Pembantu Perubatan Penyebab Kematian Anggota Tentera.



KUALA LUMPUR: Seorang pembantu perubatan sebuah hospital dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Trafik di sini selepas mengaku bersalah membawa kenderaan secara melulu dan menyebabkan kematian seorang anggota tentera, tahun lalu.

Majistret Noorasyikin Sahat turut mengarahkan N.

Gopal, 28, dipenjara sebulan sekiranya gagal membayar denda dan lesen memandunya digantung tiga tahun berkuat kuasa hari ini. Gopal didakwa memandu dengan cara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya sehingga menyebabkan kematian Ahmad Johan Ahmad Tarmizi, 25, di Jalan Genting Kelang, di sini, pada 1.30 pagi, 26 Mac 2012.

Dia didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 1999) yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 serta lesen memandu boleh digantung, jika sabit kesalahan.

1 comments:

macam2 sekarang ni..

Reply

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...