratas Liga Super yang mengakibatkan negara ketandusan penyerang semulajadi.

Sebelum ini, B Sathianathan dipecat FAM pada Februari 2009 gara-gara kenyataan pedasnya ‘Liga-M bukan bola sepak’ selepas menyaksikan skuad kebangsaan kendaliannya tumpas 0-5 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam kempen kelayakan Piala Asia 2011.

“Ya, pertuduhan ini dikeluarkan kerana beliau didakwa mengkritik dasar FAM, ini berdasarkan laporan akhbar,” kata Taufek. Beliau berkata, Rajagobal perlu menjawab surat pertuduhan terlebih dulu sebelum dibicarakan dalam tempoh terdekat ini.

Rajagobal yang mempunyai kontrak hingga Disember ini membimbing skuad kebangsaan memenangi pingat emas Sukan SEA Laos pada tahun pertama dilantik sebagai jurulatih kebangsaan pada 2009 sebelum menjuarai Piala AFF pada 2010.

Sementara itu, Jawatankuasa Tatatertib turut membuat keputusan untuk mendakwa beberapa pemain Selangor atas insiden pergaduhan dengan pemain ATM selepas perlawanan pusingan pertama Piala FA Januari lalu.

Taufek bagaimanapun enggan mendedahkan nama pemain terbabit namun kemungkinan jumlahnya sama dengan pemain ATM yang dihukum minggu lalu.

“Kita bersetuju membuat pendakwaan ke atas pemain tertentu (Selangor), saya tidak boleh dedahkan nama pemain terbabit. Tunggu surat pertuduhan dibuat,” katanya yang memanggil jurulatih Selangor Irfan Bakti Abu Salim dan ATM Sathianathan untuk memberikan keterangan.

Walaupun Sathianathan hadir memberikan keterangan, jawatankuasa itu menetapkan tidak akan menilai semula keputusan dikenakan ke atas pemain ATM sebelum ini.

Empat pemain ATM, Mohd Fitri Omar digantung empat perlawanan dan denda RM1,000, G Jeevanthan dan R Surendran masing-masing digantung tiga perlawanan, denda RM1,000 dan RM1,500 manakala Mohd Shukor Adan yang tidak mengaku salah digantung dua perlawanan selain denda RM1,500.

Gagal selamat rakan lemas



Kuala Berang: “Saya segera terjun ke sungai dan cuba menolaknya ke atas sebaik melihat dia terkapai-kapai, tetapi gagal menyelamatkannya,” kata Muiz Hanafi Mat Razol Ghani, 15, rakan kepada Mohamad Aliff Imran Ghani, 15, yang lemas ketika mandi di Taman Pertanian Air Terjun Sekayu di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11.20 pagi itu, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang meninggal dunia selepas dihanyutkan arus sungai ketika mandi bersama empat rakan.

Muiz Hanafi berkata, sebelum kejadian, dia bersama empat rakan termasuk mangsa ke taman itu untuk mandi, namun nasib tidak menyebelahi arwah apabila pautannya pada batu terlepas sebelum dihanyutkan arus sungai.

Sebelum kejadian itu, dia duduk berhampiran arwah bersama seorang lagi rakan manakala dua lagi yang tidak mandi berada tidak jauh dari kami.

“Beberapa minit sebelum kejadian, arwah mengajak kami pulang, tetapi pautannya pada batu tiba-tiba terlepas lalu dibawa arus sungai.

LIMA 13 : Deruman ‘burung besi’



Langkawi: “Sudah lama saya menantikan saat ini untuk melihat pesawat tempur membuat aksi aerobatik secara dekat di udara dan akhirnya, impian saya selama ini tercapai.

“Saya memang meminati pesawat tempur, namun tidak pernah menyangka semua ini akan menjadi kenyataan pada hari ini (semalam),” kata Amirul Ikmal Shahril, 20, pengunjung Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2013 (LIMA’13) dari Universiti Sains Malaysia (USM) yang juga anggota Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) universiti berkenaan.

Dia yang turut ditauliahkan sebagai pelatih kapal KD Sri Pinang berkata, persembahan udara yang ditunjukkan pada hari kedua semalam amat mempesonakan, malah turut menggambarkan ia adalah pengalaman yang sukar dilupakan.

Katanya, selama ini, dia hanya berkesempatan melihat pesawat tempur di kaca televisyen saja, namun tidak berpeluang melihat secara dekat pesawat canggih berkenaan.

“Deruman enjin jet tempur amat membingitkan telinga dan gabungan aksi aerobatik oleh juruterbang terlatih cukup mendebarkan jantung. Saya tidak nafikan persembahan udara menjadi acara sentiasa ditunggu-tunggu orang ramai.

Kampung Tanduo tinggal nama, Tinggal Kenangan



Lahad Datu: Kampung Tanduo yang menjadi lokasi pendaratan kumpulan pengganas Sulu dan diduduki penduduk tempatan sejak 50 tahun lalu akan ditutup dan tidak lagi menjadi kawasan penempatan penduduk.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, semua penduduk kampung itu yang kini menghuni pusat pemindahan sementara akan dipindahkan ke lokasi baharu yang diputuskan kemudian.

Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas penilaian Majlis Keselamatan Negara (MKN) mendapati rumah di kampung itu mengalami kerosakan teruk.

Katanya, 12 rumah di kampung itu boleh dikatakan musnah sama sekali akibat pencerobohan pengganas di kampung itu.

“Sebelum ini kita wujudkan pasukan penilaian untuk melihat sejauh mana kerosakan dan kerugian dialami penduduk Kampung Tanduo selain aspek keselamatan.

Ketagih suntikan



Bayan Lepas: “Mula-mula doktor toreh kulit, kemudian dia seperti mengoyak bahagian dagu hingga menampakkan tulang. Selepas itu doktor kikis kolagen yang sudah menjadi lemak.

“Sakitnya susah saya nak gambarkan. Pada masa itu, saya terfikir itulah hukuman ke atas saya kerana cuba mengubah ciptaan Allah,” kata bekas mak nyah, Mohd Khariri Ramli, 35, menceritakan pengalamannya untuk kembali ke pangkal jalan.

Dia yang sebelum ini dikenali sebagai Erin bergelumang dalam dunia mak nyah selama 20 tahun dan pernah mengambil bermacam-macam suntikan untuk mengubah wajah serta penampilan supaya kelihatan seperti wanita.

Akibatnya, kata Mohd Khariri, dia mengalami pelbagai kesan sampingan antaranya dagu menjadi ‘luruh’ dan kerap dilanda kekejangan otot di beberapa bahagian badan hingga sekarang.

Menurutnya, kini dia dalam proses menjalani pemeriksaan saraf kerana dipercayai kekejangan dialaminya itu kesan daripada suntikan kecantikan dijalaninya sebelum ini.

Asalnya Aku X nak.....


Assalamualaikum Wbth.
Admin nak mohon maaf atas posting2 sebelum ini. Bukan apa, admin panas sangat dengar baca2 entri yang sesetengah orang tu tulis. ye la. dia ja yang betul , orang lain tak. Tapi bila kita soal balik, tahu tak hukum bawak fitnah, pandai pulak menjawab, kita bukan nabi, x perfect. Dah tu asal ko bawak benda yang x pasti, jawab simple, aku ikut jer..

Sebelum byk dosa admin buat, admin mohon maaf sekali lagi, untuk adik2 yang baru nak menongkat kaki ke alam politik, berhati2 lah, jgn dikudakan sesuka hati. Jangan jadi Lalang.

Admin ni jenis sporting,. time pilihanraya, admin boleh pergi lepak 2 2 markas, x ada masalah tapi jgn cari masalah. Admin dah penat lalui asam garam politik, dan bila sampai satu tahap kita terpaksa menghalalkan cara demi politik, Admin berhenti di situ sahaja, baik dari mana2 puak pown.

Admin orang kampung, bukan budak bandar, tapi admin dah penah lalui kesusahan hidup, lihat pengorbanan warga2 tua, arwah2 moyang. Dan admin tersentuh...

Jika moyang kita yang ilmu agamanya memperjuangkan Malaysia untuk aman. Kenapa kita yang muda lagi daif tentang agama hanya melakukan apa yang disuruh oleh pemimpin Bukan olehNYA.

Ingatlah. Manusia takkan puas andai diberi semua kebebasan yang ada di muka bumi ini. Lumrah manusia. Kebebasan apa lagi yang nak dituntut. Kezaliman apa yang disebut. Kefatwaan apa yang disanjung. Jangan menang sorak kampung tergadai. Jangan kerana Parti agama mu terbarai. Jangan Dek nafsu Imanmu Longlai, Dan jangan kerana MATLAMATMU. Kamu MENGHALALKAN Cara.

Wassalam.

P/s : Ingatlah, Kemerdekaan sukar dicapai tapi senang dicincai...

HAMPAS : Apabila Matlamat Menghalalkan Cara.. VOL 1

Assalamualaikum Wbth...
Apa yang terjadi apabila matlamat menghalalkan cara, tengok komen2 puak HamPas, Seorang Tok Guru yang bercakap berdasarkan hadis di hina bagaikan hangpa ngaji lagi tinggi.. Sedarlah.. Bila hati kita hitam, bawak la apa hadis sekalipun.. x leh masuk.. punya. Ini antara komen2 yang HamPas hempaskan.





Insan Insan Yang Sedar... Bukan Macai.



Assalamualaikum pembuka bicara. Maaf andai nanti terkasar bahasa. Mohon ampun di permulaan kata.
Alhamdulillah bila ada insan2 yang telah sedar dari lamunan ketaksuban duniawi.

Kisahnya bermula pada 3 hari yang lepas, di kampung admin bila ada penceramah dari bulan di ambang sore  datang mengadakan forum ceramah islamnya.

Maka berduyunlah keluar untuk mendengar ceramah AGAMA beliau. Tak sampai 10 minit ramai dah balik ke rumah masing2, yang tinggal hanyalah pengikut setia yang admin sendiri pun x kenal. sebab dorang bukan orang kampung admin. Ish bawak geng nak bagi ramai. Its ok. asal Beliau bahagia.

Admin dengan tabah menunggu la sampai ceramah AGAMA tu habis. Tapi malangnya 1% sahaja tentang AGAMA, itupun kalimah assalamualaikum, bismillah dan sodokolohhulazim. 99% lagi ceramah mengata dan membuat dosa. Yang admin perasan tu cam buat dosa la. Hukum sana sini ikut sedap hati. Tapi dosa pahala tu Allah yang tentukan.

Insan2 yang dulunya begitu setia kini semakin meluat. Tengah2 dok hentam sana sini. dia boleh selit ayat nih.

Masa saya lalu mai td, saya tgk rumah orang2 kg ni semua besaq2. Jadi saya nak semua derma x kurang dari rm10 setiap2 seorang, Dah prepare dah kaki2 pegang plastik nak runner, kesian la ada sorang makcik tu. Admin kenal dia orang susah, dia tak ada duit kecil, ada RM 100. tanpa segan dan silu. diambilnya duit makcik ni sambil dan terus membuat pengumuman, tengok makcik nih, dia derma RM 100, X kan yang lain x boleh kot. terkebil2 mata makcik nih.. Kesian..

So insan2 muda mudi yang dulunya setia kini naik meluat, Memang derma tu baik. tapi janganlah tetapkan berapa yang perlu. Ikhlas tu barakah.. Ramai lah yang panas malam tu. Dtg nak hentam orang sana sini semata2 nak duit.. Haissss.. Dah pegang berapa negeri. Kedah habis dah hutan2 kena tebang..

Admin mohon kalau ustaz yang mengajar, jom kita penuhkan masjid dan surau. Yang suka hentam meghentam, kita jauhkan.. Dengan kita terjun lubang.

P/s Jangan Matlamat Menghalalkan Cara...


SEDIH : 'Tak tahu di mana ibu'



AMPANG: “Saya sendiri tidak tahu di mana ibu dan ayah berada. Kakak dan abang hilang entah ke mana. Mujur ada mak cik, dapat saya dan adik menumpang kasih,” kata Aina Basirah Azahar, 10, yang ditinggalkan ibu dan bapanya sejak empat bulan lalu.

Dia yang tinggal bersama ibu saudaranya bingung memikirkan masa depan selepas ibu bapa dan tiga adik beradik lain menghilangkan diri.

Ibu bapanya yang sudah bercerai sejak 2007 tidak lagi memperdulikan mereka menyebabkan masing-masing membawa haluan sendiri.

Bagi menampung kehidupan selepas ibu bapa bercerai, mereka lima beradik mengutip sampah serta menjual besi buruk untuk mencari sesuap nasi.

Beliau berkata, selepas bercerai, ibunya menghantar mereka lima beradik ke sebuah pusat jagaan kanak-kanak milik kerajaan di Manjoi, Perak kerana tidak mampu menjaga mereka lima beradik pada pertengahan 2008.

“Pada awal Januari lalu, kakak sulung saya yang berusia 15 tahun nekad melarikan diri mengikut teman lelaki dari pusat berkenaan manakala abang saya yang berusia 14 tahun yang turut ditempatkan di pusat sama terpaksa dihantar ke sebuah pusat pengajian agama di Golok, Thailand bagi memulihkan semula akhlaknya kerana terbabit dalam aktiviti tidak bermoral dalam bulan sama,” katanya ketika ditemui baru-baru ini di rumah mak ciknya di Ampang, di sini.

Sementara itu, ibu saudaranya yang mahu dikenali sebagai Fadillah, 40-an, berkata, dia menjaga tiga beradik berkenaan sejak awal tahun ini selepas dia mengambil keputusan menjaga mereka walaupun pada masa sama terpaksa menjaga ibunya yang terlantar sakit.

Katanya, dia menghadapi kesukaran mengawal pergerakan seorang daripada tiga anak saudaranya itu kerana nakal dan kerap menimbulkan masalah termasuk mencuri basikal milik jiran, malah menceroboh ke dalam kawasan Kem Wardieburn, Wangsa Maju.

“Berang dengan tindakan itu, saya memarahinya menyebabkan anak saudara itu yang berusia 12 tahun melarikan diri dari rumah dan gagal dikesan. Saya khuatir anak saudara itu bercampur dengan budak nakal dan terbabit dengan kegiatan tidak berfaedah,” katanya.

“Sebagai satu-satunya waris yang tinggal untuk menjaga mereka, saya cuba sebaik mungkin memastikan mereka mendapat pelajaran secukupnya tapi pengalaman hidup lampau mereka mempengaruhi setiap perbuatan seharian,” katanya.

Menurut Fadillah, dia hanya mahukan nasib anak saudaranya itu terbela dan sanggup menjaga mereka walaupun pada masa sama terpaksa menjaga ibunya yang terlantar sakit sejak tiga tahun lalu.

“Dengan adanya mereka di sini, dapat juga membantu saya menguruskan ibu kerana sejak kecil, hubungan mereka sangat rapat kerana pernah tinggal bersama,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor, Adnan Abu Bakar berkata, pihaknya menerusi pejabat JKM daerah Gombak sudah melawat rumah ibu saudara kanak-kanak berkenaan.

CELCOM : Main Kotor

Assalamualaikum Wbth kepada semua.



Hari ini shah nak citer cikit la pasal Celcom, lain2 cam Maxis  or Digi shah x tahu lah sebab x penah pakai.
Ok, seminggu ni rasa teruk sangat nak berbloging, ye lah apa taknya. Line tenet slow gila. sebab tu ramai yang tgk shah salu blogwalking time pagi2 pkl 3 4 5 pagi. huhu. tu je time tenet ok.

So semalam dah x tahan sgt call telecentre celcom. Marah la kita bayar untuk servis tapi jawapan dia selamba ja. Kalau celcom buka untuk kawasan tu 10 ribu pengguna internet, kalau lebih dari 10 ribu pengguna, so line akan drop dan x boleh salahkan celcom. kepalotaks Celcom.

Senang jer dia jawab camtu. Imagine la dari 3.6mbps drop terus x sampai 100kbps, nak loading blog pown x lepas.. So shah tanya dia rugi la bayar tapi perkhidmatan tak memuaskan. Tak seperti dijanjikan.

Sekali lagi jawapan yang menusuk kalbu shah dapat.
Ni jawapan dia..

Celcom x penah janji akan bagi 3.6Mbps, celcom hanya ckp lebih kurang, so kalau terlebih x leh salahkan celcom. PERNAH TERLEBIH KER???
Dan kalau kurang pun x boleh salahkan CELCOM. sebab celcom kata kelajuan lebih kurang 3.6Mbps.

So masa tu dah panas sikit, ye la, byk lagi blog kawan2 shah nak kena ronda. huhu.. So shah wat andaian sendiri masa cakap ngan operator tu, Shah ckp shah tau pasal telekomunikasi sikit2, kalau disebabkan Portawifi, celcom nak cap semua yang lain supaya slow dan bertukar kepada Portawifi, Insyaallah Celcom akan berjaya. Portawifi harga 100 lebih. Modemnya sahaja. Yang x da celcom first kena langgan celcom first lagi.

Bagi yang x tahu pasal Portawifi, Portawifi ni dikatakan mencapai kelajuan 21Mbps. X berani nak try dah. Nanti jadi Lebih Kurang. Jem... melayang rm200..

So terkedu operator tu, senyap x leh nak jawab, Last shah cakap kalau Celcom still macam ni shah nak buat aduan pada SKMM, sebab kerja shah pun berkaitan ngan SKMM gak secara x langsung, Dan tetiba operator bersuara dengan lembut. Encik kena faham, Celcom pown x nak benda ni berlaku, Celcom akan cuba menaiktaraf 3g kepada 4g secepat mungkin. Hah???

Shah dah malas nak tulis panjang2. T lain lak yang kuar.. Panas jer. Ni pown puas reset baru boleh On9.


P/s : Jangan Main Cap Sesuka Hati. Ramai Tahu La.

LAHAD DATU : Khianat tak sudah



Lahad Datu: Polis mengesan sesetengah individu di Semporna dan Sandakan yang menjadi pengkhianat negara dengan menyalurkan sumber kewangan kepada kumpulan pengganas di Pulau Jolo, selatan Filipina.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Ibrahim ketika mendedahkan perkara itu berkata, tindakan tidak bertanggungjawab itu dipercayai bagi membantu aktiviti kumpulan terbabit.

Sehubungan itu, pihaknya memberi amaran keras kepada mereka dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

“Kita tahu bahawa duit itu dihantar bagi membantu musuh. Tidak kira sama ada jumlahnya kecil atau besar.

“Siapa yang bantu musuh akan tetap dikenakan tindakan sama,” katanya sidang media Op Daulat di Felda Residence Sahabat di sini, semalam.

Sementara itu, Khalid mengesahkan seorang pengganas lelaki ditahan selepas menyerah diri di Kampung Tanjung Batu di sini, kira-kira jam 5 petang, kelmarin.

Beliau berkata, ketika ditahan, pengganas itu berada dalam keadaan amat lemah kerana tidak tidur dan tidak makan kira-kira 15 hari.

“Semalam, dia (pengganas) sudah serah diri kerana hilang arah (apabila) tiada arahan daripada ketua, bekalan makanan pula sudah terputus.

“Jadi tindakan terbaik adalah menyerah diri,” katanya sambil berharap lebih ramai pengganas mengikuti langkah sama.

Ketika ditahan, pengganas itu menyerah diri dengan mengangkat kedua-dua tangan dan meminta pasukan keselamatan tidak melepaskan tembakan terhadapnya.

Sumber pasukan keselamatan berkata, sepasukan anggota Grup Gerak Khas (GGK) diiringi dua kereta perisai Adnan dikerah menghampiri pengganas itu sebagai langkah keselamatan bagi memastikan ia bukan perangkap.

Dalam pada itu, Khalid berkata, sehingga kini seramai 429 individu sudah ditangkap sepanjang Op Daulat yang kini memasuki hari ke-22.

Katanya, 42 daripada 116 individu yang ditahan di bawah SOSMA sudah dibebaskan.

GRO lari bertempiaran



Seberang Jaya: Panik melihat kehadiran pegawai penguat kuasa Jabatan Imigresen Pulau Pinang, beberapa pelayan pelanggan (GRO) yang sedang bekerja di sebuah restoran di Bagan Ajam, di sini, bertempiaran lari namun gagal berbuat demikian selepas berjaya ditahan.

Penolong Pengarah Imigresen Pulau Pinang, Basri Othman berkata, dalam operasi yang bermula kira-kira jam 12.05 tengah malam semalam, seramai 21 wanita warga China ditahan.

Katanya, semua wanita berusia 20 hingga 35 tahun itu didapati melanggar syarat pas perjalanan sosial selain tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Menurutnya, restoran berkenaan pernah diserbu beberapa kali sebelum ini, namun pemiliknya tetap berdegil dengan menyediakan khidmat GRO berkenaan.

"Restoran ini pernah diserbu oleh pegawai kita sebelum ini, namun mereka tetap berdegil dengan menyediakan juga GRO berkenaan," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...