Guru Hina Pejuang Negara... Gurukah Dia???

KLIK BUTANG SHARE 

Assalamualaikum wbth..
Tak habis2 manusia buat hal, lepas satu, satu lagi timbul, kita tahu besar jasa pendidik kepada negara, kepada kita, tanpa pendidik, tidak akan ada polis dan tentera, Jasamu dikenang Guru.

Tapi kerana nila setitik, rosak susu sebelanga, admin tahu ramai guru-guru x bersetuju dengan pendapat dalam gambar diatas, bayangkanlah sedang anggota2 keselamatan negara bersabung nyawa melawan musuh, dia kat sini bersabung fb menghina anggota keselamatan negara.

Kadang2 apa yang kita nak suarakan, kena juga kita fikir perasaan ibu bapa, isteri2, anak2 anggota keselamatan negara, Satu negara mendoakan keselamatan pejuang2 negara tapi lain pula jadinya dengan seorang guru nih. 

1 - Maybe dia nak cari publisiti murahan kot. Tak sabar nak TOP meletop..
2 - Dia memang anti pihak keselamatan, ni mesti spesis yang suka langgar undang2 nih..
3 - Tensen yang teramat sangat kot sebab buat masa sekarang ni profesion anggota keselamatan disanjung tinggi.
4 - Dia ni tak tahu menahu tentang etika anggota keselamatan, sebab ikrar dia sebagai guru tak ada kot sampai sanggup menggadai nyawa demi tanah air tercinta. (guru2 lain admin akui beretika) admin tujukan ini untuk gambar di atas.

Yang lain korang yang baca leh tambah kat ruangan komen.
Kalau nak list ikut hati panas admin, panjang lagi nih..

Komen jangan x Komen...
Sekian.

Norman Hakim Gembira Jika Memey Henti Berlakon




Baru sahaja menimang cahaya mata, pelakon Norman Hakim akui dia belum sempat menikmati masa kualiti bersama puteranya Mohamed Darwisz Hakim ekoran komitmen kerja.

“Sejak dilahirkan, cuma Memey yang kerap menjaga anak kami. Saya belum sempat meluangkan lebih banyak masa dengan Darwisz. Tapi sekiranya tiada sesi penggambaran, saya akan menggunakan masa itu sebaik mungkin untuk menjaganya,” kata Norman.

Darwisz merupakan cahaya mata keempat Norman, namun yang pertama buat Memey. Dilahirkan pada 1 Februari lepas, Darwisz dilahirkan secara normal di Dewan Bersalin Muslimah Sunway Gombak.

Ketika ditanya mengenai perkembangan kerjaya Memey setelah bersalin, kata Norman dia lebih gembira sekiranya Memey membuat keputusan untuk berhenti berlakon dan memberi sepenuh
perhatian pada keluarga.

                       “Sekiranya Memey ingin berhenti berlakon, saya sangat gembira. Namun, saya faham bahawa bidang lakonan merupakan minat dia. Jadi saya tidak akan menghalang atau memaksa dia untuk bersara dari bidang ini”, kata Norman.

Tambahnya lagi, selepas selesai tempoh berpantang sekitar bulan April, Memey akan memulakan penggambaran drama bersiri ‘Roda-Roda Kota Raya’ terbitan Skop Production.

Sementara itu, Norman akan tampil dalam drama bersiri tentang penyiasatan yang berjudul ‘Tanah Merah’ terbitan Filmscape. Drama ini akan ditayangkan di saluran ntv7 bermula 4 April, jam 8.30 malam.


TAKTIK GERILA PENGGANAS SELATAN FILIPINA TIDAK BERKESAN TERHADAP MALAYSIA


Lahad Datu, 19 Mac - Biarpun berpengalaman dalam peperangan
gerila di selatan Filipina sejak 1899, taktik gerila pengganas dari Sulu yang menceroboh pesisir pantai Lahad Datu sejak 12 Feb lepas, tidak mampu melumpuhkan pertahanan negara.

Sebaliknya pasukan keselamatan negara terutama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang juga telah lama menggunakan taktik serangan gerila termasuk ketika berhadapan ancaman komunis antara 1984 dan 1989, berjaya melumpuhkan kumpulan militan itu.

"Keampuhan taktik gerila pengganas menceroboh negara dan kini berkubu di Tanjung Batu tidak mampu menandingi taktik pasukan keselamatan di negara ini. 

"Ini dibuktikan dengan jumlah pengganas yang ditembak mati sehingga kini mencecah 62 orang," kata Panglima Medan Tentera Darat Lt Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim.

Zulkiple berkata taktik ATM itu sentiasa dipertingkat dan diperkemas dengan pelbagai latihan dan penambahan inventori aset pertahanan bagi memastikan kedaulatan negara sentiasa dijaga.

"Kita satu-satunya negara di dunia ini yang memenangi peperangan dengan komunis melalui taktik gerila," katanya.

Dalam Operasi Daulat, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin pula berkata pasukan keselamatan menggempur dengan melancarkan serangan mortar dan senjata berat ke arah musuh sebelum memasuki kawasan kubu mereka untuk penggeledahan dan mencari musuh.

"Taktik ini diguna bagi memastikan keselamatan anggota kerana selain cabaran keadaan bentuk muka bumi seperti hutan, paya dan ladang, musuh yang mahir dengan kawasan ini, menggunakan taktik gerila penembak tepat," katanya.

Antara persenjataan musuh ialah rifel Garand dan M-16 yang diguna penembak tepat dan tembakan curi kerana senjata itu mempunyai jarak tembakan sejauh 550 meter. 

Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak empat tahun lalu, turut menyumbang kepada kejayaan Operasi Daulat untuk membanteras pengganas itu.

Perkara itu diakui Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar apabila tahap keselamatan di pantai timur Sabah dapat dipulihkan kepada tahap normal, hanya dalam tempoh dua minggu Operasi Daulat dijalankan.

Kejayaan Operasi Daulat juga dapat dilihat apabila 107 ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan 241 orang ditahan kerana memasuki zon merah kawasan operasi dan pelbagai kesalahan.

Ismail berkata di bawah NBOS, pasukan keselamatan dapat menyegerakan penggemblengan pelbagai aset daripada pelbagai agensi keselamatan dan membantu ke arah pelaksanaan Kawasan Keselamatan Khas Sabah (ESSCOM), yang meliputi 1,400 kilometer kawasan pantai timur negeri ini.

Pembentukan Kawasan Keselamatan Khas Sabah diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Mac untuk menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur negeri itu, yang merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan
dan Lahad Datu, yang akan menjadi pusat pemerintahan ESSCOM.

Sejak krisis pencerobohan Lahad Datu, 12 Feb lepas, sembilan anggota pasukan keselamatan terkorban manakala seorang anggota tentera maut dalam kemalangan jalan raya ketika menyertai konvoi Operasi Daulat

Sumber
BERNAMA


SABAH SELAMA-LAMANYA SEBAHAGIAN DARIPADA PERSEKUTUAN MALAYSIA - PM


Kuala Lumpur, 19 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak sekali lagi menegaskan bahawa negeri Sabah selama-lamanya adalah sebahagian daripada Persekutuan Malaysia. 

Untuk itu, beliau berkata rakyat Sabah adalah warganegara Malaysia dan kerajaan akan tetap mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan dan keutuhan wilayah Malaysia daripada sebarang pencerobohan.

"Kita tidak akan membenarkan barang seinci pun bumi Malaysia dirampas oleh sesiapa. Inilah komitmen kerajaan yang ada hari ini," katanya ketika membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara di sini, hari ini.

Beliau berkata insiden keganasan di Lahad Datu, Sabah menjadi semboyan peringatan kepada negara agar tidak sekali-kali mengambil mudah soal keselamatan.

"Keamanan dan kestabilan yang berpanjangan tidak harus menjadi sebab ketumpulan tahap kita berwaspada.

"Tragedi ini telah pun mengorbankan nyawa 10 orang anggota pasukan keselamatan negara. Lapan orang daripada pasukan Polis Diraja Malaysia dan mutakhir dua anggota tentera," katanya.

Perdana menteri berkata pengorbanan pahlawan-pahlawan negara itu bukan kecil dan bukan untuk diperlekeh, sebaliknya hasil pengorbanan mereka sepertimana pada era darurat dan insurgensi membolehkan rakyat Malaysia menikmati kemajuan dan
kemakmuran sehingga hari ini.

Sehubungan itu, Najib mengingatkan pihak-pihak tertentu yang cuba untuk memperkecilkan sumbangan anggota keselamatan agar belajar mengenang budi dan berterima kasih atas jasa dan bakti mereka yang telah berjuang demi tanah air tercinta.

"Kenanglah ibu bapa yang meniti hari tua tanpa mereka lagi di sisi,
kenangilah isteri-isteri yang menjadi balu serta anak-anak yang kehilangan belai manja bapanya. 

"Kepada mereka kita berjanji bahawa negara ini akan sentiasa memuliakan bakti serta pengorbanan itu," katanya. 

Sumber
BERNAMA


Ape Citer nih Cer Citer...

Assalamualaikum wbth dan Selamat Sejahtera. Sambil blogwalking tadi, so terfikir gak la apa yang di post di pagi hari yang makin dingin nih Maybe sebab kipas kot,  Googling punya Googling, so tejumpa la benda yang pelik sikit. Ada dua sebenarnya..

Bab 1 ehem..
Apa pandangan korang pasal gambar di bawah..


Jeng Jeng. Jangan la cakap saya pro gov or anti pr plak. huhu cian saya. So kesimpulannya bertempat tak apa yang dia ni buat atau geng2 dia buat, adakah perlawanan bola ini antara PAS dan BN, ermmm. Semangat2 juga bang tapi jgn diketawakan org, yang main bola tu pro pr ke pro kerajaan... Ish2.. camne nak ckp tu... Cam pelik la cikit kan, 

Kesimpulannya. buat apa2 pown biar kena pada tempatnya.. dan masanya... ( x lama lagi nak pru13 dah nih ) pulun ceq pulun..

Bab 2 ermm.. Ni berat ckit nak bincang..terutama kita yang beragama Islam...


Ni nak kira camne nih. Kalau hanya untuk replika, x pe, x de masalah, ingat x masa euro kan kat bola ada gambar bendera negara masing-masing, kat world cup x de rasanya, sebab ada bantahan,
Ni ayat suci letak kat bola, ditendang2, hmmm. nasib la negara kita kat bendera tak ada ayat2 suci Al Quran. Kalau ada kes naya ja yahudi dan barat ambil kesempatan menghina agama kita,

Itu sahaja la kot buat pagi nih. Saya budak baru belajar, Entry x bagus tolonglah buat entry bagi saya .. hehehe,, gurau jer.. ajar2 lah, ilmu ni kalau kita kongsi x kan kurang malah bertambah lagi.

Sekian..selamat pagi..
X nak Komen ke kak abg sume..


Saya sanggup mati untuk sahabat macam ni..


Wow... Wow...Wow...
Inilah yang dinamakan sahabat sejati dan saya yakin korang pown sanggup mati untuk sahabat yang macam nih. Kadang - kadang kita ingat kita lelaki bersahabat sesama lelaki akan dapat membantu kita, sahabat tidak kira jantina dan usia.. Jom tonton video ni dan korang nilai sendiri. Dorang dalam video tu beruntung ada sahabat sejati, kita ada ka sahabat macam tu. fikir2 kan lah kawan.



Kejadian Pelik Tapi......

Hah... Biar betul. Kalau korang tgk apa reaksi korang agak2. Nyawa dia liat ataupun dia kebal .. hehe gurau ja. jom tgk sama2..




Tolong tolong help me!!!

Assalamualaikum wbth dan Selamat Sejahtera kepada rakan2 bloggers.

Petang tadi sambil jalan2 terjumpa ler ngan satu template blog vector art nih. nampak cantik. ringan lak tu. so download dan install. tapi yang lama dah backup.

Masalahnya sekarang ada 2.

1 - Attribute dia tak boleh diubah. Macam permanent kat situ. Pening jugak dok fikir dari tadi lagi.
2 - Leaderboard iklan nuffnangs tak boleh letak kat tempat biasa. Masukkan cara biasa yang nuffnangs bagi pown dia tetap cam hidden.

Mohon bantuan rakan2 yang tahu, sila bagi komen yang membina.
Nampak kan kat header powered by blogger. camna nak hilangkan benda tu. Diulangi kat layout x boleh ubah, ada idea.?

P/S Problem solved.... Updated
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...