Atok Otai Jamming, Layan Habis..

Seorang Atok feeling habes nyanyi... Layanz


Klik Video Bawah Nih.

Cabaran Debat Isu Tabung Memali. Ketaq Lutut



BALING 2 April - Berikutan sikap pemimpin Pas yang terus membisu untuk menyatakan kebenaran, bekas ahli Pas seumur hidup, Zainon Ismail atau CN Al-Afghani mengulangi kenyataannya mencabar mereka berdebat tentang wang Tabung Memali.

Zainon berkata, Pas perlu menyahut cabaran dengan membuka gelanggang membincangkan tentang penyelewengan wang tabung tersebut yang dianggarkan berjuta-juta ringgit.

"Ke mana hilangnya wang Tabung Memali perlu dijawab oleh pemimpin Pas kerana rakyat khususnya mereka yang menderma dari seluruh negara mahu tahu," katanya ketika menyampaikan ceramah di sini malam tadi.

P:s : Admin anak jati Baling... Jgn komen yang melampau kalau x tahu citer sal memali....

Tips Yang Betul2 Bagi Point Masa Temuduga


Assalamualaikum Wbth Dan Salam 1 Malaysia.
Ramai dah ambik result SPM dan ramai yang apply keje dah kan. And byk gak yang dapat interview dari SPA kan... 

So di sini shah nak kongsi tips2 masa temuduga dan insyaallah kalau ada rezeki dapat. Kita berusaha sedaya upaya kan.

Ni dari pengalaman2 shah yang lalu ok. Even x berjaya, shah happy ngan keje skang..

CARA PEMAKAIAN (LELAKI)


  1. Berseluar slack hitam  ( nak yang lembut , dockers dapper x layan na. )
  2. Berbaju putih ( Seeloknya Long Sleeve )
  3. Bertali Leher
  4. Berkot bagi jawatan Diploma dan ke atas.
  5. Berstokin hitam
  6. Kasut Hitam Bertali, sekali lagi ditekankan BERTALI.
  7. Tali pinggang jgn yang macam p pekan na. Kalau boleh jgn tali yang ada lubang2. Pakai yang kepalanya x guna lubang, means formal la senang.. 
  8. Misai / Kumis .. sama la nih, janggut, sekben < apa ni.. rambut kat tepi tu.. Kalau boleh jadi jambu dulu masa interview.

CARA PEMAKAIAN (WANITA)
  1. Berbaju Kurung
  2. Berkot bagi jawatan Diploma dan Keatas
  3. Kasut hitam BERTALI.
  4. Ntah, rasanya yang tu je kot. Pompuan dia simple ckit...
PEYUSUNAN SIJIL / DIPLOMA DAN IJAZAH
  1. Mulakan dengan Kad Pengenalan dan Surat Beranak
  2. Sijil UPSR dan Sijil Berhenti Sekolah Rendah
  3. Sijil PMR
  4. Sijil SPM dan SIJIL berhenti Sekolah Menengah
  5. Sijil / Diploma/ Ijazah
  6. Sijil Ko Kurikulum
  7. Surat Sokongan
  8. Salinan pown sama ikut urutan nih 
  9. Sumber ini dari pihak SPA sendiri....... So terpulang la nak ikut ke x.
TIPS2 LAIN.
  1. Perlu hafal dan ingat skop kerja yang nak dipohon
  2. Jangan Terlalu gabra masa menjawab soalan penemuduga
  3. Elakkan tangan daripada merewang masa menerangkan sesuatu.
  4. Duduk dengan tertib, Ala2 mcm pengantin tu. hahaha
So itu ja la kot yang perlu ditimbangkan, selain dari surat2 sokongan yang kuat. Insyaallah.
Harap Tips ni berguna untuk semua...

P/s : Datang awal .. biar kita tunggu orang, jangan orang tunggu kita

RAGUT : Nenek Tua Jadi Mangsa. Di Tumbuk Lagi.



Seorang nenek berusia 80 tahun bukan saja kerugian ratusan ringgit, malah cedera di muka dan lebam matanya apabila ditumbuk seorang lelaki dalam kejadian ragut di Kampung Pasir Pinji, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 5 petang, mangsa dikenali sebagai Madam Wong mendapatkan rawatan di sebuah klinik berhampiran rumahnya selepas cedera di muka dan lebam di mata akibat ditumbuk peragut.

Difahamkan, mangsa sedang menyiram bunga di hadapan rumahnya sebelum didatangi seorang lelaki bermotosikal yang bertanyakan arah jalan untuk ke pekan terdekat.

Sumber polis berkata, suspek kemudian meragut rantai dan cincin emas dipakai mangsa.

“Suspek turut menumbuk di muka mangsa beberapa kali sebelum beredar dengan sebuah motosikal,” kata sumber itu, semalam.

Sebelum ini, beliau berkata, pihaknya menerima banyak laporan mengenai kejadian sama dengan suspek menyasarkan warga emas wanita terutama sekitar jam 5 petang hingga 7 malam.

Menurut sumber itu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Pinji dan kes disiasat mengikut Seksyen 382 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mengetahui maklumat lanjut berhubung kejadian diminta menghubungi balai polis berhampiran,” kata sumber itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.

Menurutnya, pihaknya menasihatkan orang ramai khususnya warga emas supaya berhati-hati terutama ketika bersendirian di rumah.

P/s : Byk warga emas dapat bantuan kebajikan, so peragut dok aim  je la..

Kabir Bhatia : Tak tahu bagaimana adegan HOT Amukan Azazil. boleh tersebar



“Saya tidak tahu bagaimana adegan itu dimuat naik dalam laman YouTube, tetapi ia mungkin boleh menjadi strategi pemasaran untuk filem ini,” kata pengarah, Kabir Bhatia mengenai satu adegan panas dalam filem barunya, Sembunyi: Amukan Azazil.

Menurutnya, adegan panas membabitkan pelakon Remy Ishak bersama Diana Danielle sebagai pelakon utama melakonkan aksi ranjang di atas katil sudah dipotong Lembaga Penapisan Filem (LPF), tetapi ia dimuat naik dalam laman YouTube sejak 30 Mac lalu.

“Tiada perbincangan antara saya dengan produksi Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) sebelum ini mengenai ‘trailer’ adegan itu. Saya fikir ia keputusan produksi terbabit,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kabir berkata, dia merakam adegan panas itu pada peringkat awal selepas melihat terdapat filem tempatan lain yang menyelit adegan seperti itu diluluskan untuk tayangan.

“Apa yang ingin saya gambarkan dalam filem ini pada penonton bukan semata-mata merujuk elemen seksual. Sebaliknya, menyampaikan cerita dalam konsep artistik,” katanya.

Dalam ‘trailer’ filem ini mengambil durasi selama seminit turut dinyatakan ia adegan dipotong. Namun, apa yang menjadi persoalan adegan panas itu tetap dimuat naik dan dipertontonkan pada khalayak.

Sebagai produser dan pengarah, Kabir tidak menjangka sama ada filem baru ini yang ditayangkan sejak 28 Mac itu mendapat sambutan baik penonton atau sebaliknya.

Filem genre seram ini turut dijayakan Umie Aida, Sharnaaz Ahmad dan Emelda Rosmila sebelum ini ditangguhkan tayangan sepatutnya pada Oktober tahun lalu atas faktor strategi perniagaan.

P/s : Dah macam Hollywood dah filem kita skang..

BREAKING NEWS!!! Ugut jual isteri langsai hutang



Berang apabila isteri enggan memberi kerjasama untuk dia berurusan dengan ceti haram atau along, seorang lelaki mengugut menjual isterinya supaya dirogol sebagai cara melangsaikan hutang.

Dalam kejadian di rumah pasangan berkenaan di Selayang, dekat sini, pada jam 8.30 pagi Jumaat lalu, lelaki terbabit yang berusia 32 tahun meminta isterinya menyerahkan nombor akaun bank dan kad mesin juruwang automatik (ATM).

Sumber polis berkata, lelaki itu yang berhutang RM10,000 daripada along meminta isterinya yang juga berusia 32 tahun berbuat demikian kerana kad ATM miliknya sudah dirampas along yang turut mengambil wang gajinya.

“Buntu memikirkan masalah kewangan dihadapi, dia merayu isterinya supaya menyerahkan kad ATM dan nombor akaun bank supaya wang gajinya selepas ini dimasukkan ke akaun isterinya.

“Bagaimanapun, isterinya enggan menyebabkan suspek naik angin dan memarahi serta menghamburkan kata-kata kesat,” katanya.

Sumber itu berkata, tidak cukup dengan maki hamun mangsa mengugut mencederakan mangsa jika enggan memberikan kad terbabit.

“Gagal mengawal kemarahannya, suspek bertindak mengugut ‘menjual’ mangsa kepada along bagi melunaskan hutangnya,” katanya.

Dia yang bimbang kejadian tidak diingini berlaku membuat laporan di Balai Polis Selayang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Penolong Setiausaha Agung FAM : TMJ memang ada!



Kuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menegaskan tindakan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang berada di bangku simpanan pada perlawanan Johor Darul Takzim (DT) menentang Terengganu Sabtu lalu adalah melanggar peraturan memandangkan beliau masih menjalani penggantungan enam bulan daripada terbabit daripada sebarang aktiviti bola sepak.

Bagaimanapun Penolong Setiausaha Agung FAM yang juga bertindak sebagai Komisioner Perlawanan itu Datuk Ahmad Fuad Daud berkata, pihaknya sudah menyerahkan perkara itu kepada pegawai undang-undang bagi menyiasat status Tunku Ismail ketika berada di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin ketika perlawanan itu.

“Saya mengesahkan Tunku Ismail memang berada di bangku simpanan pada perlawanan itu,” katanya.

“Berdasarkan peraturan, Tunku Ismail yang menjalani hukuman penggantungan sepatutnya tidak boleh terbabit dengan sebarang aktiviti bola sepak persatuan ini dan tindakan susulan akan diambil.

“Namun pihak kami perlu memastikan (status) kehadiran Tunku Ismail atas kapasiti Presiden PBNJ atau sebagai Tengku Mahkota Johor. Jika atas kapasiti sebagai Tengku Mahkota Johor, FAM akan menyerahkan perkara ini kepada pegawai undang-undang bagi menilai situasi sebenar.” Dalam laporan Arena Metro semalam, Tunku Ismail yang sebelum ini dihukum Jawatankuasa Tatatertib kerana melanggar Artikel 88 Statut FAM bulan lalu atas kesalahan mengkritik mutu pengadilan Liga Malaysia (Liga-M) dilihat berada di bangku simpanan Johor DT ketika pasukan tuan rumah menewaskan Terengganu 3-2.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad yang diminta mengulas mengenai insiden itu kelmarin menyatakan perlu menunggu laporan penuh Komisioner Perlawanan sebelum membuat sebarang tindakan.

LAHAD DATU : Kedai Runcit Lebur Dihujani Peluru



Penat lelah seorang penduduk Kampung Tanjung Labian, di sini, mengumpul modal sebanyak RM50,000 yang dilaburkan dengan membuka kedai runcit akhirnya lebur begitu sahaja apabila mendapati kedainya hampir roboh manakala semua barangan dijual tidak boleh digunakan akibat dipenuhi kesan peluru.

Peniaga terbabit, Mahadi Aidil, 34, jelas tidak dapat menyembunyikan perasaan sedihnya sebaik menjejakkan semula kaki ke kampung halaman buat pertama kali selepas lebih sebulan lalu berlindung di pusat penempatan sementara ketika pengganas mula memerangi pasukan keselamatan di Kampung Tanduo.

“Saya membuka kedai runcit ini kira-kira dua tahun lalu selepas mengumpul wang hasil 10 tahun bekerja sebagai kerani di Kota Kinabalu.

“Selepas mengumpul modal mencukupi, saya berhenti kerja dan menjadi peniaga sepenuh masa di kampung,” katanya ketika ditemui, semalam.

Katanya, hatinya hancur sebaik melihat keadaan kedainya yang rosak teruk termasuk struktur kedai hampir tumbang menyembah bumi dipercayai akibat pertempuran sengit antara pengganas dengan pasukan keselamatan.

LAHAD DATU : Penduduk Mahu Jadi Ejen Rahsia.



Kerjasama kukuh ditunjukkan penduduk di gugusan Labian termasuk mereka yang berbangsa Suluk membolehkan pihak keselamatan melumpuhkan pergerakan pengganas Sulu dalam masa singkat selain tertumpasnya beberapa orang kanan termasuk beberapa individu dipercayai tali barut yang dicekup untuk siasatan.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, kebanyakan penduduk tempatan tidak ‘merestui’ pencerobohan itu dan sanggup menjadi ‘mata-mata’ pihak keselamatan memantau pergerakan pengganas.

“Penduduk bukan sahaja patuh arahan pasukan keselamatan supaya berpindah, malah sanggup menjadi ‘mata dan telinga’ supaya kejadian ini berakhir segera.

“Sikap penduduk yang antikeganasan ini terbukti apabila hasil maklumat mereka membawa kepada penangkapan beberapa individu berpengaruh, sekali gus melumpuhkan pergerakan pengganas sejak pencerobohan mereka lebih sebulan lalu di Kampung Tanduo,” katanya, di sini, semalam.

Hamza berkata, berdasarkan rekod tangkapan pengganas berprofil tinggi yang dilakukan polis hasil maklumat penduduk ialah penahanan Datu Amir Bahar Hushin Kiram di kawasan paya di Semporna pada 23 Febuari lalu.

Rumah Erra Fazira Diceroboh



Pelakon dan penyanyi terkenal, Erra Fazira berada dalam keadaan trauma selepas dua lelaki yang tidak dikenali masuk ke halaman rumahnya di Damansara, dekat sini, dipercayai untuk mencuri kereta.

“Saya dan anak (Engku Aleesya) bersama pembantu rumah tiada di rumah kerana menghantar anak ke sekolah yang baru dibuka semalam selepas cuti seminggu. Kami keluar dari rumah pada jam 1 tengah hari, bagaimanapun 45 minit kemudian, saya dihubungi jiran memberitahu rumah saya dipecah masuk.

“Saya terkejut dan lantas berpatah balik ke rumah. Namun ketika itu pencuri terbabit sudah melarikan diri, tetapi menurut jiran saya, kebetulan ketika itu ada sebuah kereta peronda yang melalui kawasan berkenaan. Peronda mengejar pencuri yang juga memandu kereta sehingga melanggar beberapa kereta yang diletakkan di hadapan rumah di kejiranan itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurut pengacara program Primadona ini, perasaan traumanya masih terasa dan membuatnya terfikir untuk berpindah ke rumah lain.

“Saya pun tidak tahu bagaimana mereka (pencuri) boleh masuk dalam kawasan rumah saya, tetapi menurut jiran, pintu pagar automatik rumah saya itu sudah terbuka. Difahamkan mereka umpilkan pintu pagar itu.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Muara Tuang Di Baham Buaya



Asajaya: “Kami seolah-olah dilibas sesuatu dan pada masa sama kelibat Hiswandi hilang,” kata Mohd Iwan Majid, 14, rakan kepada Mohamad Hiswadi Dollia yang dikhuatiri dibaham buaya ketika memancing di Sungai Samarahan, dekat sini, kelmarin.

Mohamad Hiswandi, 15, yang juga pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Muara Tuang dilaporkan hilang selepas tidak muncul di permukaan air ketika membersihkan tubuh sebaik selesai memancing bersama seorang lagi rakan, Mohd Yusuf Nuri, 15, jam 12.30 tengah hari.

Menceritakan kejadian itu, Mohd Iwan berkata, seperti biasa mereka ke sungai terletak satu kilometer dari rumahnya itu untuk memancing pada jam 11 pagi sebelum membuat keputusan pulang sebelum azan Zuhur.

“Saya dan Hiswandi turun ke sungai membersihkan diri, manakala Mohd Yusuf menunggu di tebing dan ketika berenang, Hiswandi berada di sebelah saya sebelum tiba-tiba kaki kanan saya tersentuh objek bersisik.

“Tidak lama kemudian, Hiswandi yang menyelam terus hilang dan pada masa sama saya melihat seekor buaya melibas ekor lalu terkena kaki saya.

Komander Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Bukit Kayu Hitam Meninggal Dunia



Jitra: “Arwah hanya beritahu anak saya, Yana Baharim, 29, dia rasa begitu letih dan penat sebaik pulang dari tempat kerja kira-kira jam 2 petang semalam (kelmarin) sebelum masuk ke dalam bilik untuk menukar pakaiannya.”

Begitu kata Wan Rabiah Wan Ismail, 50, isteri kepada Komander Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Bukit Kayu Hitam Asisten Superintendan Baharim Kamis, 53, yang dipercayai meninggal dunia ketika tidur di rumahnya di Kuarters UPP, di sini, kira-kira jam 3 petang kelmarin.

Wan Rabiah berkata, sebelum itu, dia mula berasa tidak sedap hati apabila tidak dapat membuka pintu bilik kerana berkunci dari dalam sedangkan dia pernah berpesan kepada suaminya agar tidak berbuat demikian.

Menurutnya, berikutan itu, dia meminta Yana memanjat melalui tingkap bagi melihat keadaan bapanya kerana langsung tidak menyahut walaupun sudah dipanggil berulang-kali.

“Biasanya kalau dia (Baharim) tidur sekali pun, dia akan terjaga selepas dipanggil beberapa kali tetapi tadi (kelmarin) kami langsung tidak dengar dia berdengkur atau seperti sedang tidur.

Jaringan Gol Yang Paling Laju Dalam Sejarah Bolasepak

Rekod dunia jaringan gol pada kelajuan 189 km sejam, Kalau kita goalkeeper apa akan jadi kalau bola tu kena muka or perut or tuttttt..



PELIK : Sati Bakar Hidup Hidup



Tradisi sati atau bakar diri hidup-hidup,dianggap sebagai lambang kesolehan,sekaligus menunjukkan kepemilikan laki-laki atas perempuan,biasanya dilakukan oleh perempuan yang berkasta tinggi dan dipercaya hanya perempuan pilihan yang dapat melakukannya.tradisi sati dipandang sebagai alternatif yang lebih baik ketika seorang isteri ditinggal mati oleh suami,daripada mereka mengalami penyiksaan dari saudara-saudara ipar,yang akan menyalahkan perempuan sebagai penyebab mati suami.

Sati menjadi tradisi tidak hanya berlaku bagi isteri, tetapi juga bagi isteri simpanan,saudara ipar dan bahkan ibu,untuk mengorbankan dirinya diapi pembakaran jenazah laki-laki yang memiliki mereka.pelaku sati diagungkan sebagai pahlawan,sesuai dengan ajaran hindu.

PELIK : Sokushinbutsu



Sokushinbutsu adalah rahib Buddha atau imam yang didakwa menyebabkan kematian dengan cara menjadikan mereka jadi mumia. Kejadian ini dilaporkan terjadi hampir secara eksklusif di utara Jepun sekitar Prefektur Yamagata.terdapat Antara 16 samapai 24 mumia yang telah ditemukan.

Tiga tahun para imam hanya makan diet khusus yang terdiri dari kacang-kacangan dan biji-bijian, Mereka kemudian hanya makan kulit dan akar dalam waktu tiga tahun dan mulai minum teh racun yang dibuat dari getah pohon yang Urushi,yang biasanya digunakan untuk laka mangkuk. Ini menyebabkan muntah dan cepat hilangnya cairan tubuh, dan yang terpenting, mematikan anggota tubuh yang dapat menyebabkan kerusakan pada tubuh yang blh menimbulkan kematian.

Akhirnya,pada mumia biarawan akan mengunci dirinya dalam kubur batu yang ukurannya hampir tidak lebih besar dari tubuhnya, di mana dia tidak akan bergerak dari posisi nya.penghubung ke dunia luar adalah tabung udara. Setiap hari ia mengingatkan pada agar orang-orang di luar bahwa ia masih hidup.

HOLLYSIA : Adegan Mesra Dalam Filem Sembunyi Amukan Azazil Timbulkan Kontroversi



Filem Sembunyi Amukan Azazil sedang hangat ditayangkan di pawagam sekarang ini. Ini adalah filem pertama arahan Khabir Bhatia. Dengar ceritanya, filem ini memang menarik dan penuh dengan kejutan.

Namun hari ini, telah timbul satu kontroversi apabila pihak Grand Brilliance sendiri memuatnaik salah satu adegan “deleted scenes” filem ini di laman YouTube. Adegan ini merupakan adegan malam pertama di antara Remy Ishak dan Diana Danielle. Kalau dah namanya malam pertama, mestilah adegannya pun agak hebat kan?

P/s : Video tu grand brilliance dah remove.. 

GAMBAR : Amarra Sofea Rose, Puteri Sulung Eira Syazira & Azad Jasmin

Akhirnya yang ditunggu-tunggu telah tiba. Pasangan suami isteri Azad Jasmin dan Eira Syazira akhirnya telah berkongsi gambar puteri sulung kesayangan mereka.







PELIK : Geisha



Geisha berasal dari kata "Gei" yang berarti seni atau pertunjukan dalam bahasa Jepun dan "Sha" bererti orang, jadi Geisha (person of the arts) merupakan seorang seniman tradisional penghibur di Jepun. Di Kyoto sendiri, kata “Geiko” digunakan untuk gambaran para seniman seperti itu. Kehadiran geisha di abad 18 dan 19 merupakan hal yang umum dan hingga kini merekapun masih tetap ada walaupun jumlah mereka sdh semakin berkurang.

Geisha dilatih secara tradisional sejak masa kecil mereka. Rumah geisha sering membeli gadis-gadis kecil dari keluarga yang miskin dan mengambil tanggung jawab untuk membesarkan dan melatih mereka. Selama masa kanak-kanak, geisha yang dilatih pertama-tama bekerja sebagai pembantu, kemudian sebagai asisten senior rumah geisha, selain sebagai latihan ini juga dipakai untuk membantu kontribusi biaya pemeliharaan dan pendidikan mereka. Sistem tradisi latihan yang panjang ini masih tetap ada di Jepun, dimana seorang mahasiswa yang tinggal di rumah guru seninya, mulai melakukan pekerjaan rumah yang umum dan mengamati serta membantu gurunya hingga akhirnya berpindah untuk menjadi tuan bagi dirinya sendiri. Latihan ini memakan waktu beberapa tahun.

PELIK : Tibetan Sky Burial




Tibet ialah sebuah kawasan penara di Asia Tengah dan petempatan asli bagi orang Tibet. Dengan ketinggian purata sebanyak 4,900 meter (16,000 kaki), Tibet merupakan rantau yang tertinggi di Bumi dan sering bergelar “Bumbung Dunia.”

Bagi masyarakat tibet yang beragama buddha ini, tanah tempat tinggal mereka terletak di atas gunung di mana tiada tanah lembut. Hampir kesemuanya diliputi batu atau salji/air batu.Oleh kerana tiada tanah perkuburan disebabkan keadaan geografi , mereka memberi mayat untuk dimakan oleh burung.

Disamping itu , dengan cara begitu dipercayai roh si mati akan kekal di gunung bersama burung berkenaan.Tindakan lelaki di dalam gambar di bawah memotong serta menghancurkan mayat adalah untuk memudahkan burung tersebut mempercepatkan proses ini.Mereka juga tidak mahu burung tersebut membawa anggota badan yang masih separa sempurna(seperti kepala, tangan dll) ke tempat lain

PELIK : Tradisi kasi kema luan sendiri



Tradisi kebiri ini disebut juga Eunuchs atau disebut juga kasim,seorang laki-laki yang kehilangan kesuburannya karena kemaluannya telah dibuang dengan sengaja atau karena sebab-sebab lain.Catatan-catatan paling awal tentang pengebirian dengan sengaja untuk menghasilkan orang kasim berasal dari kota Lagash di Sumeria pada abad ke-21 SM. Sejak itu, selama beribu-ribu tahun orang kasim bekerja di berbagai kebudayaan seperti pelayan istana atau pelayan rumah tangga, penyanyi laki-laki dengan suara tinggi, petugas-petugas keagamaan khusus, pejabat pemerintah, komandan militer, dan pengawal kaum perempuan ataupun pelayan.

Orang kasim pertama disebutkan di Kekaisaran Asyur (l.k. 850 hingga 622 SM). Mereka pun biasa tampil di istana kaisar-kaisar Akhemenid dari Persia atau firaun dari Mesir (hingga dinasti Lagid yang dikenal sebagai Ptolemeus, yang berakhir dengan Cleopatra).Di Tiongkok kuno, pengebirian adalah salah satu bentuk hukuman tradisional (hingga Dinasti Sui) dan sarana untuk mendapatkan pekerjaan di kalangan istana Kaisar. Pada akhir Dinasti Ming ada 70.000 orang kasim di Istana kaisar. Jabatan seperti itu demikian berharga—orang-orang kasim tertentu berhasil mendapatkan kekuasaan yang demikian besar sehingga melampaui kekuasaan perdana menteris—sehingga pengebirian diri sendiri harus dilarang.

Jumlah orang kasim yang menjadi pegawai Istana Kaisar akhirnya menurun hingga 470 orang pada 1912, ketika mereka tidak lagi dipekerjakan. Orang-orang kasim diberikan jabatan-jabatan pegawai negeri yang demikian tinggi dengan alasan bahwa karena mereka tidak dapat mempunyai anak, mereka tidak akan tergoda untuk merebut kekuasaan dan memulai sebuah dinasti. Pada saat yang sama, sebuah sistem serupa juga ada di Vietnam.

PELIK : Tradisi mengikat kaki di China



Tradisi mengikat kaki atau Foot Binding adalah tradisi menghentikan pertumbuhan kaki perempuan zaman dahulu yang terjadi di China. Tradisi ini telah menghadirkan penderitaan besar bagi para perempuan China pada masa itu. Pengikatan kaki biasanya dimulai sejak anak berumur antara empat sampai tujuh tahun. Masyarakat miskin biasanya terlambat memulai pengikatan kaki karena mereka memerlukan bantuan anak perempuan mereka dalam mengurus sawah dan perkebunan.

Pengikatan kaki dimulai pada masa akhir dinasti Tang (618-907) dan mulai menyebar pada golongan kelas atas sampai pada zaman dinasti Song (960-1297), pada zaman dinasti Ming (1368-1644) dan dinasti Qing (1644-1911), budaya mengikat kaki menyebar luas dalam mayoritas masyarakat China sampai akhirnya dilarang pada Revolusi Sun Yat Sen tahun 1911. Kelompok yang menghindari adat ini hanyalah bangsa Manchu dan kelompok migran Hakka yang merupakan kelompok paling miskin dalam kasta sosial China. Kebiasaan mengikat kaki ini berlangsung selama sekitar seribu tahun dan telah menyebabkan sekitar satu milyar wanita China mengalami pengikatan kaki.

Pengikatan kaki dilakukan dengan cara membalut kaki dengan ketat menggunakan kain sepanjang sepuluh kaki dengan lebar dua inci, melipat empat jari kaki ke bagian bawah kaki dan menarik ibu jari kaki medekati tumit. Hal ini membuat kaki menjadi lebih pendek. Pembalut kaki semakin diketatkan dari hari ke hari dan kaki dipaksa memakai sepatu yang semakin kecil. Kaki harus dicuci dan dipotong kukunya kerana kalau tidak akan membuat kuku-kuku kaki di kaki yang diikat menusuk ke dalam dan menimbulkan jangkitan,

Jika balutan terlalu ketat maka dapat timbul kuku-kuku di kaki yang harus dipotong dengan pisau. Kemudian kaki juga harus dipijat dan dikompres dingin dan panas untuk sedikit mengurangi rasa sakit. Pengikatan kaki membuat siklus darah tidak lancar sehingga dapat membuat daging kaki menjadi busuk dan kaki dapat mengeluarkan nanah. Semakin kecil kaki seorang gadis maka akan semakin cantik ia dipandang. Panjang kaki seorang gadis hanya berkisar 10-15 sentimeter saja.

LAHAD DATU : The Best Among The Best.





Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein memuji kejayaan pasukan keselamatan yang bermati-matian mengawal keamanan di Felda Sahabat dan Semporna, Sabah daripada serangan pengganas dan menyifatkan mereka sebagai antara pasukan terbaik dunia.

Katanya, jelas kerjasama erat antara pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dapat mengembalikan keamanan seperti sedia kala selain kejayaan tiga pasukan itu mengawal ketegangan ketika pencerobohan.

“Pertahanan negara yang terbaik dunia dan kerjasama ditunjukkan mereka diakui dari dalam dan luar negara.,” katanya.

Beliau berkata, tanpa kerjasama dan tolak ansur, sukar bagi kerajaan mencapai matlamat keamanan selain dirinya menghargai pengorbanan 10 anggota keselamatan yang terkorban.


“Ramai pihak memperlekehkan kemampuan pasukan keselamatan dan hari ini mereka berjaya mengembalikan keamanan,” katanya.

Menurutnya, tuduhan melulu terhadap pasukan keselamatan disifatkan sebagai agenda kotor pihak tertentu yang menggadaikan negara dan membebankan rakyat.

“Saya bangga dengan pasukan keselamatan. Pengorbanan 10 anggota juga bukan sia-sia kerana mereka berjuang untuk keamanan dan kedaulatan negara,” katanya.

Hishamuddin berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi akan melawat Felda Sahabat dan kehadirannya bukan saja berkongsi kesedihan bersama penduduk tetapi menghargai pasukan keselamatan yang berkhidmat. Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Pusat Operasi JPAM, di Dewan Desa Kencana, di sini, semalam sambil memuji persediaan awal pasukan itu menyalurkan bantuan kepada mangsa perpindahan.

“Diharapkan usaha murni JPAM memperbetulkan tanggapan media Filipina yang menuduh pasukan ini tidak menyediakan bantuan secukupnya kepada warga Suluk,” katanya.

NAK CEPAT KAYA : RM25,000 lesap ditipu skim forex





Teruja dengan pulangan lumayan dalam waktu singkat melalui skim pelaburan mata wang asing (forex), seorang eksekutif, di sini, kerugian RM25,000 apabila tidak mendapat pulangan dijanjikan sebanyak 10 peratus setiap bulan daripada jumlah dilaburkan.

Eksekutif berusia 43 tahun itu dipelawa seorang lelaki tempatan yang juga ejen sebuah syarikat pelaburan kononnya bertapak di luar negara, tetapi membuka francais di Malaysia untuk membuat pelaburan pada akhir tahun lalu.

Menurut sumber,kesungguhan ejen terbabit memberi penjelasan mengenai syarikat pelaburan itu yang berurusan secara atas talian menyebabkan eksekutif berkenaan menaruh kepercayaan dan membuat pelaburan RM25,000 pada November tahun lalu.

“Setiap peserta yang membuat pelaburan diberi akaun yang boleh diakses dalam Internet untuk menyemak hasil pelaburan mereka,” katanya.

Eksekutif itu menerima pulangan pada Disember dan Januari lalu. Namun, semakan pada Februari tidak menunjukkan aktiviti sebelum akaun peserta tidak boleh diakses langsung.

Sumber berkata, eksekutif itu menghubungi peserta lain dan mereka mengadu perkara sama sebelum dia menghubungi ejen terbabit.

Katanya, kerana tidak puas hati serta rasa tertipu, eksekutif itu dan beberapa peserta ingin menarik diri dan meminta ejen terbabit memulangkan wang mereka.

“Namun, ejen terbabit tidak dapat dihubungi dan dipercayai sudah melarikan diri bersama wang pelaburan peserta.

“Eksekutif itu membuat laporan di Balai Polis Petaling Jaya, baru-baru ini untuk tindakan lanjut,” katanya.

P/s : Mana ada jalan pintas untuk kaya, kalau ada sure haram punya...

PECAH PERUT : Kanak2 Lawan Taekwondo.

Hahaha... Dah tgk mesti gelak terguling kan. hahaha.





P/s  Lau rasa lucu komen la..

HOT!!! Vokal Bukan Sekadar Rupa. Atuk Tua Nyanyi. Terangkat..

Seorang Atok feeling habes nyanyi... Layanz


Klik Video Bawah Nih.

GEMPUR!!! Kelantan tak mahu kalah



Kelantan berharap untuk mempertahankan rekod tanpa kalah apabila bertemu pasukan Vietnam, SHB Da Nang FC dalam perlawanan Kumpulan G Piala Persekutuan Bola Sepak Asia (Piala AFC) di Stadium Sultan Muhammad IV di sini esok.

Ketua jurulatih Kelantan Bojan Hodak berkata, pasukan bimbingannya berazam meraih tiga mata daripada perlawanan itu walaupun ia mungkin tugas sukar kerana pasukan pelawat merupakan pasukan terbaik dalam liga di negara mereka.
"Saya percaya perlawanan pasti sengit kerana mereka merupakan pasukan terbaik di Vietnam. Penyerang utama mereka merupakan penjaring terbanyak dalam Liga Vietnam. Mereka juga dibarisi banyak pemain handal yang bermain dalam pasukan kebangsaan mereka.

"Mereka merupakan pasukan amat berpengalaman dan pemain telah bermain bersama-sama sejak beberapa tahun lamanya. Mereka tidak banyak berubah dalam beberapa tahun lepas," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Kelantan, juara treble Liga-M musim lepas, telah beraksi dalam dua perlawanan dalam kejohanan Piala AFC, menang satu dan seri dalam satu lagi perlawanan manakala SHB Da Nang menang dalam dua perlawanan.

Culik Kawan Sendiri Demi Wang.



Dua pelajar warga Nigeria dan seorang pembantu rumah Filipina dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menculik seorang jurutera warga Jepun bulan lalu.

Okwara Victor Emeka, 40, dan Kalu Okoro Okeke, 31, serta Divina Gutierrez Matias, 34, hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Inggeris oleh jurubahasa di depan Majistret Erry Shahriman Nor Aripin.

Tiada pengakuan direkodkan dan mahkamah menetapkan 31 Mei untuk sebutan.

Mereka didakwa menculik Shunsuke Kobayakawa, 50, yang juga kawan kepada Divina dan menahan serta mengurungnya di sebuah bilik di Venice Hill Condo, Batu 9 Cheras, Kajang untuk wang tebusan.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Lebuh Pudu berhampiran Submarine Guest House, Dang Wangi di sini pada 11.30 malam 13 Mac lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S Malini Anne manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Leonard Anselm Gomes

FAM : Tiada Konspirasi Untuk Singkirkan Raja



Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menolak andaian wujudnya konspirasi dalaman untuk menyingkirkan ketua jurulatih skuad kebangaan Datuk K. Rajagobal seperti yang dilaporkan media baru-baru ini.

FAM hari ini menyifatkan kenyataan Setiausaha Agungnya, Datuk Azzuddin Ahmad berhubung pengendali skuad Harimau Malaya itu sebelum ini telah disalah tafsir beberapa media tempatan.

Kenyataan itu menyebut bahawa Azzuddin diajukan soalan oleh tiga wartawan akhbar berbahasa Inggeris dalam satu wawancara minggu lepas, sama ada wujudnya konspirasi dalaman FAM untuk menggugurkan Rajagobal.

"Jawapan spontan Setiausaha Agung adalah di dalam semua isu, segala kemungkinan tidak boleh diketepikan. Dukacitanya jawapan ini dipetik sebagai kenyataan utama yang disiarkan di dalam akhbar.

"Justeru itu, FAM ingin memperjelaskan bahawa kenyataan Setiausaha Agung itu disalah ertikan. Dengan ini FAM ingin menyatakan bahawa tidak ada sebarang konspirasi dalaman sebagaimana yang dilaporkan," menurut kenyataan FAM itu.

Sebelum ini, Azzuddin dipetik sebagai berkata bahawa wujudnya konspirasi dalaman di FAM untuk menggugurkan Rajagobal.

Rajagobal bakal berdepan tindakan tegas daripada Jawatankuasa Tatatertib FAM selepas dikatakan melanggar Artikel 88 iaitu membuat kenyataan media tanpa mendapat kebenaran FAM.

Jurulatih berusia 56 tahun itu dikatakan mengeluarkan kenyataan bahawa kekalahan 1-4 skuad kebangsaan kepada Arab Saudi pada 17 Mac lepas di Stadium Shah Alam, disebabkan lambakan penyerang import dalam kancah Liga Malaysia.

Beliau didakwa menyentuh dasar FAM dengan menyatakan penyerang import lebih mendapat tempat dalam pasukan utama Liga Super yang mengakibatkan skuad kebangsaan ketandusan penyerang semula jadi.

NEKAD : Sanggup Patah Kaki Dari Jadi Tukang Urut.



Seorang wanita warga Indonesia patah kedua-dua belah kakinya apabila terjatuh dari tingkat dua sebuah bangunan dalam usaha melarikan diri selepas mendapat tahu dia menjadi mangsa sindiket pelacuran didalangi ejen mencari pekerjaan di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi di Jalan Sri Dagang itu, mangsa nekad melarikan diri menggunakan kain selimut yang diikat pada tingkap di tingkat dua bangunan tiga tingkat itu sebelum sambungan ikatan itu terputus menyebabkannya terjatuh.

Dia yang mengerang kesakitan kemudian dibantu orang awam dan dikejarkan ke Hospital Miri.

Menurut mangsa dikenali sebagai Nadia, 23, dari Pulau Jawa, Indonesia, dia tiba di Miri seminggu lalu dengan dijanjikan pekerjaan sebagai penyanyi di sebuah pusat hiburan melalui satu agensi mencari pekerja di sini.

Bagaimanapun, katanya, semua itu hanya janji kosong apabila dia diarah majikannya bekerja sebagai tukang urut selain dipercayai cuba dijadikan pelacur menyebabkannya nekad melarikan diri.

Dua petani termasuk seorang berstatus orang kelainan upaya (OKU) rentung



Dua petani termasuk seorang berstatus orang kelainan upaya (OKU) rentung, apabila kereta yang dinaiki dalam perjalanan membeli baja terbakar sejurus bertembung dengan sebuah lori di Jalan Sarikei-Saratok, dekat Sungai Paoh di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, Ramli Panjai, 42 dan Duie Bujang, 50, dari Pusak, maut apabila kereta Proton Saga BLM yang dipandu Duie dipercayai gagal memotong sebelum bertembung dengan sebuah lori dan terbakar.

Ketika kejadian dalam keadaan hujan itu, kedua-dua mangsa bersama seorang lagi rakan mereka, Jon Samat, 40, dikatakan dalam perjalanan ke bandar Sarikei.

Bagaimanapun, Jon dilaporkan terselamat dan kini dirawat di Hospital Sarikei.

Rakan mangsa, Ahmat Mustapa, 63, berkata, dia terkejut apabila mendapat tahu Ramli terbunuh dalam kemalangan itu hanya beberapa jam selepas mereka bertemu sebaik selesai bersarapan pagi di sebuah kedai makan sebelum tiga rakan itu bertolak ke Sarikei.

Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman : Saya Tak Bantu Pengganas



“Saya memang ada memberi bantuan kewangan kepada pewaris Sultan Sulu, tetapi bukan kepada Jamalul Kiram III,” kata Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiyah Malaysia (Al-Ehsan), Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman.

Ketika mengulas kenyataan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib bahawa polis sedang mencarinya, Muhammad Ridzwan berkata, bantuan yang disalurkan itu terus kepada seorang daripada pewaris Sultan Sulu iaitu Muedzul Lail Tan Kiram atas dasar sesama Islam dan langsung tidak ada kena-mengena dengan pencerobohan oleh pengganas di Sabah.

Malah, katanya, bantuan itu diberikan dari semasa ke semasa sejak dulu.

“Saya hanya mengetahui dikehendaki polis selepas dihubungi rakan. Ketika itu saya dalam perjalanan pulang daripada menghadiri majlis di Kedah. “Saya akan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi esok (hari ini) bagi memberikan kerjasama penuh terhadap pihak polis.

“Ingin saya tegaskan, saya menolak keras kejadian pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, apatah lagi memberikan apa saja bantuan kepada pengganas terbabit,” katanya ketika dihubungi.

LAHAD DATU : Ekoran Muka Dah Kena Iklan, Dalang Serah Diri.





Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman hari ini menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang bagi membantu siasatan berhubung pencerobohan bersenjata di Sabah.

Beliau, yang memakai baju Melayu merah dan berserban, hadir bersama lebih 10 orang kenalannya di balai polis itu pada 11.05 pagi tadi.

Bercakap kepada pemberita sebelum menyerah diri kepada pihak polis, Muhammad Ridzwan mengaku memberi bantuan kewangan kepada Sultan Sulu, Jolo, selatan Filipina iaitu Sultan Muedzul Lail Tan Kiram yang pernah ditemuinya pada 15 dan 16 September tahun lalu.

Beliau bagaimanapun menafikan bahawa Jamalul Kiram, yang dipercayai menjadi dalang pencerobohan di Sabah, adalah Sultan Sulu.

"Saya tidak kenal pun Jamalul Kiram," katanya.

Muhammad Ridzwan menyerah diri hari ini berikutan kenyataan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib semalam yang memintanya menyerah diri dengan segera di mana-mana balai polis berhampiran.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...