SUSULAN KES BULI : 3 Pelajar Di Buang Sekolah.



PULAU PINANG 10 April - Jabatan Pelajaran negeri mengesahkan kumpulan pelajar yang terlibat dalam kejadian memukul pelajar lain yang sedang tersebar di laman YouTube telah dikenakan tindakan sewajarnya.

Pengarahnya, Ahmad Tarmizi Kamaruddin berkata, tiga pelajar terbabit telah dibuang sekolah.

"Kejadian itu berlaku pada awal Mac lalu dan pihak sekolah telah mengambil tindakan terhadap pelajar terbabit pada 8 Mac lalu iaitu lima hari selepas kejadian," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai satu video yang kini tersebar di laman YouTube dan laman sosial Facebook mengenai pergaduhan yang melibatkan pelajar sebuah sekolah di negeri ini.

Ahmad Tarmizi berkata, pelajar terbabit bagaimanapun masih boleh merayu untuk menyambung kembali persekolahan tetapi bukan di sekolah sama.

"Cuma pelajar terbabit tidak boleh menyambung persekolahan di sekolah sama dan rekod dibuang sekolah itu dimasukkan ke dalam fail peribadi mereka," katanya.

Lahad Datu Update : 9 Pembelot Di Tahan.



Sembilan lagi individu termasuk dua wanita dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Kiram berjaya ditahan oleh pasukan keselamatan di sebuah kampung di Beluran dekat sini pada malam tadi dan hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, tujuh daripada suspek yang ditahan berbangsa Sulu dari Filipina, manakala dua lagi rakyat tempatan masing-masing berketurunan Kagayan dan Melayu.

Beliau berkata, kesemua mereka berusia 20-an hingga 50-an yang ditangkap di beberapa lokasi itu dipercayai mempunyai petunjuk yang boleh dikaitkan dengan pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu.

"Tangkapan membabitkan tujuh individu dibuat pada pukul 8 malam tadi, disusuli penahanan dua lagi suspek pada pukul 10 pagi ini.

"Dalam serbuan itu, polis turut merampas dokumen, wang tunai dan peralatan yang mempunyai kaitan dengan aktiviti pengganas," katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Katanya, kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) kerana menyokong atau terlibat dengan aktiviti pencerobohan pengganas Kiram.

Ditanya sama ada berlaku pertempuran semasa operasi penahanan itu, Hamza berkata, tiada pertempuran dan kejadian tidak diingini berlaku walaupun kumpulan pengganas itu memiliki parang sebagai senjata.

Katanya, setakat ini seramai 181 individu ditahan di bawah SOSMA dan 334 orang bagi lain- lain tangkapan.

"Pihak keselamatan juga mengenal pasti 235 pengganas terlibat dengan aktiviti pencerobohan di Lahad Datu termasuk yang ditembak mati dan ditahan di bawah SOSMA," katanya.

Dalam pada itu, Hamza berkata, pihaknya telah mengebumikan 17 mayat pengganas Kiram di satu kawasan di negeri ini tetapi tidak mendedahkan lokasi tersebut kerana faktor keselamatan.

Hamza juga menafikan berlaku tindakan tidak bermoral pihak keselamatan terhadap tahanan yang ditangkap dalam kes pencerobohan itu.

Jamalul Kiram Dah Nyanyuk Dakwa 400 Askarnya Sudah Berada Di Sabah



MANILA 10 April - Selepas mendakwa lebih 200 pengikut kumpulan pengganas Jamalul Kiram III berkumpul di Lahad Datu, Sabah, pada hujung minggu lalu, semalam jurucakap kumpulan itu mendakwa lebih 400 pengikut Kiram telah tiba di negeri itu untuk memperkuatkan penentangan mereka terhadap pasukan keselamatan Malaysia.

Jurucakap kumpulan itu, Abraham Idjirani berkata, kesemua anggota baharu yang lengkap bersenjata itu tiba di pantai timur Sabah dalam dua kumpulan antara 30 Mac dan 5 April lalu.

''Mereka ke sana kerana pasukan keselamatan Malaysia terus mencabul hak asasi manusia rakyat Filipina di negeri itu," dakwanya kepada akhbar harian Inquirer melalui panggilan telefon, semalam.

Istana Malacanang, sebelum ini menolak laporan itu dan menyatakan tidak ada bukti serta maklumat mengesahkan dakwaan Abraham itu.

Abraham turut mendakwa pertempuran antara pengikut Kiram dan pasukan keselamatan Malaysia tercetus pada malam 6 dan 7 April lalu di Tanjung Batu, Lahad Datu.

Dia mendakwa pasukan keselamatan Malaysia kalah teruk dalam pertempuran itu yang mengorbankan 'ramai anggota tentera Malaysia'.

Menurutnya, maklumat itu diperoleh daripada adik bongsu Jamalul, Azzumudie Kiram yang mengetuai pencerobohan ke atas Sabah dan kini menjadi buruan pasukan keselamatan Malaysia.

Angkatan Tentera Di Fitnah Lagi...



“Pasukan ATM (Angkatan Tentera Malaysia) ditugaskan menjaga keamanan bukan untuk menghuru-harakan negara,” kata Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas kenyataan pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mendakwa Kor Risik ATM turut terbabit dalam rancangan menghuru-harakan program dijalankan parti berkenaan. Sebelum itu, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR Datuk Johari Abdul mendakwa kononnya menerima maklumat bahawa Kor Risik ATM diarah melatih Pemuda UMNO dan orang awam bagi melakukan sabotaj selain mengganggu program pakatan pembangkang.

Zulkifeli berkata, dakwaan itu tidak berasas dan menyangkal sama sekali selain menganggap dakwaan itu strategi pihak pembangkang untuk menyalahkan pihak tertentu khususnya ATM apabila berlaku huru-hara.

“Ia tidak betul. Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mereka. Mereka sengaja mewujudkan kenyataan itu dan saya pasti ia rancangan mereka untuk menyalahkan kita (ATM).

“Perkara itu hanya strategi pihak berkenaan untuk menyalahkan ATM sekiranya ada huru-hara yang sebenarnya dirancang mereka,” katanya dalam sidang media di Majlis Sambutan dan Pembubaran Kontinjen Malaysia ke-5 Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa di Afghanistan (Malcon 5 ISAF) di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, petang semalam.

Langgar Isteri Pertama Demi Isteri Kedua.



Seorang suami sanggup bertindak kejam apabila cuba melanggar isterinya sendiri dengan kereta selepas dihalang wanita itu yang tidak membenarkannya keluar dari kediaman mereka di Subang Jaya menyebabkan mangsa cedera di kepala dan pinggang selepas terseret beberapa meter, Ahad lalu.

Kejadian itu dikatakan berpunca apabila lelaki berusia 40-an itu cuba keluar dari pangsapuri mereka selepas bertengkar dengan isterinya, berusia 40-an namun dihalang mangsa yang mengejarnya hingga ke tempat letak kereta.

Suami mangsa terus masuk ke dalam kereta dan tidak mempedulikan mangsa yang berdiri di hadapannya sebaliknya terus menekan minyak menyebabkan mangsa terpaksa mengelak ke tepi sebelum dapat memegang cermin sisi pemandu menyebabkan dia turut terseret sebelum terjatuh.

Akibatnya, mangsa cedera di kepala dan pinggang sebelum dibantu penduduk setempat yang melihat kejadian itu manakala suami mangsa terus memecut laju.

Mangsa yang cedera kemudian mendapatkan rawatan di klinik berhampiran sebelum membuat laporan di Balai Polis Subang Jaya.

Sumber berkata, suami mangsa pada mulanya bertengkar selepas mangsa tidak berpuas hati dengan sikapnya yang berat sebelah dan melebihkan isteri kedua.

“Malah mangsa meminta suaminya itu tidak keluar ke mana-mana selepas mereka bertengkar sebelum dia masuk ke dalam bilik tidur untuk berehat.

“Bagaimanapun, tidak berapa lama kemudian anaknya masuk ke dalam bilik dan memberitahu bapa mereka telah keluar secara senyap-senyap,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang berang kemudian mengejar suaminya hingga ke tempat letak kereta sebelum melihat suaminya berada di dalam kereta dan mahu beredar.

“Tanpa berfikir panjang, mangsa terus berdiri di hadapan kereta dan meminta suaminya keluar namun tidak diendahkan sebaliknya lelaki itu terus menekan minyak dan cuba melanggar mangsa.

“Mujur mangsa sempat mengelak dan memegang cermin sisi sebelah pemandu dan menjerit supaya suaminya berhenti namun gagal sebaliknya lelaki itu terus memecut laju menyebabkan mangsa terjatuh dan terseret beberapa meter,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang kesakitan akhirnya melepaskan tangannya dan suaminya terus beredar walaupun menyedari isterinya terbaring di jalan raya.

“Wanita terbabit yang cedera di kepala dan pinggang kemudian dibantu penduduk setempat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

AMATUR VIDEO PART 2 : Flood In KL


Dirakam Melalui Handphone, Banjir Di KL


VIDEO : Banjir Kilat Di Ibu Kota


Rakaman Banjir Kilat Di Kuala Lumpur Petang Semalam..

Mahali Jasuli Dalam Proses Mengenali Hati Tasha Shilla




“Kami baru saja kenal lima bulan lalu. Bagaimanapun tiada hubungan istimewa kerana kami dalam proses mengenali hati budi,” kata pemain bola sepak kebangsaan, Mahali Jasuli, 24 menjawab hubungannya bersama pelakon sensasi, Tasha Shilla, 27.

Mahali yang juga penyarung jersi Selangor berkata, dia mengenali Tasha November tahun lalu dan dijemput menghadiri sambutan hari jadi pelakon terbabit Januari lalu menerusi kelab peminatnya.

“Dari situlah hubungan kami rapat, tetapi hanya sebagai kawan. Saya akui kami sedang mengenali hati budinya, tetapi hubungan itu belum ke tahap yang lebih serius,” katanya.

Kata Mahali, dia mengharapkan semua pihak tidak memperbesarkan persahabatan mereka kerana komitmennya kini terhadap perjalanan karier bola sepak tempatan.

“Kami diperkenalkan selepas saya menyatakan kepada media artis kegemaran saya adalah Tasha Shilla.

Nabila Huda Suhaimi X Sengaja Peluk???



“Mereka adalah ‘keluarga’ yang sudah saya kenal lama dulu. Saya terlalu terkejut ketika nama diumumkan sebagai pemenang dan tanpa sengaja memeluk mereka di atas pentas kerana menganggap kemenangan malam itu atas doa dan sokongan mereka juga,” kata Nabila Huda Suhaimi.

Pelakon drama itu berkata demikian berhubung isu memeluk beberapa artis lelaki termasuk Fizz Fairuz, Tomok, Awal Ashaari pada majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH), Ahad lalu. Katanya ketika dihubungi semalam, sepatutnya isu itu tidak perlu diperbesarkan memandangkan kisah kemenangannya yang lebih seharusnya dijadikan fokus utama.

“Saya tidak faham mengapa ada pihak seperti sengaja ingin mengaitkan saya dengan kontroversi sebegini. Apa yang berlaku pada malam itu adalah tindakan spontan dan tidak langsung saya sengajakan. “Maklumlah lama menanti akhirnya saya dinobatkan pemenang Pelakon Drama Wanita Popular, sudah tentu saya terkejut dan terus mendakap mereka kerana menganggap keluarga yang banyak membantu dan mendoakan saya selama ini. “Bagaimanapun, saya faham mungkin ada pihak tersinggung dengan tindakan saya. Justeru saya mohon maaf dan insya-Allah ia tidak lagi berulang,” katanya.

Namun, ketika diminta mengulas bimbang reputasi dan maruahnya akan tercalar kerana isu yang dilihat kurang manis, lebih-lebih lagi sewaktu siaran langsung, dramatis jelita berusia 29 tahun itu lekas menafikannya dan menyifatkan peminatnya menerima dirinya seadanya. “Lumrah berdiri sebagai anak seni, apa saja dibuat menjadi perhatian. Susah untuk memuaskan semua pihak. Namun, itulah saya yang peminat dan sesiapa kenal. Tidak pernah hipokrit dan hanya menjadi diri sendiri. “Tapi, ada kalanya saya tertekan kerana soal positif dan kemenangan tidak pula orang angkat sebaliknya jika ada silap atau salah, ia lebih cepat dijadikan fokus. “Namun, saya percaya peminat dan mereka yang menyokong saya faham. Peminat terutama tidak langsung mengukur atau cepat jatuh hukum berdasarkan personaliti dan soal peribadi sebaliknya mereka menghargai bakat lakonan saya semata-mata. “Saya bersyukur peminat sentiasa ada berdiri menyokong saya. Tapi isu ini adalah pengajaran untuk saya agar lebih berhati-hati,” katanya.

BANJIR KILAT : KL Tenggelam



Hujan lebat selama sejam yang melanda Lembah Klang sejak 5.30 petang, menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir kilat.

Antara kawasan yang terjejas termasuk Jalan Tun Razak, Jalan Parlimen, Jalan
Duta, Jalan Pudu, Jalan Cheras Lama, Jalan Chan Sow Lin dan Jalan Segambut.


Jurucakap Bilik Gerakan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, hujan
lebat dan banjir kilat itu menyebabkan keadaan trafik sekitar ibu negara sesak
teruk di beberapa laluan utama.

"Antara jalan yang mengalami kesesakan teruk adalah Jalan Tun Razak, Jalan
Duta, Jalan Mahameru, Jalan Kuching dan Lebuhraya Persekutuan," katanya.


Sehingga ini, katanya, terdapat satu laporan membabitkan pokok tumbang di pekarangan parkir Masjid Negara dan pihak bomba serta petugas Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur sedang mengalihkan pokok berkenaan.

Katanya, tiada laporan kemalangan jiwa dilaporkan dan pemantauan kini
dilakukan di beberapa kawasan yang dilanda banjir kilat.

Jurucakap itu turut menasihatkan orang ramai agar mengambil langkah berwaspada dan segera melaporkan kepada pasukan keselamatan jika kawasan rumah
mereka dilanda banjir kilat.

Giler Kentang Nak Jadi Superman. Operate Lak Tu...




Seperti ramai yang tahu, pembedahan plastik adalah satu proses pembedahan yang sangat popular pada masa kini, bukan sahaja dikalangan wanita, tetapi juga dikalangan lelaki.

Seorang lelaki yang berasal daripada Filipina, Herbert Chaves telah melakukan pembedahan plastik supaya dia nampak seperti Superman.

Ini bukan gurauan, kerana terlalu obses dengan Superman, Chaves yang berumur 35 tahun dari Bandar Calamba, telah melakukan beberapa pembedahan untuk nampak ‘Sebijik’ macam watak superhero kartun popular Marvel, Superman.

Dia telah dikatakan telah melakukan pembedahan tersebut sejak tahun 1995, dan dia dikatakan mempunyai hasrat untuk melakukan beberapa pembedahan lagi pada masa akan datang.

Tunggu masa sahaja, Chaves akan mula belajar untuk terbang, apesal lah tak minat superhero lain, macam Batman ke? boleh pakai topeng je…perghh….

Canggihnya Van. Dua Alam..

Ni asal nih.. dah makin canggih la van kat malaysia sekarang.. tetiba bertukar jadi kapal selam..


Lembu Pun Kena Isi Minyak Ke Bang??? Lawak Habes...

Korang nak cakap apa bila jumpa situasi ini.

1 - Gelak tergolek golek???
2 - Turun keta maki sebab panjang dah beratur???

Jawab2.. hahaha

Gempaq!!! Cara Terbaru Isi Minyak

Ok. kali ni nak bg sikit la tutorial kat Stesen Minyak.. Tuto nak dapatkan penerajang percuma time waktu puncak masa nak isi minyak.. Wat mcm gambar kat bawah..

“Uncle!! manyak cantik u punya ‘stail’ isi minyak!!”

Kreativiti Yang Hot. Sapa Nak Sewa?

Ahhaaahahah.. sapa2 yang nak sewa untuk pindah rumah boleh cari pakcik ni kat area penang..


Azan Dan Solat Dipersendakan Dalam Gereja



Apa yang dorang fikirkan... Persendakan Agama Orang lain dengan sewenang2nya. Masyaallah.

Berpantang Maut Sebelum Ajal : DItetak 30 Kali



Berpantang ajal sebelum maut. Itu dialami seorang lelaki yang terselamat biarpun ditetak lebih 30 kali dengan parang oleh empat lelaki bertopeng yang memecah masuk kedai motosikal miliknya di Jalan PJS 1/26, di sini.

Akibat kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 malam Sabtu lalu, mangsa yang berusia 40 tahun menerima 27 jahitan di kepala, tangan kanannya hampir putus, selain kecederaan teruk di belakang badan akibat tetakan bertubi-tubi.

Selepas mangsa rebah dan tidak sedarkan diri, kumpulan penjenayah terbabit melarikan wang tunai dan barangan berharga dianggarkan bernilai RM50,000.

Seorang pekerja mangsa yang dikenali sebagai Low, 33, berkata majikannya kini menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya dan akan menjalani pembedahan susulan dalam masa terdekat.

Menceritakan kejadian, Low berkata, keempat-empat penjenayah itu yang menaiki sebuah pacuan empat roda memecah masuk ke dalam kedai tanpa mengetahui mangsa masih berada di situ.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...