GEMPUR!!! Kelantan tak mahu kalah



Kelantan berharap untuk mempertahankan rekod tanpa kalah apabila bertemu pasukan Vietnam, SHB Da Nang FC dalam perlawanan Kumpulan G Piala Persekutuan Bola Sepak Asia (Piala AFC) di Stadium Sultan Muhammad IV di sini esok.

Ketua jurulatih Kelantan Bojan Hodak berkata, pasukan bimbingannya berazam meraih tiga mata daripada perlawanan itu walaupun ia mungkin tugas sukar kerana pasukan pelawat merupakan pasukan terbaik dalam liga di negara mereka.
"Saya percaya perlawanan pasti sengit kerana mereka merupakan pasukan terbaik di Vietnam. Penyerang utama mereka merupakan penjaring terbanyak dalam Liga Vietnam. Mereka juga dibarisi banyak pemain handal yang bermain dalam pasukan kebangsaan mereka.

"Mereka merupakan pasukan amat berpengalaman dan pemain telah bermain bersama-sama sejak beberapa tahun lamanya. Mereka tidak banyak berubah dalam beberapa tahun lepas," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Kelantan, juara treble Liga-M musim lepas, telah beraksi dalam dua perlawanan dalam kejohanan Piala AFC, menang satu dan seri dalam satu lagi perlawanan manakala SHB Da Nang menang dalam dua perlawanan.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...