Berani Cuba Potong Rambut Cara Ekstrem Macam Ini. Think Again.

Hello kawan2.. anda seorang yang berani. Nah. jom try potong rambut cara tradisional masyarakat di negara China, hehe, seram jugak tgk.. hehehe..






AJARAN SESAT : Puja TUHAN HARUN



Ritual mereka setiap hari ialah bermain muzik atau ‘jamming’ lagu berentak rock menjelang masuk waktu Maghrib dan menyanyi lagu yang liriknya memuja ketua kumpulan dikenali sebagai ‘Tuhan Harun’.

Apabila azan berkumandang, pengikut ajaran sesat Tuhan Harun itu semakin rancak mengalunkan muzik keras sambil terlompat-lompat menyanyi serta menari.

Kegiatan pengikut dan ketua ajaran sesat itu terbongkar apabila sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menyerbu studio menjadi pusat pertemuan mereka di Lorong Pandan Damai, di sini, jam 6.50 petang kelmarin.

Dalam serbuan itu, 31 individu termasuk enam wanita berusia antara 12 dan 49 tahun ditahan termasuk ketua mereka, Tuhan Harun atau dikenali juga sebagai Ustaz Harun.

Difahamkan, lelaki berusia 47 tahun itu antara individu paling dikehendaki Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung kes penipuan skim cepat kaya mencecah RM200 juta pada 2011.

Ya Allah Ya Rabbi....anak aku. Astaghfirullahallazim, mana anak aku?




ZAITUNI memeluk anaknya Mohd Haikal selepas melihat anaknya selamat dalam kebakaran. 

Kuantan: “Ya Allah Ya Rabbi....anak aku. Astaghfirullahallazim, mana anak aku?.

Demikian jeritan seorang ibu, Zaituni Radimus Ali Ahmad, 40, ketika mencari anaknya yang ditinggalkan di rumah sejurus melihat kediamannya itu hangus dalam kebakaran di Kampung Haji Ali, Batu 6, Jalan Gambang, di sini, kira-kira jam 10 pagi semalam.

Zaituni yang mengandung empat bulan berlari sambil menjerit ketika melihat api ‘menjilat’ rumahnya sejurus pulang daripada melakukan pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan Jaya Gading, di sini.

Dalam keadaan kelam-kabut, ibu enam anak itu meraung mencari anak bongsunya yang berusia enam tahun, Mohd Haikal Mohd Saipul, yang ditinggalkan di rumah jiran sebelah rumahnya yang turut hangus dalam kebakaran berkenaan.

Dalam kejadian membabitkan lapan rumah itu dan sebuah kedai makan serta sebuah kereta Perodua Kancil hangus dijilat api menyebabkan semua penghuninya tinggal sehelai sepinggang.

Lori Tangki Terjunam Ke Dalam Sg Klang




Seorang lelaki hampir maut selepas lori tangki membawa diesel dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam Sungai Klang di Jalan Lama Kota Kemuning, berhampiran Kilometer 31.9 Lebuhraya Kesas menghala ke Kota Kemuning, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, mangsa berusia 33 tahun dikatakan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Klang untuk menghantar bahan api itu.

Setiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal lori 12 tayar itu menyebabkannya terjunam ke dalam sungai sedalam dua meter.

Jurucakap bomba dan penyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.40 pagi dan sepasukan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dikejarkan ke tempat kejadian.

Katanya, anggota penyelamat mendapati mangsa terperangkap dalam lori berkenaan kerana kakinya tersepit di ruang pemandu lori yang remuk.

Curi Organ, Hospital Boleh Hilang Kepercayaan Rakyat.



Seorang warga Indonesia yang menetap di Malaysia selama enam tahun dan meninggal dunia akibat nahas di Johor Bahru mungkin diambil organnya ketika bedah siasat, kata saudaranya.

Pihak berkuasa Malaysia menjalankan bedah siasat terhadap mayat Melpa Suriani Simanjuntak tanpa pengetahuan keluarganya, kata Reni Simanjuntak di Sumatera Utara.

“Kami rasa curiga apabila melihat mayat Melpa mempunyai banyak kesan jahitan di leher, dada, perut sehingga kemaluannya. Organ dalamannya mungkin sudah diambil,” katanya.

Menurut Reni, Melpa yang tinggal di Malaysia dengan suaminya yang juga rakyat negara berkenaan, mati pada 31 Mac lalu di sebuah hospital di Johor Bahru. Dia dikejarkan ke hospital itu selepas cedera parah dalam nahas langgar lari sehari sebelum itu.

Keluarganya curiga apabila mayat Melpa dihantar pulang selepas beberapa hari dan tiba pada 2 April lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Tebing Tinggi, Adjutan Komisioner Kanan Andi Rian Djajadi berkata, anggota keluarga itu boleh membuat bantahan kepada kerajaan Malaysia.

P/s : Ni lah puncanya byk kes eksiden, keluarga x nak proses bedah siasat dijalankan.

Eric Ducharme Menjadi Ikan Duyung Dek Pesona.





Tallahassee (Florida): Disebabkan taksub kepada ikan duyung, seorang lelaki Florida menghabiskan masa lebih satu setengah jam tiga kali seminggu untuk ‘menukar’ dirinya menjadi makhluk mitos itu.

Bagi Eric Ducharme, menjadi seperti ikan duyung memang menjadi impiannya sejak terpesona dengan keunikan makhluk berkenaan. Justeru, dalam kesempatan yang terluang, Ducharme akan menyarung ‘ekor’ khas dari kaki hingga ke pinggangnya untuk berenang serta menyelam.

Memiliki sijil sebagai penyelam, Ducharme, 22, boleh menahan nafas sehingga empat minit setiap selaman bagi membolehkan dia menikmati pengalaman sebagai ikan duyung.

Kata Ducharme, dia mengamalkan gaya hidup seperti ikan duyung dan ia adalah pilihannya sendiri.

“Saya adalah ikan duyung yang makan, bernafas dan tidur.

“Apabila memakai ekor, saya berasa seperti mengalami perubahan dan memasuki dunia berbeza sebaik saja memasuki air,” katanya.

Menurut Ducharme, dia mengambil masa yang sangat lama untuk memahami dirinya sendiri.

Katanya, apabila berada di dalam air, dia berasa seperti dibawa ke dunia lain. Sementara itu, teman lelaki Ducharme yang enggan dikenali berkata, dia mula diberitahu mengenai ketaksuban penyelam itu pada pertemuan pertama mereka lagi.

Katanya, dia sangat terkejut apabila dimaklumkan mengenainya oleh Ducharme. “Apabila kami berenang, kami membawa diri masing-masing dengan Ducharme bermain-main di kawasan sendiri.

“Ia adalah waktu untuk Ducharme melupakan seketika dunia sebenar,” katanya. Sesekali, kata teman lelaki Ducharme, orang ramai juga kehairanan melihat aksi kekasihnya itu.

“Biasanya orang tertanya-tanya kerana sebelum ini ikan duyung yang mereka kenali adalah wanita,” katanya.

DiCabul Ketika Tunggu Bas. Awas Wanita Di Luar Sana.



Malang bagi seorang penuntut sebuah universiti apabila menjadi mangsa cabul tiga lelaki tidak dikenali ketika menunggu bas untuk bertemu rakannya, di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian jam 12.30 pagi itu, mangsa yang berusia 23 tahun berada di sebuah pondok menunggu bas di depan universitinya dan dalam perjalanan ke pekan Kajang.

Sumber berkata, ketika itu, sebuah kereta yang tidak dikenali berhenti di depannya dan tiga lelaki yang berada dalam keadaan mabuk menegur serta mempelawa mangsa menaiki kenderaan mereka.

“Mangsa tidak mengendahkan pelawaan berkenaan sebelum dua daripada lelaki itu turun dan menarik mangsa masuk ke dalam kereta.

“Mereka mencabul mangsa menyebabkan mangsa menjerit serta cuba melepaskan diri,” katanya.

Katanya, beberapa minit kemudian, sebuah kenderaan yang melalui kawasan berkenaan menghampiri kenderaan lelaki terbabit.

“Tindakan pemilik kereta itu cuba menyelamatkan mangsa dan menyebabkan lelaki terbabit terperanjat serta panik. Mereka menolak mangsa ke luar dari kereta sebelum memecut kenderaan berkenaan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan katanya kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Maut Kerana SMS Cinta.



Klang: Kiriman SMS mengandungi kata-kata cinta kepada isteri rakan meragut nyawa seorang lelaki apabila dia ditikam di leher oleh rakannya itu di Jalan Klang Sentral, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 9.55 malam itu, mangsa dikenali sebagai Mohammad, 22, ditemui mati di tempat letak kereta berhadapan premis rumah kedai tiga tingkat kawasan berkenaan.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa yang berketurunan Acheh dan bekerja sebagai pembantu sebuah kafe siber di kawasan itu bertengkar dengan suspek sebelum dia ditikam dengan pisau.

Suspek bertindak demikian kerana marah dengan tindakan mangsa menghantar SMS cinta kepada isterinya. Suspek dan mangsa dikatakan saling mengenali.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong berkata, mangsa yang berlumuran darah ditemui seorang rakan lain yang kebetulan lalu di tempat kejadian untuk bertemu isterinya.

Menurutnya, saksi itu turut menyaksikan kejadian berkenaan sebelum memaklumkannya kepada anggota polis yang meronda di kawasan berhampiran.

“Sejurus menerima laporan, sepasukan anggota polis dikejarkan ke tempat kejadian, namun sebaik tiba mangsa didapati sudah meninggal dunia.

“Pemeriksaan mendapati ada kesan tikaman berukuran lima sentimeter pada leher mangsa dan polis mengesyaki kejadian berpunca daripada dendam dan cemburu,” katanya.

Mohamad Shukor berkata, pemeriksaan lanjut di rumah suspek di Jalan Goh Huat, di sini, mendapati lelaki terbabit sudah melarikan diri bersama isterinya.

Menurutnya, polis menahan saksi berusia 19 tahun bersama isterinya di tempat kejadian, kira-kira jam 12 tengah hari, semalam.

“Hasil maklumat daripada saksi itu, mangsa dikatakan ada menghantar SMS berunsur cinta kepada isteri suspek dan polis turut menjumpai satu sarung pisau yang digunakan suspek untuk menikam mangsa,” katanya. Beliau berkata, polis masih berusaha mengesan identiti penuh mangsa kerana tiada dokumen lengkap ditemui pada lelaki itu selain pasport perjalanan yang sudah tamat tempoh pada 20 Januari lalu.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian agar tampil bagi membantu siasatan.

Pelajar Baca Yasin Untuk Arwah Ustazah Di Tempat Kemalangan.



Kuala Terengganu: Seorang ustazah Sekolah Agama Ribath Sheikh Abdul Malik, Kampung Banggol Chempedak, di sini, yang maut dalam kemalangan jalan raya dihadiahkan bacaan Yasin oleh pelajarnya di tepi jalan berhampiran lokasi kejadian, semalam.

Pengiktirafan terakhir itu dibuat pelajar terbabit selepas menyedari ustazah berusia 45 tahun dari Kampung Kuala Bekah, di sini, maut selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya berhampiran sekolah berkenaan pada kira-kira jam 3 petang.

Lebih memilukan apabila mayat ustazah terbabit yang berada lebih satu jam di tempat kejadian terpaksa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, menggunakan kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux selepas gagal menggunakan kenderaan polis atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Kejadian berlaku ketika mangsa, Normah Ahmad yang berkhidmat selama empat tahun di sekolah itu dalam perjalanan dari rumah ke sekolah itu untuk menjemput anak lelakinya Mohd Shukri Rosdi, 17, yang turut belajar di sekolah sama.

Sumber berkata, turut berada dalam kereta berkenaan ketika kejadian dua anak perempuan mangsa, Fatimah Damia, 4, dan Elma Sufiah, 8, yang dilaporkan kritikal dan dirawat di Unit Kecemasan HSNZ.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...