LAHAD DATU : Wira terharu jasa dihargai



“Saya bersyukur dengan keprihatinan kerajaan yang menghargai jasa pejuang negara di Lahad Datu, Sabah,” kata Lans Koperal Mohd Zariman Ibrahim Abdullah, 31, yang cedera selepas terkena tembakan pengikut Jamalul Kiram ketika menyertai Op Daulat di Lahad Datu, Sabah, 10 Mac lalu.

Mohd Zariman ditemui selepas menerima sumbangan khas RM5,000 daripada Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) disampaikan menterinya, Datuk Seri Dr Rais Yatim, semalam.

Menurutnya, sumbangan itu dapat meringankan beban ditanggung keluarganya.

“Saya ucapkan terima kasih kepada kementerian atas sumbangan dihulurkan kerana sedikit sebanyak membantu ringankan beban kami sekeluarga.


“Saya bercadang menggunakan sumbangan itu untuk menampung kos rawatan susulan,” katanya selepas menerima sumbangan dalam program Sembang Warung YB bersama penduduk dan Penyelaras Parlimen Pasir Mas Datuk Hanafi Mamat di Kampung Gertak Serong di sini, semalam.

Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) itu mengalami kecederaan di kaki kanan terkena serpihan peluru pengganas ketika bersama rakannya mengawasi kawasan sekitar.

Rais turut menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada keluarga Allahyarham Koperal Ahmad Hurairah Ismail 24, yang terkorban ketika menyertai Op Daulat.


Bapanya, Ismail Hussin, 55, bersyukur atas keprihatinan kerajaan menghargai jasa anaknya yang berjuang mempertahankan negara.

“Dengan sumbangan berkenaan ia dapat membantu meringankan beban kami sekeluarga,” katanya yang hadir bersama isteri, Rahmah Mamat, 50.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...