Temuduga SPA |
Ok. Mungkin ramai yang dah pernah melalui temuduga SPA dan tak kurang juga yang gagal. Dari pengamatan Papa, ramai yang ambil remeh benda yang tidak sepatutnya remeh.Kadang-kadang apa yang kita fikirkan remeh itu mendatangkan markah bonus yang tinggi dalam sesuatu itu.
Jadi kita bincang pasal SPA maknanya kerajaan la kan. Semua dah tahu etika berpakaian untuk temuduga kerajaan? Rasa ramai yang x berapa tahu kot. Ok kat sini Papa listkan apa yang penting semasa Temuduga kerajaan.
1 - Etika Berpakaian
- Lelaki
- Berbaju putih lengan panjang.
- Bertali leher
- Berseluar hitam
- Berkasut hitam (bertali)
- Berkot (bagi pemegang ijazah dan keatas)
- Perempuan
- Berbaju kurung (berpakaian sopan bagi bukan Islam)
- Berkasut hitam (bertali)
- Berstokin
- Berkot (bagi pemegang ijazah dan keatas)
2 - Susunan Fail Sijil / Diploma / Ijazah dan keatas. (Salinan)
- Kad Pengenalan
- Surat Beranak
- Sijil SPM
- Sijil dari Politeknik dan sebagainya
- Diploma
- Ijazah dan keatas
- Sijil berhenti sekolah
3 -Susunan Fail Sijil / Diploma / Ijazah dan keatas. (Tulen)
- Kad Pengenalan
- Surat Beranak
- Sijil UPSR
- Sijil PMR
- Sijil SPM
- Sijil Poli
- Diploma
- Ijazah dan keatas
- Sijil berhenti sekolah
- Transkrip peperiksaan
- Sijil sijil aktiviti luar dan kursus
4 - Ketuk pintu sebelum masuk. ( Yang ni PENTING )
5 - Anda perlu mengetahui tugas-tugas dan tanggungjawab bagi jawatan yang dipohon.
6 - Lengkapkan diri dengan isu-isu semasa yang sedang hangat.
Itu sahaja yang Papa rasa Papa boleh kongsikan untuk adik-adik yang akan menghadiri temuduga SPA.
Moga dengan artikel ini dapat membantu semua.
P/s Benci kabel-kabel ni
Post a Comment