POLITIK # Dato Seri Anwar Terjerat.

Wajah sugul Dato Seri
Hai semua. sekian lama Tin Kosong menyepi. Rasa terpanggil untuk mengupas apa sebenarnya senario politik Malaysia hari ini. Tin Kosong bukanlah pakar dalam arena politik Malaysia terutamanya.

Proses rayuan berterusan tanpa ada tanda-tanda yang menyebelahi mana-mana pihak. Namun desas desus mengatakan yang rayuan ini akan ditolak. Sama-sama kita nantikan keputusan mahkamah.

Terpanggil dek kekalutan dan kekacauan yang mahasiswa kita timbulkan. Tin Kosong tertanya-tanya adakah berbaloi untuk melakukan apa sahaja demi seorang ahli politik. Ahli politik yang sedia ada dalam malaysia telah lama mengamalkan politik kotor, baik dari pihak kerajaan mahupun pembangkang. Dimana akal dan fikiran kita sebagai manusia yang hanya membuta tuli berpiket dan mengamalkan himpunan beramai-ramai dalam menyuarakan pendapat dan menegakkan pendapat masing-masing.

Dalam keamanan yang dicapai, adakah kita berpuas hati hidup sebegini. Hidup diatur bagaikan tiada daya untuk mendongak. Ibarat mentimun, Tapi apa jua daya andai hanya kita yang tersedar sedangkan pimpinan-pimpinan dari kerajaan dan pakatan masih leka berpolitik,

Terhujah lebih pula, Nantikan keputusannya nanti.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...