Sanggupkah Lelaki Beristerikan Wanita Tanpa 'DARA'?


Sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa di negara ini dalam tempoh satu jam, seramai 6 orang gadis kehilangan dara mereka. Satu kajian juga menunjukkan 15.000 anak luar nikah dilahirkan setiap tahun. Perangkaan ini boleh menjadi satu tamparan hebat kepada kaum lelaki yang merancang untuk mendirikan rumah tangga. Ini kerana mereka bakal dihimpit dilema kerana kemungkinan memperisterikan wanita yang telah kehilangan dara sebelum waktunya.

So, persoalan kat sini, adakah lelaki zaman sekarang masih lagi mementingkan status dara pada seorang gadis? Secara ringkasnya ini adalah pendapat peribadi aku, yang mungkin mewakili pendapat sesetengah golongan lelaki.

Aku rasa zaman sekarang ne pun lelaki masih lagi mementingkan status 'dara' seorang gadis. Bagi aku, dara tu melambangkan kesucian,maruah dan keperibadian wanita. Bukan bermaksud wanita yang tidak mempunyai dara itu tidak suci, mungkin mereka sukakan aktivit lasak sehinggakan tanpa disedari mereka kehilangan dara. Kalau macam tu, aku tetap terima melainkan perkara tersebut berlaku kerana zina. Bagi kes lain, seperti mangsa rogol, ianya terpulanglah kepada lelaki untuk menerima atau tidak. Perlu diingatkan, kes seperti mangsa rogol ini berlaku bukan atas kehendaknya.

Sebenarnya, status dara ne perkara yang subjektif. Lain orang lain pemikirannya. Walau bagaimana pun pun, Tuhan dah tentukan jodoh kita. Macam mana sikap kita, begitulah jodoh kita. Jadi, kalau kita mementingkan status dara atau gadis, kita sebagai lelaki kena juga mempertahankan keterunaan kita.

Apa pandangan anda?

Sifat Gadis Yang Membuatkan Lelaki Meluat?


Perasan cantik, tergedik-gedik di hadapan lelaki dan berlakon ala wanita Melayu terakhir. Semua taktik kotor ini membuatkan si jejaka tambah meluat terhadapmu. Sedarlah wahai gadis perbuatan yang ditonjolkan membuatkan jejaka kurang menyenangi dirimu. Oleh itu kenali sifat si gadis yang membuatkan lelaki meluat!

1. Angkuh & Materialistik
Adakah teman lelaki kamu daripada kerabat diraja, anak datuk atau Tan Sri? Kalau bukan, jangan nak berangan seolah-olah kamu orang kaya sangatlah. Memang benar lelaki sanggup mengeluarkan wang demi perempuan yang disayanginya tetapi jika dah teman istimewanya asyik nak mengikis dan berlagak ala Paris Hilton, mana ada lelaki yang mampu bertahan dengan sikap tersebut. Janganlah kamu terlalu bergantung harap dengan teman lelaki. Awasi perbelanjaan dan berdikarilah sendiri.

2. Pasif Luar Biasa
Lelaki amat menyukai gadis yang sopan dan tahu menjaga diri tetapi bukan bererti kamu perlu pasif dalam segala tindakan. Kadangkala lelaki juga suka sekiranya si gadis yang bertindak memulakan sesuatu. Kamu perlu aktif dan agresif dalam segala hal serta bijak berdikari.

3. Queen Control
Jangan nak jadi pengawal tanpa gaji pula. Cukuplah hanya sekadar mengambil berat terhadap diri mereka. Tidak perlu rasanya kamu perlu menyekat setiap pergerakan dan mengawal seluruh aktiviti si jejaka. Semua manusia tidak suka apabila kehidupan mereka dikongkong sehingga menimbulkan rasa benci dalam diam. Lebih baik kamu menjaganya dengan kasih sayang dan bukan menjadi queen control yang terlampau!

4. Merungut Tentang Tubuh Sendiri
“Saya nampak gemuk tak?” atau “Kulit saya nampak gelap kan?”. Selalu sangat bertanyakan soalan yang sama, akan mengundang rasa muak si jejaka dengan skrip yang kamu lontarkan kepadanya. Kebanyakan gadis sering merasakan bentuk tubuh mereka tidak secantik bak model. Mana nak cantik kalau setiap kali keluar pasti kamu wajib singgah untuk makan. Jadi cerminlah diri kamu sepuasnya, barulah kamu boleh mengulangi soalan tadi kepada si dia.

5. Membebel & Mengeluh
Siapa yang tidak bosan apabila setiap kali bertemu telinga dihidangkan dengan leteran dan bebelan yang menyakitkan telinga. Daripada hal pekerjaan, teman-teman dan halhal di rumah, ada saja yang tidak kena. Sifat gemar membebel ini boleh menyebabkan si jejaka hilang sabar dan berkemungkinan di saat kamu sedang berleter si jejaka akan mengatakan “kita berpisah”.

6. Bercerita Tentang Lelaki Lain
Berhentilah bercerita atau memuji lelaki lain di hadapannya. Tanpa kamu sedari, ia mampu membuatkan si dia terasa dan meluat dengan setiap pujian yang kamu lemparkan untuk lelaki lain. Jadi kalau nak memuji lelaki lain, silalah puji di belakang si jejaka.

7. Terlebih Berdandan
Kebanyakan lelaki lebih menyukai gadis yang memiliki kecantikan semula jadi berbanding mereka yang suka berhias dan berdandan secara keterlaluan. Lelaki akan naik jengkel sekiranya kamu selalu lewat untuk ke sesuatu acara atau temu janji hanya kerana kamu berdandan melebihi masa yang mereka inginkan.

Apa Perempuan Buat Bila Putus Cinta?


Siapa yang tak pernah putus cinta? Angkat tangan ye nak kira. Ada jugak yang tak pernah? Anda memang rugi sebab tak dapat merasai apa yang orang putus cinta rasa..hehehe..Ok, kalau anda nak rasa, selepas baca entri ne, sila mintak putus dengan pasangan anda dan tanya dia apa yang dia akan buat bila putus cinta.

Putus cinta ne dah jadi sebahagian daripada hidup. Orang kata cinta pertama susah nak kekal. Kalau ada pun jarang. Bila berjauhan, mula la cinta tu beralih pada orang lain. Antara lelaki dan perempuan, rasanya perempuan take seriously pasal putus cinta ne. So, bila putus cinta perempuan biasanya akan buat salah satu daripada yang di bawah ne. (hasil daripada aku punye survey)
________________________________________________________________________________

1. Mereka akan mengunci pintu bilik, tutup semua lampu untuk menangis meratap dan meraung sekuat-kuatnya. Alahai, macam tak ada lelaki lain dah kat dunia.

2. Mereka akan koyak gambar, kad birthday, kad hari raya kecuali kad top up dan benda-benda lain yang bila diorang tengok rasa geram, benci dan menyampah.

3. Mereka akan makan banyak-banyak untuk hilangkan kesedihan tu. Sebab tu la, tengok perempuan bila putus cinta badannya akan menjadi chubby.

4. Mereka akan segera tukar sim card lama dengan beli sim card baru.

5. Mereka sanggup campak handphone dekat dinding. Berkecainya handphone tu seperti hancurnya luluh hatinya.

6. Lebih pedih lagi bila terkeluar ayat "ko bengong, bodoh, b*bi" pun keluar sebab marah dan kecewa.

7. SMS kat bekas kekasih guna ayat syahdu "sampai hati awak buat kat saya macam ne".

8. Hantar lagu cinta tangkap leleh yang pernah menjadi lagu bersama kepada bekas kekasih agar menerimanya kembali.

9. Layan lagu jiwang yang sedih-sedih sambil air mata deras mengalir hingga bengkak mata.

10. Pergi kuliah pun dengan muka seposen. Orang tanya sepatah dia cakap sepatah. Orang tengah bersedih. Kalau pergi exam rasanya boleh repeat paper.

11. Beli tiket balik kampung jumpa mak bapak. Alasan balik cakap rindu pada keluarga padahal bawa diri sebenarnya.

12. Ada jugak yang sedihnya tak sampai 10 minit terus gembira balik macam tak ada pe pun. Biasalah, dah pasang bf lain awal-awal lagi. Cuma cari alasan je nak putus.

Entri yang mesti korang baca : Apa Lelaki Buat Bila Putus Cinta?

Apa Lelaki Buat Bila Putus Cinta?


Masa bercinta semua indah. Kentut pun wangi. Jalan pun tak jejak kaki. Senyum meleret sampai ke telinga. Pendek kata semua gembira sakan la. Tapi bila putus cinta orang tengok pun kesian. Muka masam 24 jam. Ada juga sanggup terperap dalam bilik, siap tulis sign no entry lagi. Macam ne la adat bila orang putus cinta. Sebelum ne aku ada tulis entri pasal Apa Perempuan Buat Bila Putus Cinta. Sekarang giliran lelaki pulak. So, bila putus cinta lelaki biasanya akan buat salah satu daripada yang di bawah ne.
______________________________________________________________________________

1. Buat-buat cool sedangkan dalam hati menangis. Segagah mana pun lelaki, tapi dalam bab putus cinta ne berderai jugak air mata tu.

2. Lebih suka menyendiri dan jadi lebih pendiam. Tapi tak lama, seminggu je. Dalam tempoh 'period' ne, dia berusaha nak buang semua kenangan bersama bekas kekasih dia tu.

3. Tutup lampu dan terus masuk tidur walaupun time tu baru pukul 8. Bila roomate tanya kenapa dia jawab "penat main bola petang tadi".

4. Mula merokok sebab nak lupakan kisah lama. Pekena 2 3 batang rokok terus khayal. Jangan terpengaruh dengan dadah sudah la. Ingat, bunga bukan sekuntum.

5. Jadikan bekas kekasih sebagai kawan. Kalau lelaki yang jenis tak kisah walaupun dah putus, tetap berkawan. Kalau lelaki yang emo, bila dah putus cinta tu maknanya putus segalanya.

6. Layan dengar lagu jiwang. Tapi tak pasang kuat takut kantoi. Guna dengar earphone sambil-sambil mengimbau balik kenangan terindah dengan bekas kekasih.

7. Mula bersosial. Kalau dulu, nak lepak dengan kawan tak ada masa sebab duk berkepit dengan awek. Bila dah putus, 25 jam habiskan masa dengan lepak kat luar.

8. Tak kisah dah pasal handphone. Campak macam tu je. Kadang-kadang top up. Bukan ada orang nak SMS pun katanya kecuali Celcom je.

9. Masih mengharapkan bekas kekasih dia tu bertanya khabar walaupun satu SMS je.

10. Semua barang dan hadiah yang bekas kekasih dia bagi akan diletakkan dalam kotak dan disimpan dalam stor.

11. Ada jugak yang mula merefleksi kekurangan diri. Kalau masa kapel dulu, pakai selekeh je. Bila dah putus cinta, pandai berfesyen dah.

12. Berubah menjadi playboy dengan alasan nak ubati kekecewaan dan balas 'dendam' terhadap bekas kekasih dia pernah buat.

Entri yang korang mesti baca : Apa Perempuan Buat Bila Putus Cinta?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...