NGERI : Kepala Hancur Di sodok Penyodok Jentera



Seorang mekanik yang sedang membaiki lori maut dalam keadaan mengerikan selepas kepalanya terkena penyodok sebuah jentera berantai ketika kenderaan berat dipandu rakan sekerjanya mengundur secara tiba-tiba di Lombong Bijih Besi Jerkoh Benta, dekat Kuala Lipis, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa Ng Fook Keong, 52, berasal dari Mambang, Perak mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lipis (HKL).

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, siasatan awal mendapati, sebelum kejadian mangsa dikatakan berbaring di atas tanah sambil membaiki bahagian bawah lori sebelum lori mengundur secara tiba-tiba.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...