Tips Yang Betul2 Bagi Point Masa Temuduga


Assalamualaikum Wbth Dan Salam 1 Malaysia.
Ramai dah ambik result SPM dan ramai yang apply keje dah kan. And byk gak yang dapat interview dari SPA kan... 

So di sini shah nak kongsi tips2 masa temuduga dan insyaallah kalau ada rezeki dapat. Kita berusaha sedaya upaya kan.

Ni dari pengalaman2 shah yang lalu ok. Even x berjaya, shah happy ngan keje skang..

CARA PEMAKAIAN (LELAKI)


  1. Berseluar slack hitam  ( nak yang lembut , dockers dapper x layan na. )
  2. Berbaju putih ( Seeloknya Long Sleeve )
  3. Bertali Leher
  4. Berkot bagi jawatan Diploma dan ke atas.
  5. Berstokin hitam
  6. Kasut Hitam Bertali, sekali lagi ditekankan BERTALI.
  7. Tali pinggang jgn yang macam p pekan na. Kalau boleh jgn tali yang ada lubang2. Pakai yang kepalanya x guna lubang, means formal la senang.. 
  8. Misai / Kumis .. sama la nih, janggut, sekben < apa ni.. rambut kat tepi tu.. Kalau boleh jadi jambu dulu masa interview.

CARA PEMAKAIAN (WANITA)
  1. Berbaju Kurung
  2. Berkot bagi jawatan Diploma dan Keatas
  3. Kasut hitam BERTALI.
  4. Ntah, rasanya yang tu je kot. Pompuan dia simple ckit...
PEYUSUNAN SIJIL / DIPLOMA DAN IJAZAH
  1. Mulakan dengan Kad Pengenalan dan Surat Beranak
  2. Sijil UPSR dan Sijil Berhenti Sekolah Rendah
  3. Sijil PMR
  4. Sijil SPM dan SIJIL berhenti Sekolah Menengah
  5. Sijil / Diploma/ Ijazah
  6. Sijil Ko Kurikulum
  7. Surat Sokongan
  8. Salinan pown sama ikut urutan nih 
  9. Sumber ini dari pihak SPA sendiri....... So terpulang la nak ikut ke x.
TIPS2 LAIN.
  1. Perlu hafal dan ingat skop kerja yang nak dipohon
  2. Jangan Terlalu gabra masa menjawab soalan penemuduga
  3. Elakkan tangan daripada merewang masa menerangkan sesuatu.
  4. Duduk dengan tertib, Ala2 mcm pengantin tu. hahaha
So itu ja la kot yang perlu ditimbangkan, selain dari surat2 sokongan yang kuat. Insyaallah.
Harap Tips ni berguna untuk semua...

P/s : Datang awal .. biar kita tunggu orang, jangan orang tunggu kita

3 comments

Yang ni la yang shah belajar daripada 5 kali interview. moga orang len dapat manfaat.

Reply

nice info.. anyway, kenapa kena guna kasut BERTALI ek?

Reply

sebab kasut bertali adalah kasut formal untuk kakitangan kerajaan semasa bertugas, tapi bila dah dapat job, kebanyakannya x pakai pown. Tapi benda ni dapat point semasa sesi temuduga.

Reply

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...