Jangkaan Zul Nordin, Adakah ianya Benar? Dan Jika Ianya Benar2 Terjadi, APA PANDANGAN ANDA?

Assalamualaikum wbth. Jom kita bagi pandangan kita masing2, adakah ini benar dan apa pandangan kita jika ianya benar2 terjadi.



PILU : Isteri Lihat Kematian Suami Depan Mata



Perjalanan seorang tukang masak pulang ke rumahnya berakhir tragedi apabila maut selepas motosikal ditungganginya terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di persimpangan Jalan Thamby Abdullah di sini, awal pagi semalam.

Lebih memilukan apabila ketika kejadian, mangsa Ooi Tian Hock, 52, turut diekori isterinya berusia 40-an yang menaiki sebuah kenderaan lain.

Dalam kejadian jam 12.01 tengah malam itu, pasangan berkenaan dikatakan baru pulang dari sebuah restoran di Bukit Cina dan dalam perjalanan menuju ke rumah mereka di Pangsapuri Iskandar Shah.

Sumber berkata, sejurus tiba di persimpangan itu, sebuah Perodua Myvi dipandu lelaki berusia 28 tahun yang mahu membelok ke kanan dipercayai bergesel dengan motosikal mangsa. “Berdasarkan siasatan awal, keadaan itu mengakibatkan mangsa yang berada di laluan bersebelahan hilang kawalan lalu tercampak dan terjatuh atas jalan.

“Mangsa yang parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta tidak mengalami kecederaan,” katanya di sini, semalam.

Menurut sumber itu, mayat mangsa dibawa ke Hospital Melaka (HM) untuk dibedah siasat dan dituntut ahli keluarga untuk pengebumian.

Ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, pasangan itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka terletak berdekatan lokasi kejadian.

“Saya difahamkan mangsa ketika itu menunggang motosikal bersendirian di depan manakala isterinya menaiki sebuah kereta di belakang,” katanya. Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri Superintendan Ahmad Adnan Basri ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan berkata siasatan lanjut masih dijalankan.

Ikan Lumba-Lumba Ditemui Mati Di Didalam Sungai - Kuala Kemaman.



Seorang pegawai perikanan yang melakukan lawatan kerja terkejut apabila menemui seekor ikan spesies lumba-lumba berwarna kelabu terdampar berhampiran Jeti Pusat Tahanan Vesel, Kuala Kemaman, dekat sini, pada jam 7.30 pagi semalam.

Penemuan ikan seberat 100 kilogram dan sepanjang 2.15 meter itu mengejutkan banyak pihak kerana ia dijumpai di kawasan air tawar.

Pegawai Perikanan Bahagian Perlindungan Sumber Jabatan Perikanan Malaysia Muhamad Abdul Rauf Abdullah berkata, beliau dan empat kakitangannya terkejut melihat ikan berwarna kelabu itu terapung di sungai berkenaan.

Menurut beliau, pihaknya masih menyiasat punca kematian mamalia berkenaan sebelum menanam bangkai ikan terbabit mengikut Seksyen 27 Akta Perikanan 1985.

“Melihatkan keadaan fizikal, ikan berkenaan dipercayai berasal daripada spesies ikan lumba-lumba dan ia sudah mati ketika ditemui serta tiada kesan luka dan calar pada badannya,” katanya.

Kren Terbalik : Seorang Maut.



“Saya dengar jeritan pemandu kren disusuli dentuman kuat dari belakang gerai tempat kami minum,” kata Rahman Apendi, 52, saksi kejadian kren tumbang menyebabkan seorang pekerja maut manakala seorang lagi parah di Jalan Gurney, di sini, semalam.

Kejadian pada jam 12 tengah hari di persimpangan lampu isyarat Persiaran Gurney itu berlaku selepas kren yang memuatkan dua pekerja untuk membaiki atap satu blok Flat Kinabalu tidak seimbang menyebabkan kren itu tumbang.

Rahman berkata, sebelum kejadian dia dan beberapa rakannya yang minum di sebuah gerai berhampiran flat berkenaan melihat kerja pembaikan dilakukan empat lelaki.

“Tiba-tiba saya dengar pemandu kren menjerit. Beberapa saat kemudian kami terdengar dentuman kuat menyebabkan saya dan pelanggan lain bertempiaran lari.

“Kemudian saya dengar jeritan minta tolong dari belakang gerai dan saya serta rakan berlari ke arah jeritan itu. Kami melihat dua pekerja yang berada dalam bakul kren cedera,” katanya yang ditemui di tempat kejadian, semalam.

Imam Tetak Anggota Polis




“Saya lihat sendiri bagaimana pengganas digelar imam itu menetak tangan seorang anggota polis berkali-kali walaupun badannya ditembak bertalu-talu anggota keselamatan.

“Bot yang kami naiki juga menjadi sasaran peluru kumpulan pengganas sehingga kami tidak boleh menghampiri tempat kejadian untuk membantu rakan lain,” kata anggota polis marin, Koperal Kuan Gin Ching, 35, menceritakan pengalamannya ketika menyertai Op Daulat di Semporna, Sabah.

Menurutnya, dia bersama beberapa anggota dari Unit Gempur Marin (UNGERIN) ditugaskan untuk mengawal pesisir pantai dengan menaiki bot di Kampung Simunul, Semporna beberapa hari selepas insiden serangan hendap yang mengorbankan enam anggota polis.

Katanya, ketika membuat rondaan dia tiba-tiba mendengar bunyi tembakan dan mendapati pasukan polis sedang berbalas tembakan dengan beberapa pengganas, namun ketika pasukannya cuba menghampiri perkampungan air itu mereka turut dihujani peluru.

“Saya dapat melihat imam itu bagaikan dirasuk dan menetak tangan anggota polis menggunakan barong walaupun ketika itu dia ditembak bertalu-talu.

Pengantin Malang



Kuala Lumpur: “Bukan hanya baju dan cincin, beras untuk kenduri kahwin pun dah jadi abu. Yang tinggal cuma tong gas,” keluh Permaisuri Abdullah, 58, selepas rumahnya musnah terbakar bersama 14 rumah lain di Kampung Puah Lembah, Sentul, di sini, semalam.

Permaisuri berkata, dia dan keluarga kini buntu kerana anak lelakinya bakal melangsungkan perkahwinan dengan majlis keraian di pihak pengantin perempuan dijadualkan berlangsung di Langkawi, Jumaat ini manakala kenduri di pihak keluarganya ditetapkan pada 27 April depan.

“Kami tak tahu apa nak buat kerana semua baju yang dibeli untuk kenduri sebelah pengantin perempuan dan tiket kapal terbang turut musnah.

“Kami sepatutnya berlepas ke Langkawi Khamis ini,” katanya yang menganggarkan kerugian RM50,000 akibat kebakaran yang berlaku jam 3 petang itu.

Permaisuri berkata, ketika kejadian dia dan suami, Ishak Adam, 64, menonton televisyen di ruang tamu sebelum dikejutkan dengan jeritan jiran memberitahu berlaku kebakaran.

DENDAM : Penganggur Maut Terkena 9 Das Tembakan.



SERDANG: Akibat dendam, seorang penganggur maut selepas terkena sembilan daripada 15 das tembakan yang dilepaskan padanya di perkarangan tempat letak kereta Flat Taman Seri Serdang di sini, kira-kira jam 9.30 malam tadi.

Mangsa, Bernard Ooi Poh Beng, 39, mati di tempat kejadian selepas enam daripada tembakan mengenai bahagian dada serta masing-masing satu di lengan kiri, ketiak kanan dan perutnya.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Abdul Razak Elias ketika ditemui di tempat kejadian berkata, berdasarkan jumlah kelongsong peluru serta cara tembakan dilepaskan, polis tidak menolak kemungkinan dendam sebagai motif kejadian.

"Mangsa dikatakan sedang dalam berjalan pulang ke rumahnya yang terletak di blok satu flat berkenaan kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.

"Menurut saksi yang ditemubual, sebuah kereta Proton Waja berwarna perak tiba-tiba berhenti berdekatan mangsa dan orang yang berada di dalam kenderaan itu melepaskan beberapa das tembakan sebelum mangsa rebah," katanya kepada wartawan.

Menurut Abdul Razak lagi, polis menemui dua jenis peluru yang berbeza dan yakin suspek lebih daripada dua orang menggunakan dua senjata api berlainan.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah.

Katanya, polis akan menyiasat latar belakang mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh.

VIDEO : Highlight Jaringan Gol Real Vs Galatasaray 3-0

Ok. Jom kita tgk jaringan2 gol perlawanan antara Real Dan Galatasaray



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...