LIMA 13 : Deruman ‘burung besi’



Langkawi: “Sudah lama saya menantikan saat ini untuk melihat pesawat tempur membuat aksi aerobatik secara dekat di udara dan akhirnya, impian saya selama ini tercapai.

“Saya memang meminati pesawat tempur, namun tidak pernah menyangka semua ini akan menjadi kenyataan pada hari ini (semalam),” kata Amirul Ikmal Shahril, 20, pengunjung Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2013 (LIMA’13) dari Universiti Sains Malaysia (USM) yang juga anggota Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) universiti berkenaan.

Dia yang turut ditauliahkan sebagai pelatih kapal KD Sri Pinang berkata, persembahan udara yang ditunjukkan pada hari kedua semalam amat mempesonakan, malah turut menggambarkan ia adalah pengalaman yang sukar dilupakan.

Katanya, selama ini, dia hanya berkesempatan melihat pesawat tempur di kaca televisyen saja, namun tidak berpeluang melihat secara dekat pesawat canggih berkenaan.

“Deruman enjin jet tempur amat membingitkan telinga dan gabungan aksi aerobatik oleh juruterbang terlatih cukup mendebarkan jantung. Saya tidak nafikan persembahan udara menjadi acara sentiasa ditunggu-tunggu orang ramai.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...