Jawatan Kosong Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29-Projek TPC EKL Jabatan Kesihatan Selangor


Jawatan Kosong Di JKN Selangor Oktober 2012


Adalah dimaklumkan bahawa terdapat tiga (3) tawaran jawatan kosong Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Sambilan (F29) di Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Penempatan jawatan adalah di kawasan Lembah Klang (Klinik Kesihatan). 

Syarat-Syarat Kelayakan:

1. Berkelulusan Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

2. Diploma dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

3. Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

4. Berumur tidak melebihi 35 tahun; dan

5. Keutamaan kepada yang mempunyai pengalaman kerja dalam bidang ICT;


i) Sila dapatkan borang permohonan dan hantarkan borang bersama bersama gambar berukuran passport, sesalinan kad pengenalan dan sijil-sijil yang telah disahkan ke Unit Teknologi Maklumat,Jabatan Kesihatan Negeri Selangor(u.p: Pn. Noor Azah bt Ahmad). 

atau 

ii) Emelkan resume lengkap berserta gambar pemohon kepada azahsel@sel.moh.gov.my 

iii) TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 26 FEBRUARI 2013


Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...