AJAIB : Tulisan Kalimah Allah Pada Kepala Cristiano Ronaldo.

Pelik tapi benar. Tulisan Kalimah Allah yang dilihat pada kepala Cristiano Ronaldo



Cristiano Ronaldo Dikecam Israel Kerana Sokong Palestin



Mantan pemain Manchester United itu dengan penuh keikhlasan memberikan kasut emas yang diraihnya musim 2011 kepada kepada lembaga amal kelabnya. Hal itu dilakukan pemain berjuluk CR7 itu untuk membantu anak-anak Palestin.

Laman Qodsna pada akhir tahun 2011 memberitahu, lembaga amal Real Madrid melelong kasut emas milik Ronaldo itu hingga 1,4 juta euro. Wang hasil lelong itu disumbangkan untuk membina beberapa sekolah yang hancur di sepanjang di Jalur Gaza. Sokongan Pemain Terbaik Dunia pada 2008 tersebut tidak berhenti sampai di situ.

Sebelumnya ketika masih memperkuat pasukan Merah, dalam sebuah acara, Ronaldo mengenakan skaf Palestin. Tindakannya itu mendapat kecaman hebat dari lobi-lobi Zionis dan media barat. Beberapa media barat yang bersekutu dengan Yahudi seakan memusuhinya dan mencitrakan segala keburukannya.

Namun ada juga sebahagian media Britain menyebut aksi Ronaldo itu sebagai bentuk kemanusiaan. Ia menunjukkan kepedulian terhadap krisis Palestin dan rakyat Jalur Gaza. Ronaldo dikhabarkan pernah secara langsung berkunjung ke tanah pendudukan Palestin pada 2007 dan 2005.

Lagi info berkaitan:

Pada 20hb November 2011 dia menjual kasutnya dalam satu jualan lelong Real Madrid Foundation dengan mendermakan dana ke sekolah-sekolah di Gaza. Lelong bermula di €700 sebelum ditamatkan di €2,400. Menjual kasut-kasut sukan akan membantu membina 8 sekolah dalam wilayah Palestin, di mana dibiayai 100 peratus oleh Real Madrid Foundation.

Menurut pelbagai laporan, Real Madrid Foundation telah membantu membina 167 sekolah dalam 66 negara, termasuk banyak projek lain, supaya beribu kanak-kanak dalam 66 negara boleh mempunyai satu pendidikan lebih baik dan satu masa depan lebih cerah

Kenapa Cristiano Ronaldo sokong Palestin?

Sebab utama mengapa Cristiano Ronaldo menyokong Palestin ialah kerana dia percaya kepada Pembebasan Palestin.

Satu lagi sebab ialah kerana dia benci melihat anak-anak menempuhi perkara sama di mana dia dan keluarganya melaluinya sebelum menjadi seorang pemain bola sepak yang dibayar tinggi, yang hidup satu kehidupan yang miskin. Dia dan keluarganya tidak pernah melalui suasana peperangan seperti di Palestin, tetapi mereka melalui satu kehidupan yang sangat daif. Dia suka melihat kanak-kanak Palestin mempunyai masa depan yang lebih cerah.

DUN Pahang terbubar secara automatik pada 8 April



Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang akan terbubar secara automatik 8 April ini sekiranya tidak dibubarkan lebih awal.

Ia mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Pahang di bawah Perkara 26 Fasal 3, yang menyatakan Dewan Negeri hendaklah berjalan terus selama lima tahun daripada tarikh persidangan yang pertama dan hendaklah terbubar pada tempoh itu.

Mesyuarat pertama DUN Pahang berlangsung pada 7 April 2008, kata Yang Dipertua DUN Pahang, Datuk Seri Wan Mohamad Razali Wan Mahussin.

Beliau memberitahu Bernama, mengikut prosedur apabila terbubar secara automatik, Wan Mohamad Razali akan memaklumkan perkara itu melalui surat rasmi kepada pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya negeri Pahang, menyatakan bahawa penggal DUN telah mencapai tempoh matang.

DUN Pahang mempunyai 42 kerusi. Pada pilihan raya umum 2008, BN memenangi 37 kerusi, dua dimenangi DAP, dua PAS dan satu Bebas.

Calon Bebas di kawasan DUN Tanah Rata, Ho Yip Kap kemudian menyertai parti Gerakan.

LAHAD DATU : Lagi panglima Kiram mati ditembak, 2 wanita antara ditahan



Seorang lelaki warga emas dipercayai panglima kepada kumpulan pengganas Kiram dan pengamal ilmu hitam mati ditembak selepas menetak seorang anggota keselamatan yang menjalankan operasi penggeledahan dan pembersihan di sebuah rumah di Kampung Simunul, Semporna dekat sini hari ini.

Lelaki berusia 60-an itu dipercayai pengawal peribadi kepada orang kanan kumpulan pengganas tersebut dikenali sebagai Imam Mas yang ditembak mati dalam pertempuran pada 2 Mac lalu di kampung tersebut.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, semasa pasukan keselamatan memeriksa sebuah rumah di perkampungan itu pada pukul 8.20 pagi, secara tiba-tiba lelaki terbabit meluru keluar dari sebuah bilik yang dilihat berkunci dari dalam lalu menyerang dan menetak seorang anggota keselamatan dengan menggunakan parang.

"Anggota pasukan keselamatan kita ditetak dua kali di depan dan belakang tubuhnya. Atas faktor keselamatan, anggota tersebut sempat melepaskan tembakan yang membunuh pengganas itu.

"Anggota pasukan keselamatan itu kita tidak cedera kerana memakai pakaian perisai badan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Hamza berkata, pasukan keselamatan turut menahan enam individu, termasuk isteri dan anak perempuan pengganas yang ditembak di kampung tersebut.

Beliau berkata, kedua-dua wanita yang berusia 45 dan 30 tahun itu, termasuk seorang mengalami kecacatan tangan kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), manakala empat suspek lelaki ditahan atas lain-lain kesalahan.

Menurutnya, penangkapan terbaharu itu menjadikan jumlah mereka yang ditahan di bawah SOSMA ketika ini, meningkat kepada 121 orang dengan 443 tangkapan atas lain-lain kesalahan manakala pengganas ditembak mati pula seramai 68 orang.

Sementara itu, sumber memberitahu Utusan Malaysia, lelaki yang mati ditembak itu merupakan seorang yang sangat digeruni kerana mempunyai kedudukan tinggi dalam kalangan pendatang asing tanpa izin (PATI) di kampung tersebut, selain aktif dalam aktiviti keagamaan.

"Walaupun aktif dalam aktiviti keagamaan, suspek juga difahamkan turut mengamalkan ilmu hitam dan syirik terutama ramalan nombor ekor," ujarnya.

LAHAD DATU UPDATED : Pengganas Kiram menyamar orang awam diburu



Pasukan keselamatan negara akan meningkatkan lagi operasi bagi menghapuskan saki-baki kumpulan pengganas Kiram yang menyamar sebagai orang awam untuk melepaskan diri daripada ditangkap.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zain berkata, kumpulan pengganas berkenaan telah berpecah kepada kumpulan kecil dan cuba menyamar sebagai orang awam.

"Ops Daulat masih berterusan dan sebagaimana dalam tempoh empat hari ini, kita dalam usaha untuk membersihkan saki-baki pengganas dalam kawasan operasi.

"Mereka sekarang ini berpecah kepada kumpulan kecil dan cuba melarikan diri, saki-baki pengganas ini juga ada yang memakai pakaian awam dan senjata mereka telah disembunyikan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013 di sini hari ini.

Berhubung pertempuran yang berlaku semalam, beliau berkata, sekumpulan pengganas telah dikesan dan pihaknya akan terus menjejaki mereka.

Semalam, sepucuk pistol, enam butir peluru dan sebilah parang dirampas pasukan keselamatan selepas berbalas tembakan dengan saki-baki pengganas Kiram di Sungai Bilis di Lahad Datu, Sabah.

Dalam kejadian pukul 7.30 pagi itu, tiga pengganas Kiram melarikan diri selepas melakukan serang hendap terhadap sepasukan anggota pasukan keselamatan yang menjalankan operasi pembersihan dan penggeledahan di kawasan itu.

Dalam pada itu, Zulkifeli berkata, beliau yakin kerajaan Sabah dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mengenal pasti kawasan baharu untuk penempatan sementara penduduk Kampung Tanduo, Lahad Datu yang kini masih lagi berada di pusat pemindahan sementara.

"Kita juga telah menghantar pasukan penilaian kerosakan ke Kampung Tanjung Batu untuk menilai kemusnahan harta benda, tanaman serta haiwan peliharaan penduduk kampung.

"Dalam masa terdekat ini juga, kita akan membawa orang kampung melihat rumah masing-masing," katanya.

Abang Makan Adik : Lelaki dipenjara kerana sumbang mahram



PETALING JAYA: Seorang abang dihukum penjara 15 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana melakukan sumbang mahram terhadap adik kandung perempuannya yang berusia 15 tahun ketika itu, tujuh tahun lepas.

Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz menjatuhkan hukuman tersebut terhadap lelaki yang berusia 24 tahun itu, setelah dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan melakukan sumbang mahram dan memerintahkan hukuman bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 19 Mac lepas.

Lelaki tersebut yang bekerja di sebuah pasar raya, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di sini, antara Okt 2006 hingga Nov tahun sama, dan didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Lahad Datu : Pengganas ditembak mati



Lahad Datu: Pasukan keselamatan menembak mati pengganas berusia 60 tahun di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, kira-kira jam 8.40 pagi tadi.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib ketika mengesahkan perkara itu berkata, pengganas itu dipercayai pengawal kepada Imam Tua, salah seorang pengganas yang maut ditembak ketika serang terhadap anggota pasukan keselamatan di situ, 2 Mac lalu.

Beliau berkata, isteri lelaki itu yang berusia kira-kira 45 tahun dan anak perempuannya berusia kira-kira 30 tahun ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) SOSMA 2012.

Pemilik Bengkel Nyaris Maut Ditembak Didada




Sabak Bernam: Seorang pemilik bengkel nyaris maut selepas cedera di bahagian kiri dadanya akibat ditembak seorang lelaki yang dipercayai menggunakan pistol jenis automatik dalam kejadian di Taman Perpaduan, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa berusia 33 tahun sedang tidur di dalam bilik utama rumah berkenaan dikejutkan apabila dua lelaki bertopi keledar masuk ke dalam biliknya.

Sebelum ditembak, mangsa dan suspek turut bertengkar dipercayai berpunca daripada perebutan kawasan pengedaran dadah di daerah ini.

Selepas berlakunya pertengkaran, suspek tiba-tiba mengeluarkan pistol dan melepaskan tiga das tembakan, satu daripadanya terkena bahagian kiri dada mangsa sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha LC.

Mangsa yang cedera kemudian dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ), di sini, untuk rawatan kecemasan sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, untuk rawatan lanjut dan kini dilaporkan stabil.

500 rumah hangus




Sepanggar: Kedudukan perkampungan yang jauh di dalam hutan selain ketiadaan pili bomba menyebabkan pasukan penyelamat terpaksa menggunakan air laut bagi memadam kebakaran membabitkan kira-kira 500 rumah di perkampungan setinggan atas air di Kampung Numbak, dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam, api dipercayai bermula dari sebuah rumah sebelum marak cepat ke kediaman lain berikutan keadaan angin kencang dan jarak antara rumah yang berdekatan.

Kejadian itu menyebabkan 5,000 penduduk hilang tempat tinggal termasuk ada di antara mereka mengalami cedera ringan ketika cuba menyelamatkan diri dan harta benda masing-masing.

Bagaimanapun, tiada kehilangan jiwa dilaporkan.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Kota Kinabalu Hamsa Isnurdini berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.09 malam dan tujuh jentera bersama 50 anggota dikejarkan ke tempat kejadian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...