GRO lari bertempiaran



Seberang Jaya: Panik melihat kehadiran pegawai penguat kuasa Jabatan Imigresen Pulau Pinang, beberapa pelayan pelanggan (GRO) yang sedang bekerja di sebuah restoran di Bagan Ajam, di sini, bertempiaran lari namun gagal berbuat demikian selepas berjaya ditahan.

Penolong Pengarah Imigresen Pulau Pinang, Basri Othman berkata, dalam operasi yang bermula kira-kira jam 12.05 tengah malam semalam, seramai 21 wanita warga China ditahan.

Katanya, semua wanita berusia 20 hingga 35 tahun itu didapati melanggar syarat pas perjalanan sosial selain tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Menurutnya, restoran berkenaan pernah diserbu beberapa kali sebelum ini, namun pemiliknya tetap berdegil dengan menyediakan khidmat GRO berkenaan.

"Restoran ini pernah diserbu oleh pegawai kita sebelum ini, namun mereka tetap berdegil dengan menyediakan juga GRO berkenaan," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...