PANAS | BUSUK SEPAK AKU SEBAB SSH SERVER.

Bypass Celcom dan Macam2 Lagi.

Panas!!! panas!!! hati sape tak panas beb bila busuk bagi alasan blog kena reject sebab bot. blog baru, takde setting SEO apa lagi, keja buat posting jer, apply la busuk nak kan trafik yang power bak kata orang trafik busuk ni ORI,

Tetiba check kat Domain Name Your Domain BANNED?? apa semua ni, alasan BOT?? lagi tak masuk akal kan, sapa yang baca artikel ni cer jenguk blog ni bot ker..


Untuk pengetahuan admin busuk, aku pakai ssh server sebab nak main blog dengan 5gb kuota celcom memang aku tak dapat la, sehari 1gb habis, jadi alternatifnya aku kena la ikut jalan belakang pakai ssh server, memang la ip kejap sana kejap sini, kejap japan, usa, sg, id.. nama pun pakai proxy. Takkan sebab tu kena ban atas alasan BOT.

Aku kadang-kadang tak faham dengan semua nih, kalau betul bot bagi la penjelasan,sebab aku set Do-Follow ke kena ban? Macam mana dengan blog-blog lain yang penuh dengan bot-bot enjin dabel tu. 

Kadang-kadang sistem busuk kadang tak detect pun widget yang dipasang, jadi trafik pun bermasalah, jadi rasa macam down jugak la bila kena macam ni, sebelum ni tak pernah lagi blog-blog aku kena banned ngan ping busuk nih, menyirap ja rasa.

Cadang nak buat tutorial pasal SSH dan tool lain untuk unlimited Celcom dan adik beradik dia, rasa tak ada mood la plak, kang ramai lak kena ban sebab pakai SSH server.

Yang nak tahu pasal bypass kuota, unlimited tu komen2 la,,, malas dah nak wat entry..

P/s Ilang mood nak berblog ptg nih.

INFO | JPJ! AGENDA DISEBALIK PLAT TINTED.

Tinted / Plat lak jadi kambing hitam

Selamat petang semua, apa lagi musibah yang menimpa rakyat Malaysia sekarang ini, GST menanti, JPJ lak x henti-henti, kita pulak yang terpaksa berhenti-henti takut tak langsai saman sampai mati.

Isu AES pun tak habis-habis lagi, ditambah pulak plat dan tinted yang menyakitkan hati. Kononnya sebab plat eksiden terjadi. Mohon pencerahan yang setelusnya dari JPJ, apa kena mengena plat dan eksiden?? apa kena mengena Messi dan badminton??? dua-duanya bidang sukan tapi sukan yang berlainan!!!

Takde Plat tp Pelik
Ok kita tengok gambar kat atas, ramai takkan perasan tak de no plat, sebab mata tertumpu kat tempat lain, jadi apa motif JPJ cakap plat punca eksiden, what the bangang sey. Sudahlah kos sara hidup makin meningkat, asal nak cekik rakyat sampai macam ni sekali, 80% kenderaan bermotor kat Malaysia ni sah-sah tak ikut spesifikasi yang ditetapkan, JPJ dah buat bancian ke sebelum nak buat undang-undang baru, Yang buat undang-undang takpe gaji dah ribu raban, cuba fikir rakyat yang gajinya bawah seribu, sudahlah kawasan pedalaman pun kena operasi, beraoa harga getah sekarang, nak makan pun rakyat kena ikat perut, ni nak bayar saman sampai mampos.

Org somalia mati tak cukup makan, tapi takde mati dalam hutang, rakyat Malaysia In Sya Allah mati dalam hutang.

Saya mewakili penduduk-penduduk yang berpendapatan kurang ni memohon kepada pihak KERAJAAN agar meneliti dari semua aspek sebelum sebarang undang-undang dikuatkuasakan.
Kecuaian memandu, mabuk ketika memandu punca 90% kemalangan dia dalam Malaysia, mengapa tidak mengharamkan penjualan ALKOHOL dalam negara?? Apa?? Punca pendapatan negara. Sampai bila yang kaya akan lebih kaya dan yang susah akan makin kedana. Tolong selami hati rakyatmu wahai PMku YAB Dato Seri Najib.

Janganlah terlalu mendongak ke langit demi mencapai cita-cita negara maju sedangkan rakyat dibiarkan kelemasan. Apa motif JPJ ni.. jom kita pakat-pakat sebarkan artikel macam ni hingga sampai ke paparan JPJ dan KERAJAAN. Moga ada sinar keinsafan di hati mereka-mereka itu.



Dah penat tangan menaip, rasa lapar la pula, so nak makan jap.. Tgu.. idea mai lagi... aku putar lagi... putar lagi JPJ.. wang besar wang besar...

P/s Cukup syarat nampak JPJ patah balik.


SUKAN | DATUK LEE CHONG WEI DISAHKAN POSITIF UJIAN KEDUA.

Datuk Lee Chong Wei telah digantung sementara oleh Persatuan Badminton Dunia (BWF) sehingga segala proses siasatan berjalan, dan jika beliau didapati benar-benar bersalah beliau akan digantung selama dua tahun.

Sidang media keputusan ujian doping kedua Datuk Lee Chong Wei.

Sementara itu Datuk Lee Chong Wei menegaskan beliau mengambil streroid yang digunakan kepada atlet untuk proses pemulihan daripada kecederaan. Sementara mahkamah belum membuat sebarang keputusan beliau dilarang daripada menyertai mana-mana kejohanan.

"Saya ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, kami telah menerima surat bertarikh 7 November dari BWF memaklumkan hasil ujian sampel B. Hasilnya MENGESAHKAN kewujudan deksametason. Bahan ini bukan dadah peningkatan prestasi, "kata Norza. Timbalan Presiden BAM.

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk berita The Star Online.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...