PENDANG : Terus Birukan Rumah



PENDANG: Barisan Nasional (BN) Pendang yakin mendapatkan sokongan rakyat berdasarkan pola perubahan di kalangan pengundi bukan ahli parti bagi Parlimen Pendang pada PRU-13.

Ketua Pergerakan Wanitanya Datuk Suraya Yaacob berkata, melalui kajian sikap dijalankan dalam tempoh empat tahun kebelakangan pengundi bukan ahli parti melahirkan kesediaan menyokong BN.
Katanya, ini secara tidak langsung membuktikan BN Pendang semakin mendapat kepercayaan rakyat malah mereka mula mempunyai keyakinan bahawa kawasan berkenaan sekali gus negeri Kedah mampu dirampas kembali daripada PAS Kedah.

"Berikutan itu, bagi memastikan momentum ini berkekalan, kita sentiasa mengadakan pelbagai usaha dan program seperti mengedarkan pelekat dan bendera BN menerusi 44 Ketua Jalinan Rakyat Daerah Mengundi.

"Lanjutan pelancaran gelombang biru BN di peringkat nasional yang lalu, kita akan terus bekerja untuk `membirukan' rumah pengundi sekali gus memberi petanda ramai rakyat menyokong BN," katanya selepas pelancaran Gelombang Biru Wanita BN Parlimen Pendang, di sini, semalam.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...