Jamuan Makan Malam Menu Berdarah.


Jamuan makan malam tradisi sempena pengenalan menu baru sebuah restoran di Jalan Dedap 24, Taman Johor Jaya, di sini, gempar apabila tiga lelaki menaiki kereta tiba-tiba melepaskan 13 das tembakan secara rambang hingga menyebabkan dua lelaki parah.

Dalam kejadian jam 1.30 awal pagi semalam, lapan lelaki termasuk pemilik restoran, berkumpul bersama rakan rapat menjamu selera menu baru hasil ciptaan tukang masaknya di lorong belakang restorannya.

Tiba-tiba tiga lelaki, dengan dua di tempat duduk belakang dan seorang lagi memandu, melintas lorong belakang restoran sebelum melepaskan tembakan.

Akibatnya, pemilik restoran terkena dua das tembakan di belakang badan dan lutut kiri, seorang pekerja Nepal parah terkena lima das tembakan di badan manakala seorang rakan tauke itu bertarung nyawa apabila peluru menembusi kerongkongnya.


TAN menunjukkan kesan darah di belakang restoran Teo di Jalan Dedap 24, Taman Johor Jaya.


Pemilik restoran yang hanya mahu dikenali sebagai Teo, 47, berkata, dia diberikan seekor ikan segar dan meminta tukang masaknya mencipta resipi baru sebelum menjemput beberapa rakan mencuba hidangan itu.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...