Maut Di Bidik 12 Peluru.



Seorang pegawai kanan operasi sebuah syarikat keselamatan maut di dalam keretanya selepas ditembak bertubi-tubi oleh dua penyerang bermotosikal di persimpangan lampu isyarat Jalan Sungai Ujong, berhampiran Taman Labu, dekat sini, petang semalam.

Sebelum kejadian, mangsa, J James, 45, dikatakan memandu kereta Honda Accord seorang diri dan berhenti di persimpangan lampu isyarat sebelum didatangi dua lelaki menunggang Honda EX5 dan pemboncengnya yang melepaskan beberapa das tembakan mengenai tubuh mangsa, jam 1.50 petang.

Saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian, dia berada di dalam kereta dan hanya berselang dua kereta di depan kereta mangsa.

Katanya, dia mendengar beberapa das tembakan sebelum dua lelaki memakai topi keledar berpenutup penuh melarikan diri.

“Saya melihat semua kenderaan lain beredar dari tempat kejadian sebelum saya menghubungi polis memaklumkan kejadian itu,” katanya.

1 comments:

Penjenayah Malaysia semakin brutal. Nampaknya polis kena lebih ganas dan bengis

➜ Baru saja membaca entri Dendang Anak Ghairah Bangsa Melayu di laman Hootoh Blog

Reply

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...