KEDAH MAJU : BIL AIR LAGI MAHAL DARI BIL ELEKTRIK. SADA TERBAEK...

Assalamualaikum wbth dan salam1 Malaysia..

Hari ni jom kita kupas pada kedah selama 5 tahun kebelakangan ini. Jika ada yang nak komen pastikan anda orang kedah ataupun memang anda tahu tentang tajuk utama.

Mungkin ini akan dikatakan PRO gov, Tapi inilah realiti sebenar yang terjadi di KEDAH amnya. Sebaik tampuk pemerintahan diambil alih, SADA ditubuhkan yang kononnya akan menaiktaraf kualiti dan kuantiti air bagi negeri KEDAH, tapi sebaliknya yang terjadi, KUANdan TITI terang2 dah down. KUALITI pown hancur, TAPI ada 1 ja yang meningkat, iaitu BIL.

Jika anda penyokong kuat PR kedah, sebelum anda komen, pastikan anda yang membayar bil2 utiliti rumah anda, Jgn hanya tau berkokok tapi mak bapak ja yang dok bayar bil.. Golongan inilah yang akan menghancurkan agama bangsa dan negara.

Jika apa yang saya katakan ini tidak benar, Cabaran dilontarkan kepada pihak PR, sila pergi ke kampung2, kedai2, dan ajukan soalan tentang isu air ini kepada mereka...

P/s : Sebelum ni x penah sampai rm300 ttiba jadi rm700.. 5 tahun beb terpaksa ikut dorang.. kebajikan rakyat ker.. puiiii...

Nak Pakai Yang Mana Satu Nih.. Pening2...

"Hati Nik Abdul Aziz terlampau hitam dengan dendam terhadap UMNO. Sekejap parti itu murtad, sekejap mungkar dan terbaru orang UMNO tidak dapat pahala sembahyang…Haram hukumnya jika seseorang menuduh sebuah pemerintahan Islam yang selama ini telah memartabatkan kedudukan agama di tempat yang tertinggi sebagai mungkar dan menolak dasar Islam.”
 - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria

Lawe Tok Pa Lawe!

Kini perlawanan bukan antara UMNO dan PAS lagi.

Kini antara orang Islam dengan pemimpin Islam yang semakin hanyut dan membawa fatwa mengelirukan.

Jelas tuduhan tidak berasas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa sembahyang orang UMNO tidak mendapat pahala kerana parti itu kononnya menolak dasar Islam, menunjukkan Mursyidul Am PAS itu semakin celaru.

Kelmarin, Nik Aziz sekali lagi mencetuskan kontroversi melalui fatwa beliau terhadap keislaman orang UMNO apabila mendakwa sembahyang ahli parti itu tidak memberikan sebarang pahala kerana UMNO telah menolak dasar Islam.

Sebelum  ini, Nik Abdul Aziz mendakwa:

1.  UMNO telah menolak Allah SWT kerana mengamalkan dasar kebangsaan dengan menolak dasar Islam dalam pemerintahan.

2. Pada 17 November tahun lalu dalam sidang akhbar sempena Muktamar Tahunan PAS Ke-58 di Kota Bharu, Nik Abdul Aziz mendakwa UMNO merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekeh Islam dalam dasar parti itu.

3. Nik Abdul Aziz melontarkan persoalan sama ada UMNO kini menganut agama Kristian, Buddha ataupun sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama.

PAS sebelum itu, menerusi adik Nik Abdul Aziz, Nik Razi Nik Mat turut berdoa kepada Allah SWT supaya menjahanamkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) semasa mengadakan solat hajat di Stadium Muhamad Ke-IV sempena Muktamar Tahunan PAS itu.

Kerana itu sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed mesti mengemudikan jentera menentang pemimpin parti yang cuba menyesatkan orang Islam.

Tok Pa kena ambil peranan ini sebagai pemimpin yanh tidak 'kontroversi' dan diterima banyak pihak. Jangan benarkah amanat dan fatwa seperti ini bercambah di Malaysia. Bahaya kepada umat Islam seluruhnya!

Kalau benar apa yang dikatakan Nik Aziz,  kenapa ‘tok alim’ PAS tidak berani bersuara mempertahankan beliau?

Mana ‘Ustaz’ Mohamed Sabu dan Mahfuz Omar mempertahankan Nik Aziz? Mana Khalid Samad atau sekutunya Nik Aziz di Terengganu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang? ADA BERANI?.

Benar kata Mustapa, Nik Aziz tidak perlu bersikap terlalu angkuh dan takbur dengan melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas termasuk mengkafirkan UMNO sebelum ini.

Tegas Mustapa, Nik Aziz tidak perlu terus-menerus mengeluarkan sebarang 'fatwa songsang' kerana sebagai orang Islam, orang UMNO yakin terhadap pegangan akidah dan amalan mereka.

Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak berhak menghakimi amalan solat umat Islam negara ini kerana ketentuan pahala amalan itu kekal menjadi hak mutlak Yang Maha Esa, Allah SWT.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria semalam menegaskan, hal ini kerana kesempurnaan pahala solat merupakan kuasa dan rahsia Allah, justeru manusia yang tidak sempurna sifatnya tidak boleh sesekali mencuba untuk menilai amalan itu.

"Haram hukumnya jika seseorang menuduh sebuah pemerintahan Islam yang selama ini telah memartabatkan kedudukan agama di tempat yang tertinggi sebagai mungkar dan menolak dasar Islam. Hati Nik Aziz terlampau hitam dengan dendam terhadap UMNO. Sekejap parti itu murtad, sekejap mungkar dan terbaru orang UMNO tidak dapat pahala sembahyang," katanya.

Kerana itu, bagi Harussani, rakyat jangan terpengaruh dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Nik Aziz yang jelas mengelirukan dan menyimpang daripada ajaran Islam.

Sambil menyelar tindakan itu, beliau berkata, hanya Nik Abdul Aziz yang masih tidak nampak dasar Islam yang dibawa UMNO dalam mentadbir negara ini.

"Berkemungkinan kerana UMNO tidak amalkan hukum hudud seperti yang diperjuangkan PAS itu, maka dengan mudah dia menuduh parti itu menolak dasar Islam sedangkan Malaysia begitu disanjungi negara luar sebagai peneraju kewangan dan perbankan Islam serta lain-lain lagi," katanya.

Bagi Mustapa, nyata sekali, berbanding pemimpin PAS yang hanya pandai melemparkan pelbagai tuduhan liar, UMNO adalah parti yang telah mendaulatkan Islam di negara ini.

"UMNO yang mendaulatkan Islam, UMNO-lah yang menjadikan Islam sebagai agama Persekutuan, UMNO-lah yang mewujudkan jawatan ustaz untuk tarbiyah dan dakwah di sekolah-sekolah, 50,000 ustaz kita ada.

"UMNO-lah yang buat Tabung Haji dan UMNO-lah yang menyampaikan pendidikan Islam di sekolah-sekolah daripada peringkat rendah ke peringkat tinggi. Inilah parti yang didakwa menolak Islam, parti yang menyediakan orang dan peruntukan untuk berdakwah di seluruh negara, memperjuangkan Islam dan mendidik anak-anak menjadi orang berakhlak mulia.

"Dia (Nik Abdul Aziz) jangan terlaLu angkuh, terlalu takbur seolah-olah kita bukan Islam, tolak Islam. Rata-rata dalam ceramah itulah yang dikatakan puak dia, kita akan lawan habis-habisan kerana kita orang Islam, kita yakin perjuangan kita lebih baik untuk perpaduan dan kemajuan agama kita (Islam)," kata Mustapa hari ini.

Semalam, Pengerusi Biro Agama Nadi Rakyat Malaysia, Rujhan Abd. Rahman menganggap Nik Aziz tidak layak menghukum berkaitan dosa dan pahala kerana Nabi Muhammad SAW sendiri tidak boleh menentukannya, inikan pula beliau hanyalah seorang manusia biasa.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqorah ayat 141 dan surah Al- Imran yang jelas bahawa setiap perbuatan hamba itu hanya boleh ditentukan Allah.

Jesteru itu, katanya, Nik Abdul Aziz tidak sama sekali boleh menjatuhkan hukum dengan mengeluarkan fatwa bahawa sembahyang orang UMNO tidak memberi sebarang pahala kerana parti itu telah menolak dasar Islam.

"Atas alasan apa Nik Abdul Aziz mengatakan solat orang UMNO tidak mendapat pahala kerana kononnya UMNO telah menolak Islam. Jadi dalam kategori manakah yang dimadsudkan Nik Aziz itu?

"Kalau kita lihat kepada Perkara 3.3 asas dan tujuan UMNO ditubuhkan adalah untuk menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam dan ayat dalam perlembagaan UMNO ini langsung tidak terdapat dalam perlembagaan PAS yang mengatakan mereka memperjuangkan Islam.

"Jadi pada dasarnya, sebagai seorang yang dianggap ilmuan dan tok guru oleh rakyat Kelantan, kita melihat di saat pilihan raya ini beliau (Nik Aziz) telah mengunakan satu kaedah bagi menghalalkan apa cara semata-mata untuk mengekalkan kuasa.” katanya ketika menyampaikan ceramah di padang Sekolah Kebangsaan ( SK) Seri Ketereh yang disertai kira-kira 5,000 orang. Ceramah berkenaan turut menampilkan Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

Bagi Rujhan, fatwa yang dikeluarkan Nik Abdul Aziz itu lebih kepada fatwa politik beliau dan dalam masa sama ianya telah mengoncangkan akidah umat Islam.

Katanya, apabila berlaku perpecahan, ianya tidak pernah dipertahankan oleh PAS, malah PAS boleh melihat sahaja ia berlaku kerana ingin menjaga hubungan dengan DAP dengan maklamat menawan Putrajaya.

"Yang rugi kita sesama Islam, kerana Islam secara jelas tetap bersaudara, tetapi hari ini Nik Abdul Aziz boleh tinggalkan saudara sesama Islam dan menerima DAP yang jelas telah menentang Islam secara mutlak," katanya.

Jihad UMNO Kini Bukan Sekadar Parti Tetapi Memerangi Pemimpin Islam Yang Sesat, Celaru!!!

Kisah Pada Suatu Hari Di Dewan P Rosak.

Suatu hari di sebuah parlimen di Negara yang di perentah oleh Pakatan Rosak ...

Kalifah Lim : Tuan yang dipertua ... saya ingin bentangkan satu usul ... iaitu kalimah Allah buleh digunakan oleh semua agama ...

Kapal Sink : Saya sokong usul ini yang dipertua ... saya rasa 2/3 ahli dewan yang mulia ini pun bersetuju di atas usul ini ....

Nwar Berahi : Saya amat bersetuju dengan usul ini ... ini adalah usul yang amat baik kerana melalui usul ini semua orang adalah sama rata sahaja ... tidak kira Islam mahupun bukan Islam ... sebagai orang yang bukan Islam ... mereka tentu merasa selesa menggunakan kalimah Allah yang amat rapat dengan umat Islam ... dan ini tentu mendekatkan mereka dengan orang Islam ... dan ini membantu membentuk perpaduan Negara ...

Haji Adi : (tergagap-gagap) Er ... Yang dipertua saya tidak setuju di atas usul ini ...

Nwar Berahi : Tuan Haji Adi ... mengapa pulak tuan berkata demikian ... tidakkah di dalam perjanjian sebelum pru yang kita menang dengan jayanya ... tuan dah bersetuju agar kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut agama lain ... dan sebagai buktinya ... ini adalah dokumen persetujuan yang tuan tandatangan menyatakan persetujuan tersebut dan saksi bagi perjanjian yang tuan tandatangani itu pun ada dalam dewan yang mulia ini ... kalifah lim ... kapal sink ...

Kalifah lim dan kapal sink (serentak) : benar yang dipertua .. betul tu Haji Adi ...

Haji Adi : Er tapi yang dipertua. Pimpinan pas yang lain tidak bersetuju ...

Nwar Berahi : Tuan Haji Adi ... tidakkah tuan dah bersetuju dalam hal ini dan tuan pun mengaku bahawa tuan akan memperjelaskan kepada pimpinan pas dan ahli pas bahawa kebaikan yang agama Islam dapat dari penggunanaan kalimah Allah oleh agama lain ... ini adalah satu konsep dakwah yang secara halus untuk mendekatkan seluruh umat manusia kepada Islam ... besar manfaatnya itu Tuan Haji ... banyak pahala yang tuan akan dapat nanti ...

Haji Adi : Er .... Er ..... Er ...

Geng Ulamak : Yang dipertua kami bantah .....

Geng Parasit : Yang Dipertua kami bersetuju agar usul ini diluluskan .... Tuan-tuan ulamak ... seperti dijelaskan oleh perdana menteri kita yang bijak seperti kata Tuan Guru Nik Aziz ... saya amat setuju dan tidak nampak apa salahnya kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam ... kata Tuan Guru Nik Aziz juga ... bahkan Iblis pun gunakan kalimah Allah ... jadi apa salahnya kita manusia yang lebih mulia dari Iblis ini menggunakan kalimah Allah ... ini adalah salah satu dakwah juga ... tuan yang dipertua ... kita teruskan usul ini dengan mengundi ... bagi yang menentang mereka boleh undi tidak menyokong ... tiada masalahnya.
Undian pun dijalankan ... akhirnya majoriti setuju agar kalimah Allah boleh digunakan oleh agama lain ....
Perlembagaan pun dipinda .... undang-undang pun dipinda ....

Tidak lama kemudian ... pada gereja tertera perkataan Allah ... pada kuil terpampang kalimah Allah .... tokong tergantung kalimah Allah .... Gudwara tertulis kalimah Allah .... dan lain-lain rumah ibadat pun tercatat kalimah Allah ... semuanya dalam tulisan jawi ...

Suatu hari di sebuah tempat ceramah .... haji Adi berceramah jugak ... isunya kalimah Allah juga .... katanya .... “semua yang terjadi di dalam isu ini salah KDN ... kerana er ... er .... er ... sebenarnya salah umno kerana bersubahat ... er ... er ... er ... sebenarnya kerana umno tidak bersungguh-sungguh menentang usul itu ... kami geng ulamak dah menentang usul itu ...

P/s : Yang dipersalahkan orang lain. yang membuat onar orang lain, akai x dak...

APA JADAH Wahyu Turun Macam nih....

Alamak!!!.. perkataan pertama yang akan keluar dari minda kita bila baca tajuk nih. Inilah yang dinamakan matlamat menghalalkan cara.

Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sememangnya terkenal dapat menentukan dosa pahala setiap manusia.

Nik Aziz satu-satunya orang yang mengaku Ulamak dan merasa yakin akan dapat memasuki syurga dan menentukan kemasukkan syurga seseorang.

"Nik Aziz tak sesat, kalau Nik Aziz sesat kenapa Majlis Agama tak ambil tindakan", itulah hujah penyokong taksubnya.

Justeru pihak Majlis Agama seharusnya meneliti akan perkara ini dan mengambil tindakan seberapa segera, jangan memandang remeh akan penyesatan tersebut.

Kita yakin, dengan fatwa Nik Aziz yang menyebut orang Umno solat tak dapat pahala adalah satu tuduhan sesat yang nyata. Tuduhan sesat yang bersifat politik, Nik Aziz berkata Umno tolak Islam sebab tu tak boleh undi Umno, namun pada masa sama Nik Aziz mengajak rakyat mengundi DAP yang secara jelas KAPIR....

Adakah Nik Aziz seorang Ulamak ataupun seorang yang jujur dalam beragama, atau Nik Aziz memakai serban hanya semata-mata kerana politik. Kita menghormati Nik Aziz sebagai orang tua, namun bilamana orang tua yang terlalu bodoh sombong, kita tiada pilihan selain menguburkan kerajaan yang dikuasainya di Kelantan. Anda Mampu Mengubahnya.

P/s : Dekat pilihanraya byk ja wahyu turun.. Bila LGBT wahyu x turun pulak...

PANAS : Solat Tak Dapat Pahala, Beli No Ekor Tak Dapat Dosa..

Nenek Kandung Anak Yang Juga Cucunya...

Hai hai hai.. hari ni nak cerita tentang pengorbanan seorang ibu.. Cerita ni pelik la sikit tapi benar, Seorang ibu yang berusia 61 tahun mengandungkan anaknya yang juga cucunya,, camna tu..

Kisahnya bermula di Chicago Amerika, Kristine Casey menjadi nenek pertama yang melahirkan anak yg juga cucu lelakinya yang bernama Finnean Lee Connell melalui pembedahan caesar.

Hehe.. peningkan.. sebenarnya anak kepada nenek ini yang bernama Sara Connell yang berusia 35 tahun gagal untuk mendapatkan cahaya mata setelah 2 tahun berkahwin. Jadi pasangan ini menemui seorang pakar yang mencadangkan agar mereka menjalani proses bayi tabung (in vitro fertilization).

Melalui proses bayi tabung uji, embrio kemudiannya ditanam ke rahim Casey iaitu si nenek untuk dikandungkan. Walaupun terpaksa menghadapi risiko yang tinggi untuk mengandung pada usia 61 tahun, si Ibu sanggup berkorban demi anak dan cucunya. Dan akhirnya bayi itu selamat dilahirkan.

P/s : Lihatlah kasihnya seorang ibu kepada anak.... 

Chong Wei Tewas Lagi...

SKUAD badminton negara sekali lagi mendapat kejutan apabila pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei ditunjukkan jalan keluar pada aksi separuh akhir Kejohanan Badminton Grand Prix Emas Terbuka Australia 2013 semalam.

Kekalahan itu menjadikan Chong Wei sebagai pemain ketiga negara yang tumpas kepada bintang muda China, Tian Houwei selepas tewas 19-21, 21-17, 18-21 pada aksi yang berlangsung di Sydney itu.

Pada perlawanan tersebut, Chong Wei juga sempat menguji Houwei untuk memenangi set kedua untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.

Ternyata Houwei juga tidak mahu mengalah apabila tampil lebih konsisten untuk mendominasi saingan set ketiga itu.

Chong Wei yang ketinggalan 14-19 pada akhir-akhir perlawanan, bangkit untuk merapatkan jurang, namun aksi yang berlangsung selama 81 minit itu ternyata memihak kepada pencabarnya.

Ketua jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek berkata, Chong Wei menghadapi kesukaran pada perlawanan tersebut berikutan keadaannya yang masih belum cergas sepenuhnya walaupun sudah pulih daripada demam.

“Hari ini (semalam), lawan Chong Wei mempamerkan aksi yang sangat bagus dan dia tampil seperti pemain yang sangat berpengalaman, namun Chong Wei yang masih belum cergas sepenuhnya, rentak permainannya juga agak terjejas.

“Demam Chong Wei sudah baik tetapi persiapan dia untuk pertandingan ini agak terganggu ekoran masalah kesihatannya itu dan latihannya juga terpaksa dikurangkan,” kata Rashid.

Terdahulu, Houwei, 21, menewaskan Mohamad Arif Abdul Latif pada pusingan kedua, kemudian pemain ranking ke-196 dunia itu tampil dengan lebih konsisten untuk menyingkirkan Chong Wei Feng di suku akhir.

Rashid yang turut diminta mengulas kebangkitan pemain muda China tersebut yang mungkin akan menjadi penghalang utama perseorangan negara pada satu hari nanti berkata, penilaian seseorang pemain tidak boleh berdasarkan satu kejohanan sahaja.

“Memang benar permainan Houwei sudah meningkat tetapi kita tidak boleh menilai dia dengan melihat prestasinya dalam satu kejohanan sahaja,” tambah Rashid.

Pada aksi final hari ini, Houwei akan berdepan rakan senegaranya, Xue Song yang turut mara selepas menundukkan pemain Indonesia, Alamsyah Yunus 21-10, 18-21, 21-15 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Sementara itu, beregu profesional negara, Mohd. Zakry Abdul Latif-Mohd. Fairuzizuan Mohd. Tazari turut mengalami kekalahan selepas ditumpaskan pasangan Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 18-21, 18-21.

Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan akan menentang beregu senegaranya, Angga Pratama-Ryan Agung Saputra yang turut melangkah ke final selepas menewaskan pasangan Korea Selatan, Kim Dae Eun-Shin Baek Choel 21-9, 21-14.

JDT Lemas, Layu Di Laman Sendiri.

JOHOR Darul Takzim (Johor DT) menempah laluan sukar dalam misi memburu tiket ke separuh akhir Piala FA apabila tewas 1-2 kepada Selangor pada aksi suku akhir pertama semalam.

Kekalahan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin itu juga menyaksikan rekod kebal Johor DT di gelanggang sendiri lebur.

Lebih malang, hajat skuad kendalian Fandi Ahmad itu untuk membalas dendam terhadap Selangor apabila dimalukan di Shah Alam dalam aksi Liga Super lalu, juga tidak kesampaian.

Pada aksi semalam, gol pembukaan Selangor dihasilkan melalui Mahalli Jasuli pada minit ke-14.

Johor DT mempunyai peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-17 namun percubaan Nurul Azwan Roya terkeluar daripada sasaran.

Masuk babak kedua, skuad bimbingan Fandi Ahmad sekali lagi mempunyai peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan apabila dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-55 setelah Safiq dijatuhkan di dalam kotak penalti namun sepakan Guiza berjaya ditepis Norazlan Razali.

Sebaliknya, Red Giants terus mengukuhkan kedudukan apabila menjaringkan gol kedua menerusi tendangan Mohd. Amri Yahyah pada minit ke-68.

Cubaan bertali arus Johor DT akhirnya membuahkan hasil apabila Mohd. Safee Sali menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-81.

Di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV Kota Bharu, juara bertahan, Kelantan menang tipis 2-1 ke atas Sarawak.

Pada aksi semalam, Kelantan memperoleh jaringan menerusi Mohd. Faiz Subri pada minit ketujuh sebelum Khairul Izuan Rosli menggandakan jaringan tuan rumah pada minit ke-20.

Gol Sarawak pula dihasilkan menerusi pemain tengah, Joseph Kalang Tie pada minit ke-49.

DI Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Terengganu memperolehi bekalan selesa untuk melangkah ke separuh selepas menundukkan Negeri Sembilan 3-1.

Meskipun ketinggalan satu gol menerusi jaringan Mohd. Nazrin Mohd. Nawi pada minit ke-77, ia nyata tidak menghalang skuad Penyu untuk mempamerkan persembahan cemerlang apabila penyerang import, Emmanuel Effa Owona menyamakan kedudukan pada minit ke-77.

Skuad kendalian E. Elavarasan terus menghukum kerapuhan benteng pertahanan Hoben Jang Hoben apabila meledak dua gol menerusi jaringan Abdul Manaf Mamat dan Ahmad Nordin Alias pada masa kecederaan.

Di Stadium Darul Makmur Kuantan pula, tuan rumah, Pahang sekadar mencatat keputusan seri tanpa jaringan dengan Sime Darby.

TUN. M : PR gagal selesai masalah rakyat Selangor

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad meminta rakyat Selangor mengembalikan negeri itu kepada Barisan Nasional (BN) dengan cara menyokong parti tersebut memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Beliau berkata, Selangor perlu dikembalikan semula kepada BN kerana pakatan pembangkang yang memerintah kerajaan negeri gagal menyelesaikan pelbagai masalah rakyat dan tidak menunaikan janji dalam manifesto PRU-12 lalu.

Menurut beliau, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri mengakui manifesto itu bertujuan memancing undi dan bukan janji yang perlu ditunaikan.

“Sekarang Menteri Besar kata, manifesto mereka bukan janji, kalau bukan janji kenapa buat manifesto, lebih baik tulis hanya nak pancing undi. Ini berbeza dengan manifesto BN yang merupakan janji yang ditunaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 15,000 orang pada Perhimpunan Selamatkan Selangor anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di Seksyen 2 di sini semalam.

Hadir sama Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali; Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Tan Sri Onn Ismail.

PRAY FOR GAZA : Demonstrasi Setiap Isnin.

Gaza: Ratusan keluarga berkumpul di Pejabat Palang Merah di sini, pada setiap Isnin untuk melakukan demonstrasi aman bagi mendesak Israel membebaskan ribuan rakyat dan pejuang Palestin yang ditahan.

Wartawan dimaklumkan, demonstrasi itu akan bermula antara jam 9 pagi hingga 12 tengah hari setiap minggu.

Seorang daripada penganjur himpunan itu yang enggan dikenali berkata, seramai 4,000 rakyat dan pejuang Palestin menjadi tahanan di penjara Israel.

“Di Gaza saja, masih ada 500 orang ditahan dan diyakini sedang dizalimi tentera Israel dengan pelbagai seksaan yang tak mampu dibayangkan kesakitan mereka,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

RATUSAN keluarga berkumpul mendesak Israel membebaskan tahanan perang.

Menurutnya, kekejaman tentera zionis itu hanya akan diketahui apabila tahanan dibebaskan kerana tidak semua mereka melalui penderaan yang sama.

Pasangan Maut Setelah Dua Minggu Berkahwin.

Ledang: “Kali terakhir kami bertemunya ketika hari perkahwinannya di Singapura pada 23 Mac lalu. Kumar dan isteri tidak menunjukkan sebarang perubahan, namun menyatakan tidak sabar pulang ke Melaka untuk mengadakan majlis resepsi bagi meraikan keluarga di sini,” kata B Ragu, 37, abang ipar mangsa kemalangan ngeri di Kilometer (KM) 162.6 Lebuhraya Utara-Selatan dari Pagoh ke Tangkak, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.30 malam, A Kumar Arunasalan, 40, bersama isterinya warga Singapura, Rita Maria Gilbert, 42, serta rakan, Carrieanne Franscisca De Costa, 22, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di badan dan kepala, selain tersepit di tempat duduk penumpang.

Menurut Ragu, Kumar dan isteri sepatutnya tiba di rumahnya di Melaka, jam 10 malam selepas bertolak dari Singapura jam 6 petang.

Bagaimanapun, sehingga 11 malam, pasangan itu masih belum tiba manakala telefon Kumar tidak dapat dihubungi.

“Ibu Kumar di kampung mula risau dan menghubungi saya untuk meminta tolong mengesan pasangan itu. Saya cuba beberapa kali menghubungi Kumar, namun panggilan tidak berjawab.

Jamuan Makan Malam Menu Berdarah.

Jamuan makan malam tradisi sempena pengenalan menu baru sebuah restoran di Jalan Dedap 24, Taman Johor Jaya, di sini, gempar apabila tiga lelaki menaiki kereta tiba-tiba melepaskan 13 das tembakan secara rambang hingga menyebabkan dua lelaki parah.

Dalam kejadian jam 1.30 awal pagi semalam, lapan lelaki termasuk pemilik restoran, berkumpul bersama rakan rapat menjamu selera menu baru hasil ciptaan tukang masaknya di lorong belakang restorannya.

Tiba-tiba tiga lelaki, dengan dua di tempat duduk belakang dan seorang lagi memandu, melintas lorong belakang restoran sebelum melepaskan tembakan.

Akibatnya, pemilik restoran terkena dua das tembakan di belakang badan dan lutut kiri, seorang pekerja Nepal parah terkena lima das tembakan di badan manakala seorang rakan tauke itu bertarung nyawa apabila peluru menembusi kerongkongnya.

TAN menunjukkan kesan darah di belakang restoran Teo di Jalan Dedap 24, Taman Johor Jaya.

Pemilik restoran yang hanya mahu dikenali sebagai Teo, 47, berkata, dia diberikan seekor ikan segar dan meminta tukang masaknya mencipta resipi baru sebelum menjemput beberapa rakan mencuba hidangan itu.

Maut Terjatuh Dari Lif.

Tindakan seorang lelaki membuka pintu lif yang tersekat di tingkat dua mengundang padah apabila isterinya maut selepas terjatuh dari lif itu ketika cuba keluar di Pangsapuri BJ Court di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 malam, Faridah Hanum, 41, berasal dari Langsa, Indonesia, maut selepas cedera parah di rusuk kiri akibat terhentak lantai di tingkat bawah.

Lebih menyayat hati, kejadian itu disaksikan anak lelakinya yang turut berada dalam lif.

Seorang penghuni yang turut berada dalam lif dikenali sebagai Azmi, 23, berkata, pada mulanya mereka tersangkut dalam lif hampir setengah jam.

“Ketika kejadian, kami mahu ke tingkat atas dan ada hampir 15 orang dalam lif. Selepas tersekat hampir setengah jam, keadaan dalam lif berbahang kerana ramai terperangkap sebelum seorang lelaki cuba membuka pintunya,” katanya.

Banjir Kilat Di Georgetown, Petanda atau Sebaliknya.

Beberapa lokasi sekitar bandar ini dilanda banjir kilat apabila hujan lebat berterusan selama lebih lima jam menenggelamkan Jalan P.Ramlee, Jalan Sungai Pinang, Jalan Anson dan Jalan Patani.

Pegawai Bencana dan Operasi Jabatan Pertahanan Awam Daerah Timur Laut, Maxwell Panchai berkata pihaknya sedang memantau keadaan banjir itu kerana hujan masih belum berhenti.

Beliau berkata, beberapa kawasan sekitar bandar ini dinaiki air sehingga 1.79 meter mengakibatkan kenderaan terperangkap dalam kesesakkan jalan raya.

"Seramai 30 anggota bersama dua buah lori berserta sebuah bot digegaskan di laluan yang ditenggelami air bagi membantu orang ramai keluar ke jalan besar.

"Kira-kira 300 keluarga turut terjejas namun tiada sebarang arahan berpindah dikeluarkan kerana keadaan banjir masih terkawal," katanya ketika dihubungi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...