NEKAD : Sanggup Patah Kaki Dari Jadi Tukang Urut.



Seorang wanita warga Indonesia patah kedua-dua belah kakinya apabila terjatuh dari tingkat dua sebuah bangunan dalam usaha melarikan diri selepas mendapat tahu dia menjadi mangsa sindiket pelacuran didalangi ejen mencari pekerjaan di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi di Jalan Sri Dagang itu, mangsa nekad melarikan diri menggunakan kain selimut yang diikat pada tingkap di tingkat dua bangunan tiga tingkat itu sebelum sambungan ikatan itu terputus menyebabkannya terjatuh.

Dia yang mengerang kesakitan kemudian dibantu orang awam dan dikejarkan ke Hospital Miri.

Menurut mangsa dikenali sebagai Nadia, 23, dari Pulau Jawa, Indonesia, dia tiba di Miri seminggu lalu dengan dijanjikan pekerjaan sebagai penyanyi di sebuah pusat hiburan melalui satu agensi mencari pekerja di sini.

Bagaimanapun, katanya, semua itu hanya janji kosong apabila dia diarah majikannya bekerja sebagai tukang urut selain dipercayai cuba dijadikan pelacur menyebabkannya nekad melarikan diri.

2 comments

memang nekad demi mempertahankan maruah diri..

Reply

Aah. masalahnya orang kita malaysia gak yang tipu dorang, cite sana lain,, sini lain..

Reply

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...