PANAS | BUSUK SEPAK AKU SEBAB SSH SERVER.

Bypass Celcom dan Macam2 Lagi.

Panas!!! panas!!! hati sape tak panas beb bila busuk bagi alasan blog kena reject sebab bot. blog baru, takde setting SEO apa lagi, keja buat posting jer, apply la busuk nak kan trafik yang power bak kata orang trafik busuk ni ORI,

Tetiba check kat Domain Name Your Domain BANNED?? apa semua ni, alasan BOT?? lagi tak masuk akal kan, sapa yang baca artikel ni cer jenguk blog ni bot ker..


Untuk pengetahuan admin busuk, aku pakai ssh server sebab nak main blog dengan 5gb kuota celcom memang aku tak dapat la, sehari 1gb habis, jadi alternatifnya aku kena la ikut jalan belakang pakai ssh server, memang la ip kejap sana kejap sini, kejap japan, usa, sg, id.. nama pun pakai proxy. Takkan sebab tu kena ban atas alasan BOT.

Aku kadang-kadang tak faham dengan semua nih, kalau betul bot bagi la penjelasan,sebab aku set Do-Follow ke kena ban? Macam mana dengan blog-blog lain yang penuh dengan bot-bot enjin dabel tu. 

Kadang-kadang sistem busuk kadang tak detect pun widget yang dipasang, jadi trafik pun bermasalah, jadi rasa macam down jugak la bila kena macam ni, sebelum ni tak pernah lagi blog-blog aku kena banned ngan ping busuk nih, menyirap ja rasa.

Cadang nak buat tutorial pasal SSH dan tool lain untuk unlimited Celcom dan adik beradik dia, rasa tak ada mood la plak, kang ramai lak kena ban sebab pakai SSH server.

Yang nak tahu pasal bypass kuota, unlimited tu komen2 la,,, malas dah nak wat entry..

P/s Ilang mood nak berblog ptg nih.

INFO | JPJ! AGENDA DISEBALIK PLAT TINTED.

Tinted / Plat lak jadi kambing hitam

Selamat petang semua, apa lagi musibah yang menimpa rakyat Malaysia sekarang ini, GST menanti, JPJ lak x henti-henti, kita pulak yang terpaksa berhenti-henti takut tak langsai saman sampai mati.

Isu AES pun tak habis-habis lagi, ditambah pulak plat dan tinted yang menyakitkan hati. Kononnya sebab plat eksiden terjadi. Mohon pencerahan yang setelusnya dari JPJ, apa kena mengena plat dan eksiden?? apa kena mengena Messi dan badminton??? dua-duanya bidang sukan tapi sukan yang berlainan!!!

Takde Plat tp Pelik
Ok kita tengok gambar kat atas, ramai takkan perasan tak de no plat, sebab mata tertumpu kat tempat lain, jadi apa motif JPJ cakap plat punca eksiden, what the bangang sey. Sudahlah kos sara hidup makin meningkat, asal nak cekik rakyat sampai macam ni sekali, 80% kenderaan bermotor kat Malaysia ni sah-sah tak ikut spesifikasi yang ditetapkan, JPJ dah buat bancian ke sebelum nak buat undang-undang baru, Yang buat undang-undang takpe gaji dah ribu raban, cuba fikir rakyat yang gajinya bawah seribu, sudahlah kawasan pedalaman pun kena operasi, beraoa harga getah sekarang, nak makan pun rakyat kena ikat perut, ni nak bayar saman sampai mampos.

Org somalia mati tak cukup makan, tapi takde mati dalam hutang, rakyat Malaysia In Sya Allah mati dalam hutang.

Saya mewakili penduduk-penduduk yang berpendapatan kurang ni memohon kepada pihak KERAJAAN agar meneliti dari semua aspek sebelum sebarang undang-undang dikuatkuasakan.
Kecuaian memandu, mabuk ketika memandu punca 90% kemalangan dia dalam Malaysia, mengapa tidak mengharamkan penjualan ALKOHOL dalam negara?? Apa?? Punca pendapatan negara. Sampai bila yang kaya akan lebih kaya dan yang susah akan makin kedana. Tolong selami hati rakyatmu wahai PMku YAB Dato Seri Najib.

Janganlah terlalu mendongak ke langit demi mencapai cita-cita negara maju sedangkan rakyat dibiarkan kelemasan. Apa motif JPJ ni.. jom kita pakat-pakat sebarkan artikel macam ni hingga sampai ke paparan JPJ dan KERAJAAN. Moga ada sinar keinsafan di hati mereka-mereka itu.



Dah penat tangan menaip, rasa lapar la pula, so nak makan jap.. Tgu.. idea mai lagi... aku putar lagi... putar lagi JPJ.. wang besar wang besar...

P/s Cukup syarat nampak JPJ patah balik.


SUKAN | DATUK LEE CHONG WEI DISAHKAN POSITIF UJIAN KEDUA.

Datuk Lee Chong Wei telah digantung sementara oleh Persatuan Badminton Dunia (BWF) sehingga segala proses siasatan berjalan, dan jika beliau didapati benar-benar bersalah beliau akan digantung selama dua tahun.

Sidang media keputusan ujian doping kedua Datuk Lee Chong Wei.

Sementara itu Datuk Lee Chong Wei menegaskan beliau mengambil streroid yang digunakan kepada atlet untuk proses pemulihan daripada kecederaan. Sementara mahkamah belum membuat sebarang keputusan beliau dilarang daripada menyertai mana-mana kejohanan.

"Saya ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, kami telah menerima surat bertarikh 7 November dari BWF memaklumkan hasil ujian sampel B. Hasilnya MENGESAHKAN kewujudan deksametason. Bahan ini bukan dadah peningkatan prestasi, "kata Norza. Timbalan Presiden BAM.

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk berita The Star Online.

SELEBRITI | #HOT AWAL ASHAARI MARAH LAZADA???

Awal Ashaari bengang LAZADA

Sekarang ni dah jadi trend untuk membeli-belah menerusi atas talian sahaja kan? Sesetengah orang berpendapat bahawa ia lagi mudah dan menjimatkan masa.

Mana taknya, anda tak perlu nak tempuh jalan jam, tak perlu berpusing satu shopping mall untuk cari parking dan tak perlu untuk angkat barang berat-berat. Hanya dengan klik dan klik, semua barang akan dihantar terus ke rumah.

Tapi, setiap perkara mesti ada keburukannya. Terkini, pengacara popular, Awal Ashaari nampaknya dah naik angin dengan perkhidmatan online department store, Lazada yang telah membatalkan pesanannya.

HOT | BILA KEPALA LETAK KAT LUTUT.

Kota Bharu: Padah mencuri motosikal, seorang pelajar tingkatan tiga dicederakan dan dibogel penduduk kampung sebelum diserahkan kepada polis di Masjid Pauh Lima, Binjai, di sini, malam tadi.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu, pelajar terbabit dikatakan cuba melarikan sebuah motosikal milik kariah masjid itu berusia 61 tahun yang dikatakan solat Isyak.







“Dia cuba mencuri motosikal jenis Honda EX5 berwarna hitam tetapi tidak berjaya dan ditahan orang ramai yang baru selesai solat sebelum dipukul dan dibogelkan.



“Akibatnya, remaja itu cedera di bahagian atas kepala dan lebam di belakang badan, tangan, bahu selain kaki.

“Dia menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan kini ditahan reman,” katanya di sini, tadi.

Lai berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 379A/ 511 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Mufti Kelantan Datuk Muhamad Shukri Muhamad menyelar tindakan kariah Masjid Pauh Lima, Binjai, yang bertindak membogelkan seorang pelajar kerana mencuri.

“Kita tak boleh ambil tindakan sendiri yang menyimpang dari undang-undang negara dan hukuman tidak boleh diambil mengikut pandangan kita semata-mata.

“Islam sendiri menegah kita menelanjangkan keaiban seseorang walaupun orang itu melakukan kesalahan.

“Jadi tindakan diambil itu sangat tidak sesuai dan jauh daripada konsep Islam yang syumul,” katanya ketika dihubungi di sini, petang ini.

Muhamad Shukri berkata, seseorang dianggap berdosa jika mengenakan hukuman dengan cara salah.

“Sebagai umat yang patuh, kita berpegang kepada akhlak Islam dan ini perlu sentiasa dipupuk dalam diri termasuk dalam setiap tindakan yang kita ambil.

“Orang mencuri, dia memang salah, tapi kita yang menahannya tidak boleh juga melakukan kesalahan. Telanjangkan dia, itu sudah dikira bersalah,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa merujuk pihak berkuasa sebelum mengambil tindakan yang boleh memudaratkan diri sendiri.

-Harian Metro-

P/s Bila akal diatasi kemarahan, kewarasan pun hilang

INFO | TIPS MENGHADIRI TEMUDUGA SPA.

Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari ni semangat nak cerita pasal temuduga SPA.

Temuduga SPA

Ok. Mungkin ramai yang dah pernah melalui temuduga SPA dan tak kurang juga yang gagal. Dari pengamatan Papa, ramai yang ambil remeh benda yang tidak sepatutnya remeh.Kadang-kadang apa yang kita fikirkan remeh itu mendatangkan markah bonus yang tinggi dalam sesuatu itu.

Jadi kita bincang pasal SPA maknanya kerajaan la kan. Semua dah tahu etika berpakaian untuk temuduga kerajaan? Rasa ramai yang x berapa tahu kot. Ok kat sini Papa listkan apa yang penting semasa Temuduga kerajaan.

1 - Etika Berpakaian
- Lelaki 
  • Berbaju putih lengan panjang.
  • Bertali leher
  • Berseluar hitam
  • Berkasut hitam (bertali)
  • Berkot (bagi pemegang ijazah dan keatas)
- Perempuan
  • Berbaju kurung (berpakaian sopan bagi bukan Islam)
  • Berkasut hitam (bertali)
  • Berstokin
  • Berkot (bagi pemegang ijazah dan keatas)
2 - Susunan Fail Sijil / Diploma / Ijazah dan keatas. (Salinan)
  1. Kad Pengenalan
  2. Surat Beranak
  3. Sijil SPM
  4. Sijil dari Politeknik dan sebagainya
  5. Diploma
  6. Ijazah dan keatas
  7. Sijil berhenti sekolah
3 -Susunan Fail Sijil / Diploma / Ijazah dan keatas. (Tulen)
  1. Kad Pengenalan
  2. Surat Beranak
  3. Sijil UPSR
  4. Sijil PMR
  5. Sijil SPM
  6. Sijil Poli
  7. Diploma
  8. Ijazah dan keatas
  9. Sijil berhenti sekolah
  10. Transkrip peperiksaan
  11. Sijil sijil aktiviti luar dan kursus
4 - Ketuk pintu sebelum masuk. ( Yang ni PENTING )
5 - Anda perlu mengetahui tugas-tugas dan tanggungjawab bagi jawatan yang dipohon.
6 - Lengkapkan diri dengan isu-isu semasa yang sedang hangat. 

Itu sahaja yang Papa rasa Papa boleh kongsikan untuk adik-adik yang akan menghadiri temuduga SPA.
Moga dengan artikel ini dapat membantu semua.

P/s Benci kabel-kabel ni



#HOT | KES BULI MRSM BALIK PULAU. SEMUA DIBERKAS


#Tangkapan Melibatkan Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau

Pada 27 OKT 2014 jam 1246 satu laporan Polis telah dibuat di Balai  Polis Balik Pulau.Butirx pengadu adalah seperti berikut adalah seperti berikut :-

Nama : Insp Boby bin Tamat
No Kpt : G/18785
Alamat : Kuarters Pegawai Kanan PDRM IPD Barat Daya,Balik Pulau,Pulau Penang
Pekerjaan: Pegawai Kanan Polis

Butirx Laporan Polis

# Pada 27 OKT 2014 jam lebih kurang 1215,bersabit Balik Pulau Rpt 3177/2014 Seksyen 147 KK,pengadu bersama sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Barat Daya telah menahan 4 remaja lelaki berbangsa Melayu di Perkarangan MRSM Balik Pulau,Balik Pulau,Pulau Pinang.Pengadu telah memperkenalkan diri sebagai Pegawai Kanan Polis dengan menunjukkan kad kuasa kepada kesemua remaja berikut.Berikut adalah butirx remaja berikut :-

Nama : Muhamad Hanif bin Mohamad
No KPT : 980324075591
Alamat : No 31 Jalan Sungai Abdul,Pekan Baru Teluk Air Tawar,13050 Butterworth,Pulau Pinang

Nama : Muhammad Nabil bin Razali
No KPT : 980223075277
Alamat : No 199 Lahar Ikan Mati,13200 Kepala Batas,Pulau Pinang

Nama : Amin Muqri bin Rosli
No KPT : 981125027559
Alamat : No 1023 Titi Mukim Teluk Air Tawar,13050 
Butterworth,Pulau Pinang

Nama : Muhamad Rafiq Hakim bin Bakhtiar
No KPT : 980703075145
Alamat : A-05-05 Pangsapuri Bay Hilir,Sungai Pinang,11600 Georgetown,Pulau Pinang

#Tangkapan dibuat berhubung pergaduhan yang melibatkan pelajar asrama sekolah berkenaan sehingga mengakibatkan seorang pelajar mengalami kecederaan patah salah satu tulang rusuk serta lain-lain kecederaan. 3 orang daripada pelajar yang ditahan merupakan pelajar tingkatan 4 di sekolah tersebut manakala seorang pelajar adalah tingkatan 3.Difahamkan keempat-empat pelajar berkenaan telah dibuang sekolah sebelum tangkapan dibuat.Kesemua yang ditahan telah dibawa ke IPD Balik Pulau untuk tindakan lanjut.Kes disiasat oleh Insp Boby bin Tamat-Pegawai Penyiasat JSJ IPD Barat Daya,Pulau .Pinang.Untuk maklumman tuan

PELAJAR KES BULI DI ASRAMA DI KENALPASTI

Ribut sejenak facebook dengan video asrama tomoi.
Untuk tatapan semua. Inilah wajah remaja bersinglet hitam dalam video tersebut.


Pelajar sekolah agama tapi sayang akal pendek.

POLITIK # Dato Seri Anwar Terjerat.

Wajah sugul Dato Seri
Hai semua. sekian lama Tin Kosong menyepi. Rasa terpanggil untuk mengupas apa sebenarnya senario politik Malaysia hari ini. Tin Kosong bukanlah pakar dalam arena politik Malaysia terutamanya.

Proses rayuan berterusan tanpa ada tanda-tanda yang menyebelahi mana-mana pihak. Namun desas desus mengatakan yang rayuan ini akan ditolak. Sama-sama kita nantikan keputusan mahkamah.

Terpanggil dek kekalutan dan kekacauan yang mahasiswa kita timbulkan. Tin Kosong tertanya-tanya adakah berbaloi untuk melakukan apa sahaja demi seorang ahli politik. Ahli politik yang sedia ada dalam malaysia telah lama mengamalkan politik kotor, baik dari pihak kerajaan mahupun pembangkang. Dimana akal dan fikiran kita sebagai manusia yang hanya membuta tuli berpiket dan mengamalkan himpunan beramai-ramai dalam menyuarakan pendapat dan menegakkan pendapat masing-masing.

Dalam keamanan yang dicapai, adakah kita berpuas hati hidup sebegini. Hidup diatur bagaikan tiada daya untuk mendongak. Ibarat mentimun, Tapi apa jua daya andai hanya kita yang tersedar sedangkan pimpinan-pimpinan dari kerajaan dan pakatan masih leka berpolitik,

Terhujah lebih pula, Nantikan keputusannya nanti.

MARIO BALOTELLI : Hakikat Sebenar Seorang Insan Bernama Balotelli.

Salam. Kita banyak memuji Cristiano Ronaldo tetapi pernahkah anda terfikir seorang pemain yang seakan samseng begitu tulus hatinya, Beliau mendermakan 50% gajinya untuk pembangunan kanak - kanak di Afrika, Alangkah indahnya hidup jika jutawan2 dari Islam khusunya jutawan arab mempunyai hati semurni beliau.


P/s : Kat Malaysia ada x camni.. huhuhu

LELAKI BERANI MATI...OHHH..

Salam. Dia ni sebab singa takut kat dia or dia mang tak takut mati nih.


VIDEO Kemalangan Keretapi Laju Di Sepanyol 80 Maut.

Keretapi laju yang memakan korban seramai 80 orang. Dahsyat. Moga x terjadi di negara kita.



Ibu Bertaubat Yer... Adik Sayang Ibu...

Bulan 1: Ibu, panjang adik cuma 2 cm, tapi adik sudah ada dalam badan ibu.. Adik sayang ibu , bunyi degupan jantung ibu menjadi musik terindah yang menemani adik di sini..

Bulan 2: Ibu, adik dah boleh merasa jari jemari, di sini terasa hangat bu, nanti kalau adik dah keluar, ibu janji nanti kita main sama-sama ya..

Bulan 3: Ibu, biar pun adik belum tahu jenis jantina adik, tapi apa pun adik harap ibu & ayah bahagia apabila adik dilahirkan.. Jangan menangis ya bu, kalau ibu menangis, adik juga ikut menangis..

Bulan 4: Ibu.. rambut adik dah mula tumbuh, adik dah boleh menggerakkan kepala ke kiri dan kanan..

Bulan 5: Ibu.. tadi jumpa doktor ya, doktor cakap apa..? Αpa benda D&E tu bu.? Αdik takkan di apa-apa kan ya bu..?


Bulan 6: Ibu jumpa doktor tu lagi ya..? Bu, tolong bagi tahu doktor tu, adik di sini sihat-sihat saja ..! Tapi kenapa doktor tu masukkan benda tajam..? Benda tajam tu mula memotong rambut adik, bu tolong adik, adik takut.. Benda tajam tu pula memotong kaki adik, sakit bu..

Walaupun adik dah tiada kaki, adik masih ada tangan yang boleh memeluk ibu.. Bu, kenapa benda itu sekarang memotong tangan adik, ibu tolong adik.. Adik janji tak akan nakal-nakal dengan ibu..

Tapi, biarpun adik sudah tiada tangan dan kaki, adik masih ada mata dan telinga untuk melihat senyuman ibu, mendengar suara ibu, tapi .. Benda itu sekarang sudah mula memotong memutuskan leher adik, ibu.. Maaf bu.. Berilah adik kesempatan hidup, adik sayang ibu, adik teringin nak memeluk ibu..

Bulan 7: Ibu, adik di sini sihat-sihat saja, adik dah berjumpa dengan Tuhan di Syurga, Tuhan telah mengembalikan semua organ tubuh adik yang dipotong benda tajam itu.

Tuhan telah menyuruh bidadari menjaga, memeluk, memegang tangan, mengendong adik dengan lembut, dan lalu Tuhan membisikkan, memberitahu apa itu D&C.. Kenapa ibu tetap melakukannya..? Kenapa ibu tak nak bermain dengan adik..? Αpa salah adik bu..?

Ibu bertaubat ya, semoga Tuhan menempatkan ibu di sini, nanti kita main-main disini, dan jangan lupa ajak ayah juga ya bu..


P/s : Berfikirlah sebelum melakukan sesuatu. Ingat Allah S.W.T

Ramadhan : Doa Solat Terawih Selepas 4 Rakaat.


Haish jangan pulak lupe nak bace doa ni lepas genap empat rakaat shalat Tarawih, kebiasaan di Malaysia ni memang ada doa setelah genap empat rakaat shalat Tarawih. Dengar cerita, sebelah Arab sane ada yang terus sambung walaupun genap empat rakaat shalat Tarawih.

Tak perlu diperpanjang lagi cerita, kalau sekadar ingin tahu, boleh search di Internet.. hehe.. saye nak share satu pic tentang Doa Selepas 4 Rakaat Shalat Tarawih pada sahabat semua, walaupun mungkin kita mempunyai ilmu yang luas, tapi sebaiknye kite lebih menghormati jemaah surau / Masjid di tempat yang secara adat atau kebiasaan mereka buat bacaan doa selepas genap empat rakaat shalat Tarawih.

Tak payah buat kontroversi, hafal je doa kat atas dan baca selepas genap empat rakaat shalat Tarawih, settle masalah.. Ok?

"Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh...."( Surah Al-Kahfi : Ayat 110 ).

SFI dan Komisen.

Hello.
Jom sertai program affiliate SFI.

Dah 6 bulan join dan inilah hasilnya.
Bagi yang berminat Boleh KLIK DISINI untuk DAFTAR


Punca Jenayah Berat Kian Memuncak Di Malaysia


16 September 2011, Perdana Menteri Malaysia, Najib Abdul Razak mengumumkan Kerajaan Malaysia memansuhkan tiga proklamasi darurat sekaligus menghapuskan undang-undang ISA dan Ordinan Darurat.
pemansuhan ISA 1960 adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai negara pengamal demokrasi terbaik di dunia. Malah ianya merupakan salah satu daripada perjalanan transformasi negara.

Khamis 19 Julai, Kementerian Dalam Negeri membebaskan 1,473 orang banduan yang sebelum ini ditahan di bawah Ordinan Darurat, Akta Kediaman Terhad 1933 dan Rang Undang-Undang Buang Negeri (Pemansuhan) 2011.

Antara banduan-banduan yang dibebaskan itu termasuklah mereka yang terlibat dalam jenayah pemalsuan wang, pemalsuan kad pengenalan, kongsi gelap dan maksiat, perjudian haram, serta
Tidak sampai dua tahun, akhirnya yang paling kuat bising kerana peningkatan kadar jenayah adalah daripada parti yg mencadangkan itu sendiri.

ketua parti tersebut adalah yang paling hebat memperlekehkan pihak polis dan pihak berkuasa termasuklah kerajaan kerana gagal membendung kadar jenayah kekerasan dan maksiat yang sedang berlaku di Malaysia.
Dan sekali lagi, kerajaan  digambarkan sebagai pihak yang tidak mampu memikul tanggungjawab mengamankan negara ini.

Sedangkan mereka terlupa bahawa yang bersungguh-sungguh mahu menghapuskan segala akta pencegahan adalah mereka .
Undang-undang lama yang kononnya tidak berkesan, kejam dan tidak berperi kemanusiaan itulah, rupa-rupanya telah menyelamatkan Malaysia daripada musnah akibat perbuatan penjenayah serta mereka yang cuba menghuru-harakan negara ini.
Apa guna diungkit tentang peningkatan kadar jenayah sekarang ini setelah undang-undang pencegahan dihapuskan?

Kalau dahulu pandai sangat mencari alasan dan berhujah tentang perlunya Ordinan Darurat dihapuskan.
Kenapa dipersalahkan kepada PDRM sedangkan yang menggubal undang-undang adalah puak-puak di Parlimen?

Hasil kebijaksanaan hapuskan segala macam undang-undang di negara ini, terutama sekali undang-undang pencegahan, wajarlah apabila rumah sendiri sudah tidak selamat untuk didiami

Bukalah minda. hanya mereka yg melakukan kesalahan yg beriya2 hendak menghapuskan undang2 tersebut dan tidak kpd majoriti rakyat yg tiada masalah dgn undang2

Sekadar renungan kenapa kadar jenayah meningkat tinggi terutama jenayah berat.

Google Trik Yang Meletop...


Nak tengok website google menari tak?Website google pun boleh jadi bola jampi. Macam-macam..Tak kan google nak jadi ahli sihir gak kot. Hehe. Semua ni ada trik. Nak buat macam mana? Sat nak ajaq..

1. Google Sphere
Buka website google > taipkan Google Sphere > Tekan I’m feeling lucky.
Website google jadi macam mana?

2. Cari Chak Noris
Jom cari Chak Noris jumpa tak kat google. Buka website google > taipkan find Chak Noris > Tekan I’m feeling lucky. Jumpa tak? Dia tulis apa semua sekali?:-p

3. Google Terbalik
Buka website google > taipkan elgoog iaitu perkataan terbalik google > Tekan I’m feeling lucky. Jadi macam mana?

4. Google Loco
Buka website google > taipkan google loco > Tekan I’m feeling lucky
Website google buat apa?

5. Google Epic
Buka website google > taipkan google epic > Tekan I’m feeling lucky. Apa yang jadi?

6. Google Gravity
Buka website google > taipkan google gravity > Tekan I’m feeling lucky. Apa dah jadi???

P/s : heheh..jadi tak? selamat mencuba :)

Buat Duit Melalui Earn-On Dalam Euro.



Ok. allz.. hari ni mai nak kenalkan kawan aku, Earn On..Dia ala2 The Bux gak. Tapi yang ni bayar ikut Euro.
So maknanya kita boleh earn 1 euro = rm4. Boleh la kan. Dari X de apa2. So nakdapatkan 1Euro ni perlukan masa 10 hari tanpa investment. So x yah invest la.

Sambil2 chat ngan kawan2 kat FB, boleh ja klik2. x sampai 10 klik pown.

Nak join Boleh ja KLIK KAT SINI

X salah even sedikit. Asalkan Halal..

Terbaik Dari Ladang Tok Che Mu Abby Kekal


MEROYAN KA APA KAKAK NIH.. Solat tu tiang agama... x tunggu orang suruh dey tambi... tu rukun tiap2 individu. ckp noob nak marah... 

P/s : Geli aih..

Sanggupkah Lelaki Beristerikan Wanita Tanpa 'DARA'?


Sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa di negara ini dalam tempoh satu jam, seramai 6 orang gadis kehilangan dara mereka. Satu kajian juga menunjukkan 15.000 anak luar nikah dilahirkan setiap tahun. Perangkaan ini boleh menjadi satu tamparan hebat kepada kaum lelaki yang merancang untuk mendirikan rumah tangga. Ini kerana mereka bakal dihimpit dilema kerana kemungkinan memperisterikan wanita yang telah kehilangan dara sebelum waktunya.

So, persoalan kat sini, adakah lelaki zaman sekarang masih lagi mementingkan status dara pada seorang gadis? Secara ringkasnya ini adalah pendapat peribadi aku, yang mungkin mewakili pendapat sesetengah golongan lelaki.

Aku rasa zaman sekarang ne pun lelaki masih lagi mementingkan status 'dara' seorang gadis. Bagi aku, dara tu melambangkan kesucian,maruah dan keperibadian wanita. Bukan bermaksud wanita yang tidak mempunyai dara itu tidak suci, mungkin mereka sukakan aktivit lasak sehinggakan tanpa disedari mereka kehilangan dara. Kalau macam tu, aku tetap terima melainkan perkara tersebut berlaku kerana zina. Bagi kes lain, seperti mangsa rogol, ianya terpulanglah kepada lelaki untuk menerima atau tidak. Perlu diingatkan, kes seperti mangsa rogol ini berlaku bukan atas kehendaknya.

Sebenarnya, status dara ne perkara yang subjektif. Lain orang lain pemikirannya. Walau bagaimana pun pun, Tuhan dah tentukan jodoh kita. Macam mana sikap kita, begitulah jodoh kita. Jadi, kalau kita mementingkan status dara atau gadis, kita sebagai lelaki kena juga mempertahankan keterunaan kita.

Apa pandangan anda?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...