Makmal Dadah Dalam Kampung


Kajang: Sepasang suami isteri dan seorang remaja berusia 18 tahun dikesan menjadikan sebuah rumah yang didirikan sendiri di perkampungan Orang Asli Kachau, Ulu Semenyih, dekat sini, sebagai makmal memproses heroin sebelum ia diedarkan ke pasaran tempatan.


Kegiatan yang dipercayai baru dimulakan itu berdasarkan peralatan yang masih baru terbongkar selepas polis yang menerima maklumat awam menyerbu rumah berkenaan, petang Jumaat lalu.

Dalam serbuan kira-kira jam 4 petang itu, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang berjaya menahan pasangan suami isteri berkenaan yang berusia 31 dan 25 tahun serta seorang remaja lelaki.

Pemeriksaan lanjut turut menemui 2,043.30 gram dadah jenis heroin bernilai RM300,000.

Polis turut merampas bahan dan peralatan memproses dadah.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, hasil maklumat orang awam, pihak polis berjaya menemui makmal berkenaan yang dibina dalam sebuah rumah di perkampungan Orang Asli berkenaan.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...