Nabila Huda Suhaimi X Sengaja Peluk???



“Mereka adalah ‘keluarga’ yang sudah saya kenal lama dulu. Saya terlalu terkejut ketika nama diumumkan sebagai pemenang dan tanpa sengaja memeluk mereka di atas pentas kerana menganggap kemenangan malam itu atas doa dan sokongan mereka juga,” kata Nabila Huda Suhaimi.

Pelakon drama itu berkata demikian berhubung isu memeluk beberapa artis lelaki termasuk Fizz Fairuz, Tomok, Awal Ashaari pada majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH), Ahad lalu. Katanya ketika dihubungi semalam, sepatutnya isu itu tidak perlu diperbesarkan memandangkan kisah kemenangannya yang lebih seharusnya dijadikan fokus utama.

“Saya tidak faham mengapa ada pihak seperti sengaja ingin mengaitkan saya dengan kontroversi sebegini. Apa yang berlaku pada malam itu adalah tindakan spontan dan tidak langsung saya sengajakan. “Maklumlah lama menanti akhirnya saya dinobatkan pemenang Pelakon Drama Wanita Popular, sudah tentu saya terkejut dan terus mendakap mereka kerana menganggap keluarga yang banyak membantu dan mendoakan saya selama ini. “Bagaimanapun, saya faham mungkin ada pihak tersinggung dengan tindakan saya. Justeru saya mohon maaf dan insya-Allah ia tidak lagi berulang,” katanya.

Namun, ketika diminta mengulas bimbang reputasi dan maruahnya akan tercalar kerana isu yang dilihat kurang manis, lebih-lebih lagi sewaktu siaran langsung, dramatis jelita berusia 29 tahun itu lekas menafikannya dan menyifatkan peminatnya menerima dirinya seadanya. “Lumrah berdiri sebagai anak seni, apa saja dibuat menjadi perhatian. Susah untuk memuaskan semua pihak. Namun, itulah saya yang peminat dan sesiapa kenal. Tidak pernah hipokrit dan hanya menjadi diri sendiri. “Tapi, ada kalanya saya tertekan kerana soal positif dan kemenangan tidak pula orang angkat sebaliknya jika ada silap atau salah, ia lebih cepat dijadikan fokus. “Namun, saya percaya peminat dan mereka yang menyokong saya faham. Peminat terutama tidak langsung mengukur atau cepat jatuh hukum berdasarkan personaliti dan soal peribadi sebaliknya mereka menghargai bakat lakonan saya semata-mata. “Saya bersyukur peminat sentiasa ada berdiri menyokong saya. Tapi isu ini adalah pengajaran untuk saya agar lebih berhati-hati,” katanya.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...