Nuar Hilang Sengat



Program Jelajah Bas Merdeka Rakyat anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diadakan di Sungai Isap di sini semalam ternyata gagal mendapat sambutan apabila hanya dihadiri oleh kira-kira 500 penyokong tegar parti itu.

Walaupun dengan kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh namun ia tetap tidak berjaya menarik perhatian masyarakat di kawasan berkenaan untuk menghadiri ceramah jalanan tersebut.

Bagaimanapun, Anwar dalam ceramahnya itu mengumumkan bahawa Fuziah yang juga Naib Presiden PKR akan bertanding semula untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kuantan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Untuk rekod, pada pilihan raya 2008, Fuziah menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Fu Ah Kiow dengan majoriti 1,826 undi. Fuziah memperoleh 18,398 undi manakala Ah Kiow mendapat 16,572 undi.


LAHAD DATU : Penduduk Kampung Tanjung Batu dan Tanjung Labian Disambut Dengan 3 Das Tembakan.



Kegembiraan hampir 100 penduduk Kampung Tanjung Batu dan Tanjung Labian, di sini yang dibawa memasuki perkampungan mereka semalam, tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi tiga das tembakan.

Ini menyebabkan sebahagian penduduk yang memasuki rumah masing-masing bertempiaran lari untuk berkumpul di kawasan lapang berhampiran dengan masjid yang ada di Kampung Tanjung Batu.

Bunyi tembakan dari arah penempatan tepi laut dipercayai 500 meter dari masjid itu kedengaran sekitar jam 12 tengah hari, kira-kira 30 minit selepas pasukan keselamatan membenarkan mereka memasuki penempatan itu.

Susulan itu, anggota pasukan keselamatan yang bertugas mengawal kedua-dua kampung bersebelahan dikerah menyiasat kejadian itu.

Bagaimanapun, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib yang berada di tempat kejadian menjelaskan, tembakan itu dilepaskan oleh pasukan keselamatan sebagai amaran.

LAHAD DATU : Kampung Tanjung Labian Hanya Tinggal Tangga



“Tiada apa lagi yang saya miliki sekarang melainkan hanya tangga di rumah ini. Semuanya musnah menjadi arang,” kata suri rumah, Juhrah Jowak, 48, yang meratap kesedihan apabila rumah papan didudukinya sejak 10 tahun lalu musnah terbakar akibat insiden pencerobohan pengganas.

Dia yang dibawa masuk pasukan keselamatan bagi melihat keadaan rumahnya di Kampung Tanjung Labian, di sini, semalam, hanya mampu menangis dan berpelukan bersama adiknya, Betty, 39, di atas tangga kayu rumahnya, satu-satu bahagian rumahnya yang terselamat.

Juhrah dan Betty tidak mampu menahan emosi dan hanya menangis teresak-esak meratapi igauan ngeri dalam hidup mereka apabila kehilangan rumah yang menjadi tempat berlindung selama ini.

Menurut Juhrah, dia terkedu sehingga tidak mampu berkata apa-apa apabila melihat hanya tangga yang tinggal selain tiang rumah yang hangus selepas meninggalkan kampung itu, 4 Mac lalu.

“Semuanya jadi arang. Banyak barangan saya musnah... wang tunai, katil, mesin jahit, televisyen, peti ais, sofa, mesin basuh dan dokumen diri... semuanya terbakar,” katanya.

Sheikh Hassan Seifeddin Dibunuh Di Pancung Pemberontak




Seorang Imam, Sheikh Hassan Seifeddin dilaporkan dibunuh oleh pemberontak di bandar Aleppo semalam.

Sheikh Hassan Seifeddin merupakan seorang imam di masjid Sheikh Maqsud yang terletak di kawasan utara Allepo dibunuh dan jenazahnya dipercayai dipancung sebelum diheret melalui jalan-jalan di bandar ini.

Agensi berita SANA melaporkan Seifeddin telah "dibunuh oleh pengganas dan memotong badannya selepas itu, manakala stesen televisyen rasmi Al-Ikhbariya pula melaporkan imam itu telah "disembelih" dan dipancung.

Dr. Hassan Ali Ulas Peristiwa Lahad Datu. Wajib Tengok

Dr Hassan Ali ulas tentang peristiwa Lahad Datu



Tobat Lahom X Moh Dengar


Akidah Kena Jaga.

Orang2 Melayu Diperbodohkan. Islam Dipermainkan.

Matlamat Menghalalkan Cara, Punah Bangsa Musnah Agama.

Cina mabuk kutuk Ulama Islam

Video Yang Haters X Mahu Dengar Dan Tengok


Betapa indahnya Ustaz Kazim mengupas, Beraninya Beliau patut Dicontohi.

Hilang tangan, kaki akibat Meningitis



Dalam usia yang masih muda dan masih belum puas menikmati keseronokan hidup, seorang remaja perempuan terpaksa menghadapi masa depan yang sukar apabila empat anggota badannya terpaksa dipotong bagi menyelamatkan nyawanya.

Ini semua gara-gara meningitis yang dikesan bulan lalu yang telah menyebabkan kulit Kaitlyn Dobrow, 18, melecur dengan teruk di seluruh badannya.

Penderitaan remaja tersebut tidak berhenti setakat itu sahaja, dia juga terpaksa menjalani sembilan pembedahan selepas menunjukkan simptom-simptom seperti jangkitan selesema.

Dobrow kini masih berada di unit kebakaran di Pusat Perubatan UC Irvine di sini.

Ibu Dobrow, Kathi berkata, anak perempuannya itu dikesan menghidap penyakit meningococcal yang menyebabkan meningitis dan jangkitan kuman dalam darah.

''Anak saya sakit sebulan lalu dan menjadi lemah selepas menunjukkan tanda-tanda demam selesema.

''Selepas dibawa ke hospital, keadaan dia semakin buruk sehingga kami sekeluarga menyangka dia akan mati,'' katanya.

Ibu kepada dua orang anak itu berkata, doktor terpaksa memotong kedua-dua tangan dan kaki bagi menyelamat nyawanya serta mengelak penyakit itu merebak.

''Doktor menyatakan anak saya mungkin memerlukan lebih banyak pembedahan selepas ini,'' ujarnya.


Korea Utara isytihar 'perang' dengan Korea Selatan



Korea Utara hari ini mengisytiharkan negara itu secara rasmi memasuki 'negara perang' dengan Korea Selatan, pengumuman yang ditolak Seoul sebagai ancaman yang sudah lama dinyatakan Pyongyang.

Agensi berita rasmi, Korean Central News Agency (KCNA) melaporkan Pyongyang dalam satu kenyataan menyatakan ketika ini, semua hubungan kedua-dua negara tersebut akan dikendalikan mengikut protokol perang.

''Situasi di Semenanjung Korea yang tergantung antara damai atau perang kini sudah tamat.

''Sebarang provokasi akan mencetuskan konflik berskala besar dan perang nuklear,'' kata kenyataan itu.

Kedua-dua negara Korea itu secara dasarnya masih berperang sejak enam dekad lalu ekoran Perang Korea 1950-1953 hanya tamat dengan perjanjian gencatan senjata berbanding perjanjian damai.

Seoul bagaimanapun tidak memandang serius kenyataan terbaharu Pyongyang tersebut.

''Kenyataan itu bukanlah ancaman terbaharu, ia hanyalah sebahagian daripada ancaman provokasi,'' kata Kementerian Penyatuan Korea Selatan.

Kementerian Pertahanan Korea Selatan menyatakan tiada pergerakan tentera Korea Utara yang dapat dilihat di sempadan negara. - AFP

ZALIM : Imam Masjid Dipotong Badan, Disembelih Dan Dipancung



Seorang Imam, Sheikh Hassan Seifeddin dilaporkan dibunuh oleh pemberontak di bandar Aleppo semalam.

Sheikh Hassan Seifeddin merupakan seorang imam di masjid Sheikh Maqsud yang terletak di kawasan utara Allepo dibunuh dan jenazahnya dipercayai dipancung sebelum diheret melalui jalan-jalan di bandar ini.

Agensi berita SANA melaporkan Seifeddin telah "dibunuh oleh pengganas dan memotong badannya selepas itu, manakala stesen televisyen rasmi Al-Ikhbariya pula melaporkan imam itu telah "disembelih" dan dipancung.

Ceramah Nuar di Sungai Isap gagal dapat sambutan



Program Jelajah Bas Merdeka Rakyat anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diadakan di Sungai Isap di sini semalam ternyata gagal mendapat sambutan apabila hanya dihadiri oleh kira-kira 500 penyokong tegar parti itu.

Walaupun dengan kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh namun ia tetap tidak berjaya menarik perhatian masyarakat di kawasan berkenaan untuk menghadiri ceramah jalanan tersebut.

Bagaimanapun, Anwar dalam ceramahnya itu mengumumkan bahawa Fuziah yang juga Naib Presiden PKR akan bertanding semula untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kuantan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Untuk rekod, pada pilihan raya 2008, Fuziah menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Fu Ah Kiow dengan majoriti 1,826 undi. Fuziah memperoleh 18,398 undi manakala Ah Kiow mendapat 16,572 undi.

Calon Indera Mahkota: Pengumuman Nuar disambut ejekan 'boo' penyokong sendiri



Pengumuman nama Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Datuk Fauzi Abdul Rahman sebagai calon parti itu bagi kerusi Parlimen Indera Mahkota pada Pilihan Raya Umum Ke-13 malam tadi, disambut dengan sorakan ejekan oleh segelintir penyokong pembangkang sendiri.

Tindakan 'boo' itu dilakukan sebaik Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan nama Fauzi sebagai calon menggantikan penyandang, Azan Ismail pada majlis ceramah Pas di Balok Makmur di sini malam tadi.

P/s Ramai dah makin sedar kot...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...