Anwar Jejak Kaki Ke Kg Tanduo!!!


Setelah puas kena kutuk sebab tak pernah jejak kaki ke Lahad Datu selepas kawasan tersebut diserang pengganas, akhirnya Anwar muncul di Kampung Tanduo di sana...

Memang mengejutkan. Tetiba saja Anwar muncul. Tak tahu la dia naik jet peribadi ke apa ke. Tapi memang sahih dan benar, Anwar memang berada di Lahad Datu...

Aku agak kecewa dengan kemunculan Anwar. Tapi memang dia dah ke sana, nak buat camana? Terpaksa la aku akui dia adalah Anwar. Tak caya cuba baca laporan terkini dari Lahad Datu di bawah...

EKSKLUSIF: Anwar Muncul Di Kampung Tanduo!
KAWASAN Felda Sahabat di Lahad Datu kini dipenuhi dengan ribuan anggota keselamatan, itu belum dicampur dengan kehadiran kereta perisai, helikopter bahkan jet pejuang.


Jika dulu jalan-jalannya hanya dilalui oleh motorsikal, kereta dan lori kelapa sawit, tetapi kini keadaannya berubah sama sekali.

Namun ada satu perkara menarik yang boleh dilihat di penempatan Felda yang menjadi tumpuan seluruh negara ketika ini.

Di balik semua itu, ada satu senario’ yang adakalanya kelihatan lucu bila dikenang kembali.
Kehadiran ‘tentera karpet’ yang nampaknya tidak langsung ‘tergugat’ dengan apa yang sedang berlaku.

Di kawasan Felda ini, terdapat ramai warga Pakistan yang menjual pelbagai barangan terutama karpet kepada pada penghuni di penempatan berkenaan.

Malah jangan terkejut, ada di antara mereka juga mampu menyewa lot kedai di Bandar Cenderawasih yang terletak di pintu masuk ke kawasan Felda berkenaan.

Mereka jadi ‘taukeh besar’ yang menjual barangan runcit dan keperluan warga di situ.

Sebab itu jangan terkejut, di sebalik kehadiran ratusan kenderaan pasukan keselamatan termasuk kereta perisai, kita akan lihat geng-geng Pakistan ini dengan selamba menunggang motorsikal kapcai mereka dengan bungkusan besar karpet yang diikat dibelakang tempat duduk.

Memang lucu!

Wartawan Mynewshub.my sempat menemui salah seorang daripada mereka.

Berasal dari Pakistan, Anwar Hossein berkata, dia dan kawan-kawannya terpaksa meneruskan kehidupan walaupun situasi sekarang ini masih dalam keadaan tidak menentu.

Katanya, dia dan kawan-kawan pada mulanya ‘hairan’ kenapa tiba-tiba penempatan Felda itu dipenuhi pasukan tentera dan polis sedangkan selama ini hanya lori kelapa sawit yang menghuni jalan-jalan di sekitarnya.

” Ada orang bagitahu orang Sulu sudah serang sini, sudah masuk Kampung Tanduo…kami memang terkejut sebab kami pun pernah pergi sampai sana!

” Tapi takpelah, kami tak takut sama Sulu, di kampung kami perang lagi teruk, di sini bom sikit-sikit saja, sana Pakistan hari-hari ada bom, no problemlah bos…,” katanya sambil tersengih.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kehadiran mereka diterima baik oleh masyarakat tempatan malah ada di antara rakan-rakannya yang berkahwin dengan penduduk di situ.

Ditanya, apakah sebab utama mereka terus berada di sini di sebalik ‘musibah’ yang berlaku, Anwar berkata, dia dan kawan-kawannya bersyukur kerana negara ini masih menghormati pendatang seperti mereka hingga menyebabkan mereka sanggup memberi hutang kepada penduduk di sini.

” Kalau ikut takut juga mahu bagi hutang, takut mereka tak bayar…tapi sebab orang Malaysia baik-baik, kami bagi mereka hutang, berapa kali nak bayar pun boleh, RM20 pun sebulan pun kami terima janji kami boleh hidup di sini…bukan macam Pakistan, hari ini gaduh, esok gaduh, hari-hari gaduh,” katanya.

Ditanya mengenai orang Sulu, Anwar berkata, agak sukar untuk membezakan yang mana satu orang tempatan dan yang mana satu pendatang Filipina dari etnik berkenaan.

Namun, katanya, itu tidak penting bagi mereka kerana yang lebih mustahak barangan mereka dapat dijual.

” Muka mereka sama juga bos…saya pun tak tau yang mana Sulu ka, Bajau ka, Bugis ka…saya jual karpet juga

” Bagi saya, siapa yang tak bayar hutang, itulah saya punya musuh, malas mau pening kepala!,” katanya sebelum beredar.

Macam-macam

Sumber : Mynewshub

Pulau2 Terpadat Di Dunia.

Hah. pagi ni meh shah nak kongsi sikit pasal pulau2 yang terpadat di dunia. Malas lak rasa nak menulis panjang2. Bukan apa, budak baru berblog ni entry dia x bapa nak ngancam mcm org2 lama. So kalau panjang2 nanti org muak la baca.. Ni lah antara pulau2 yg terpadat di dunia. Padat kan tgk gambar kat bawah nih.

Yang masuk Blog ni lepas baca apa2 klik2 ja la mana yang patut. Ayat rasuah ke nih.. Oh tidak. just mohon ckit jerrrrr bantuan.

Ebeye

Santa Cruz del Islote

 Venice

Vasilyevsky

Hong Kong

Fadiouth

Malé

Lübeck

Manhattan

Pulau Salsette

Ok. So kalau nak tahu lebih lanjut tentang pulau2 di atas tanya Mr G ataupun usha2 wikipedia dan lain2. Ni nak tunjuk keunikannya sahaja.

Bayangkan Tsunami level 9 mai. ish... habes2..

Rekaan Terbaru Coli Wanita Dari Jepun. HOT!!! Untuk Tatapan Wanita Sahaja...

Ini antara rekaan terbaru dan pelik coli wanita dari negara matahari terbit. Jangan komen byk2 na. Khas untuk rakan bloggers wanita. 










Mati kena 4 das



Kuala Lumpur: Seorang wanita ditemui polis dalam keadaan tergamam dan hanya mampu menangis apabila kekasihnya mati ditembak empat das di dalam kereta BMW dinaiki mereka di tempat letak kereta sebuah hotel di Jalan Ampang, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.50 pagi itu mangsa yang berusia 31 tahun itu mati akibat cedera parah di dada, leher, tangan dan rusuk kiri.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, kejadian disedari anggota polis yang bertugas berdekatan tempat kejadian dan terdengar bunyi letupan sebelum bergegas ke lokasi.

“Sebaik tiba, mereka dapati seorang lelaki sudah berlumuran darah di tempat duduk pemandu kereta manakala seorang wanita sedang menangis di sebelahnya.

“Pada masa sama, ada empat individu dipercayai lelaki menaiki dua motosikal Yamaha LC memecut meninggalkan tempat kejadian,” katanya.

Menurutnya, mangsa dan teman wanitanya baru saja mendaftar masuk di hotel berkenaan kira-kira 20 minit sebelum kejadian berlaku.

Zainuddin berkata, hasil pemeriksaan terhadap mangsa, polis menemui beberapa peket disyaki dadah jenis syabu, Eramin 5 dan juga Ecstacy.

“Semakan terhadap kenderaan dinaiki mangsa turut mendapati kereta BMW itu menggunakan nombor pendaftaran palsu dan dilaporkan disamun dalam satu kejadian pecah rumah di Brickfields, Selasa lalu.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh,” katanya.

Sumber : Metro

Gempur empat pengganas



LAHAD DATU: Satu pertempuran berlaku antara pasukan keselamatan dengan sekumpulan pengganas di sebuah rumah tinggal di Kampung Kembara Sakti Felda Sahabat tengah malam tadi.

Menurut sumber, pasukan keselamatan menggempur rumah berkenaan yang menjadi tempat persembunyian sekumpulan empat pengganas bersenjata yang dilaporkan menawan seorang suri rumah selama dua jam, petang semalam untuk mencari makanan.

Pasukan keselamatan juga dikatakan mengepung setiap penjuru Kampung Kembara Sakti bagi memastikan kumpulan kecil pengganas itu tidak dapat melarikan diri.

Sehingga awal pagi ini, tiada pengesahan daripada pihak berkuasa tentang jumlah kematian atau tangkapan pengganas terbabit, bagaimanapun sumber pasukan keselamatan mengesahkan usaha dijalankan bagi menumpaskan kumpulan pengganas bersenjata yang dikatakan lolos daripada kepungan di zon merah itu.

Terdahulu petang semalam, sekumpulan empat lelaki bersenjata dipercayai saki baki pengganas yang melarikan diri daripada kepungan pasukan keselamatan bertindak mengikat tangan dan kaki seorang wanita di Kampung Kembara Sakti selama kira-kira dua jam sebelum menggeledah rumah mangsa bagi mencari makanan.

Ketika kejadian, kira-kira jam 2 petang itu, suri rumah berusia 40-an sedang berada di dalam rumah manakala suaminya keluar bekerja.

Menurut jiran mangsa dikenali sebagai Mutiya Mambalusah, 41, kemunculan empat lelaki bersenjata itu secara tiba-tiba mengejutkan jirannya itu kerana kampung berkenaan terletak kira-kira 25 kilometer dari Kampung Tanduo dan tidak dikategorikan dalam zon merah sebaliknya diisytihar sebagai kawasan selamat.

“Sebaik memasuki rumah, seorang daripada lelaki itu yang boleh berbahasa Melayu meminta makanan manakala dua yang lain bersembunyi di atas loteng mungkin sebagai persediaan jika ada orang lain memasuki rumah.

“Apabila dimaklumkan tiada makanan, mereka terus mengikat kaki dan tangan jiran saya sebelum menggeledah rumah itu untuk mencari makanan,” katanya ketika ditemui.

Beliau berkata, jirannya itu berjaya membuka ikatan berkenaan dua jam kemudian sebelum bertindak melarikan diri ke rumahnya.

“Saya yang terkejut dengan kejadian itu kemudian terus membantunya melarikan diri sebelum melaporkan kejadian itu kepada polis. Ketika itu tidak diketahui sama ada kumpulan terbabit masih berada dalam rumah jiran saya itu,” katanya.

Mutiya berkata, sebaik laporan polis dibuat, pasukan keselamatan kemudian mengarahkan semua penduduk berpindah ke masjid berhampiran.

# 3 sec KO...


See Video Below

Nama 2 perwira Terengganu yang terkorban diabadi pada nama jalan



Kerajaan Terengganu akan mengabadikan nama dua perwira negara berasal dari negeri ini yang terkorban dalam insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu pada nama jalan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, ia sebagai tanda memperingati jasa dan pengorbanan mereka iaitu Asistan Supritendan (ASP) Zulkifli Mamat dan Asistant Komisioner (ACP) Ibrahim Lebar.

"Kami akan menamakan jalan di tempat kelahiran mereka sebagai tanda peringatan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan RM50,000 masing-masing kepada keluarga kedua-dua perajurit itu di Kampung Kubang Ikan dan Jabi, Jerteh di sini hari ini.

Ahmad turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri juga menawarkan pinjaman pendidikan di bawah Yayasan Terengganu (YT) kepada kedua-dua anak Allahyarham Ibrahim yang sedang menuntut di sebuah universiti di Mesir dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat.

Balu Allahyarham Ibrahim, Rosiah Dahlan, 40, mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kepada kerajaan negeri dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah banyak membantu keluarganya.

"Saya sangat bersyukur kerana kerajaan negeri banyak membantu dan wang sumbangan tersebut akan saya gunakan untuk merealisasikan impian arwah yang ingin melihat ketiga-tiga anak saya berjaya.

"Sumbangan ini sangat bermakna untuk kami harungi kehidupan selepas kehilangan ketua keluarga yang menjadi tempat kami berteduh," katanya.

Ibu Allahyarham Zulkifli, Khatijah Ismail, 62, menerima sumbangan mewakili menantunya Noraziah Noor, 30, yang tidak dapat hadir kerana kurang sihat.

"Saya akan serahkan wang ini kepada isteri arwah, terpulang kepadanya sama ada untuk dibuat upah haji atau untuk kegunaan pelajaran anak-anak," katanya selepas menerima sumbangan daripada Menteri Besar.

Guru hina pasukan keselamatan dibebas sementara dengan jaminan polis



Guru yang didakwa menghina pasukan keselamatan di Lahad Datu melalui laman sosial Facebook miliknya dibebaskan sementara hari ini dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Supritendan Mohd. Kamal Zainal berkata, ini berikutan perintah tahanan reman terhadap guru itu selama tujuh hari telahpun berakhir.

"Suspek kini dibebaskan sementara dengan ikat jamin polis sehingga siasatan mengenai kes itu lengkap dan akan merujuk kembali kes berkenaan kepada Timbalan Pendakwa Raya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Guru berusia 37 tahun yang bertugas di sebuah sekolah di Tok Bali ditahan kira-kira 7 malam Khamis lepas di sebuah rumah di Jalan Panglima Raja, Kampung Gong Serapat di sini.

Guru sekolah rendah itu dilapor membuat kenyataan menghina pasukan keselamatan sebagai 'anjing' dan menganggap kematian mereka sebagai 'mati kata'" dalam laman sosial Facebooknya.

Kronologi Operasi Daulat 16-21 Mac



Insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah masih berterusan dengan usaha mengesan dan membersih saki-baki pengganas dipertingkat pasukan keselamatan bagi mengembalikan keyakinan masyarakat berhubung tahap keselamatan di kawasan terjejas dengan peristiwa itu.

Langkah itu telah memecahkan benteng penceroboh yang kini dipercayai bergerak dalam kumpulan kecil di kawasan zon merah Operasi Daulat selain beberapa lagi musuh ditembak mati dan ditangkap pasukan keselamatan dalam beberapa pertempuran.

Berikut adalah kronologi selepas 17 hari Operasi Daulat bagi menangani pencerobohan pengganas Filipina di Lahad Datu, Sabah:

16 Mac - Polis dalam peringkat akhir bagi menyiapkan kertas siasatan terhadap 27 suspek yang ditahan di daerah Semporna, dipercayai terlibat dalam insiden serangan hendap di Kampung Simunul pada 2 Mac lepas.

17 Mac - Pasukan keselamatan mencadangkan kepada Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) penempatan haram di beberapa perkampungan air di daerah Semporna dibersihkan bagi memastikan kawasan itu bebas daripada anasir keganasan serta aktiviti haram seperti penyeludupan senjata api dan dadah.

17 Mac - Pasukan keselamatan Operasi Daulat menembak mati seorang pengganas Sulu dari selatan Filipina dalam operasi di Kampung Tanjung Batu.

17 Mac - Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib memberitahu 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan Operasi Daulat telah selesai dibedah siasat.

17 Mac - Pelaksanaan Kawasan Keselamatan Khas Sabah (ESSCOM), meliputi 1,400 kilometer kawasan pantai timur negeri itu, bermula di gugusan Felda Sahabat dengan menaik taraf struktur logistik.

19 Mac - Empat pertempuran berlaku antara pengganas dan pasukan keselamatan yang menjalankan operasi menggeledah dan menjejaki musuh di kawasan Tanjung Batu, tiada kecederaan dilapor dalam pertempuran itu.

20 Mac - Lapan lelaki suspek pengganas dari selatan Filipina didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu, atas pertuduhan keganasan dan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara seumur hidup dan Seksyen 121 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

21 Mac - Sehingga kini, 268 orang ditahan kerana memasuki zon merah kawasan operasi dan pelbagai kesalahan manakala 108 ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

21 Mac - Lapan warga Filipina berdepan hukuman mati dan penjara seumur hidup selepas didakwa di Mahkamah Tinggi Tawau atas pertuduhan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong dan menganggotai kumpulan pengganas.

7 Penjara Paling Menakutkan di Dunia.. Gempar!!!

Rikers Island Prison: (Rikers Island, New York)

Alcatraz Island Prison: (San Francisco, CA) 

Bang Kwang Prison (Thailand)

Carandiru Prison: (Brasil) 

ADX Florence Supermax Prison: (Colorado) 

La Sante Prison: (Paris, Perancis) 

San Quentin Prison: (San Quentin, California)

Negara Yang Mempunyai Bangunan Perlindungan Anti Kiamat. Gempar!!!

Percayakan Ramalan Kiamat akan terjadi pada 2012, terdapat negara2 yang membina bangunan berupa bunker perlindungan dari Hari Kiamat


1 Bunker Australia USD 5000 setiap seorang


2 - Kansas, Ameraika Syarikat Bunker bawah tanah
USD 2M setiap bilik


Gunung suci dipercayai tempat persembunyian makhluk asing
3. Desa Bugarach, Perancis

Gol Bunuh Diri. Bangang!!!

Dia ni sah nak bunuh diri.


Salam awal pagi jumaat, Maaf pada rakan2 bloggers. Jap lagi shah blogwalking sambil isi tabung.. Outing wat keja td. Penat. Sampai ja rumah terus buka Blog. byk kunjungan kawan2 shah nak balas. Jap yer. Nak basahkan tekak jap.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...