Rumah Meletup, 3 terselamat.



Tiga beranak nyaris maut apabila kediaman dua tingkat di Taman Mulia, Pajam, di sini, tiba-tiba meletup akibat kebocoran tong gas, awal pagi tadi.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki berusia 52 tahun cedera di tangan terkena serpihan bahan yang meletup selepas menekan suis lampu dipercayai untuk ke tandas.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Mantin Mokhtar Osman berkata, pihaknya menerima panggilan jam 12.05 tengah malam daripada orang awam sebelum sebuah jentera bersama lima anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

"Difahamkan, satu letupan berlaku di tingkat bawah di dapur rumah yang dihuni sepasang suami isteri bersama dua anak.

Sebaik tiba di tempat kejadian, anggota bomba mendapati hanya berlaku letupan tanpa disusuli kebakaran.

"Hasil pemeriksaan mendapati rumah berkenaan mengalami kerosakan hampir 70 peratus iaitu pecah pintu dan tingkap akibat letupan yang kuat," katanya.

Mokhtar berkata, isteri mangsa berusia 50 tahun dan anak perempuannya berusia 12 tahun tidak mengalami kecederaan berikutan berada di tingkat atas ketika kejadian.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...