Celah Kangkang... Pot Terbaek.. Wajib Tengok...

Hais... macam2 dunia sekarang.. Wanita aka perempuan menjadikan pot sulit sebagai tempat persembunyian barangan curi.. dunia oh dunia.. makin teruk zaman sekarang.. asal leh balun. x kira dah, nak rembat ja..




P/s : Tuhan nampak. tapi kat dunia pown dah leh nampak..

Wanita Bertudung Yang Menjatuhkan Martabat Wanita.

Masyaallah, Bila nafsu menguasai diri, lihatlah betapa lemahnya iman seorang wanita bila berhadapan dengan barang perhiasan idaman.




P/s Janganlah menjatuhkan maruah wanita bertudung...

Najwa Latif Lasak Macam Budak Lelaki.



Siapa menyangka daripada sekadar suka-suka memuat naik video nyanyiannya di YouTube, ia akhirnya membawa bintang muda, Najwa Latif, 17, ke tahap sekarang. Cemerlang setakat ini, penyanyi bertudung yang meledak menerusi lagu Cinta Muka Buku ini memang fenomena baru.

Ternyata Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif, punya daya tarikan tersendiri di kalangan remaja.
Pasti ramai yang tertanya bagaimana agaknya sisi hidup penyanyi kelahiran Batu Pahat, Johor ini sebelum bergelar penyanyi. Melihat imej anak kepada pasangan Zarina Saamah dan Abdul Latif Ismail ini sekarang, dia sebenarnya seorang yang lasak sewaktu kecil.

Bertemu sendiri ibunya, di kediaman mereka, di Taman Hajjat, Batu Pahat, Johor, baru-baru ini, banyak cerita lama mengenai anak ketiga daripada empat beradik itu didedahkan. Ikuti cerita itu bersama wartawan RAP, GEORGIE JOSEPH (georgie@mediaprima.com.my).


Hanya ibu yang lebih mengenali anaknya sendiri. Kata Zarina, 49, seperti juga kebanyakan kanak-kanak yang lain, Najwa melalui zaman kecilnya dengan penuh keceriaan dan kenakalan.


Bagaimanapun katanya, Najwa ataupun mesra dengan panggilan Wawa, seorang kanak-kanak yang lebih aktif kalau dibandingkan dengan adik-beradiknya yang lain. Ada saja kelatah Wawa yang membuatkan penat juga orang kalau mengasuhnya.

"Jika bandingkan Wawa dengan kakak dan adiknya, memang dialah yang paling susah nak jaga sewaktu kecil. Wawa seorang yang tidak boleh duduk diam dan mula gelisah kalau dia tidak berbuat apa-apa.

"Kelakuannya tidak ubah seperti budak lelaki yang sangat lasak dan kalau boleh semua benda dia nak buat. Panjat pokok, lumba basikal dan macam-macam yang lasak rasanya semua dia pernah lakukan.

"Paling pantang, kalau jumpa benda baru di situlah dia menunjukkan sifat ingin tahu dan tidak akan puas hati selagi hajatnya tidak kesampaian. Bukan sekadar hendak tahu malah Wawa kalau boleh hendak pegang benda yang dilihatnya terutama haiwan," kata Zarina yang juga seorang guru Bahasa Melayu dan Muzik di Sekolah Kebangsaan Parit Bilal, Batu Pahat.

Disebabkan kenakalan itu juga, Wawa sering kali membuatkannya risau dan bagaimana sibuk sekalipun, dia pasti akan memantau apa lagi yang dilakukannya.
Tidak terlalu memanjakan, dia juga mahu Wawa dapat pengajaran dan pasti akan memarahinya demi mendisiplinkan puterinya itu.

Mengimbau kelasakan Wawa, Zarina masih teringat pernah suatu masa, Wawa membuat dia cemas selepas tercedera akibat bermain basikal. Ketika itu, Wawa baru saja berumur tujuh tahun apabila terjatuh daripada basikal.

"Sepanjang hari insiden itu berlaku, saya awalnya tidak perasaan pun ada sesuatu sudah berlaku. Sehinggalah dia datang menghadap saya sendiri sambil menutup mulutnya dengan muka selamba.

"Apabila Wawa tunjuk saja bibirnya, memang saya terus cemas melihat kecederaan pada bibirnya yang berdarah. Takut saya akan memarahinya, dia berdiam diri sebelum kakaknya memujuk dia untuk memberitahu kemalangan itu kepada saya," katanya.

Sudah adat kanak-kanak kecil, bagaimanapun Wawa mula berubah apabila memasuki sekolah menengah di mana nakalnya tidak lagi seperti sebelum itu dan sewaktu berada dalam tingkatan dua, dia mengambil keputusan untuk mula bertudung.


Sikat jadi mikrofon

Menceritakan bagaimana Wawa mula menunjukkan minatnya dalam bidang nyanyian, Zarina berkata anaknya itu memang sejak kecil sudah suka mendengar lagu dan menyanyi.

Pantang nampak apa juga benda yang boleh dibuat mikrofon seperti sikat, dia akan terus mencapainya dan menyanyi!

"Keempat-empat anak saya memang sukakan muzik dan menyanyi tetapi hanya Wawa yang paling berani untuk beraksi di atas pentas. Pantang tahu mana-mana pertandingan menyanyi, dia mesti nak masuk.

"Masih ingat lagi sewaktu pertama kali dia masuk bertanding ketika dia
darjah empat, tak perlu suruh pun dia terus hendak masuk. Adiknya pula saya suruh masuk kerana waktu itu hanya ada dua peserta saja mendaftar menjadikan kesemuanya tiga peserta. Itulah kemenangan pertama Wawa," imbasnya lagi.

Lagu popular penyanyi Jepun Utada Hikaru, First Love juga menjadi antara lagu kegemaran Wawa sehinggakan berjaya membuatkan delegasi Jepun yang bertandang sewaktu dia baru berada dalam darjah satu memberikannya tepukan gemuruh.

Artis yang menjadi kegemarannya sewaktu kecil pula adalah kumpulan dua beradik, M2M dan setiap kali kumpulan itu muncul di TV, Wawa serta adiknya akan jadi teruja.

"Masa itu, M2M memang sangat top dan tidak terkecuali juga Wawa dan adiknya sangat meminati kumpulan itu. Mereka akan terus ke skrin TV dan berebut menyentuh penyanyi berkenaan," katanya sambil mengakui Wawa mewarisi darah seni daripadanya yang pernah menyanyi ketika muda.


Wawa anak yang patuh

Berbicara mengenai peribadi penyanyi itu pula, menurut Zarina selain menjadi kebanggaan dalam keluarga, mengenali Wawa, dia seorang anak yang sangat patuh dan berhati mulia.

Bukan sengaja hendak memuji melambung anak sendiri namun itulah hakikatnya apabila biarpun berhadapan macam-macam dugaan, Wawa tidak pernah melenting dan terus kekal menjadi dirinya sendiri.

"Sejak kecil lagi, dia memang jenis yang tidak suka berdendam, pemaaf dan tidak pernah menyimpan dalam hati. Pada sayalah dia akan selalu mengadu apa-apa saja masalah dan apabila susah hati, dia akan berterus-terang.

"Dalam kalangan adik-beradiknya, dialah yang selalu mengusik saya, suka bergurau selain menjadi penghibur kami semua. Tidak kisah kepada sesiapapun, dia juga akan sentiasa menjaga tutur-katanya serta tingkah laku dan itulah yang membuatkan saya sangat kagum padanya.

"Dia juga tidak pernah berkira apabila menyentuh mengenai barang-barang dan tidak pernah lokek. Dia akan terima apa saja yang diberinya tanpa merungut dan sentiasa berpuas-hati dengan apa yang dia dapat," katanya.

Selain itu, sifat penyayang penyanyi Kosong itu akan terserlah apabila dikelilingi anak kecil. Sehinggakan, rumah mereka sering dikunjungi budak-budak kerana mahu berbual dengannya.

"Saya pelik apa yang mereka bualkan kerana budak-budak itu akan melepak daripada siang dan kadang-kadang sampai malam di rumah. Wawa memang suka sangat melayan kerenah mereka, namun saya tidak kisah kerana dia pun gembira meluangkan masa bersama mereka," katanya.

Makmal Dadah Dalam Kampung


Kajang: Sepasang suami isteri dan seorang remaja berusia 18 tahun dikesan menjadikan sebuah rumah yang didirikan sendiri di perkampungan Orang Asli Kachau, Ulu Semenyih, dekat sini, sebagai makmal memproses heroin sebelum ia diedarkan ke pasaran tempatan.


Kegiatan yang dipercayai baru dimulakan itu berdasarkan peralatan yang masih baru terbongkar selepas polis yang menerima maklumat awam menyerbu rumah berkenaan, petang Jumaat lalu.

Dalam serbuan kira-kira jam 4 petang itu, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang berjaya menahan pasangan suami isteri berkenaan yang berusia 31 dan 25 tahun serta seorang remaja lelaki.

Pemeriksaan lanjut turut menemui 2,043.30 gram dadah jenis heroin bernilai RM300,000.

Polis turut merampas bahan dan peralatan memproses dadah.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, hasil maklumat orang awam, pihak polis berjaya menemui makmal berkenaan yang dibina dalam sebuah rumah di perkampungan Orang Asli berkenaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...