Man C ke FINAL, Chelsea Tersungkur di Wembley.



Dua jaringan daripada Samir Nasri dan Sergio Aguero membawa Manchester City ke perlawanan akhir Piala FA untuk bertemu Wigan Athletic selepas menumpaskan Chelsea 2-1, di Stadium Wembley, awal pagi tadi.

Juara 2011 akan kembali ke gelanggang sama pada 11 Mei ini, selepas pasukan itu berhempas-pulas mengekang kebangkitan Chelsea pada babak kedua perlawanan.

Pemain antarabangsa Perancis, Nasri membuka jaringan City, yang turut membantu kemenangan pasukannya ke atas Chelsea pada pertemuan Piala Sumbangsih.

Kemenangan yang memang milik mereka selepas dia merembat gol pertama pada minit ke-35 manakala Aguero pula menanduk masuk gol kedua hanya dua minit perlawanan babak kedua bermula.


Demba Ba kemudiannya melakukan libasan akrobatik untuk merapatkan jurang pada minit ke-65 tetapi gagal untuk memberikan lonjakan yang diperlukan untuk menumpaskan City.


Wigan pula yang masih belum selamat pada persaingan Liga Perdana mengatasi Millwall 2-0, di stadium yang sama, Sabtu lalu, untuk ke perlawanan akhir. - Reuters

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...