Pelik : Hidup Sepenuhnya Dalam Dunia Terbalik. Rumah = hamuR???



Belgrade: Tidak seperti manusia lain, Bojana Danilovic amat unik kerana dunianya boleh dianggap ‘terbalik’ secara keseluruhan dan keadaan itu membingungkan pakar perubatan.

Bagi Bojana, setiap sesuatu yang disaksikannya dilihat terbalik disebabkan perhubungan ganjil bagi otaknya memproses sesuatu imej.

Disebabkan masalah itu, Bojana, 28, dilengkapi skrin komputer dan papan kekunci khas di pejabatnya, selain membaca dari bawah ke atas.

Sesuai dengan tugasnya sebagai pekerja majlis perbandaran di Uzice, barat Serbia, dia juga diberikan borang rasmi khas.

Apabila pulang, dia menonton televisyen dengan cara terbalik juga.

Kata Bojana, orang lain mungkin melihatnya sebagai luar biasa, tetapi dia sendiri hidup normal sepenuhnya. “Saya dilahirkan begitu.

“Ia cuma cara saya melihat dunia berbeza berbanding orang lain,” katanya. Bojana berkata, pakar neurologi di Institut Teknologi Massachusetts dan Universiti Harvard di AS berpendapat, dia menghidap masalah ‘fenomena orientasi ruang’ menyebabkan imej dilihat menjadi terbalik.

Pelik : Tak Sedar Pisau Di Belakang Badan Selama 3 Tahun.



Seorang lelaki Canada tidak perasan terdapat bilah pisau di bahagian belakangnya yang telah berada di situ sejak 3 tahun yang lalu.

3 Tahun yang lalu, Billy McNeely pernah ditikam semasa dia berada di sebuah bar, kajadian itu berlaku kira-kira pada bulan April 2010, dia telah ditikam sebanyak 5 kali dengan sebilah pisau sepanjang 7.5cm.

Pisau itu telah dikeluarkan setelah dia dikejarkan ke hospital yang berdekatan, tetapi pada waktu itu dia tidak diberikan x-ray, dan mereka menyangka yang pisau tersebut telah dikeluarkan sepenuhnya dari belakang badannya.


Sejak itu, Billy sering merasakan sakit di bahagian belakang, dan dia menyangkakan yang itu adalah kesan daripada tikaman tersebut.

Tidak sehingga baru-baru ini, sakit tersebut semakin menjadi-jadi, setelah dia mendapatkan rawatan, pemeriksaan sinar X-ray menunjukkan terdapat sebuah objek tajam yang telah lama berada di belakangnya.

Bahagian pisau itu telah dikeluarkan dan dia kini tidak mengalami apa-apa kesan sampingan lagi.

Namun, dia kesal dengan kecuaian tempat dia mendapatkan rawatan 3 tahun yang lalu, dan berkata akan menyaman tempat tersebut.

Akibat Cemburu Anu Dipotong.


Seorang lelaki berusia 27 tahun yang berasal dari Tay Ninh, Vietnam telah mengalami nasib yang sangat malang apabila pasangannya memotong kemaluannya kerana cemburu.


Menurut sumber, pasangganya itu telah memotong kemaluannya ketika dia sedang tidur, dan dikejarkan ke hospital oleh ahli keluarganya sejurus selepas dia menjerit kesakitan.

Motif utama jenayah tersebut adalah disebabkan cemburu, lelaki itu adalah seorang pemandu bas dan sering memandu ke kawasan-kawasan yang berbeza, wanita tersebut kemudiannya menyangka yang lelaki tersebut curang setiap kali berada di tempat-tempat tersebut.

Semasa kejadian tersebut, wanita tersebut menyembunyikan bahagian kemaluan lelaki tersebut yang dipotong dan enggan mengembalikan untuk disambung semula.

Seelah mendapat rawatan di hospital bandar Ho Chi Minh, doktor mengesahkan yang kemaluan lelaki itu berkemungkinan dipotong oleh pisau cukur yang tajam.

Walaupun tanpa kemaluan, Lelaki tersebut di dalam keadaan stabil.

Apa Punya Bangang : Merompak 7 Eleven Dengan Pistol Tangan.



Perghh…apa punya bangang?

Seorang lelaki dari Manatee telah ditahan kerana merompak sebuah kedai degan senjata ‘pistol tangan’ dari sebuah kedai 7/11 di sana.

Roger Crawford, 42,  telah membuat bentuk pistol menggunakan tanggannya sebelum menerjah masuk ke dalam kedai 7/11 dan mengancam pekerja di sana dengan pistol tangganya itu, kemudiannya dia menuju ke arah peti ais dan memasukkan beberapa minuman di dalam bajunya.

Apabila dia melihat ke belakang dia menjerit ke arah pekerja kedai tersebut,

“Kenapa kamu melihat saya??!!”, sambil mengajukan pistol tangan tersebut ke arah mereka, dan sambil dia mencukan tanggannya ke arah pekerja tersebut dia mengambil lagi beberapa barang daripada rak.

Dia telah mencuri sebuah burger, empat tin minuman, sebuah tin Red Bull dan beberapa kondom sebelum dia keluar.

Apabila dia keluar, seorang anggota polis masuk ke dalam kedai dan setelah diberitahu perkara sebenar Roger telah dikejar dan ditangkap.

Dia telah dipenjarakan diatas kesalahan merompak menggunakan senjata.

Hahaha apa punya bodoh, orang macam ni pun ada?…pergh….

Dimanakah Keadilan Dan Janji Untuk Rakyat.?




Subang Jaya: “Sudah lebih dua minggu penduduk dibebani masalah kerosakan lif dan terpaksa menggunakan tangga sehingga ke tingkat 18,” kata penduduk yang juga orang kelainan upaya (OKU), Masayu Hassan, 30 yang kecewa dengan pihak pengurusan Pangsapuri Lagoon Perdana kerana gagal menangani masalah lif rosak di situ.

Masayu berkata, dia yang tinggal di tingkat dua blok enam kediaman berkenaan tidak berpuas hati dengan pengurusan yang menjanjikan pembaikan lif pada 2 April lalu, tetapi sehingga sekarang masih tidak diselenggara.

“Kedua-dua lif rosak pada penghujung Mac lalu dan pihak pengurusan berjanji untuk membaikinya pada 2 April lalu kerana ketiadaan alat ganti namun sampai sekarang tiada tindakan,” katanya ketika ditemui di pangsapuri berkenaan, di sini, semalam.

Menurutnya, sudah banyak kali dia mengajukan pertanyaan itu namun jawapan sama diberikan kepadanya oleh pihak terbabit.

“Saya mengharapkan jiran yang lalu lalang bagi membantu saya naik serta turun setiap hari dan nasib baik ramai yang membantu,” katanya.

Lebih memberi tekanan apabila dia berasa kurang selesa kerana tangga mudah berpasir apabila kerap digunakan sepanjang lif rosak, malah sampah berselerakan termasuk ada yang meludah di tangga.

Sementara itu, seorang lagi penduduk dikenali sebagai Ahmad, 35, berkata, dia tidak tahan dengan keadaan itu jika ia berlarutan kerana keadaannya yang menghidap asma.

“Saya tinggal di tingkat 15 dan terpaksa menggunakan tangga untuk turun dan naik setiap hari. Saya risau dengan tahap kesihatan saya,” katanya.

Dalam pada itu, Penolong Pengarah Kanan Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Asfarizal Abdul Rashid, ketika dihubungi berkata, ia tanggungjawab Badan Pengurusan Bersama (JMB) untuk menguruskan penyelenggaraan pangsapuri namun pihak MPSJ akan melihat tindakan yang boleh dilakukan jika JMB gagal bertindak.

Bahaya Bom Karbaid : Seorang Kanak2 Melecur Teruk.



“Mak... tolong, muka Wan panas,” rintih Zakuan Syahmi Zaili, 10, yang melecur teruk di muka dan sebahagian badan selepas terkena letupan ‘bom karbaid’ daripada tangki najis di tepi rumahnya di Taman Maju Jaya, Masjid Tanah, dekat sini, kelmarin.

Difahamkan ketika kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari, mangsa tercampak sejauh beberapa meter dan menggelupur kesakitan di atas tanah berikutan kecederaan parah di muka dan badan.

Kejadian berlaku ketika murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Seri Laksamana itu bersama ibunya, Surani Jayali, 48, membersihkan tangki najis di tepi rumah mereka.

Surani yang turut cedera di muka berkata, sebelum kejadian mereka dua beranak bercadang menghapuskan jentik-jentik yang membiak dalam tangki najis berkenaan dengan meletakkan beberapa ketulan karbaid ke dalamnya.

“Anak saya mengadu ada banyak nyamuk di sekitar rumah, jadi kami cuba membakar tempat pembiakan jentik-jentik di dalam tangki najis itu.

Pekerja Kilang Maut Dilanggar.



Seorang pekerja kilang maut dilanggar sebuah kereta ketika menunggu di tepi Jalan Duyong-Bukit Katil di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 6.15 pagi itu, Zainah Adam, 53, menjalani rutin harian menuju ke tempat kerjanya di sebuah kilang di Bachang, namun tertinggal bas dan meminta bantuan rakan, Norhafiza Omar, 27, menjemputnya.

Sejurus membeli kuih jala untuk bekalan, ibu beranak tiga yang menunggu di tepi jalan berdekatan sebuah restoran itu bagaimanapun dilanggar kereta dipandu lelaki berusia 30-an.

Difahamkan, kereta menghala ke Bukit Katil itu terbabas selepas berlanggar dengan sebuah van dipandu lelaki berusia 50-an yang turut berada di jalan berkenaan.

Keadaan itu menyebabkan mangsa yang menetap kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

Kedaifan 5 Beranak Di Pondok Usang.



Kuala Berang “Setiap malam lilin menjadi teman bagi kami sekeluarga kerana rumah bagaikan pondok usang ini tiada bekalan elektrik,” kata Nurul Shuhada Mohd, 27, yang tinggal bersama keluarganya di rumah usang itu di Kampung Payang Kayu di sini, sejak enam bulan lalu.

Sebelum ini dia sekeluarga tinggal bersama ibu bapanya di Kampung Kuala Ping, namun terpaksa berpindah ke rumah usang berkenaan berikutan rumah keluarganya terlalu sesak dengan ahli keluarga lain.

“Sejak berpindah ke rumah usang ini sejak enam bulan lalu dan suami mencari papan sedikit demi sedikit untuk menutup sebahagian rumah yang tidak berdinding.

“Pendapatan suami hanya RM500 sebulan dengan melakukan kerja kampung yang tidak mencukupi untuk perbelanjaan keluarga.

“Keadaan lantai rumah yang reput menyebabkan beberapa kali kaki anak terperosok,” katanya semalam

Mawi Berdamping Dengan Bunian???



“Kami sekeluarga trauma dengan kejadian itu dan terkejut apabila lelaki berkenaan memberitahu terpaksa memecahkan rumah ini selepas ternampak sepasang orang bunian.

“Saya tidak tahu dakwaannya benar ataupun tidak dan berserah sepenuhnya kepada Allah,” kata penyanyi, Asmawi Ani, 32, atau Mawi menceritakan semula kejadian pelik di rumahnya, dekat Bangi Golf Resort, jam 2.30 petang kelmarin apabila seorang buruh Indonesia secara tiba-tiba dirasuk dan mengamuk di rumahnya.

Menurut Mawi, ketika itu dia tiada di rumah kerana ke Sarawak manakala isterinya, Nora Asyikin Rahmat (Ekin), 34 ke ibu kota atas urusan kerja.

Bagaimanapun, selepas kepulangannya, dia diceritakan semula kejadian itu semalam oleh nenek, ibu mentua dan adik iparnya yang melalui detik-detik cemas bersama anaknya, Cahaya Malaika berusia setahun.

Katanya, sebelum kejadian, buruh berusia 40-an itu sedang bekerja di tapak pembinaan berhampiran dan berhenti seketika menjamah makanan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...