NAK CEPAT KAYA : RM25,000 lesap ditipu skim forex





Teruja dengan pulangan lumayan dalam waktu singkat melalui skim pelaburan mata wang asing (forex), seorang eksekutif, di sini, kerugian RM25,000 apabila tidak mendapat pulangan dijanjikan sebanyak 10 peratus setiap bulan daripada jumlah dilaburkan.

Eksekutif berusia 43 tahun itu dipelawa seorang lelaki tempatan yang juga ejen sebuah syarikat pelaburan kononnya bertapak di luar negara, tetapi membuka francais di Malaysia untuk membuat pelaburan pada akhir tahun lalu.

Menurut sumber,kesungguhan ejen terbabit memberi penjelasan mengenai syarikat pelaburan itu yang berurusan secara atas talian menyebabkan eksekutif berkenaan menaruh kepercayaan dan membuat pelaburan RM25,000 pada November tahun lalu.

“Setiap peserta yang membuat pelaburan diberi akaun yang boleh diakses dalam Internet untuk menyemak hasil pelaburan mereka,” katanya.

Eksekutif itu menerima pulangan pada Disember dan Januari lalu. Namun, semakan pada Februari tidak menunjukkan aktiviti sebelum akaun peserta tidak boleh diakses langsung.

Sumber berkata, eksekutif itu menghubungi peserta lain dan mereka mengadu perkara sama sebelum dia menghubungi ejen terbabit.

Katanya, kerana tidak puas hati serta rasa tertipu, eksekutif itu dan beberapa peserta ingin menarik diri dan meminta ejen terbabit memulangkan wang mereka.

“Namun, ejen terbabit tidak dapat dihubungi dan dipercayai sudah melarikan diri bersama wang pelaburan peserta.

“Eksekutif itu membuat laporan di Balai Polis Petaling Jaya, baru-baru ini untuk tindakan lanjut,” katanya.

P/s : Mana ada jalan pintas untuk kaya, kalau ada sure haram punya...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...