Bangsaku Bangunlah Dari Tidur


Assalmaulaikum Wbth Admin ucapkan untuk semua pengunjung beragama Islam dan Salam Sejahtera untuk yang bukan Islam,
Apa yang admin ingin kongsi tentang video diatas bukanlah untuk bangsa melayu sahaja, tetapi untuk bangsa2 lain juga yang berada di Malaysia sebagai pembakar semangat untuk terus meningkatkan taraf hidup. Jadi Admin disini lebih menekankan kepada bangsa melayu, sampai bila kita harus berada di tahap sekarang ini sahaja, fikir2kanlah, bila kita susah, kita akan salahkan pihak lain tidak kiralah pihak kerajaan, ngo malahan adik beradik kita sendiri, tetapi pernah tak kita terfikir bahawa nasib hidup kita, kita yang tentukannya

Melayu mudah lupa, benar kata Dr M. Dimana lupanya kita tentang pengorbanan moyang - moyang kita berusaha dan hasilnya kita yang nikmatinya, tapi apabila tiba giliran kita, ini jawapan kita....

1 - Aku dah ada bisnes sikit2. cukup la nak tampung keluarga.
2 - Aku dah kerja kerajaan, x da masalah nak hidup
3 - Aku dah dapat kerja tetap, jadi x payah la nak pening kepala
4 - Buat apa aku nak susah2 fikir masa depan. Janji aku leh hidup cara aku
5 - Aku dah berpuas hati dengan apa yang aku ada sekarang.

Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, Jika kaum itu tidak mengubahnya,

Tapi terfikirkah kita kenapa moyang kita berusaha sedangka wang ringgit pada masa itu tidak begitu penting untuk hidup, tak sama macam sekarang, tak ada duit, tak boleh hidup. Sebabnya moyang2 kita berfikiran jauh. Apa yang dorang lakukan adalah untuk anak cucu mereka. Kita berpuas hati dengan kedudukan kita sekarang, tapi pernahkah kita terfikir tentang anak cucu kita, mungkin ada di kalangan anak cucu kita terpaksa mengemis untuk hidup pada suatu hari nanti.

Admin harap dengan video di atas dapat menyuntik semangat diri semua untuk lebih berjaya, apabila kita jatuh, jangan mudah berputus asa, setiap kali anda jatuh, anda sebenarnya selangkah kehadapan.

Sekian sahaja dari Admin, Yang baik dari Allah, Yang Buruk adalah kelemahan diri Admin sendiri.
Wassalam.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...