Harimau baham haiwan peneroka masuk perangkap



GUA MUSANG: Seekor harimau kumbang jantan yang dipercayai membaham 10 ekor kambing milik seorang peneroka di Tanah Rancangan Felda Perasu, di sini akhirnya ditangkap hari ini.

Harimau itu memasuki perangkap yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan bersebelahan kandang kambing milik peneroka itu yang terletak dalam kawasan ladang sawit tanah rancangan itu.

Peneroka berkenaan Mat Zain Deraman, 53, berkata beliau menyedari haiwan itu memasuki perangkap ketika mahu memeriksa perangkap di ladang tersebut pada kira-kira 8 pagi.

"Saya percaya harimau memasuki perangkap yang dipasang itu antara 3 hingga 6 pagi ini kerana petang kelmarin apabila saya pergi melihatnya belum ada apa-apa lagi," katanya ketika ditemui di ladangnya itu.

Katanya beliau akan membuat pemantauan terhadap perangkap itu setiap hari dengan mengumpan dua bangkai kambing yang mati dibaham harimau itu sejak kejadian Selasa lepas.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...