Banjir Kilat Di Georgetown, Petanda atau Sebaliknya.




Beberapa lokasi sekitar bandar ini dilanda banjir kilat apabila hujan lebat berterusan selama lebih lima jam menenggelamkan Jalan P.Ramlee, Jalan Sungai Pinang, Jalan Anson dan Jalan Patani.

Pegawai Bencana dan Operasi Jabatan Pertahanan Awam Daerah Timur Laut, Maxwell Panchai berkata pihaknya sedang memantau keadaan banjir itu kerana hujan masih belum berhenti.

Beliau berkata, beberapa kawasan sekitar bandar ini dinaiki air sehingga 1.79 meter mengakibatkan kenderaan terperangkap dalam kesesakkan jalan raya.

"Seramai 30 anggota bersama dua buah lori berserta sebuah bot digegaskan di laluan yang ditenggelami air bagi membantu orang ramai keluar ke jalan besar.

"Kira-kira 300 keluarga turut terjejas namun tiada sebarang arahan berpindah dikeluarkan kerana keadaan banjir masih terkawal," katanya ketika dihubungi.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...