Punca Jenayah Berat Kian Memuncak Di Malaysia


16 September 2011, Perdana Menteri Malaysia, Najib Abdul Razak mengumumkan Kerajaan Malaysia memansuhkan tiga proklamasi darurat sekaligus menghapuskan undang-undang ISA dan Ordinan Darurat.
pemansuhan ISA 1960 adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai negara pengamal demokrasi terbaik di dunia. Malah ianya merupakan salah satu daripada perjalanan transformasi negara.

Khamis 19 Julai, Kementerian Dalam Negeri membebaskan 1,473 orang banduan yang sebelum ini ditahan di bawah Ordinan Darurat, Akta Kediaman Terhad 1933 dan Rang Undang-Undang Buang Negeri (Pemansuhan) 2011.

Antara banduan-banduan yang dibebaskan itu termasuklah mereka yang terlibat dalam jenayah pemalsuan wang, pemalsuan kad pengenalan, kongsi gelap dan maksiat, perjudian haram, serta
Tidak sampai dua tahun, akhirnya yang paling kuat bising kerana peningkatan kadar jenayah adalah daripada parti yg mencadangkan itu sendiri.

ketua parti tersebut adalah yang paling hebat memperlekehkan pihak polis dan pihak berkuasa termasuklah kerajaan kerana gagal membendung kadar jenayah kekerasan dan maksiat yang sedang berlaku di Malaysia.
Dan sekali lagi, kerajaan  digambarkan sebagai pihak yang tidak mampu memikul tanggungjawab mengamankan negara ini.

Sedangkan mereka terlupa bahawa yang bersungguh-sungguh mahu menghapuskan segala akta pencegahan adalah mereka .
Undang-undang lama yang kononnya tidak berkesan, kejam dan tidak berperi kemanusiaan itulah, rupa-rupanya telah menyelamatkan Malaysia daripada musnah akibat perbuatan penjenayah serta mereka yang cuba menghuru-harakan negara ini.
Apa guna diungkit tentang peningkatan kadar jenayah sekarang ini setelah undang-undang pencegahan dihapuskan?

Kalau dahulu pandai sangat mencari alasan dan berhujah tentang perlunya Ordinan Darurat dihapuskan.
Kenapa dipersalahkan kepada PDRM sedangkan yang menggubal undang-undang adalah puak-puak di Parlimen?

Hasil kebijaksanaan hapuskan segala macam undang-undang di negara ini, terutama sekali undang-undang pencegahan, wajarlah apabila rumah sendiri sudah tidak selamat untuk didiami

Bukalah minda. hanya mereka yg melakukan kesalahan yg beriya2 hendak menghapuskan undang2 tersebut dan tidak kpd majoriti rakyat yg tiada masalah dgn undang2

Sekadar renungan kenapa kadar jenayah meningkat tinggi terutama jenayah berat.

3 comments

Anonymous mod

sebenarnye memang kerajaan yang salah. Kerana tidak memperkasakan akidah Rakyat Malaysia. Wujudnya tempat maksiat. arak dijual merata-rata. ibu segala kejahatan. jangan asik nak menunding jari kepada parti yang satu lagi itu. Kerajaan banyak menyusahkan rakyat.

Reply
Anonymous mod

Akidah kita takkan la orang lain kena jaga, mana tanggungjawab kita sebagai hamba Allah, semua x sesempurna Nabi dan Rasul junjungan. maknanya, kita pown buat salah, kenapa nak disalahkan kerajaan andai diri kita sendiri pown x betul, andai diri kita dinilai oleh seratus orang, maka 1000 kekurangan kita akan terserlah. wallahuallam.
Salam Ramadan.

Reply
Anonymous mod

Kerajaan sepatutnya menjadi pemimpin yang memahami rakyat jelata. kerana rakyat yang memberikan pemimpin di negara kita ini untuk terus menerajui Malaysia. Jangan kita banding diri sendiri dengan kerajaan. Kerana Kita adalah kerajaan Malaysia. Jadi pemimpin kerajaan kene peka dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka. Bukan kerana ISA di mansuhkan negara jadi kacau bilau. Sila betulkan posting anda. Jangan pandai menunding jari. ISA adalah kejam. kenapa kejam sebab tahan tanpa diberi hak untuk dibicarakan. Islam tidak mengajar begitu. Adili dengan betul baru aman Malaysia.

Terima Kasih.

Reply

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...