SELANGOR : Perjudi nyawa bakal penghuni pangsapuri



Shah Alam: Seramai 118 keluarga dari Kampung Bunga Raya, Subang di sini meminta polis menyiasat dakwaan berlakunya penipuan dalam projek pembinaan pangsapuri kos rendah di Jalan Pluto, Bandar Pinggiran Subang.

Timbalan Presiden Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia (Nadi Rakyat) N Alagan yang mewakili penduduk terbabit mendakwa projek pembinaan itu dibina menggunakan gabungan polisterin yang tidak kukuh dan boleh menjejaskan keselamatan bakal penghuni rumah pangsapuri itu yang dibina untuk penduduk yang menetap di Kampung Bunga Raya.

“Ini tidak sepatutnya berlaku kerana mengikut perjanjian jual beli asal pada 2004, rumah pangsa kos rendah itu sepatutnya dibina menggunakan batu bata.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...