SELEBRITI | #HOT AWAL ASHAARI MARAH LAZADA???

Awal Ashaari bengang LAZADA

Sekarang ni dah jadi trend untuk membeli-belah menerusi atas talian sahaja kan? Sesetengah orang berpendapat bahawa ia lagi mudah dan menjimatkan masa.

Mana taknya, anda tak perlu nak tempuh jalan jam, tak perlu berpusing satu shopping mall untuk cari parking dan tak perlu untuk angkat barang berat-berat. Hanya dengan klik dan klik, semua barang akan dihantar terus ke rumah.

Tapi, setiap perkara mesti ada keburukannya. Terkini, pengacara popular, Awal Ashaari nampaknya dah naik angin dengan perkhidmatan online department store, Lazada yang telah membatalkan pesanannya.

HOT | BILA KEPALA LETAK KAT LUTUT.

Kota Bharu: Padah mencuri motosikal, seorang pelajar tingkatan tiga dicederakan dan dibogel penduduk kampung sebelum diserahkan kepada polis di Masjid Pauh Lima, Binjai, di sini, malam tadi.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu, pelajar terbabit dikatakan cuba melarikan sebuah motosikal milik kariah masjid itu berusia 61 tahun yang dikatakan solat Isyak.







“Dia cuba mencuri motosikal jenis Honda EX5 berwarna hitam tetapi tidak berjaya dan ditahan orang ramai yang baru selesai solat sebelum dipukul dan dibogelkan.



“Akibatnya, remaja itu cedera di bahagian atas kepala dan lebam di belakang badan, tangan, bahu selain kaki.

“Dia menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan kini ditahan reman,” katanya di sini, tadi.

Lai berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 379A/ 511 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Mufti Kelantan Datuk Muhamad Shukri Muhamad menyelar tindakan kariah Masjid Pauh Lima, Binjai, yang bertindak membogelkan seorang pelajar kerana mencuri.

“Kita tak boleh ambil tindakan sendiri yang menyimpang dari undang-undang negara dan hukuman tidak boleh diambil mengikut pandangan kita semata-mata.

“Islam sendiri menegah kita menelanjangkan keaiban seseorang walaupun orang itu melakukan kesalahan.

“Jadi tindakan diambil itu sangat tidak sesuai dan jauh daripada konsep Islam yang syumul,” katanya ketika dihubungi di sini, petang ini.

Muhamad Shukri berkata, seseorang dianggap berdosa jika mengenakan hukuman dengan cara salah.

“Sebagai umat yang patuh, kita berpegang kepada akhlak Islam dan ini perlu sentiasa dipupuk dalam diri termasuk dalam setiap tindakan yang kita ambil.

“Orang mencuri, dia memang salah, tapi kita yang menahannya tidak boleh juga melakukan kesalahan. Telanjangkan dia, itu sudah dikira bersalah,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa merujuk pihak berkuasa sebelum mengambil tindakan yang boleh memudaratkan diri sendiri.

-Harian Metro-

P/s Bila akal diatasi kemarahan, kewarasan pun hilang

INFO | TIPS MENGHADIRI TEMUDUGA SPA.

Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari ni semangat nak cerita pasal temuduga SPA.

Temuduga SPA

Ok. Mungkin ramai yang dah pernah melalui temuduga SPA dan tak kurang juga yang gagal. Dari pengamatan Papa, ramai yang ambil remeh benda yang tidak sepatutnya remeh.Kadang-kadang apa yang kita fikirkan remeh itu mendatangkan markah bonus yang tinggi dalam sesuatu itu.

Jadi kita bincang pasal SPA maknanya kerajaan la kan. Semua dah tahu etika berpakaian untuk temuduga kerajaan? Rasa ramai yang x berapa tahu kot. Ok kat sini Papa listkan apa yang penting semasa Temuduga kerajaan.

1 - Etika Berpakaian
- Lelaki 
  • Berbaju putih lengan panjang.
  • Bertali leher
  • Berseluar hitam
  • Berkasut hitam (bertali)
  • Berkot (bagi pemegang ijazah dan keatas)
- Perempuan
  • Berbaju kurung (berpakaian sopan bagi bukan Islam)
  • Berkasut hitam (bertali)
  • Berstokin
  • Berkot (bagi pemegang ijazah dan keatas)
2 - Susunan Fail Sijil / Diploma / Ijazah dan keatas. (Salinan)
  1. Kad Pengenalan
  2. Surat Beranak
  3. Sijil SPM
  4. Sijil dari Politeknik dan sebagainya
  5. Diploma
  6. Ijazah dan keatas
  7. Sijil berhenti sekolah
3 -Susunan Fail Sijil / Diploma / Ijazah dan keatas. (Tulen)
  1. Kad Pengenalan
  2. Surat Beranak
  3. Sijil UPSR
  4. Sijil PMR
  5. Sijil SPM
  6. Sijil Poli
  7. Diploma
  8. Ijazah dan keatas
  9. Sijil berhenti sekolah
  10. Transkrip peperiksaan
  11. Sijil sijil aktiviti luar dan kursus
4 - Ketuk pintu sebelum masuk. ( Yang ni PENTING )
5 - Anda perlu mengetahui tugas-tugas dan tanggungjawab bagi jawatan yang dipohon.
6 - Lengkapkan diri dengan isu-isu semasa yang sedang hangat. 

Itu sahaja yang Papa rasa Papa boleh kongsikan untuk adik-adik yang akan menghadiri temuduga SPA.
Moga dengan artikel ini dapat membantu semua.

P/s Benci kabel-kabel ni



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...