Ronaldo 'sedih' jaringannya sekat Man Utd


MANCHESTER: Cristiano Ronaldo mengakui berasa 'sedih' selepas jaringannya membawa kepada berakhirnya kempen bekas kelabnya, Manchester United memburu kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah, pagi tadi. 

Jaringan Ronaldo itu menyaksikan Real mara ke suku akhir selepas menewaskan United 2-1 di Old Trafford, pada aksi kedua, awal pagi tadi.

 
Penyerang Portugal itu menguis masuk gol pada minit ke-69 sekali gus menyaksikan Real menang agregat 3-2 ke atas United. 


Berusia 28 tahun, Ronaldo yang beraksi untuk United selama enam musim dengan penuh kecemerlangan, mendapat tepukan penyokong United sebaik masuk ke padang bagi memulakan perlawanan. 

Bagaimanapun, sebaik menyumbat masuk, Ronaldo berlari perlahan tanpa meraikan kejayaannya menjaringkan gol itu. 

“Penerimaan mereka tidak disangka. Ia saat yang menyentuh perasaan bagi bagi, terutama untuk perlawanan malam ini," katanya kepada stesen Sky Sports. 

“Saya tidak mempunyai perkataan untuk menerangkan apa yang saya ras. Penyokong di sini menjadikan saya malu dan saya tidak bermain seperti saya bermain sebelum ini. 
“Bagaimanapun saya membantu pasukan saya, saya hanya gembira di dalam hati. Tapi saya juga sedih kerana Manchester United tersingkir." 


Perlawanan itu menyaksikan rakan senegara Ronaldo, Nani dilayangkan kad merah kerana mengkasari Alvaro Arbeloa pada minit ke-56 dan keadaan terus berbeza selepas itu. 

“Secara ikhlas, saya tidak lihat apa yang Nani lakukan, tapi keadaan ini berlaku dalam bola sepak," kata Ronaldo. - AFP


Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...