Maut : Jaga Lembu Pun Kena Tetak. Dunia oh Dunia



Seremban: Seorang penjaga lembu ditemui mati dibunuh dengan kesan tetakan di kepala dan lengan kirinya dalam kejadian di Kampung Pasir Rantau, di sini, kelmarin.

Sumber berkata, kejadian disedari kira-kira jam 3.20 petang apabila anak majikannya menemui mayat mangsa, R Muthaiya, 48, berlumuran darah dengan kesan kecederaan dipercayai akibat diserang dengan senjata tajam dalam rumah bersebelahan kandang lembu itu.

“Hasil siasatan polis turut menemui barangan berharga milik mangsa dan kejadian dipercayai bukan bermotifkan samun.

“Mangsa yang berasal dari Rawang, Selangor, diupah majikannya untuk menjaga lembu sejak tiga bulan lalu,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.

Menurut sumber, tiada senjata tajam ditemui di tempat kejadian dan motif pembunuhan masih dalam siasatan.

Mana 1 Pilihan Anda 5 Mei Ini.

Jom mai pakat2 pikiq.... mana 1 yang kita nak 5 mei nanti..

Yang Ini.

Ataupun yang ini.

So sama2 la kita fikir, apa yang kita putuskan 5 mei nanti, memerlukan 5 tahun lagi untuk diganti. bukan macam tukar baju men tukar ja.. Janji2 2 2 belah pihak kita tolak ke tepi, fikirkanlah nasib anak2 kita, cucu2 kita masa akan datang, kita hidup dalam aman damai sekarang, jgn lah jadi mcm negara2 arab yang lain. sama2 kita fikirkan..


Man C ke FINAL, Chelsea Tersungkur di Wembley.



Dua jaringan daripada Samir Nasri dan Sergio Aguero membawa Manchester City ke perlawanan akhir Piala FA untuk bertemu Wigan Athletic selepas menumpaskan Chelsea 2-1, di Stadium Wembley, awal pagi tadi.

Juara 2011 akan kembali ke gelanggang sama pada 11 Mei ini, selepas pasukan itu berhempas-pulas mengekang kebangkitan Chelsea pada babak kedua perlawanan.

Pemain antarabangsa Perancis, Nasri membuka jaringan City, yang turut membantu kemenangan pasukannya ke atas Chelsea pada pertemuan Piala Sumbangsih.

Kemenangan yang memang milik mereka selepas dia merembat gol pertama pada minit ke-35 manakala Aguero pula menanduk masuk gol kedua hanya dua minit perlawanan babak kedua bermula.


Demba Ba kemudiannya melakukan libasan akrobatik untuk merapatkan jurang pada minit ke-65 tetapi gagal untuk memberikan lonjakan yang diperlukan untuk menumpaskan City.


Wigan pula yang masih belum selamat pada persaingan Liga Perdana mengatasi Millwall 2-0, di stadium yang sama, Sabtu lalu, untuk ke perlawanan akhir. - Reuters
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...