Norman Hakim Gembira Jika Memey Henti Berlakon




Baru sahaja menimang cahaya mata, pelakon Norman Hakim akui dia belum sempat menikmati masa kualiti bersama puteranya Mohamed Darwisz Hakim ekoran komitmen kerja.

“Sejak dilahirkan, cuma Memey yang kerap menjaga anak kami. Saya belum sempat meluangkan lebih banyak masa dengan Darwisz. Tapi sekiranya tiada sesi penggambaran, saya akan menggunakan masa itu sebaik mungkin untuk menjaganya,” kata Norman.

Darwisz merupakan cahaya mata keempat Norman, namun yang pertama buat Memey. Dilahirkan pada 1 Februari lepas, Darwisz dilahirkan secara normal di Dewan Bersalin Muslimah Sunway Gombak.

Ketika ditanya mengenai perkembangan kerjaya Memey setelah bersalin, kata Norman dia lebih gembira sekiranya Memey membuat keputusan untuk berhenti berlakon dan memberi sepenuh
perhatian pada keluarga.

                       “Sekiranya Memey ingin berhenti berlakon, saya sangat gembira. Namun, saya faham bahawa bidang lakonan merupakan minat dia. Jadi saya tidak akan menghalang atau memaksa dia untuk bersara dari bidang ini”, kata Norman.

Tambahnya lagi, selepas selesai tempoh berpantang sekitar bulan April, Memey akan memulakan penggambaran drama bersiri ‘Roda-Roda Kota Raya’ terbitan Skop Production.

Sementara itu, Norman akan tampil dalam drama bersiri tentang penyiasatan yang berjudul ‘Tanah Merah’ terbitan Filmscape. Drama ini akan ditayangkan di saluran ntv7 bermula 4 April, jam 8.30 malam.


2 comments

huhu good la norman hakim hehe kumpul anak lg heehee papa hot

Reply

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...